Home Novel Cinta Janji Yang Dinanti
Bab 12

Tit..tit...
Pesanan whatsapp masuk. Terhenti lamunan aku. Aku menyapu wajah dengan tapak tangan.  Ku ambil handphone dan membuka whatsapp. Mamat ni tak jemu-jemu whatsapp aku. Faliq.. Faliq..!! Aku menggelengkan kepala.

" Yuhuuu!!!
Buat apa tu?
Termenung ya.!
Rindulah kat awak.."

Eh! Macam tahu-tahu pula dia ni aku tengah termenung. Kebetulan ni kan. Aku senyum. Aku membaca sekilas je. Jam sudah menunjukkan 8.50 malam, aku bangun dari bangku batu itu dan masuk ke dalam rumah. Pintuku tutup tapi tak kunci, sekejab lagi mesti abang balik. Jadi, aku tunggu abang je kat dapur. Lama tak borak dengan abang.

Aku mengambil mug berwarna putih dan membuat air kegemaranku. Nescafe panas. Harumnya bau nescafe ni, nikmat tak terhingga. Ku tarik kerusi dan duduk menghadap air nescafe yang 'kaw' itu. Ku hirup perlahan. Bergegar kepala otak kurasa. Panas!! Mahu melecur lidah. Hahahaa.
 
Bayangan wajah Zahwan masih lagi berlegar-legar. Macamana aku nak tepis semua bayangan itu. Makin aku nak lupakan dia makin kerap pula dia singgah. Kata orang, kalau tiba-tiba teringat atau terindu seseorang itu, bermakna orang itupun sedang ingat dan rindu kita. Betul ke?! Hmm..entahlah kan. Tapi kalau betul, syukur Alhamdulilah. Taklah aku bertepuk sebelah tangan tapi kalau tak betul, jawabnya. Huwaa!!! Menangis tak berlagulah Aliaa.

" Ooo Dik!!"

Fuh!! Terkejut beruk aku tiba-tiba abang sergah aku. Pucat lesi muka aku jadinya.

" Abang ni.. terkejut adik. Apasal tak bagi salam.." marah ku konon pada abang.

" Aik!! 10 kali abang bagi salam, dia yang termenung tak ingat dunia.. " kata abang.

" Iyalah tu.."

" Apa yang dimenungkan tu. Ada problem ke?"
Abang duduk di hadapanku. Meneguk air suam yang baru diambilnya. Aku tak jawab..

" Uit.. abang tanya ni. Kenapa termenung? Ada problem ke? Kalau ada problem, info abang. Kut- kut abang boleh tolong. Jangan diam je.." abang mengulangi pertanyaannya. Mata tepat memandangku.

" Tak adalah.." jawabku mengelak.

" Kalau tak ada kenapa termenung macam tu. Mati pakwe ke?" perli abang. Mati pakwe pula. Sabar jelah.

" Merepeklah abang ni. Tah apa-apa tah. Hahaha.." Aku gelak kecil.

" Ha lah.. Habis tu kenapa? Jangan nak sembunyi kan dari abang ya.." abang ni mendesak pula. Geram je.

 Nak cerita ke tak nak cerita ya. Kalau tak cerita kang confirm abang akan mendesak dan mendesak. Abang bukan boleh tengok aku lain sikit, mulalah fikir yang bukan-bukan. Tapi aku tahu, abang buat macam tu sebab dia sayang aku dan dia taknak aku susah hati. Abang kan seorang yang baik. Okey lah, aku cerita.

" Tak ada apalah bang. Cuma teringat kat someone je.." kataku memulakan cerita.

" Someone? Siapa? Kekasih? "

" Entah.. Adik pun tak tahu.." aku mengangkat bahu.

" Pelik adik ni.. cuba cerita A to Z.." abang punyalah semangat nak tahu. Nak tak nak aku pun terpaksalah cerita semuanya. Tekun abang dengar. Soal dan jawab. Tak ada rahsia sikit pun . Abang lah pendengar paling baik.

" Kiranya sejak umur adik 21tahun sampai sekarang ni adik masih tunggu dia? Masih setia dengan dia? Fuhh!!! Gilalah." terperanjat abang.

" Iya.." aku menganggukkan kepala dan tersenyum kelat.

" Kenapa sampai macam tu. Kalau betul dia nakkan adik, dia dah cari adik tau. Tapi tengok, adik je yang mengharap dia, buang masa tunggu dia. Apa yang adik dapat, cuba cakap?" Nada suara abang seperti bengang. Kalaulah Zahwan ada depan mata, aku rasa dah lebam mata dia ditumbuk abang.

" Abang tahu kan adik macamana. Abang tahu kan, adik berpegang pada janji. Apa-apapun. Kerana janji dia tulah adik masih tunggu.."

" Iya.. Abang tahu sangat adik abang ni macamana, tapi adik pegang janji pada orang yang salah. Pada orang yang tak hargai adik. Fikirlah dik. Sampai bila adik nak tunggu dia yang mungkin tengah bahagia dengan anak isteri dia sekarang, sedangkan adik?! Tetap macam ni, tetap menunggu, sampai bila dik. Jangan sia-siakan hidup dengan menunggu orang macam tu dik.." panjang lebar abang bagi nasihat. Aku mendiamkan diri dan hanya mendengar . Betul sebenarnya apa yang abang cakapkan itu. Tapi entahlah..

" Adik.. Fikirkanlah apa yang abang cakapkan ni. Jangan zalimi diri sendiri hanya kerana lelaki itu, diri adik pun ada hak untuk dapat kebahagiaan. Beri peluang kepada orang yang lebih layak. Move on dik, move on.." abang memberi senyuman padaku. Setiap butir-butir nasihat dari abang, aku amati dan fahami.

" Adik akan cuba. Terima kasih bagi nasihat.." aku membalas senyuman abang.

Tit..tittt...

Bergetar handphoneku apabila pesanan whatsapp masuk lagi. Ku terus capai handphone dan seperti biasalah. Buka whatsapp dan baca. Lagi dan lagi darinya.

"Good night Teman tapi mesraku..
Semoga mimpi indah dan
semoga mimpi kan saya ya..
Good night my dear.."

" Ish!! Gila..." terkeluar ayat tu dari mulut aku. Abang memerhatikan aku je. Berkerut dahi dia . Pelik.

" Dah siapa pula yang gila tu.." tanya Abang.

" Hahaha. Ni ha! Ada sorang mamat ni, baru pindah kerja dekat dengan office adik. Dia ni asyik cari pasal je. Mula-mula hari tu dia langgar adik, habis lebam bahu adik. Lepas kes langgar tu tiap hari dia kacau. Geram betul.. " aku mengadu pada abang.

" Hahaha. Macam-macam lah adik ni. Jangan geram sangat, nanti tersuka pula.." abang mengusikku. Aku terkedu sekejab. Betul juga cakap abang. Orang kata kalau mula- mula benci nanti jadi suka. Eeeee... takutnyaaa..

" Dah isyak belum ni.." aku menggeleng. Tersengeh.

" Dah ya. Abang tak nak tengok adik termenung macam ni lagi, susah hati abang ni tau. Pergi isyak dan tidur, kalau rajin nanti malam buat solat istikharah, minta petunjuk dari Allah.. "

" Insha Allah abang. Terima kasih banyak-banyak..." Aku bangun dan mengambil mug tadi dan gelas abang. Ku bawa ke sinki dan cuci. Kemudian ku letak ditempat pengering. Ku matikan lampu dapur. Abang duduk menghadap tv di ruang tamu. Tengok bolalah tu apalagi. Aku melangkah menuju ke bilik. Tiba-tiba aku teringat plan yang aku nak buat. Yesss!! Aku patah balik ke ruang tamu.

" Abang..!! " Aku duduk di sebelah abang.

" Hmm.. Kenapa?!"

" Esok abang hantar dan ambil adik kerja boleh tak?!" Pintaku.

" Aik!! Kenapa? Biasa kalau abang nak hantar adik tak nak.." tanya abang.

" Adalah sebabnya. Hantar dan ambil tau.."

" Iyalah sayang.."

" Okey abang. Good night!!" Aku terus meninggalkan abang. Biarlah abang layan bola dia tu.

Hahahaa. Esok planku bermula. Tak sabar pula nak kenakan si Faliq. Tak sabar nak tengok muka dia bengang esok. Confirm lepas ni dia tak kan kacau aku lagi. Tak kan whatsapp dan tak kan call aku lagi. Oh! Bestnyaaa...
Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs