Okey siap!! Aku tersengeh memandang wajah sendiri di cermin. Hari ni aku pakai baju kurung plain berwarna biru gelap dan dipadankan dengan shawl berwarna kelabu. Sweet juga aku ni kan. Perasanlah pula. Hahaha..
Jam didinding dan menunjukkan tepat 7.50pagi. Alamak!! Dah lambat. Apalagi, kelam-kabut akulah aku. Handphone ku ambil dan masukkan ke dalam handbag . Lalu, ku terus jalan laju ke ruang tamu. Mana abang? Mesti kat dapur. Aku bergegas ke dapur. Kelihatan abang sedang menyediakan air teh o panas.
" Abang...!! Jom lah. Dah lambat dah ni.." jeritku memanggil abang.
" Aik!! Awal lagi kan. Bukan biasa adik keluar jam 8.30pagi ke?!" kata abang sambil tangan mengacau air teh o panas didalam teko.
" Tapi hari ni, adik kena masuk office awal. Nak siapkan kerja cepat-cepat, kerja banyaklah bang. Adik taknak balik lambat. Abang... cepat lah jom..!!" Jelasku.
" Baru nak goreng nasi.."
" Tak payahlah. Nanti abang balik, abang gorenglah.. " aku pula mendesak abang.
" Kalau iya pun, minumlah seteguk dua dulu air ni. Penat abang buat ni.."
" Ish!! Panas macam tu nak teguk menda. Habislah melecur mulut adik kang. Abangggg... cepatlah.." aku terus mendesak.
" Iye.. iye.. jom.. Bertuah betullah budak ni.."
Aku gelak kecil. Abang mengambil kunci kereta dan kunci rumah di dinding yang kemas tergantung. Aku awal-awal lagi dah keluar dan tunggu abang dekat pagar rumah. Standby nak tutup pagar.
Yeah!! Harap-harap terserempaklah dengan Faliq nanti. Tak sabar. Jahatnya aku. Hehehe..
Setelah pagar ku tutup dan kunci. Aku terus masuk ke dalam kereta. Aku masih tersenyum. Dalam hati berdoa moga plan menjadi.
" Dah kenapa tersengeh-sengeh ni..?" Tegur abang. Pelik tengok aku kut.
" Tak ada apa.." aku mengelak. Taknak abang tahu. Tak pasal-pasal hancur plan kang. Aku melayan lagu. Menyanyi perlahan-lahan. Abang pun layan perasaan sendiri. Mujur jalan clear. Macam tahu je plan aku.
Sampai saja di lobi. Aku menyuruh abang parkir kereta ditepi. Aku melihat jam, 8.40pagi. Waktu-waktu macam ni lah Faliq datang.
" Abang..jom!!" Ajakku.
" Laa. Nak ke mana pula? Tadi kata nak masuk office cepat.." berkerut seribu dahi abang. Hehe..
" Lapar.. Jom breakfast dekat cafe.. " kataku.
" Pula dah. Tadi kalau abang goreng nasi kan bagus. Nak masuk office cepatlah bagai.." dah membebel pula abang ni. Aku tetap tersengeh.
" Tadi tak lapar, tiba-tiba sampai sini jadi lapar pula.. hehe.. jom lah abang. Kang adik tak breakfast, sakit perut, abang juga yang susah kan..kan..kan..." pujuk aku. Buat muka kasihan.
" Iyalah.. jom..!!"
Yeahhh!!! Macam mahu melompat je rasanya. Abang tak akan hampakan aku punyalah. Apa yang aku nak pasti abang tunaikan. Melayan perangai adiknya yang gila-gila ni. Sayang abang ketat-ketat.
Aku dan abang keluar dari kereta. Jalan bersama. Mataku liar mencari kelibat si Faliq. Alamak! Mana dia ni. Janganlah tak ada pula.
Ada saja mata yang memandang, tersenyum-senyum melihat aku bersama abang. Aku membalas senyuman mereka. Sambil berjalan kami berbual.
" Eh! Kejab dik.. Handphone abang dalam keretalah. Tunggu kejab ek.." abang berpatah balik ke kereta. Aku tunggu abang di sebelah pasu bunga besar ni. Mata masih meliar pandang kanan kiri, mana pula mamat ni. Tak pula dia muncul. Aduhaiii...
" Hai sayang..!!" terkejut aku bila tiba-tiba dia muncul dari arah belakang pasu besar. Fuh!! Suka betul dia buat aku terkejut, mahu tercabut nyawa.
" Awak ni kan, dah tak reti nak bagi salam ke. Suka sangat buat orang terkejut, selamat saya tak sakit jantung, kalau tak lama dah mati.." aku membebel padanya. Dia dengan tak ad perasaan hanya gelak dan gelak. Ingat lawakkk!!
" Oh.. terkejut ke?! Singa pun pandai terkejut ek. Hahaha.." Eeee... geramnya lah. Sabar Aliaa sabar.
" Apa awak buat kat sini? Tunggu saya ye.. Tahulah awak rindu saya, kan..kan.." nak termuntah hijau aku dengar. Sorry lah nak rindu kau, bisikku didalam hati.
" Sorry lah. Saya tunggu tunang saya, nak breakfast sama.."jawabku selamba. Tapi tak ada reaksi bengang pun. Tak ada perasaan pula dia. Hmm..
" Oh tunang.. !! Baguslah, boleh saya jumpa sekali. Nak tanya juga, macamana ye dia boleh terpikat dengan ni. Kut-kut dia boleh bagi tips ke kan.."
Ha?! Aku terkedu kejab. Memang betullah dia ni tak ada perasaan. Kenapa tak jelous pula ni. Makin saja cari pasal adalah. Ishh!! Abang menuju ke arah kami. Aku mula mengukir senyuman. Tidak menghiraukan Faliq.
" Dah jom.." ajak abang sebaik sampai ditempat aku menunggu. Sempat abang memberi senyuman pada Faliq.
" Bye...!!" Aku terus pegang lengan abang. Lagak gayaku. Faliq terpinga-pinga sebentar.
" Eh..eh.. Tunggu sekejab.." Faliq memanggil. Kami memberhentikan langkah dan menoleh ke arah dia.