Mana pula si Naim ni. Dah 20minit aku tunggu. Naik berpeluh dah ni. Aku call handphone tak berjawab. Kalau iya pun tak dapat tunggu, info lah awal-awal. Taklah aku tunggu macam tunggul dekat sini. Kalau aku tahu,aku minta tolong Mat Bangla security yang angkat tadi, lagi bagus. Naim ni memang buat hal lah. Menghilangkan mood aku pagi-pagi ni. Aku cuba menghubunginya lagi. Masih tak berangkat.
" Sooooorryyy... soooorrryy... !!! Sorry Aliaa..
Aku terlewat bangun, lepas tu pula kereta aku buat hal.. ni aku naik lrt ni.." muncul pun Naim. Termengah-mengah nafasnya. Aku berkerut sinis padanya.
" Kalau iya pun, tak boleh ke info.. Dalam lrt tak boleh jawab handphone ke, tak boleh whatsapp ke?!" Tanyaku marah.
" Alaaa tak dengar. Sorrylah, janganlah marah. Mana buahnya.."
" Ambil tu dekat bonet.." Aku terus membuka bonet kereta.
" Wahhhh!! Banyaknya buah. Oh my god!! Rambutan sedapnya.. !!" Terujalah sangat. Sempat dia makan sebiji rambutan. Sebiji terus disumbat dalam mulut. Gelojoh betul. Naim membawa semua buah, adalah dalam tiga beg plastik besar. Pandai-pandailah mereka bahagi-bahagikan nanti.
Aku dah tak larat dah nak menghadap buah-buah ni. Sampai kembung perut aku makan langsat semalam. Cuma ada tinggal segugus yang ku tinggalkan dekat rumah, manalah tahu kut-kut teringin tekak ni nak makan. Masuk ke dalam office, ku lihat mereka semua sedang berkumpul menikmati buah. Amboiii..!! macam pestalah pula. Hahaha.. seronok tengok mereka makan, aku pun menghampiri mereka.
" Aliaa.. terima kasih banyak-banyak. Sedap buah rambutan ni. Manis, isinya tebal. Ni kalau buat asam ke buat puding. Memang sedap tau..!! " seronok Kak Intan. Yang lain pun mengiyakan je.
" Sama-sama kasih. Sedap tu puding rambutan. Apakata, Kak Intan yang buat, lepas tu bagi kami rasa. Mesti best kan.." cadang aku.
" Ha! Betul.. betul.. betul.. buatlah Kak, akak pandai masak. Kami ni pandai makan je.. kan..kan.." Mira mencelah, yang lain pun setuju dengan cadangan aku.
" Pandailah korang kan.. Okey lah, malam ni akak buat, esok akak bawa. Okey semua?!"
" Yeah!!!! Sayang Kak Intan.. " kami punyalah happy.
" Kak.. Alang-alang dah buat puding rambutan tu, apakata, cempedak ni akak bawa balik, akak goreng sekali. Esok pagi kita semua kenduri sarapan dekat office. Jimat pun jimat.. Okey tak semua?" Naim pula memberi cadangan. Semua apa lagi, setujuu!!! Hahaa.. punyalah meriah.
" Amboi kau Naim. Menokok tambah nampak.. Hmm.. Kerana korang akak buatlah semua. Tapiii... ada syarat?!" Semua terdiam.
" Ada syarat pula, syarat apa pula tu kak.?!" Tanya Nina pula.
" Dah akak yang buat puding, goreng cempedak. Korang buatlah air, air teh ke, kopi ke. Tak kan minum air suam je kut..."
" Oooooooooooo ingat apalah tadi.." kami jawab serentak. Dan gelak. Bikin suspen je Kak Intan ni. Lawak..!!
" Kalau bab air, serahkan dekat saya. Saya akan uruskan..." terus saja Mira setuju. Memang itulah kerja dia, tukang buat air untuk kami. Hobi katanya. Tapi air yang dia buat memang sedap, setanding air kedai mamak. Pekat, likat, manis memang win lah. Almaklumlah, parents dia ada kedai makan. Setiap malam dia bantu parents dia buat air. Itu yang dia suka buat air tu. Macam-macamlah Mira ni.
Aku meninggalkan mereka, dan melangkah ke bilikku. Di atas meja, ada setangkai bunga rose merah bersama sekeping kad kecil berwarna putih. Pelik. Siapa pula yang bagi. Biasa kalau bagi aku bunga rose atau mawar cuma Faliq je. Setahu aku Faliq tak ada kut tapi tak kan dia dah balik. Tak kan outsatition kejab je. Jenuh aku memikirkan. Aku menarik kerusi dan duduk. Aku mengambil bunga itu dan menghidunya. Sungguh harum. Aku mengambil kad kecil itu pula. Ku buka lipatan dan membaca..
Ku tiba lagi..
Bersama rindu datang bertamu,
Takkan kulepas apa yang kuharapkan,
Kerna kau untukku..
-Faliq Alfie-
Aku terus tersenyum. Tak ada orang lain lagi dah, memang dia juga. Tapi aku senyum bukan sebab Faliq bagi bunga ni tau, tapi sebab ayat tu ayat ciplak lagu. Kali ni dia guna lagu Hyper Act pula. Hehe..
Kadang bila fikirkan balik, setiap lirik lagu yang dia bagi dekat aku ni, ada maksud tersirat. Cuma aku malas bak ambil port. Aku tahu apa yang dia nak dari aku dan harapkan dari aku.
" Maaf Faliq. Hatiku bukan untukmu. Hatiku untuk insan lain. Insan yang aku tunggu dan tunggu. Insan yang berjanji padaku. Hatiku tak mudah berubah untuk yang lain kerana hatiku telahku kunci untuknya. Maafkan aku Faliq.."
Bisik hatiku. Bunga segar ini ku hidu lagi, takkan pernah jemu dengan harumannya.
" Amboii.. dalam hati dah ada taman ke Cik Aliaa oiii.. Alhamdulilah, Tahniah..!! Akhirnya.." Bertuah punya Naim. Tiba-tiba je terjah. Terus duduk di hadapanku.
" Banyaklah kau punya Tahniah!! Jangan nak menggedik ek, tak pasal-pasal kang dengan ayat kau ni boleh kecoh satu bangunan ni tau. Jangan cari nahas Naim.." kataku. Aku meletakkan bunga di tepi laptop.
" Hahahahaa.. Habis tu, senyum sampai ke telinga tu apa tandanya kalau tak ada taman dalam hati tu. Biasa, kalau dapat bunga dari Mr. Arkitek tu, kau buat muka tapi ni senyum pula. Ni apa kes ni.." perli aku nampak.
" Takkanlah nak buat muka aje kut, sesekali kenalah senyum juga. Kau ni, aku senyum salah, aku buat muka salah. Sekarang ni, kau nak aku buat apa sebenarnya.. Cer cite..cer cite.. " aku membalas balik.
" Ish!! Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Memang saiko lah kau ni kan.. Tu bunga tu, Mira cakap Nizam yang hantar tadi.." Naim buat muka pelik. Hahaha.. Aku mengangguk dan gelak kecil.
" Okeylah aku out dulu, nak siapkan kerja, semalam Cik Erisya bagi kerja, berduyun fail engkau..." Hahaha.. patutlah. Selamat semalam aku cuti lagi. Kalau tak mesti aku yang kena buat.
" Selamat aku beb.." aku gelak lagi. Naim terus keluar. Aku memulakan kerja seperti biasa. Empat hari cuti , tak terasa pun. Kejab je dah masuk office semula. Mujur jugalah tak banyak kerja, kalau mula masuk office memang mulalah perasaan malas tu datang. Buat kerja pun slow je. Masih mood bercuti lagi kut.
Tepat jam12.30tengahari. Naim mengetuk pintu bilik aku. Aku punyalah fokus dengan kerja ni sampai tak sedar dah masuk waktu rehat. Cepat-cepat ku kemas fail dan ambil duit dan mencapai handphone. Lalu, ku mengekori Naim. Seperti biasalah, makan dekat cafe. Tu jelah tempat makan kami tiap hari. Kami berbual-bual mesra. Sampai di cafe, terus memilih makanan, bayar dan duduk. Mujur dapat tempat, ramai pula cafe hari ni. Aku hanya makan setengah nasi putih, beberapa keping paru goreng, sayur kailan, dan telur masin . Air pula seperti biasa, limau suam. Nescafe tu minum waktu pagi je. Hehe..
Berselera betul aku tengok Naim makan. Penuh pinggan sampai tak muat-muat pula rasanya. Memang kaki makanlah dia ni. Selesai makan, kami berbual kosong.
" Beb.. aku tak boleh mengelak dah lepas ni dari jumpa Faliq.." aku memulakan perbualan.
" Aik!! Kenapa?! Kau dah tangkap cintan dengan dia ke?!" Teka Naim.
" Kau ni ke situ pula. Bukanlah.."
" Habis tu apa?"
" Abang aku dah amanahkan dia untuk tengok-tengokkan aku.." kataku perlahan.
" Apa?? Amanahkan?? Amanahkan apa?? Kahwin?? Ish!! Tak fahamlah aku. Cuba kau explain satu persatu bagi aku faham.." Suka-suka je Naim ni. Bila masa pulalah aku cakap kahwin. Satu hal lagi nak kena jelaskan. Hmm..
" Kau ni.. merepek je dari tadi. Kahwin pula. Macam ni, disebabkan abang sahabat Faliq, abang percayalah kat Faliq. Dah tu, abang suruhlah Faliq tengok-tengokkan aku, jagakan aku. Kalau ada emergency atau apa-apa problem, abang suruh aku call Faliq je. Dia pun kerja sini, rumah dia pun tak jauh. Aku kan sorang.. " jelasku panjang.
" Oooooo ingat amanah kahwin tadi. Terkejut gak aku. Tapi okeylah beb, Faliq tu pun baik hati, apa salahnya dia jagakan kau. Tengok je kut bukan duduk serumah pun kan. Janji dia tengok kau sihat walafiat, kira okeylah tu . Alaa kau anggap je dia macam abang kau gak a.k.a abang angkat ke , kan senang.. " cadang Naim.
" Hmm.. iyalah kan. Tapi nak tak nak dah itu kehendak abang, aku follow jelah.."
" Alaa jangan risaulah, aku tahu Faliq bukan jenis ambil kesempatan.. Relax ok!."
" Ish!! Aku tak terfikir pun dia nak ambil kesempatan kat aku. Cuma aku takut dia mengharap cinta dari aku.,tu je.." Kataku lagi. Mengharap cinta tu yang aku risau sangat.
" Apa salahnya. Kau single dia single. Jadi on jelah beb.. Abang kau pun kenal dia dah.." Amboiii.. amboii.. mudahnya kau bercakap Naim.
" Mana boleh Naim.." aku memberhentikan kata. Lalu terdiam sebentar.
" Kau jangan cakap, nak tunggu Zahwan pula. Tak habis- habis Zahwan.." Alamak! Naim dapat syak pula. Kantoii..
" Hmm.. entahlah. Bukan senang nak buang dia dalam hati aku ni. Tak tahulah macamana.. "
" Aku pun dah tak tahu nak cakap apa dekat kau, dah tak tahu nak nasihat apa lagi dah. Kau tetap tunggu Zahwan. Lelaki tak guna tu kalau dia betul nak kan kau, dia dah cari kau lah. Sekarang ni semua teknologi dah ada, cuma nak tak nak je.. Faliq didepan kau, kau tak nampak pun.. Bukakanlah mata kau Aliaa, bukakanlah hati kau untuk insan yang menghargai kau bukan menunggu insan yang bikin panas tu.." Mampak marah betul Naim dengan aku.
Betul, memang betul apa yang Naim cakap. Aku tak boleh tunggu macamni. Aku kena move on. Tak perlu harap kasih sayang orang yang tak pasti. Buangkannya jauh-jauh. Campak dan lemparkan nama Zahwan ke tengah lautan. Tapi macamna.. Bukan mudah nak lupakan ..
Aku perlukan kekuatan... Aku perlukan masa..