18
"KAU ada format kertas kerja tak?"
Tanya Iris Suhayla sewaktu
Siti Hajar sedang leka melayari internet di ruang tamu petang itu. Siti Hajar
mengangkat mukanya, mencari kelibat Iris Suhayla yang dirasakan berada dekat
namun tidak kelihatan. Dia memanjangkan leher, meninjau di bahagian dapur. Iris
Suhayla sedang berjalan menuju ke arahnya sambil membawa mug. Air masak lah tu!
"Kau nak buat apa?"
"Aku nak mintak
sumbangan."
Beritahunya. Siti Hajar terus
membuka simpanan dokumennya lantas menghulur tangan. Iris Suhayla menghulur mugairnya lantas ditolak Siti Hajar.
Iris Suhayla ketawa apabila sangkaannya meleset. Bukan air masak yang diingini
Siti Hajar rupanya.
"Kau nak apa?"
"Pendrive lah. Apa lagi?"
"Jangan minum ya air aku
ni!"
Larang Iris Suhayla selepas
meletakkan mug air di sebelah Siti
Hajar. Temannya itu sekadar mencebik.
"Dia ingat aku haus
agaknya air masak dia tu. Sesekali buatlah air yang sedap sikit. Air guava ke,
asam boi limau kasturi ke."
Tertangkap dek telinganya
suara itu menjawab dari luar. Bunyinya kedengaran sinis namun dia tahu Siti
Hajar sekadar berjenaka.
"Aku dengar."
Iris Suhayla memberitahu. Siti
Hajar menghulur tangannya sekali lagi. Dengan pantas, dia memindahkan salinan
kertas kerja Program Jom Pusat Sumber ke dalam pendrive Iris Suhayla.
"Kau nak mintak sumbangan
dari siapa? Untuk apa?"
"Aku nak mintak sumbangan
dari lelaki kacak terlanjur kaya di Malaysia...untuk tabung prasekolah lah. Kan
program tahunan banyak. Kalau dapat sumbangan tu, bolehlah aku simpan untuk
keceriaan kelas."
Cerita Iris Suhayla. Siti Hajar
segera menghadapnya. Nyata, riak wajah itu begitu terkejut dengan apa yang baru
disampaikannya.
"Weh, kau serius ke
Su?"
"Kenapa pulak tak serius?"
"Kenapa kau nak bersusah
payah sangat nak jumpa CEO kereta tu? Dia di mana, kau di mana?"
"Dia kat KL, kan? Aku kat
sini, dengan kau. Orang semenanjung yang tercampak ke Labuan."
Selamba Iris Suhayla menjawab.
Siti Hajar mengeleng kepala. Semenjak Izzul Haq diperkenalkan kepada Iris
Suhayla tempoh hari, teman serumahnya itu nampak semakin taksub untuk bertemu
dengan lelaki itu. Sebelum Iris Suhayla menyulam mimpi yang lebih indah bersama
lelaki yang tidak mereka kenali itu, wajar dia sebagai seorang sahabat
menamatkan mimpi itu.
"Dia orang kaya, Su.
Bukan buat bussiness tepi jalan. Ni
orang high class yang tak pandang
orang macam kita, Su. Apatah lagi nak berurusan dengan kita."
"Kaya tak kaya. Bussiness tak bussiness. Pada Allah, manusia semuanya hamba. Yang membezakan dia
dan aku, iman dan takwa aje. Berani dia tak nak jumpa aku?"
Balas Iris Suhayla, seronok
melihat reaksi Siti Hajar yang begitu bersungguh-sungguh menghalang niatnya
untuk 'memancing' Izzul Haq. Pendrive yang dipegang oleh Iris Suhayla diambil
semula oleh Siti Hajar. Jarinya menekan satu persatu butang di papan kekunci.
Berkerut dahi Iris Suhayla apabila Siti Hajar memeriksa kandungan pendrivenya.
"Kau nak buat apa
tu?"
"Adalah!"
Jawabnya sambil mengklik
tetikus dengan pantas. Iris Suhayla yang duduk di sebelah pun tidak sempat
melihat apa yang sedang dikerjakan oleh Siti Hajar. Tidak sampai seminit, pendrivenya dikembalikan.
"Dah siap! Aku dah delete kertas kerja tadi. Ha ha ha."
Beritahunya, terus ketawa. Tidak lama kemudian, kedengaran
bunyi komputer riba pula dimatikan. Siti Hajar memeluk komputer ribanya
erat-erat, seolah-olah dia berniat hendak merampas. Mata Iris Suhayla bulat
merenung Siti Hajar namun dia senyum di akhirnya.
"Kalau aku mintak dari
Zack, mesti dia bagi. Simpanlah kertas kerja kau tu. Aku tak kisah."
SEBAIK dihubungi, Zakwan muncul di pintu kelasnya. Senyuman
lelaki itu begitu lebar, gembira yang bukan kepalang apabila Iris Suhayla
menghubunginya buat pertama kali. Sekurang-kurangnya, sekali dalam seribu, Iris
Suhayla memberi respons terhadap dirinya. Tak mengapa! Barangkali ia bermula
dengan sesi pinjam-meminjam dahulu. Kemudian, hubungan boleh dilestarikan
secara perlahan-lahan. Betullah kata pepatah, hati perempuan ibarat kerak. Jika
disirami air, perlahan-lahan ia akan lembut juga. Hanya usaha dan kesabaran
yang perlu ditingkatkan.
"Kata tadi ada di kantin.
Cepatnya sampai sini."
Tegur Iris Suhayla. Zakwan
menyambutnya dengan senyuman. Di tangannya sudah digenggam salinan kertas kerja
seperti yang diminta oleh Iris Suhayla.
"Apa sahaja untuk
Su."
Balasnya seraya menyerahkan
kertas kerja itu ke tangan Iris Suhayla. Walaupun Siti Hajar sempat berbisik
supaya tidak dilayani karenah Iris Suhayla ketika mereka bertemu di kantin,
namun dia tidak peduli. Selama ini dia bersungguh-sungguh cuba menarik
perhatian Iris Suhayla, baru hari ini gadis itu membuka matanya. Nampaknya dia
perlu berusaha lebih gigih selepas ini. Mindanya gigih memerah idea, mencari
muslihat untuk bersembang lebih panjang dengan Iris Suhayla.
"Terima kasih."
Ucapnya lantas melangkah untuk
beredar masuk ke dalam kelas namun Zakwan cepat menghalang.
"Err... Su. Hari tu Kak
ida kata Su ada beli cat. Boleh pinjam? Nak cat bilik kaunseling lah."
"Macam sistem butter trade aje Zack ni. Mentang-mentanglah kita pinjam kertas
kerja dia."
Ujar Iris Suhayla,
berterus-terang. Zakwan ketawa panjang. Dia tidak peduli apa yang bermain di
minda gadis itu, asalkan hajatnya membuahkan hasil.
"Boleh ke?"
"Boleh tu boleh tapi cat
tu tak banyak sebab hari tu kami dah guna untuk cat kelas."
"Cukuplah sikit
pun."
Jawab Zakwan, tersenyum. Dia
leka memandang wajah Iris Suhayla yang comel pada matanya. Bukan selalu dia
diberi peluang untuk menikmati keindahan ciptaan Allah itu. Selalunya, jika dia
mendekati, Iris Suhayla cuba untuk menjauhi. Ada sahaja alasannya untuk
menjauhi. Biarlah jika dipergunakan sekali pun. Dia rela asalkan dapat
mendekati guru muda itu.
"Mana boleh main
kot."
"Apa pulak tak boleh?
Kita yang menguruskan penggunaan cat tu. Kalau tak cukup, boleh campur warna
lain."
"Terpulanglah Zack. Saya
beritahu perkara yang benar aje. Jangan marahkan saya kalau cat tu tak dapat
nak tampung dinding di bilik kaunseling tu. Bila nak guna nanti, mintak aje
dari Nisa."
Beritahu Iris Suhayla.
Sesekali, dia menjeling juga ke kiri kanan. Bimbang jika perbualan mereka
disalah erti oleh mata yang memandang.
"Kalau mintak dari Su sendiri,
tak boleh ke?"
"Kan dah mintak ni?
Takkan nak mintak berkali-kali pulak kot."
"AWAK sihat ke?"
"Alhamdulillah. Awak
mimpi apa telefon saya tengah malam ni?"
Tanya Iris Suhayla sebaik
menjawab soalan Izzul Haq. Dia ditimpa perasaan. Perasaan aneh apabila lelaki
misteri yang jarang-jarang sekali menonjolkan diri, tiba-tiba menghubunginya
malam ini.
"Amboi, tiap kali
bercakap, nak marah aje! Garang aje suaranya. Berapa bulan dah awak diet?"
Usik Izzul Haq. Walau tidak
kelihatan di hadapannya namun dia tahu reaksi yang bakal diberi tunangnya itu.
"Diet? Tak ingin saya
menyusahkan diri, berlapar semata-mata nak nampak cantik."
"Ha ha ha. Awak kan nak
jadi isteri orang tiga bulan lagi, kenalah persiapkan diri untuk suami awak,
kan?"
"Eeee... awak nak cakap
apa sebenarnya ni. Saya mengantuk. Nak tidur."
Balas Iris Suhayla, cepat
mengalih perbualan mereka. Buat lelaki misteri itu, dia masih tidak betah untuk
berbual apatah lagi berjumpa. Bagaimana nasibnya setelah menjadi isteri lelaki
itu kelak? Nasib menjadi isteri lelaki kaya. Itupun setelah gambar Izzul Haq
dilihat di dada akhbar. Jika tidak, pasti sampai ketika ini pun dia masih tidak
tahu siapa tunangannya.
"Tak ada apa. Saja nak
bersembang."
"Eeee...buang masa
aje."
"Ha ha ha. Sinis dan
berterus-terang macam dulu jugak."
"Macam dulu? Awak kenal
saya ke?"
Tanyanya, hairan dengan bicara
lelaki itu. Seolah-olah Izzul Haq mengenali dirinya suatu ketika dahulu. Ah!
Dia tidak pernah mengenali lelaki itu.
"Apa pulak tak kenal?
Bakal isteri saya. Dulu, masa di Labuan, bukan macam ni jugak ke sikap awak
pada saya? Sinis sepanjang masa."
"Oh, merungutlah
ni?"
"Memberitahu."
Balas Izzul Haq, pendek. Iris
Suhayla mencebik dari kejauhan.
"Mengguna nama
memberitahu untuk merungut."
"Ada beza antara merungut
dan memberitahu, terutama nada saya guna. Ada bunyi merengus? Forget about it. Esok, berikan saya
alamat emel awak."
Pinta Izzul Haq, malas hendak
memanjangkan isu itu. Iris Suhayla ditimpa tanda tanya pula. Tunangnya yang
penuh misteri itu meminta alamat emel pula.
"Untuk apa?"
"Nak hantar tiket awak.
Kan saya dah janji nak usahakan tiket awak."
"Tak payah
susah-susahlah. Saya tak nak balik pun cuti sekolah ni."
Balasnya, memberi alasan yang paling
cocok buat penolakan itu. Wajah emak terbayang di ruang mata. Bukan tidak rindu
pada emak. Bukan tidak mahu merasa nikmat masakan emak, tapi dirinya masih
belum berduit. Jika ada, pasti sudah lama ditempah tiket untuk pulang ke
kampung halaman. Tambahan pula, tempoh cuti yang diberi berbaloi untuk
perjalanan jauh sepertinya.
"Saya dah beli pun tiket
tu. Kalau takut terhutang budi, bayar ajelah bila ada duit nanti."
"Kedekut jugak awak
ni."
Komen Iris Suhayla, sengaja
memancing kemarahan lelaki itu. Dia ingin tahu setakat mana tahap kesabaran
lelaki itu menangani karenahnya.
"Pulak."
"Kata hari tu nak
usahakan. Hari ni kata bayar balik pulak."
"Tak jadi. Betul kata
awak. Saya kena menabung. Simpanan hari tua, kot-kot nanti ada kecemasan."
Balas Izzul Haq, segera
mengetuk pintu memori pada pertemuan akhir mereka. Dia mahu ketawa namun tidak
mahu kedengaran mesra di telinga lelaki itu lantas dikemam mulutnya
rapat-rapat.
"Esok bagi saya alamat
emel awak. Kalau tak dapat, saya sendiri datang jemput awak cuti sekolah ni."
"Tak payah. Saya boleh
balik sendiri."
"Kalau macam tu, kita
tunggu dan lihatlah. Assalammualaikum."
Ucap lelaki itu sebelum
memutuskan talian. Iris Suhayla meletakkan telefon bimbitnya di atas meja sisi.
Kelopak mata yang pada mulanya berat kini menjadi ringan. Dia terkenang akan
permintaan lelaki itu. Perlu atau tidak menghantar alamat emel kepada lelaki
itu? Apa yang pasti, dia tidak rela kepulangannya diiringi lelaki itu.
IRIS Suhayla membelek kertas kerja sumbangan yang bakal
dihantar kepada Izzul Haq kelak. Dia nekad bukan kerana hendak mengikis harta
lelaki itu tetapi dia ingin menagih tanggungjawab sosial dari syarikat
kepunyaan Izzul Haq. Sumbangan itu pula bukan untuk kepentingan diri tetapi
untuk menguruskan perjalanan program tahunan prasekolah.
"Kau nak submit jugak ke kertas kerja sumbangan
pada Mamat tu?"
"Mamat? Bukan Izzul ke
nama dia?"
Soal Iris Suhayla, lurus pula
kali ini. Siti Hajar memicit kepalanya yang tidak sakit. Hari itu dia sempat
bertanya akan perkembangan hal kertas kerja kepada Zakwan. Zakwan memberi
jawapan positif bersama perasaan yang girang. Dia bercerita pula tentang
niatnya meminjam cat dari kelas Iris Suhayla. Bertambah lagi sakit kepalanya.
"Aku ni bukan rajin sangat kot. Tapi tak apalah. Su
punya pasal, aku sanggup menggadaikan
takat kemalasan aku."
Kata-kata Zakwan itu melekat
kuat dan kerap berputar-putar di dalam mindanya. Kini, dia berhadapan dengan
Iris Suhayla pula. Baik Iris Suhayla, mahupun Zakwan, kedua-duanya taksub akan
orang yang mereka sukai namun kisah mereka ibarat cinta banyak penjuru. Zakwan
sukakan Iris Suhayla sedangkan Iris Suhayla sukakan CEO kereta yang kaya-raya
lagi bergaya walaupun dia sudah pun menjadi tunangan orang.
"Kau berangan ke Siti?
Teringatkan angah aku, ya?"
"Aku? Angah kau? Aku tak
sempat fikir untuk diri sendiri pun Su. Aku lebih susah hati dengan masalah kau
ni."
Balas Siti Hajar,
berterus-terang. Padanya, Iris Suhayla punya pilihan untuk menyelesaikan
masalahnya namun dia mengambil jalan berliku sedangkan dia pula, usia mencecah
dua puluh sembilan tahun namun masih lagi bersendirian. Siapakah yang lebih
beruntung antara mereka berdua.
"Kenapa dengan aku
pulak?"
"Iyalah. Kisah cinta kau
ni dah tak tahu berapa segi dah. Zakwan minat kat kau tapi kau syok kat CEO tu.
CEO tu pulak sibuk bercinta dengan Putri Ariyana. Dahlah kau minat pada orang
yang salah, lepas tu nak kahwin pulak dengan orang yang salah. Yang
terhegeh-hegeh syokkan kau pun syok pada orang yang salah."
" Ha ah, kan. Bila kau
cerita, baru aku nampak betapa rumitnya kisah aku ni tapi aku tak pernah bagi
harapan pun pada Zakwan. Ada kau nampak aku berbalas mesej dengan dia atau
berbalas panggilan dengan dia? Tak ada, kan? CEO kereta tu? Siapa suruh dia
kacak, kaya dan bergaya? Bukan salah aku kalau jatuh hati pada dia. Pasal Putri
Ariyana tu? Alah, berapa lama sangat kisah cinta mereka tu? Entah-entah reporteryang berlebihan tak? Pasal
tunang aku tu? Kalau dah jodoh, Siti. Apa aku nak kata? Mak aku pilihkan pun,
maksudnya dia memang jodoh aku jugak, kan?"
Panjang lebar Iris Suhayla
menjawab sehingga akhirnya dia meninggalkan soalan pula untuk dijawab oleh Siti
Hajar. Sebenarnya isu timbul akibat dirinya yang tidak berterus-terang.
Kalaulah Siti Hajar tahu bahawa CEO kereta itu memang tunangnya, pasti teruk
dia dikerjakan.
"Habis tu? Tak ada
penyelesaian lah masalah kau ni?"
"Chill sudah. Selagi belum memudaratkan dan menimbulkan fitnah, buat
apa aku nak memeningkan kepala, kan? Baik aku fokus pada anak-anak murid aku
dulu."
"Ikut kaulah, Su. Asal
kau bahagia. Yang penting aku nak makan nasi minyak kau. Tak kiralah siapa
pengantin kau pun."
"Betul ni kau tak kisah?
Janganlah kau terkejut dan marahkan aku pulak bila kau tengok pengantinnya
nanti."
"Kenapa? CEO tu ke
pengantin kau nanti?"
"Iyalah. Siapa
lagi?"
"Emmm. Loyar buruk.
Dahlah! Malas layan kau. Bengkak pulak otak aku nanti."
SEPULUH minit selepas dia menghantar alamat emelnya
kepada Izzul Haq, dia menerima satu pesanan ringkas.
"Takut kena jemput ke?"
Dia membaca pesanan ringkas
itu di dalam hati. Timbul pula rasa geram apabila muncul pesanan ringkas yang
kedua.
" =p "
Mesej smiley dengan lidah terjelir itu membuatkannya menjadi geram. Pasti
Izzul Haq dapat membaca fikirannya. Tambahan pula, dia mengambil masa dua hari
sebelum menghantar alamat emelnya. Pasti lelaki itu dapat menghidu sikap
berhati-hati yang menjadi pilihannya.
"Sukalah tu."
Dia membalas mesej Izzul Haq
tanpa berfikir panjang. Kalaulah Izzul Haq berada di hadapannya, pasti sudah
lama dikerjakan lelaki itu dengan kata-kata yang sinis dan menyakitkan hati.
Biar dia tahu yang dia mencari masalah dengan orang yang salah.
"Which one will recover you fast? =D or ha ha ha?"
Iris Suhayla membaca mesej
yang ketiga itu dengan rasa geram yang membuak-buak. Mengapa Izzul Haq tidak
berada di sini? Jika tidak, senang pula dia membalas serangan itu
"Jangan lupa print tiket tu. Nanti tak pasal-pasal
kena jemput di Labuan pulak."