17
"KENAPA kau minat
sangat pasal CEO kereta tu?"
Tanya Siti Hajar sebelum
melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dia kehairanan dengan sikap Iris Suhayla
yang sangat menunjukkan minat terhadap Izzul Haq. Semenjak terbaca di dada
akhbar petang tadi, soalannya bertubi-tubi tentang Izzul Haq. Selama ini teman
serumahnya tidak peduli perihal lelaki namun hari ini sikapnya bertentangan
pula. Iris Suhayla membawa segelas air masak lantas duduk di sebelahnya. Siaran
televisyen dihidupkan lantas dia memilih rancangan televisyen yang menarik
hatinya namun pada waktu begitu, hanya berita yang disiarkan di mana-mana
saluran pun.
"Kau jugak kata satu
Malaya minat kat dia, kan?"
"Aku ingat kau
terkecuali."
"Mana boleh terkecuali.
Aku jatuh hati tiba-tiba pada dia."
Beritahu Iris Suhayla, sengaja
berjenaka. Walaupun Siti Hajar paling dekat dengannya ketika ini, namun dia
tidak mahu terlalu berterus-terang. Biar disimpan rapi dahulu rahsia Izzul Haq
sebagai tunangannya. Itupun jika benar Izzul Haq itu yang menjadi tunangnya.
Jika Izzul Haq lain bagaimana? Tapi takkan ada tujuh Izzul Haq yang sama rupa
dan nama begitu? Dan takkan Izzul Haq yang menjadi impian ramai wanita itu
memilih dirinya sebagai calon isteri? Oh, mencabar sungguh dugaan baru ini.
"Jatuh hati tiba-tiba
pun, macam boleh kahwin dengan dia."
"Kenapa pulak tak
boleh?"
Tanya, menguji lagi.
"Lagi mahu tanya. Kau
dengan dia ibarat langit dengan bumi. Takkan dia pandang orang macam kita ni,
Su. Berbaju kurung tiap hari, bibir pun kau calit lipstik nipis-nipis. Nampak
tak nampak aje. Dia tu high class.
Pakai baju berjenama, kereta berjenama, seluar berjenama, silap hari bulan yang
dalam pun berjenama."
Sinis sahaja Siti Hajar
menjelaskan. Iris Suhayla ketawa. Jenaka Siti Hajar yang paling hujung bagai
menggeletek tubuhnya. Kemudian, dia mahu menduga lagi. Tambahan pula, mereka
jarang bercerita tentang lelaki. Apa salahnya jika hari itu dipilih sebagai
hari untuk mendapatkan pandangan tentang lelaki. Selain Zakwan.
"Tapi kalau tengok gambar
dia dengan Putri Ariyana, aku tak hairanlah. Takkan lelaki kaya macam dia nak
tolak rupawan, jelitawan, selebritiwan macam Putri Ariyana tu. Kan cocok jadi
pasangan dia?"
Tambah Siti Hajar lagi. Kali
ini giliran Iris Suhayla pula yang diuji. Mengapa perihal Putri Ariyana pula
yang dibangkitkan Siti Hajar dalam perbualan mereka? Bukankah cerita mereka
tadi sekadar berkisar tentang Iris Suhayla dan Izzul Haq sahaja?
"Putri Ariyana dengan
aku, siapa lagi cantik? Aku kan?"
"Kau cantik? Perasannya!
Tapi kau memang cantik pun."
"Ha ha ha. Aku tahu aku
cantik. Tak solek pun tak apa, tetap cantik."
Balas Iris Suhayla, berlucu.
Siti Hajar tidak menjawab, hanya ketawa yang kedengaran mengisi ruang tamu
rumah itu.
"Berbalik pada
topik-"
"Penyampaian bantuan kepada Rumah Anak-anak Yatim
Baitul Hidayah telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat
The Speeds, Izzul Haq bin Dato' Izhar dalam sebuah majlis kesyukuran yang
diadakan di Hotel Grand Wave."
Berita yang dipaparkan itu
menarik perhatian mereka berdua, lantas Iris Suhayla menambah laras suara
hingga bergema suara pembaca berita itu di segenap ruang rumah mereka.
"Tengok tu, cerita pasal
buah hati kau lagi. Aku rasa minggu ni memang berita pasal dia aje lah. Silap
haribulan, rancangan Sensasi tu pun bakal tayang muka dia."
"Emm. "
"Murah rezeki dia,
melimpah ruah. Aku suka tengok orang kaya yang tak lupa diri, memberi pada yang
memerlukan."
"Bila teringat semula
kronologi kisah hidupnya, aku rasa, dia memang berhak dapat apa yang dia dapat
sekarang."
Siti Hajar bercerita lagi.
Iris Suhayla tertarik untuk mengetahui kisah itu, lalu dia mengalih perhatian
dari isi cerita sumbangan Izzul Haq kepada kronologi kisah hidup Izzul Haq.
Itupun jika benar Izzul Haq yang dimaksudkan itu adalah Izzul Haq, tunangnya.
"Banyak ke yang kau tahu
pasal dia?"
"Kisah dia bukan setahun
dua. Aku rasa masa aku mula-mula posting
dulu, dia baru meningkat naik. Dia cerita, masa kecik-kecik dulu dia duduk
dengan datuk dia-"
Siti Hajar membuka cerita
namun dia mencelah pula.
"Dato' Izhar?"
"Itu bapak dia! Datuklah!
datuk-nenek."
Tekan Siti Hajar pula. Apakah
kerana sedikit maklumat yang ada lantas Iris Suhayla meneka sesuka hati? Namun
teman serumahnya itu tertawa cuma.
"Oh, okay. Lepas
tu?"
"Dia duduk dengan datuk
nenek dia. Dari kecik lagi. Bermula umur lima tahun, dia dah ikut datuk dia ke
hulu ke hilir naik motor. Datuk dia ada dusun durian. So, dia selalu tolong datuk dia di kebun durian. Bila tiba musim
buah, mereka jual buah durian. Nenek dia pulak pandai buat makanan berasaskan
durian, macam tempoyak, lempuk durian, pulut manis plus durian. Mereka jual semua tu. Habis tingkatan lima, ayah dia
ambil dan bawak dia balik ke KL. Disebabkan terbiasa berniaga dari kecil, dia buat
part time, jual burger malam hari.
Siang pulak pergi kuliah. Masuk semester akhir, tahun akhir, datuk dia
meninggal dunia."
Cerita Siti Hajar, segera
menarik minat Iris Suhayla. Timbul kekaguman terhadap lelaki yang sudah menjadi
tunangannya semenjak tiga bulan yang lalu.
"Dipendekkan cerita,
semua ahli keluarga berkumpul untuk pembahagian harta. And you know what, rupanya dia penerima wasiat yang paling banyak.
Bukan setakat dusun durian. Rupanya, semenjak duduk dengan datuk, setiap hari,
setiap kali balik rumah, datuk dia simpankan duit dalam tabung buluh tanpa
pengetahuan dia. Duit tu sebagai upah tolong datuk di dusun. Dan, oleh kerana
terlalu minat akan kereta mewah, dia berdikit dari bawah. Bermula dari engineer. Sambil bekerja, dia jadi orang
tengah, dapatkan kereta-kereta yang orang mintak. Eventually, he become a very rich person in Malaysia. An owner of a luxury car's company. Tak
padan dengan umur."
Ulas Siti Hajar, menyudahkan
ceritanya. Begitu banyak persoalan yang muncul di benaknya tentang kisah hidup
lelaki itu namun dipendamkan dahulu. Tak sangka Siti Hajar lebih mengenali
Izzul Haq berbanding dirinya yang menganggap Izzul Haq penuh misteri.
"Mesti berganda minat kau
pada dia, kan? Habislah Zack! Ada pesaing tak pasal-pasal."
DIA berehat di bawah gazebo sambil membaca sebuah buku
bertajuk Iskandar Adalah Zulqarnain.
Ketika bacaannya mencecah halaman 200, buku itu ditutup semula.
"Cukup untuk hari
ini."
"Apa yang cukup?"
Tanya Mama Jiya, mendekatinya
lantas menghidangkan teh o dan sepiring kuih karipap. Izzul Haq hanya menjawab
dengan senyuman.
"Air tangan Mama Jiya
ke?"
"Iyalah, siapa
lagi?"
"Manalah tahu kot bibik
yang masak."
Balasnya, sekadar menyerkap
jarang. Air teh o yang masih panas dihirup sedikit. Apabila dirasakan takat
kepanasan air itu serasi dengan lidah yang merasa, dia menghirup lagi air itu.
Kali ini lebih lama dia menghirup.
"Eh, lupa pulak nak
jemput Mama Jiya minum!"
"Minumlah Iz. Sesekali Iz
balik ke rumah Mama Jiya ni, kan?"
"Minggu ni baru dapat
rehat, Mama Jiya. Selalunya hujung minggu pun ada event jugak."
Jelas Izzul Haq sambil
membetulkan duduknya. Usai subuh, dia terus memandu ke kawasan kejiranan Bukit
Kiara. Dia bimbang, jika melengahkan niat untuk menjenguk Mama Jiya, hasratnya
langsung tidak dapat ditunaikan memandangkan hari-harinya yang penuh dengan
aktiviti.
"Iris apa khabar?"
Tanya Mama Jiya tentang bakal
menantunya. Izzul Haq mengangkat wajah. Bagaimana hendak menjawab? Berpura-pura
atau berterus-terang lantaran dia sendiri jarang sekali bertanya khabar
tunangnya.
"Emm, Iz tak pastilah
Mama Jiya. Sihat kot."
"Macam mana boleh ada
kot? Iz tak contact Iris ke?"
"Tak sempatlah, Mama
Jiya. Iz sibuk sikit lately ni."
Jawab Izzul Haq. Jawapan yang
sudah dapat dibaca oleh naluri keibuannya. Dia faham akan tugas anak tirinya
selaku pemilik sebuah syarikat besar. Jadual hariannya pasti padat dengan
aktiviti tetapi ada hal-hal tertentu yang harus diberi perhatian juga selain
dari perihal kerja. Dan kini, semenjak kejayaan majlis pelancaran kereta
Porsche tempoh hari, anaknya menjadi tumpuan media pula. Tidak semena-mena
timbul gosip tentang hubungan anak tirinya bersama selebriti terkenal Malaysia
ketika ini.
"Putri Ariyana?"
Izzul Haq mengangkat muka
sekali lagi. Dahinya berkerut, bukan kerana kepanasan dek bahang mentari yang
menyelinap masuk di celah-celah atap nipah, namun persoalan mengenai Putri
Ariyana yang bermain di bibir ibu tirinya. Mama Jiya turut mengikuti
perkembangan gosipnya jugakah?
"There's nothing between us, Mama Jiya."
"Iya ke?"
"Iz kan tunangan orang.
Takkan Iz berani nak menggatal lagi."
"Fitnah mudah menimpa
kalau Iz tak berhati-hati. Mama Jiya bukan nak menyibuk sangat hal peribadi Iz
tapi Iz jagalah hati Iris tu. Entah apa yang dia rasa kalau terbaca cerita
pasal Iz. Berita pasal kejayaan tu memang bagus tapi pasal gosip Iz tu, Mama
Jiya kurang senanglah Iz. Lain macam aje Mama Jiya tengok Putri Ariyana tu.
Seram sejuk Mama Jiya dibuatnya."
Kata Mama Jiya, tidak
berselindung. Izzul Haq ketawa sahaja. Benarlah andaiannya sebentar tadi.
Memang Mama Jiya tidak pernah terlepas mengikuti perkembangannya sama ada yang
baik atau yang buruk.
"Mama Jiya jangan fikir
yang bukan-bukan. Iz dengan Putri sekadar kawan. Hari tu dia bekerja dengan Iz.
Takkan selepas bekerja, Iz nak menyombong pulak dengan orang, kan?"
"Betullah apa yang Iz
kata tu. Tak salah berkawan tapi jagalah batas-batasnya supaya tiada hati yang
tersinggung. Bukan setakat Iris, hati keluarganya pun kita kena jaga. Kita yang
bersungguh nakkan anak orang, kan?"
"BOS, Putri
Ariyana is here. She wants to meet you."
Beritahu Aina ketika talian
telefonnya diangkat. Izzul Haq mencari reaksi Hakimi namun sahabatnya ketawa
sahaja. Menyesal pula dia menekan butang pembesar suara pada telefon itu. Jika
perbualan itu antara dirinya dan Aina, pasti lebih mudah dia menanganinya.
"Dia nak apa, Aina? Saya busy ni. Tengah berbincang dengan
Hakimi."
"Sebentar ya, bos. Saya
tanyakan dulu."
Balas Aina. Talian dihujung
senyap seketika. Sementara menunggu Aina, dia meneliti minit mesyuarat
pengurusan yang telah disiapkan Aina.
"Bos, dia nak jumpa bos personally."
"Business or personal? Kalau business, ask her to
wait at the guest room. If not, I ask my apologize because I don't have time
for it."
"Amboi, you guna perantara aje untuk cakap
dengan I, kan?"
Sapa satu suara. Izzul Haq
terkesima. Dia dan Hakimi saling berpandangan. Tak disangka Putri Ariyana
begitu berani, mengambil alih telefon dari Aina semata-mata mahu bercakap
dengannya.
"Putri Ariyana, I bercakap dengan you ke, sekarang?"
"I am, honey. You tak mahu
layan customer you ke? Iminatlah Targa 911 4s tu. Rasa macam
nak beli aje tapi tak ada orang nak entertain
I. Mungkin I patut balik
kot."
Balasnya, dengan intonasi
lunak. Suara yang cukup sempurna untuk membuat pendengarnya berasa gelisah.
"You heard me, right? Kalau pasal business, there's a very comfortable guess room. I akan datang nanti."
"Okay."
Balas Putri Ariyana. Selepas
itu talian terus terputus. Izzul Haq melepas nafas yang terasa berat. Kot
berwarna kelabu ditanggalkan.
"Susah layan orang macam
ni. By the way, janganlah kau tolak
permintaan aku tu. Siapa nak jaga logistik kalau bukan kau. Banyak benefitnya. One of them, outstation ke luar negara. Sambil kerja sambil makan
angin."
"How can I decline? You are the boss."
"Pergilah entertain pelanggan kita dulu. Nanti
macam-macam pulak isu yang timbul."
Hakimi menambah lagi. Izzul
Haq mengangguk lantas keluar dari biliknya.
"KEVIN, tolong Cik Putri Ariyana. She wants to book a 911 Targa 4s ."
Beritahunya apabila talian
disambut. Setelah mendapat jawapan, Izzul Haq memutuskan kembali talian dan
melangkah ke arah Putri Ariyana yang sedang menanti.
"Kevin akan tolong you untuk bookkereta tu."
"Okay."
Sambut Putri Ariyana.
Kemudian, dengan bersahaja dia mengeluarkan bedak kompak sebelum menilik
wajahnya. Lipstik dioles kembali ke bibirnya yang mungil. Anak rambut yang
terjuntai di dahi diselak ke tepi. Semua perbuatannya diperhatikan Izzul Haq
satu per satu. Usai menyolek, dia mengeluarkan pula telefon bimbit tab. Apabila skrin telefon dihalakan ke
wajahnya, tap! satu, dua, tiga barangkali, wajahnya dirakam sendiri. Kemudian,
dia mengangkat telefon bimbitnya lebih tinggi, menghala ke arah Izzul Haq. Tap!
"You ambil gambar I,
ya?"
"Wajah youyang kacak tu. Siapa tak mahu simpan
tanda kenangan?"
"Kenapa you tak minta izin Idulu?"
Tanya Izzul Haq, menduga.
Entah mengapa, dia ingin tahu apa yang bermain di fikiran figura penuh pesona
itu.
"Tak ada signpun yang suruh Imintak izin. Emm...alang-alang you dah sebut, I nak
mintak izin untuk bergambar berdua dengan you."
Pinta Putri Ariyana. Izzul Haq
tidak menjawab. Putri Ariyana ketawa kecil lantas bangun menuju ke arah Izzul
Haq. Sofa tunggal itu tidak menjadi penghalang buatnya lantas dia mengangkat
tangan Izzul Haq sebelum duduk di atas tempat meletak tangan di sisi Izzul Haq.
Terlalu rapat hingga menyesakkan nafas lelaki itu. Skrin telefon bimbit
dihalakan ke arah mereka berdua namun Izzul Haq bangun cepat-cepat.
"I need more oxygen. Please excuse me."
"Ha ha ha. Udara sejuk ni
tak cukup lagi ke buat you?"
Ejek Putri Ariyana lantas
ketawa kecil. Dia tahu lelaki itu bukan sembarangan lelaki sebab itu dia ingin
mencuba. Mana tahu jika rezeki menyebelahi. Pasti hubungan yang terjalin
membawa keuntungan besar buatnya.
"BOS ada skandal dengan Putri Ariyana ke?"
Tanya Aina kepada Hakimi.
Persoalan itu berlegar di dalam mindanya semenjak Putri Ariyana dengan
selambanya merampas ganggang tefeon ketika dia sedang bercakap dengan Izzul Haq
pagi tadi. Wajah Hakimi ditenung untuk mendapatkan reaksi namun lelaki itu
menjungkit bahu.
"Bohonglah kau tak tahu.
Kau yang paling rapat dengan bos, kan?"
"Kau yang dekat dengan
dia. Kau secretarybos, kan?"
"Aku secretary aje, bukan pengawal peribadi dia."
"Dah tu? Sama aje. Aku PR syarikat aje, bukan pengawal peribadi
dia."
Balas Hakimi, mengusik. Aina
menarik muncungnya tanda tidak berpuas hati. Hakimi ketawa apabila gurauannya
berhasil, membuatkan Aina sakit hati.
"Eeeee...geram betul aku
cakap dengan kau. Putar sana, putar sini!"
"Muncung panjang macam
itik serati."
Tambah Hakimi lagi. Ketika
itu, Izzul Haq melangkah mendekati mereka berdua. Aina berdehem, memberi
isyarat kepada Hakimi bahawa orang yang dibualkan sedang menghampiri.
"Patutnya saya yang
berdehem."
Tegur Izzul Haq. Dari jauh dia
mendengar bunyi ketawa Hakimi. Barangkali dia sedang menyakat Aina.
"Sorry, bos!"
"Tak ada apa yang nak disorrykan. Aina, tolong panggilkan staf
yang dah awak senaraikan tu esok, pukul sembilan pagi. Saya nak jumpa semuanya
dalam bilik mesyuarat."
"Menurut perintah,
bos!"
"Kau pun sama Mi. Masuk
mesyuarat esok."