Home Novel Cinta AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
Laila Qaisara
6/12/2012 13:30:40
47,234
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 12

Uda melangkah longlai masuk ke rumah. Dia melihat banyak bungkusan di ruang tamu.

“Mummy, apa ni?”

Datin Eryna muncul dari dapur menatang minuman buatnya. “Eh, Uda dah balik? Macam mana pejabat? Okey?”

“Apa ni, Mummy?” tanya Uda lagi.

“Ini semua barang-barang yang Mummy baru beli. Untuk hantaran perkahwinan Uda nanti,”

“Mummy, bukan ke Uda cakap yang Uda belum sedia nak kahwin lagi? Kenapa Mummy masih nak beli semua barang ni?”

“Uda sayang, apa salahnya kalau Mummy beli benda ni siap-siap? Lagipun, hari tu Mummy beli semua barang macam ni, alih-alih hilang. Mesti orang gaji tu yang curi ni,”

“Sebab tu Mummy pecat dia?” tanya Uda kesal. “Mummy ni tak serik kan? Barang dah kena curi pun masih nak beli awal-awal. Bukannya Uda nak kahwin bulan depan pun,”

“Habis bila lagi Uda nak kahwin? Dah nak setahun Uda dan Laila tangguhkan perkahwinan ni. Bila lagi korang nak bersatu ni? Nak tunggu Laila kena rampas ke baru nak menyesal?”

“Mummy takut apa? Kalau ada jodoh tak ke mana la,” Uda membalas. “Mummy takut Laila dirampas macam mana Mummy rampas dia dari Taufiq dulu ke?”

“Uda! Berani kamu cakap macam tu dengan Mummy!”

“Hakikat Mummy. Hakikat,” suara Uda mendatar. Namun kedengaran kesal.

“Kamu….!”

“Apa lagi ni? Sejak Uda bertunang, kamu berdua asyik bertekak je. Tak reti nak berhenti ke?” sampuk Dato’ Hazmi yang muncul tiba-tiba.

“Anak abang ni! Saya suruh kahwin cepat dia tak mahu,”

“Kalau dia belum bersedia lagi, awak nak buat apa? Kesian Laila nanti kalau apa-apa jadi,” balas Dato’ Hazmi selamba. Lalu dia berjalan perlahan menuju ke biliknya.

“Abang ni kenapa? Bela sangat keputusan Uda nak tangguhkan perkahwinan dia,”

“Buat apa kahwin kalau tak ada rasa cinta,”

“Cinta boleh dipupuk lepas kahwin kan?”

“Tapi cinta tak boleh dipaksa,” Dato’ Hazmi mencapai tualanya. “Dah la. Abang nak mandi,”

Datin Eryna menggerutu. Geram dia dengan sikap suaminya yang ambil ringan dengan semua perkara.

*****

Kereta yang dipandu Uda berhenti betul-betul di hadapan sebuah pusat membeli belah tidak jauh dari rumahnya. Bukan niat Uda untuk membeli belah tetapi ingin melarikan diri seketika dari Datin Eryna. Bukannya apa, setiap kali bertemu pasti bertekak. Dan pastinya, topik perkahwinan yang menjadi isu pertengkaran mereka.

Mengenangkan isu itu, Uda mengeluh. Laila pada pandangannya memang cantik. Tapi, hatinya tiada pada wanita itu. Hatinya hanya pada Dara.

“Dara, apa yang dia buat sekarang? Mesti dah berkahwin dengan Taufiq. Mesti mereka tengah menunggu kelahiran anak sulung mereka. Mesti comel anak mereka nanti,” gumam Uda perlahan. Dia tersenyum apabila mengingatkan wajah wanita yang masih bertakhta di hatinya itu.

Tok! Tok! Lamunannya terhenti. Pantas dia enoleh untuk melihat siapa yang mengetuk pintu keretanya. Segera dia menurunkan cermin tingkap keretanya. Dan……

“Uda?”

“Dara…,”

Suasana sepi beberapa jeda. Masing-masing tidak tahu ingin berkata apa.

“Dah kahwin?” serentak mereka bertanya. Kemudian mereka ketawa sendiri. Lucu pula pada pandangan mereka, reaksi spontan mereka itu.

“Dara belum kahwin. Dara baru balik dari Singapura,”

“Jauhnya merantau. Bawa diri ke apa?”

Dara hanya tersenyum.

“Uda belum kahwin. Uda belum bersedia,”

“Kenapa belum bersedia? Duit kan dah cukup untuk Uda kahwin?”

“Uda tak cintakan Laila. Uda cintakan Dara,”

Dara terdiam. Dia terkedu mendengar pengakuan Uda terhadapnya.

“Dara!”

“Ya Ibu!” Dara cepat menyahut panggilan Ibu Midah. “Erm, Dara pergi dulu. Ibu dah panggil. Nanti kalau ada jodoh…,”

“Kita kahwin,” potong Uda. Dia memandang wajah Dara yang terkejut mendengar kata-katanya.

“Erm, kalau ada jodoh kita jumpa lagi ye,” Dara mengulangi kata-katanya tadi. Tergagap-gagap. “Pergi dulu. Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam,” jawab Uda.

‘Kau masih tidak berubah, Dara,’ bisik hati Uda.

*****

“Laila,” panggil Datin June sebaik sahaja dia Laila menjejakkan kaki di rumah itu. Laila yang keletihan, tidak mempedulikan panggilan itu. Terlalu penat untuk melayani kerenah di pejabat. Melihatkan itu, Datin June jadi geram. Lalu dia bangun dan mengejar Laila. Lengan gadis itu direntap kasar.

“Apa dia, Mama? Boleh tak bagi Laila berehat dulu sebelum Mama nak serang Laila? Laila penat sangat. Nak mandi dulu,” luah Laila.

“Sebelum tu, Mama nak tanya, kenapa kena pecat Papa Mukhriz dari syarikat? Apa rasionalnya?”

“Boleh tak kalau Laila mandi dulu baru Laila jawab semua persoalan Mama tu?”

“Mama nak tahu sekarang juga!” Datin june mendesak.

“Baik. Mama nak tahu sangat kan? Sekarang Laila nak Tanya, apa rasionalnya suami Mama tu bekerja dengan syarikat kita? Bukan ke dia ada syarikat sendiri yang perlu diuruskan? Kenapa dia nak sibuk-sibuk dengan syarikat kita?”

“Laila cakap apa ni? Papa Mukhriz nak tolong kita, Laila!”

“Tolong apanya, Mama? Kita kehilangan projek kerjasama dengan Tan Sri Kamaruzzaman tu sebab dia! Mama tahu kan nilai projek tu berapa? Lima puluh juta!”

“Papa Mukhriz cuma nak tolong kita, Laila!”

“Laila takkan benarkan sesiapa pun hancurkan amanah arwah Papa!” Laila terus ke bilik tanpa mempedulikan Datin June. Dia benar-benar penat.

“Dia cakap apa, sayang?” Tanya Datuk Mukhriz sebaik sahaja kelibat Laila menghilang. Datin June menggeleng.

“Degil! Macam mana nak cakap lagi pun saya tak tahu la,” Datin June membebel. Datuk Mukhriz hanya diam. Namun hatinya membuku.

*****

Laila memutar stereng. Kereta yang dipandu membelok memasuki jalan kecil yang menempatkan bangunan-bangunan kecil. Laila tersenyum. Destinasinya, Tutti Frutti!

Selesai memarkir kereta, cepat-cepat Laila keluar. Dia sudah tidak sabar-sabar menikmati yogurt kegemarannya. Namun sebaik pemegang pintu dalam genggaman…..

“Sayang, awak nak Tutti Frutti?”

Laila tersentak. Itu suara Dato’ Hazmi! Apa yang dia buat kat sini?

“Tak nak la, abang. Jom la kita balik. Saya penat la,”

Suara itu seakan dikenalinya! Tapi suara siapa?

Laila segera menoleh. Tapi hampa. Dato’ Hazmi dan wanita itu sudah berjalan membelakanginya. Tidak berpuas hati, Laila mengambil keputusan untuk mengekori mereka. Niat untuk menikmati Tutti Frutti terluput begitu sahaja. Dia lebih bersemangat untuk mengetahui siapa yang bersama Dato’ Hazmi itu.

“Betul sayang tak nak apa-apa ni? Sebab kalau kita balik, tak boleh keluar lagi sampai esok,”

“Ala abang ni, mengusik je kerjanya,”

“La, betullah sayang. Abang nak habiskan masa berkualiti dengan sayang,”

Geli pula Laila mendengarnya. Namun dia betul-betul ingin tahu. Siapakah wanita itu sehingga lelaki sebaik Dato’ Hazmi boleh curang terhadap isterinya? Dia terus mengekori mereka berdua sehingga dia tidak menyedari……

Bahaya ada di hadapannya.

Dato’ Hazmi dan wanita simpanannya itu terus berjalan sehingga sampai di sebuah kondominium mewah tidak jauh dari situ. Dan Laila terus melangkah. Namun sebaik masuk ke pintu pagar kondominium itu, kelibat mereka terus hilang bagaikan angin.

Laila terus ke pondok pengawal.

“Pakcik, saya nak tanya. Tadi sepasang kekasih ada lalu sini kan? Dia tinggal di mana ya?”

“Awak ni siapa?”

“Saya… saya….,”

“Saya tak boleh bagi sebarang maklumat pada orang luar. Saya minta maaf,”

“Tapi pakcik….,”

“Maafkan saya, cik,”

“Pakcik, tolonglah saya, pakcik. Saya….,”

“Pergi dari sini sebelum saya panggil polis,” pengawal keselamatan kondominium itu mula bertegas. Laila hampa. Namun dia tidak berputus asa. Sekurang-kurangnya dia sudah tahu di mana mereka tinggal.

Laila berpatah balik ke keretanya. Niat untuk menikmati Tutti Frutti terus terpadam. Dia mahu terus pulang.

Namun dia tidak menyedari, ada bahaya yang sedang menantinya. Sebaik dia ingin melintas jalan, sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. Dan apabila dia menyedarinya, ia sudah terlambat…….

“Argh!”

Segalanya berlaku begitu pantas. Sekelip mata, dia sudah terguling ke tepi jalan. Dan berada ada orang telah menyelamatkannya! Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Dan….

Taufiq yang telah menyelamatkannya!

“Awak, awak taka apa-apa?”

"Kalau nak mengintip bakal bapa mertua sekalipun, jaga keselamatan diri sendiri boleh tak?"

Laila pandang Taufiq dalam-dalam.

"Awak intip saya ye?"

Gulp! Taufiq telan liur.

"Jawab soalan saya, Taufiq!"

"Awak tu siapa, saya nak intip? Bukan ke awak benci saya? Aku suka bila kau benci aku," Taufiq terus berlalu meninggalkan Laila yang terpinga-pinga di situ.

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.