Dara sedang leka membasuh pinggan apabila
telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Cepat-cepat dia mengelap tangannya pada
tuala kecil yang tergantung berhampiran dengan peti sejuk. Tersenyum dia
apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.
‘Uda!’ pantas dia menekan punat hijau.
“Assamualaikum, Dara,”
“Waalaikumussalam, Uda…. Argh!”
Segalanya berlaku begitu pantas. Sekelip
mata, telefon bimbitnya dirampas dan dicampak ke tepi peti sejuk. Berkecai
telefon bimbit itu. Dara menoleh. Datuk Mukhriz!
“Apa ni Datuk?” keras suara Dara bertanya.
Namun Datuk Mukhriz tidak menjawab. Dia menghampiri. Dara. Dara cuak.
“Datuk jangan macam-macam, saya jerit
nanti!”
“Jerit la. Bukan ada sesiapa pun kat sini.
Hanya kita berdua….,” Datuk Mukhriz mempamerkan senyuman yang menakutkan Dara.
“Tolong…..!!!!!! hmph!!!!!” jeritan Dara
hanya sampai di halkum apabila Datuk Mukhriz menutup matanya pantas. Dihimpit
tubuh mungil Dara ke dinding. Dara meronta kuat cuba melepaskan diri.
“Kau ingat, kau boleh lepas dari aku? Tidak
untuk kali ini,” rakus Datuk Mukhriz mencium leher Dara yang terdedah. Makin
kuat rontaan Dara. Tangannya cuba menolak tubuh Datuk Mukhriz yang sasa itu
namun pantas dicengkam kuat lelaki itu.
‘Yaa Allah, selamatkan aku….!’
Dengan sepenuh kekuatan, Dara menolak
lelaki itu sekuat hati sehingga Datuk Mukhriz jatuh terlentang. Dia cuba
melarikan diri namun kakinya dipaut erat lelaki itu. Dara tersungkur. Dan
semasa dia tersungkur itu, secara tidak sengaja tangannya mencapai sesuatu.
“Kau ingat, kau boleh lari dari aku?”
“Tolong…!”
“Diam!” Datuk Mukhriz menampar kuat pipi
Dara, membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan.
“Lawan aku lagi…Ergh!” Datuk Mukhriz
memandang perutnya. Berlumuran darah. Tangan Dara yang memegang erat pisau yang
dicapainya tadi menggeletar.
Dara tikam Datuk Mukhriz!
Pantas Dara menolak tubuh Datuk Mukhriz
yang menindihnya. Menggigila dia saat melihat Datuk Mukhriz menggelupur
berlumuran darah. Dia melihat tangannya.
Aku dah bunuh orang ke?
“Dara!”
Dara menolah. Laila memandangnya dengan
pandangan tidak percaya.
“Apa yang kau….!”
“Dia nak rogol aku, Laila! Dia nak rogol
aku…!”
Spontan Laila meraih Dara dalam pelukannya.
Dieratkan pelukan itu bagi member semangatnya pada gadis itu.
“Aku tak sengaja, Laila…!” Daa sudah
mengongoi menangis.
“Shhhh….,” Laila menepuk perlahan belakang
Dara. Namun matanya tidak lepas dari memandang Datuk Mukhriz yang terbujur
tidak bergerak.
*****
“Macam mana boleh jadi macam ni, Laila?”
tanya Ibu Midah tegas. Terkejut dia apabila diberitahu kemalangan yang menimpa
Datuk Mukhriz disebabkan oleh anak gadisnya itu.
“Dara cuma mempertahankan diri, Ibu,” bela
Laila. “Saya nampak mereka bergelut tadi,”
“Mempertahankan diri?” jerkah Datin June.
“Ke menggoda?”
“Apa mama ni?”
“Kau ingat aku tak tau ke yang kau memang
goda suami aku?”
Buntang mata Dara mendengarnya. Terkejut
dengan tuduhan yang tidak disangka itu.
“Tak terlintas pun niat saya nak goda
Datuk…,”
“Kau jangan nak tipu aku!” Datin June sudah
naik marah. “Kau memang ada hati dengan suami aku kan? Sebab tu kau goda dia
kan?”
“Mama….,” Laila cuba menenangkan keadaan.
“Kamu diam, Laila! Kamu tak tahu
penderitaan yang mama lalui!”
“Apa ni, mama? Lelaki tu cuba rogol Dara!
Mama lagi nak pertahankan dia tu buat apa?”
“Aku tak percaya!” suara Datin June kuat
memenuhi segenap ruang.
“Datin, maaf. Ini hospital,” tegur seorang jururawat
yang bertugas pada hari itu. Datin June mendengus.
“Maaf, kak,” Laila memohon maaf. “Mama,
tengoklah, apa yang jadi ni,”
“Aku tak percaya dengan kata-kata betina
ni! Dia dengan mak dia sama je! Perampas!”
“Apa yang mama cakap ni?” Laila tidak
mengerti.
“Kau nak tau sangat macam mana arwah papa
kau mati kan?”
Laila bingung. Ibu Midah genggam tangan
Dara. Dara tidak mengerti.
“Pasal perempuan ni!” Datin June menuding
jari ke arah Dara.
“Dara?”
“Perempuan ni,” jari dituding ke arah Ibu Midah pula. “Masa dia sakit nak
bersalin dulu, arwah papa yang bertungkus lumus hantar dia ke hospital. Dan
masa itu juga, dalam perjalanan pulang ke rumah, papa kemalangan. Semua ni jadi
sebab dia!”
Laila pandang Dara. Dia bingung.
“Kenapa arwah papa nak buat semua ni hanya
untuk orang gaji? Kalau bukan sebab dia ada skandal dengan papa?”
“Mama!”
“Datin!” Dara bersuara. “Saya yang salah
dalam hal ni. Tak payah la nak babitkan Ibu saya pula. Dia tak bersalah!”
“Tak bersalahkah dia kalau dia yang
menyebabkan kematian suami aku? Tak bersalahkah dia kalau suami aku mati dalam
perjalanan dari hantar betina ni? Tak bersalahkah dia bila dia yang berskandal
dengan suami aku? Tak bersalahkah dia kalau kau adalah anak luar nikah?”
“Datin! Dara bukan anak luar nikah!” Ibu
Midah bersuara tegas. Tidak tega dia mendengar lagi hinaan terhadap anaknya.
“Oh, dia bukan anak luar nikah? Habis tu
apa? Kau nak kata yang kau dah kahwin dengan suami aku la? Kau nak kata yang
kita ni bermadu? Dan budak ni anak tiri aku? Yang aku perlu lindungi dia macam
mana aku lindungi Laila?”
Suasana sepi seketika. Tiada kata yang
keluar daripada bibir sesiapapun. Dara tunduk memandang lantai. Air matanya
jatuh bercucuran. Inikah yang harus dia terima?
*****
“Betul ke Dara ni anak luar nikah, Ibu?”
Ibu Midah menggeleng laju. “Tidak, sayang.
Dara bukan anak luar nikah. Dara anak Ibu!”
“Tapi kenapa Datin cakap macam tu, Ibu?
Kalau betul Dara anak Ibu, siapa ayah Dara?”
Ibu Midah diam. Nasihat suami terpahat
dalam sanubarinya. “Tolong jangan bagitau siapa bapa dia, Midah,”
“Ibu minta maaf, sayang. Ibu tak boleh
siapa bapa Dara,”
Dara mengeluh. “Dara ingatkan ayah Dara dah
mati,”
“Memang dia dah mati!”
“Jadi siapa dia, Ibu?”
Ibu Midah diam. Mana mungkin rahsia itu
dibongkar dari mulutnya sendiri.
Dara bangun dari duduknya. “Tak apalah
kalau Ibu tak mahu beritahu. Cuma Dara terkilan. Dara cuma tahu yang ayah Dara
dah tak ada tapi Dara sendiri tak kenal dia siapa,”
Ibu Midah mengesat air matanya.
*****
“Kenapa Mama kena cakap macam tu dengan
Dara?” Laila tidak puas hati.
“Dah memang itu kenyataannya! Dara tu anak
luar nikah!”
“Macam mana Mama boleh yakin sangat yang
Dara tu anak luar nikah? Sedangkan Ibu Midah sendiri nafikan halt u,”
“Mana ada orang mengaku buang air kat
tengah jalan….,” Datin June bersuara sinis.
“Mama patut cakap perkara tu kat suami Mama
tu tau tak! Laila sendiri Nampak yang mereka bergelut kat dapur masa tu. Kalau betul
Dara nak goda dia, taka da maknanya nak bergelut segala,”
“Jadi kamu nak kata Papa Mukhriz yang salah
la, begitu?” Datin June naik berang. Tidak disangka Laila sanggup berkata
begitu.
“Salah atau tidak, biar polis je yang
tentukan. Mereka lebih pakardalam hal ni,”
“Mama yakin, Papa Mukhriz tak bersalah,”
yakin Datin June menyuarakan pendapatnya.
“Laila sangat yakin yang Dara tak bersalah,”
Datin June bingkas bangun. Tidak sanggup
dia mendengar anaknya membela orang luar dari keluarganya sendiri.
“Suka hati kamu la, Laila. Jangan nanti
sokong kamu membawa rebah, sudah,”
Laila tersenyum. “Mama tak kenal suami
sendiri…..,” dia bersuara perlahan agar tidak didengari oleh mamanya.
*****
“Betul ke Abahnya?”
“Betul. Saya tak nak tangguh-tangguh
perkara yang baik ni. Baik kita langsungkan cepat sebelum perkara buruk yang
berlaku.
Tasya yang baru pulang dari kolej,
terdengar perbualan antara Umi dan Abah di ruang tamu. Malas ingin masuk
campur, dia terus menuju ke tangga, mahu masuk ke biliknya.
“Tasya, kamu mahu ke mana tu?”
Langkah Tasya terhenti.
“Nak masuk bilik. Penat,” selamba Tasya
menjawab tanpa memandang ke arah Umi dan Abah.
“Tasya masih marahkan kami?” lembut suara
Umi bertanya.
Tasya mengeluh. Suara Umi meruntuhkan
egonya. Dia melangkah ke ruang tamu.
“Tasya tak marah kat Umi dan Abah. Tasya cuma
geram. Kenapa kalian begitu membela dia sedangkan…!”
“Tasya, namanya Laila,” potong Abah. “’Dia’
yang kamu maksudkan tu ada nama,”
Tasya mendengus.
“Kamu tak boleh macam ni. Lambat laun dia
akan jadi kakak ipar kamu juga,”
Tasya terkejut. “Umi dan Abah masih nak
jadikan dia menantu dalam rumah ni?”
“Tasya….,”
“Umi dan Abah dah lupa ke dengan apa yang
dia dah buat dengan Tasya? Dah lupa?”
“Umi dan Abah tak pernah lupa dengan apa
yang dia buat dengan kamu, Tasya,” Abah bersuara tegas. “Takkan pernah lupa. Tapi
kamu juga kena ingat, yang kamu juga bersalah dalam hal ni. Jadi, kita kira
kosong-kosong la,”
‘Banyak la nak kosong-kosong!’ bentak
hatinya.
“Kalau Umi dan Abah nak teruskan jugak
perancangan nak pinang dia sebagai menantu, Tasya akan keluar dari rumah ni!”
Tasya bangun dan berlari masuk ke biliknya.
“Tasya!” panggil Umi. Namun Tasya buat-buat
tidak dengar.
*****
Hampir tersembur air tembikai yang diminum
Laila. Terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Taufiq sebentar tadi.
“Umi dan Abah nak masuk meminang?”
Taufiq mengangguk. Bibirnya mengukir
senyuman manis sejak dari tadi. Terlalu gembira dengan perkhabaran yang
disampaikan Umi pagi tadi.
“Betul ke ni?” Laila seakan tidak percaya.
“Laila tak suka?”
“Bukan macam tu. Cuma…..,” Laila menghela
nafas berat. “Macam-macam berlaku kat rumah tu. Mama macam dah lancarkan perang
dunia je kat Dara. Laila rasa, ini bukan masa yang sesuai untuk kita kahwin,”
“Eh eh budak ni!” Taufiq tepuk dahi. “Bila masanya
saya cakap nak kahwin? Masuk meminang je, bukan nak kahwin hari ni jugak!”
Laila tarik muka. Pandai aje dia ni nak
putar ayat orang!
Taufiq tersenyum. “Jangan risau ye. Umi dan
Abah baru merancang. Segalanya terletak pada Laila juga. Kalau Laila rasa sekarang
bukan masa yang sesuai, tak apa. Kita boleh tangguhkan sekejap. Tapi jangan
lama-lama tau. Nanti saya cari yang lain,” sempat lagi taufiq mengusik.
“Berani????” Laila menunjukkan penumbuknya
yang tidak seberapa itu. Taufiq tergelak.