“Aku lihat dia disana
Aku
ingin mendekatinya
Aku
cuba menghampirinya
Lalu
aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan
aku mulai mengenalnya
Kita
mulai bermain mata
Mula
timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku
rasa sesuatu
Bila
dia, senyum pada diriku
Hatiku
rasa tak menentu
Oooooooo………ooooooooooo……
Uh, sedap juga suara aku nyanyi ni. Heheheeee,” Norita menyanyi kecil sambil
memasak lauk kegemarannya. Sayur kangkung goreng belacan.
“Siapa
tu?” Norita separuh menjerit apabila mendengar bunyi pintu dikuak. Apabila
melihat wajah Laila menjengah ke dapur, dia menarik nafas lega.
“Kau
sorang ke kat rumah? Mana Suria?” Laila bertanyakan seorang lagi teman
serumahnya.
“Suria
ada kelas hari ini. Nanti dia pulang,”
“Dah
kenapa kau buat gaya sinetron ni?”
“Biar
la. Mulut aku,” Norita mencebik.
“Aku
cilikan jugak mulut tu karang,” sengaja Laila mengugut. Cepat-cepat Norita
menutup mulutnya. Laila ketawa melihat ulahnya.
“Kau
ni kan, suka sakat aku,”
“Usik
mengusik membawa bahagia, kan?” balas Laila. Namun sebaik sahaja dia
mengungkapkan perkataan ‘bahagia’ itu, Laila teringatkan sesuatu. Dia
termenung.
“Laila!”
panggil Norita betul-betul di tepi telinganya.
“Ya?”
“Lauk
semua aku dah masak. Jomlah makan,” pelawa Norita. Laila tersenyum. Mereka ke
meja makan dan menikmati hidangan yang disediakan Norita.
“Sedapnya
lauk kau masak, Ita. Untung Fendi nanti dapat kahwin dengan kau,” puji Laila.
Norita sudah malu-malu kucing.
“Makan
je la. Banyak bunyi pulak,”
Laila
tersenyum. Dia memandang lauk-pauk di hadapannya. Dia termenung lagi.
“Lauk
tu bukan untuk ditenung, Laila,” Norita buat gaya sinetron lagi. Hampir
tergelak Laila dibuatnya.
“Memang
la. Aku ambik mood. Baru boleh makan dengan berselera,”
“Banyak
la kau punya mood. Nah,” Norita mencedok sayur ke pinggan Laila. Laila senyum
lagi.
“Terima
kasih. Aku rasa, kau kena cepat kahwin,”
“Apa
kena mengena cedok sayur dengan kahwin ni?” pipi Norita sudah kemerah-merahan
menahan malu. “Kau ni suka sangat usik aku,”
“Saje,”
Laila terus menikmati hidangannya tanpa suara. Norita yang menyedari hal ini,
terus menghabiskan hidangannya pula. Usai makan, Laila mengambil tempat di
dapur membasuh pinggan.
“Kau
pergi belajar. Lusa kau nak ujian, kan?”
“Macam
dia tak payah belajar je. Atau kau ada masalah sampai kau nak buat semua kerja
rumah ni?” tebak Norita.
“Kau
ni merepek je la. Pergi la belajar tu. Kau mesti penat memasak tadi kan…..,”
“Banyak
la dia tu,” Norita menonong menuju ke biliknya. Laila menghela nafas lega. Dia menyinsing
lengan. Sekejap sahaja kerja-kerja di dapur itu disiapkannya. Kemudian dia
membersihkan bilik air. Dan akhirnya, ruang tamu. Dalam masa setengah hari,
semua kerja mengemas berjaya diselesaikannya.
“Mak
aih! Berkilat segala. Ada orang nak datang ke ni?” tanya Suria yang baru pulang
dari kuliah.
“Siapa
yang nak datang?” tanya Norita pula. Dia bingung.
“Heh,
bukan ke kau yang cakap kawan kau nak sewa bilik kat sini? Tu yang aku berkemas
tu,”
“Apa
yang kau cakap ni Laila? Ni Suria ni bukan kawan aku ke? Kan rumah kita cuma
ada tiga bilik. Sorang satu bilik. Kau nak sumbatkan kat mana pulak?” tanya
Norita pelik.
“Eh?
Bukan ke kau cakap dengan aku semalam?”
“Aku
cakap bulan lepas la. Suria pun dah selamat masuk. Kau ni kenapa? Tak sihat
ke?” tanya Norita balik. Laila bingung. Apa kena dengan aku ni?
“Aku
penat agaknya. Aku rehat dulu ye,” ujar Laila lalu dia menapak masuk ke dalam
bilik. Di dalam bilik, dia berbaring di atas tilam sambil memikirkan apa yang
berlaku tadi.
Ini
bukan kali pertama….
*****
“Assalamualaikum
Uda,”
“Waalaikumussalam,”
Uda menjawab di hujung talian. “Ada apa ni? Sesuatu berlaku kat Dara ke?”
Laila
mengetap bibir. Dara itu juga yang difikirkannya……
“Tak
la. Aku nak jumpa kau kejap. Ada hal penting. Pasal Dara,”
“Dara
dalam kesusahan ke?”
“Eh
helo, kalau Dara susah, aku orang pertama yang tolong dia dulu la,” balas Laila
geram. Apa punya soalan la ni….
“Habis
tu?”
“Aku
tak boleh cakap kat sini. Kita kena jumpa,”
“Okey,”
talian dimatikan. Laila mengeluh. Betul ke tindakan aku ni?
Di
tempat yang dijanjikan……
“Hai
Uda,” sapa beberapa gadis yang lalu di hadapan Uda. Dia hanya tersenyum tanpa
kata. Dalam hati dia menyumpah-nyumpah. Mana Laila ni? Kata nak jumpa!
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam.
Ha, Laila! Kenapa lambat sangat? Berjam aku tunggu,” marah Uda. Tapi
marah-marah sayang la. Mana boleh marah lebih-lebih dengan pemegang tali
pinggang hitam taekwondo ni!
“Banyak
la kau punya berjam! Aku parking motor tadi aku nampak kau baru nak duduk. Berjam
la konon!” balas Laila. Kalau dengan Uda ni tak payah nak lembut sangat!
“Kau
nampak? Habis tu kenapa kau lambat sangat nak datang sini? Senggugut?”
“Ayat
kau mintak kaki kan? Aku beli goreng pisang la!” sebungkus goreng pisang
ditayangkan depan Uda. Sengaja. Tiba-tiba wajah Uda bercahaya. Dah macam
kanak-kanak dapat gula.
“Nak!!!!!!!!”
“Disebabkan
tadi kau dah marah-marah kat aku, aku nak bagi je kat siapa-siapa yang lalu
sini,”
“Jangan
la wei…..,” Uda sudah buat drama swasta. Geli hati Laila melihatnya.
“Ye
la ye la, aku bagi benda ni kat kau….,” dihulurkan bungkusan goreng pisang itu
kepada Uda yang laju sahaja menyambarnya. Laila menggeleng-gelengkan kepala.
“Macam
budak-budak,”
“Aku
lapar la,”
“Kenapa
kau tak makan lagi?”
“Dah
kau kata ada hal penting nak jumpa, aku pun bergegas la datang sini,”
“Sorry,
kau kelam kabut sampai tak makan sebab aku,” suara Laila sudah berubah. Nada
suara yang menunjukkan dia kesal dengan apa yang berlaku.
“Bukan
sebab kau la. Sebab Dara,” Uda pantas menjawab. “Sebab Dara, aku sanggup buat
apa saja,”
Laila
diam. Mengangguk.
“Eh,
tadi kau bukan kata ada hal ke nak jumpa aku?”
“Er…..,”
Laila mendekatkan dirinya pada Uda. Uda pelik.
“Kau
ni kenapa Laila?”
“Aku
sukakan kau,” Laila bersuara sambil menundukkan wajah.
Bulat
mata Uda memandangnya. “Kau biar betul, Laila?”
Laila
angkat muka. “Kau nampak muka aku ni main-main ke?”
“Tapi…….,”
“Tapi
itu semua mimpi,” Laila tutup mulut tahan gelak. “Mana mungkin aku suka kat kau? Sengal!”
“Kau!”
Uda cuba mengejar Laila namun Laila sudah berlari jauh. Sabar je la….
“Tak
nak kejar? Perut kau tu boroi, macam orang mengandung. Baik kau lari, boleh
jugak kau kuruska…….. aaaaaa lariiiiii!!!!!!!” Laila tidak sempat menghabiskan
kata-katanya apabila Uda mengejarnya laju. Huh! Macam Watson Nyambek!
“Dah
la tu. Semput aku kejar kau,” Uda akhirnya mengalah. Dia terduduk di atas
rumput. Laila juga telah berhenti berlari. Dia datang menghampiri Uda.
“Kalau
kau suruh aku datang sini semata-mata nak lumba lari dengan kau, baik aku pergi
gim je,” rungut Uda.
“Itu
baru mukadimah beb. Baru kau tak tension bila aku nak bagitau hal ni kat kau,”
“Hal
apa?” Uda membetulkan duduknya.
“Baru
aku tau selama ni Tasya ugut Dara. Patutlah selama ni, aku nak kenenkan kau
dengan dia, dia macam mengelak. Rupa-rupanya dia dah kena maki dengan minah
tu,”
“Betul
ni?”
“Betul
la. Aku ada dengan Dara tadi masa Tasya marah-marahkan dia. Nasib baik aku ada.
Boleh la aku backup dia. Yang aku angin tu, selamba je Tasya cakap tak ada
orang yang boleh damping kau kecuali dia. Kau tau la Dara tu macam mana kan?
Dia mesti dengar je cakap Tasya tu walaupun dia sukakan kau,” laju dan fasih
sahaja Laila berkata-kata.
“Dara
sukakan aku?”
Laila
tutup mulut. Aku ada cakap macam tu ke tadi? Hohooooo
Uda
sudah tersenyum. “Laila, kau boleh tolong aku?”
Laila
angkat kening. “Boleh. Bayar ar!”
“Aku
belanja la kau makan durian creepe!”
“Wah…..,”
terbayang-bayang oleh Laila akan kesedapan makanan kegemarannya itu. “Janji!”
“Iya!”
“Kau
nak mintak tolong apa dengan aku?”
Uda
senyum.
*****
Laila
sedang mengadakan perbincangan dengan pensyarah dan rakan sekelasnya apabila
telefon bimbinya tiba-tiba berdering. Dia menjeling sekilas sebelum menyambung
perbincangannya. Namun apabila telefon itu tidak berhenti berdering, dia
menjawab panggilan itu. Panggilan daripada Uda.
“Siapa
kecoh-kecoh aku tampar Tasya?”
“Eh?
Salam tak bagi, mukadimah tak ada, terus nak tembak aku? Aku ada perbincangan
dengan Puan Seri ni, tak ada masa nak kena tembak,”
“Aku
tanya kau ni, Laila,” desak Uda.
“Heh,
mana aku tau kau jumpa Tasya bila! Lagipun, aku tak dengar pun gosip pasal tu.
Nadia si kepoh ada je dengan aku. Dia tak cakap apa-apa pun,”
“Hurm…..,”
Uda mengeluh di hujung talian. “Aku rasa, kita kena jalankan rancangan kita
hari ini jugak. Kalau tak, aku akan kehilangan Dara,”
“Kau
ni tak reti menyabar ek?”
“Ala,
tolong la aku Laila…..,”
Tak
reti menyabar betul la budak ni, bisik hatinya.
“Okey,
kita buat hari ini. Nanti aku carikan benda yang kau nak tu,”
Kecoh
satu fakulti apabila Nadia si kepoh ternampak adegan Uda menampar Tasya. Apa
lagi, keluarlah gosip yang menyatakan Tasya dan Uda bergaduh kerana Dara. Nadia
sendiri tidak sukakan Tasya yang berlagak itu.
“Nadia,”
panggil Laila usai perbincangan dengan Puan Seri tamat. Wanita itu pun sudah
keluar dari bilik perbincangan.
“Ya?”
Nadia yang sedang mengemas buku-bukunya,
memandang Laila tidak berkelip.
“Kau
ke yang buat kecoh kata Uda tampar Tasya tu?”
“Eh?
Bila?”
“Jangan
buat tak tahu, Nadia,”
“Laila,
kan aku baru baik dari demam denggi. Baru hari ni masuk. Mana ada aku dengar
apa-apa. By the way, bila yang budak tak cukup kain tu kena tampar dengan
jejaka idaman Malaya tu?”
Laila
tidak menjawab. Otaknya ligat berfikir.
“Laila,
aku tak tahu apa yang kau fikirkan. Tapi kalau sesuatu perkara tu tak sahih,
tak ada bukti, aku takkan buat kecoh. Kalau betul pun Uda tampar Tasya, padan
muka dia. Mulut dia tu buat orang berbaris je nak cilikan dia,” jelas Nadia. Laila
tidak menjawab.
“Tapi
kalau tak betul, bermakna fitnah sedang tersebar. Aku tak sanggup bunuh orang. Fitnah
itu kan lebih besar dosanya dari membunuh. Aku masih waras, Laila,”
“Habis,
siapa yang buat cerita?” tanya Laila. Dia betul-betul buntu.
Nadia
angkat bahu. “Mana aku tahu?”
Telefon
bimbit berdering menandakan ada mesej masuk.
‘Apa
betul ke Uda gaduh dengan Tasya? – Dara’
Laila
tersentak. Dia teringat sesuatu.
“Weh,
aku gerak dulu. Ada hal. Apa-apa hal, kau telefon,” ujar Laila, lalu dia keluar
dari bilik itu sambil menjawab mesej Dara. Nadia mengangguk. Namun sebentar
kemudian…..
“Laila,
Maa……,”
Debuk!
“Aduh!”
“Majnun
kau….,” Nadia menghabiskan ayatnya setelah melihat Laila sudah jatuh terduduk
akibat berlanggar dengan seseorang.
Laila
sapu dahi. Kerasnya kepala orang ni! Boleh biul aku!
“Maaf…,”
suara yang kedengaran membuatkan Laila mendongak. Kemudian dia tersenyum. Padanlah
kepala besi! Dia rupanya!
*****
Uda
mengintai-intai dari celah-celah rak buku. Dia mengerling jam di tangan. Sudah pukul
dua. Mana Laila dari tadi masih tidak kelihatan? Kata nak tolong!
Dia
menghantar mesej kepada Laila.
‘Kat
mana? Kata nak tolong! – Uda’
Mesej
yang diterima oleh Laila dibaca sekali lalu. Dia sedang memandau menuju ke
kolej, mencari barang yang diminta oleh Uda. Uda ni pun satu! Nak cari barang
tu pun, tunggu la tengah hari sikit! Eh, sekarang bukan dah petang ke? Huhuuuuu
“Jalan
jem pulak…,” rungut Laila. Dia menjeling jam di tangan. Pasti wajah Uda sudah
lain macam sekarang ini.
“Dah
nak sampai sangat dah ni,” rungut Laila lagi.
“Awak
boleh jalan kaki?” usul teman di sebelah. Dia menoleh, memandang lelaki yang
telah mendapat tempat di hatinya ini.
“Awak
nak bawa kereta ni ke?” tanya Laila kembali.
“Soalan
kalau ditanya dengan soalan, maknanya ada yang tak kena,” jawab lelaki itu
sambil tersenyum. Laila membalas senyuman itu.
“Saya
boleh jalan kaki, bawa benda ni tapi awak boleh kan bawa kereta ni?”
“Tengok
kaki la,”
Laila
tengok kaki lelaki itu. “Sama panjang je dengan saya. Heheheee,”
“Hadoi.
Dah la, pergilah. Karang lambat,” lelaki itu menghulurkan ‘barang pesanan’
kepada Laila. “Saya alih tempat dalam ni je. Awak pergilah,”
“Terima
kasih, awak,” Laila terus keluar dari kereta. Dari situ dia melihat ada
kemalangan berlaku tidak jauh dari keretanya. Patutlah sesak! Tanpa berlengah,
dia berlari menuju ke perpustakaan yang pintu masuknya hanya beberapa langkah
dari keretanya tadi.
“Mana
dia ni? Tadi janji nak jumpa celah-celah rak buku,” omel Laila apabila bayang
Uda tidak kelihatan. Sebentar kemudian dia nampak Uda….. dan Dara. Uda sudah
melutut memandang Dara yang nampak terkejut. Tergeleng-geleng Laila melihatnya.
“Sorry, lambat!” tiba-tiba
Laila muncul dari celah rak buku. Dengan membawa sejambak bunga pesanan Uda
tadi. Ya, Uda memesan sejambak bunga daripada Laila setelah dia menyatakan
hasratnya melamar Dara kepada Laila.
Dia lihat Uda. “La, dah
melamar ke? Kau ni gelojoh la. Tak tunggu bunga pun,” kutuk Laila. Dia
menghulurkan bunga itu pada Uda yang sudah menjeling maut padanya. Kot iye pun
nak kutuk, agak-agak la! Laila hanya tersengih.
“Laila, Uda, apa semua ni?”
tanya Dara keliru. Namun Laila hanya tersengih.
“Dara, sudikah Dara menjadi
isteri Uda?” Uda mengulang pertanyaannya dengan cara yang romantis sekali. Siap
hulur bunga. Air mata Dara bergenang. Lambat-lambat dia mengangguk. Uda
tersenyum lebar.
Orang ramai di
sekelilingnya bersorak dan bertepuk tangan. Uda dan Dara terkejut. Laila apatah
lagi. Tapi bertambah terkejut mereka apabila….
“Hoi, apa bising-bising ni?
Ini perpustakaan la bukan pasar!”
Laila buat-buat cari buku
di rak. Dia lihat Uda dan Dara sudah kelam kabut baca buku. Tersenyum Laila
seketika. Untungnya Dara dapat Uda…
Telefon bimbitnya berbunyi.
Eh, mesej dari dia!
‘Sudikah kiranya Laila
menerima saya sebagai Majnun dalam hidup Laila?’
Senyum Laila makin melebar.