Home Novel Cinta AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
Laila Qaisara
6/12/2012 13:30:40
47,234
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1
‘Uda tunggu Dara kat perpustakaan ya, tempat biasa, jam dua. Jangan lambat. Kalau tak, Dara kena belanja Uda makan pizza. Hehehe – Uda’

Tersenyum Dara membaca mesej yang dihantar menerusi oleh Uda. Timbul ideanya untuk mengenakan lelaki itu.

‘Ala…. Dara baru nak tidur kat hostel – Dara’

Selang seminit

‘Jangan nak mengada! Dara ada ujian esok, kan? Jom belajar sama-sama – Uda’

‘Belajar kat bilik je la, boleh baring-baring – Dara’

‘Ah ye la tu. Baring-baring je terus tidur. Belajar dalam mimpi. Takde, Dara kena datang jugak belajar kat sini. Biar Uda jadi tutor Dara – Uda’

“Ceh, mentang-mentang la senior aku, selamba je nak jadi tutor aku.” Bisik Dara perlahan.

‘Kalau Uda yang jadi tutor, baik tak payah. Nanti tak jadi belajar – Dara’

‘Amboi! Tak kira! Ini arahan. Dara kena datang jugak. Nak berjaya tak? – Uda’

“Mula la tu ugut-ugut dia,” Dara mencebik.

‘Tak takut. Wekkkkkk – Dara’

‘Oh, tak takut ek. Takpe, tak dapat jawab esok jangan salahkan Uda – Uda’

“La, merajuk?” Dara angkat kening.

‘Bukan tak nak jumpa, tapi dah janji dengan Laila nak ulangkaji sama-sama kat perpustakaan juga – Dara’

Seminit, dua minit…….. hampir lima minit mesej terakhir Dara tidak berbalas. Dara risau.

‘Uda marah ke? – Dara’

Selang seminit…

‘Tak marah. Geram je. Jangan Laila join Dara tidur sekali kat perpustakaan tu sudah la ek – Uda’

Kali ini Dara tidak dapat menahan tawanya. Terkikik-kikik dia ketawa sehingga menarik perhatian orang lain di sekelilingnya.

“Kau ni kenapa Dara?” tegur Laila yang baru muncul sambil membawa beberapa buah buku. Diletakkan buku-buku itu dan dilabuhkan duduknya di sebelah Dara.

Tergeleng-geleng Dara. “Tak adalah. Ni, Uda ni, ugut aku la apa la,”

“Ugut? Ugut apa?” buku yang dicari tadi diambil dan dibuka perlahan. Berkerut dahinya mendengar kata-kata Dara.

“Dia ugut nak suruh aku belanja pizza kalau aku tak belajar dengan dia. Siap cakap, kalau ujian esok tak dapat jawab jangan salahkan dia,”

Laila tersenyum sambil membaca notanya “Apa la Uda tu. Risau lebih. Dia tak tau ke yang awek dia ni DL?”

“Aku bukan awek dia la,” sangkal Dara.

“Habis tu?”

“Kawan dia je,”

“Ye ke?” Laila jongket kening.

“Ye la. Dia tak pernah cakap apa-apa dengan aku,”

“Dara…..,” Laila mengelus lembut bahu Dara. “Kadang-kadang, cinta ini tak perlu diungkapkan. Ia hanya diluahkan melalui tingkah laku dan perbuatan. Dan Uda dah luahkan pada kau melalui tingkah laku dan perbuatan dia. Takkan kau tak sedar tu?”

Dahi Dara berkerut. Bila masa pulak si Laila ni jadi doktor cinta?

“Aku tak tahu pulak ada subjek ‘Doktor Cinta’ dalam semester ni,”

“Dara!” Laila cubit Dara.

“Aduh!”

“Shhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Laila dan Dara spontan diam. Terlupa mereka kini di perpustakaan. Muka masing-masing merah menahan malu.

“Kau la ni,” Dara memuncungkan mulutnya. Laila mencebik. Nak merajuklah tu! Dia bangun dan mengubah duduknya di hadapan Dara.

“Apa aku pulak. Kau la…..,”

“Comel. Terima kasih la sebab puji aku,”

Tergeleng-geleng Laila. “Layan kau ni kan, aku pun jadi tak siuman jugak. Baik aku baca buku,” Laila tunduk untuk membaca buku yang dipegangnya. Sebaik sahaja Laila tunduk.

“Laila,”

“Apa?”

“Uda,”

“Mana?”

“Belakang kau,”

“Assalamualaikum,”

Spontan Laila mengangkat kepala. Dilihat Dara tersengih macam kerang busuk. Laila senyum segaris. Dia dapat membaca hati Dara. Eleh, nak sorok dari aku konon…..

“Assalamualaikum. Tak jawab, dosa,”

“Waalaikumussalam,” jawab Dara dan Laila serentak. Uda tidak tunggu lama, terus duduk di sebelah Laila.

“Apasal duduk sebelah aku? Pergilah duduk sebelah Dara tu. Kau kan suka dia,” selamba sahaja Laila berkata-kata. Dara pulak yang malu-malu kucing.

“Ala, aku kena jaga batasan aku dengan Dara. Bukan mahram,”

“Habis, aku ni mahram kau la? Celah mana tu? Cuba cerita dengan aku sikit,”

“Kau bukan ada perasaan pun,”

Laila tersentak dengan kata-kata Uda. Namun dia cuba memaniskan muka. “Kau ingat aku robot la ek?”

“Dengan aku je kot. Dengan orang lain, aku tak tahu la,”

“Kau!”

Uda buat gaya ‘peace’

“Dah la tu. Uda buat apa kat sini?”

“Tadi bukan kata Dara belajar kat sini dengan Laila? Uda pun datang la sini,”

“Dara nak belajar dengan Laila la,”

“Uda tak kata pun nak belajar dengan Dara,”

“Aik? Tadi beria-ia nak jadi tutor Dara,”

“Dah Dara tak mahu…… Uda datang sini nak cari bahan untuk tugasan Uda. Nak hantar minggu depan,” jelas Uda. Dara mengangguk perlahan. Laila kembali ralit membaca nota-nota di hadapannya.

Mereka kembali hanyut dalam usaha mereka menggenggam segulung ijazah.

*****

“Woi, Dara!”

Langkah Dara yang sedang berjalan dengan Laila terhenti apabila mendengar namanya dipanggil kuat. Dara pandang Laila dengan pandangan pelik.

“Siapa yang lantang sangat suaranya panggil nama aku tadi? Siap ber’woi-woi’ lagi,”
Laila angkat bahu.

“Woi, Dara! Pekak ke?!”

Dara menoleh. “La, minah ni ke? Apa lagi yang dia nak?”

“Mana aku tahu?” Laila hanya memerhatikan sahaja gadis itu dan rakan-rakannya menghampiri mereka.

“Woi, perempuan! Kau memang degil kan? Aku suruh kau jauhkan diri dari Uda, tapi apa kau buat? Siap belajar sama-sama lagi!”

Dara mengeluh. Dia sudah agak yang perkara ini akan terjadi.

“Aku dah cuba jauhkan diri tapi dia yang nak datang dengan aku. Aku nak buat apa?”

“Kau! Jangan nak cabar kesabaran aku!”

“Wei Tasya! Cakap tu elok-elok la sikit. Ini….”

“Laila, sudah,” Dara tidak mahu mengeruhkan keadaan. “Aku dah cuba jauhkan diri aku dari Uda, tapi….!”

“Kau tipu! Aku ada informer yang mengatakan kau dengan Uda berdua-duaan di perpustakaan semalam!”

“Eh, agak-agak la kalau nak tipu pun! Aku ada….!”

“Kau diam, Laila! Aku tak cakap dengan kau!”

“Memang kau tak cakap dengan aku tapi kalau kau nak mengamuk kat Dara, kau kena hadap aku dulu,” Laila sudah berdiri menghadap Tasya yang tak tinggi mana itu. Dara ditolak supaya berdiri di belakangnya.

“Oh, nak jadi bodyguard dia la sekarang ni?” perli Tasya. “Kau kena ingat sesuatu, Laila. Uda hak aku. Tak ada sesiapa yang layak dampingi dia kecuali aku. Dara pun tak layak!”

“Cik Tasya, aku rasa kau pun kena ingat sesuatu. Ini universiti, bukan tempat nak cari jodoh. Kalau kau betul-betul tangkap cintan sama itu Uda, pergi la cakap dengan dia. Baru gentlewoman! Apa kelas serang-serang orang ni, macam budak sekolah rendah je,” usai Laila berkata-kata, dia terus menarik tangan Dara pergi dari situ.

“Tasya ni buat aku lapar je la,” ujar Laila selamba. Nak tergelak Dara dibuatnya. Tadi bukan main lagi garang dengan Tasya, alih-alih lapar pula. Eh, kejap!

“Bukan dari tadi ke kita lapar?”

“Eh, ye ke? Hahahahaaaa….. Tasya ni memang teruk. Dah la buat aku lapar, buat aku lupa pulak,” Laila tepuk dahi.

“Tapi kau kena bagitau aku sesuatu. Kenapa Tasya cakap dia suruh kau jauhkan diri kau daripada Uda?”

Gulp! Dara telan liur.

“Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?”

“Tasya, dia pernah datang jumpa aku. Dia suruh aku jauhkan diri daripada Uda. Dia kata dia lebih layak dapatkan Uda sebab dia lebih cantik,” luah Dara setelah agak lama mendiamkan diri.

“Kenapa kau tak bagitau aku? Boleh aku luku kepala minah tak cukup kain tu sikit,”

“Tak payah. Aku malas. Aku datang sini nak cari ilmu bukan cari gaduh,”

“Jadi sebab tu la kau mula menjauhkan diri dari Uda sekarang ni?”
Dara mengangguk.

“Uda tau tak pasal ni?”

“Lebih baik kalau dia tak tau,”

“Kenapa?”

Diam.

“Kau sukakan Uda, kan?”

“Apa kau merepek ni?”

“Kalau kau tak sukakan dia, macam mana pipi kau boleh merah bila aku cakap macam tu? Jangan kata kau pakai blusher, sebab setahu aku kau tak suka pakai mekap,”

“Laila!” Dara sudah tutup pipinya dengan tangan. Laila gelak besar.

“Malu la tu,”

“Mengada,” Dara capai buku-buku dia. Kemudian dia bangun.

“Dara!”

Tiba-tiba Dara hilang imbangan. Mujur Laila menyambutnya.

“Kau ni kenapa? Tak sihat ya?”

“Pening sikit,” adunya. Kepalanya dipicit perlahan.

“Pergi la klinik,” nasihat Laila. Dara hanya mengangguk. Laila hanya mengiringi langkah Dara dengan pandangan mata. Telefon di atas meja dijeling seketika lalu dicapai. Didail nombor seseorang.

“Assalamualaikum, Uda….,”

*****

“Geram betul aku dengan Dara tu. Dia ingat nama dia Dara, dia boleh dapat la Uda tu! Konon jadilah kisah cinta agung Uda dan Dara. Uh, tolonglah! Geli aku dengar!” Tasya meluahkan rasa tidak puas hatinya. Geram betul dia apabila Dara lebih mendapat perhatian Uda berbanding dirinya.

“Betul tu. Dia ingat dia tu lawa sangat la nak mengurat Uda tu. Tolonglah! Kau jauh lebih cantik daripada budak tu,” sambung Kila, kawannya.

“Entahnya, dah la tak lawa, miskin pulak tu. Ada hati nak dekat dengan Uda yang anak Datuk tu. Kalau dah anak pemandu tu, anak pemandu juga…. Takkan sama pipit dengan enggang,” sokong Niza pula. Mereka berdua ini sentiasa menyokong kata-kata Tasya kerana setiap kali Tasya dipuji dan disokong, Tasya akan belanja mereka makan.

“Nama je Dara, entah ada dara entah tidak tu…..,”

Pang!!!!!!

Spontan wajah Tasya terpaling. Dia memegang wajahnya yang berbekas akibat ditampar sebentar tadi. Tasya terkejut.

“Uda!”

“Kau hina Dara lagi sekali, aku akan pastikan yang kau akan menyesal!” Uda terus berlalu dari situ. Tidak sanggup dia berlama-lama lagi. Dia takut amarahnya tidak terkawal lagi.

*****

“Wei Dara, betul ke apa yang aku dengar ni?” tanya Maisara, rakan sekelasnya.

Dara angkat kening. “Apa yang kau dengar? Aku dengar bunyi bising Puan Shamsiah suruh hantar tugasan ada la,”

“Aku dengar, Uda gaduh dengan Tasya,”

“Bukan urusan aku,” Dara buat-buat menyemak notanya.

“Aku dengar, diorang gaduh pasal kau,”

“Hah?” Dara angkat kepala. “Mana kau dengar cerita ni? Pandai je la kau gosip,”

“Eh, itu yang aku dengar. Aku ingat kau tahu,”

Uda gaduh pasal aku? Biar betul? Dia menyeluk sakunya dan telefon bimbitnya dikeluarkan. Dia mencari nombor Laila.

‘Apa betul ke Uda gaduh dengan Tasya? - Dara’

Selang seminit

‘Nanti aku cerita kat kau. Kita jumpa di perpustakaan – Laila’

Dara membaca mesej yang dihantar Laila dengan hati yang berdebar-debar. Tidak sabar menunggu kelas habis bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar mengenai hal yang berkaitan dengannya secara tidak langsung itu.

Jam dua petang, dia sudah berada di perpustakaan. Di tempat yang dia dan Laila biasa duduki untuk mengulangkaji pelajaran dan mencari bahan untuk tugasan mereka. Lima minit berlalu namun bayang Laila masih tidak kelihatan.

“Mana dia ni?”

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam,” Dara menoleh. Dia terkejut. Uda!

“Boleh Uda duduk?”

“Kerusi tu tak ada nama pun,”

Uda tersenyum. Dia duduk di hadapan Dara.

“Marah? Laila lambat sikit. Dia suruh Uda datang dulu jelaskan dengan Dara. Lagipun katanya, lebih elok kalau Dara tahu hal ni dari mulut Uda sendiri,”

Dara pandang Uda “Okey, jelaskan sekarang. Kenapa Uda sampai nak bergaduh dengan Tasya pasal Dara? Apa yang Laila dah bagitau Uda?”

Uda terkejut. “Kenapa Laila dikaitkan dengan semua ni?”

“Mesti Laila bagitau sesuatu dengan Uda sampai sanggup Uda bergaduh dengan Tasya,”

“Ini tak ada kena mengena dengan Laila. Dia cuma bagitau yang Tasya ada hati dengan Uda, itu aje,”

“Lepas tu?”

“Semua tu kebetulan je. Uda nak ke kelas. Uda dengar Tasya hina Dara. Uda tak tahan dengar. Salah ke Uda pertahankan Dara?”

“Dara bukan siapa-siapa dengan Uda. Kenapa sampai nak bergaduh segala?”

“Dara tak nampak ke yang Uda sayangkan Dara sangat-sangat?”

Buntang mata Dara. Uda bangun lalu melutut di hadapan Dara.

“Uda, apa ni? Bangun la. Orang ramai tengok tu,”

“Dara, sudikah Dara menerima Uda sebagai suami Dara?”

Makin buntang mata Dara mendengar kata-kata Uda.

“Sudi tak?” tanya Uda lagi.

“Apa tak romantiknya Uda ni, nak melamar tapi bunga tak bagi, cincin tak bagi….,” rungut Dara perlahan. Namun Uda dapat mendengarnya.

Mana minah ni tak muncul-muncul lagi?

“Sorry, lambat!” tiba-tiba Laila muncul entah dari mana. Dengan membawa sejambak bunga. Dia lihat Uda. “La, dah melamar ke? Kau ni gelojoh la. Tak tunggu bunga pun,” kutuk Laila. Dia menghulurkan bunga itu pada Uda yang sudah menjeling maut padanya. Kot iye pun nak kutuk, agak-agak la!

“Laila, Uda, apa semua ni?” tanya Dara keliru. Namun Laila hanya tersengih.

“Dara, sudikah Dara menjadi isteri Uda?” Uda mengulang pertanyaannya dengan cara yang romantis sekali. Siap hulur bunga. Air mata Dara bergenang. Lambat-lambat dia mengangguk. Uda tersenyum lebar.

Orang ramai di sekelilingnya bersorak dan bertepuk tangan. Uda dan Dara terkejut. Laila apatah lagi. Tapi bertambah terkejut mereka apabila….

“Hoi, apa bising-bising ni? Ini perpustakaan la bukan pasar!”
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.