Uda melangkah longlai masuk ke rumah. Dia
melihat banyak bungkusan di ruang tamu.
“Mummy, apa ni?”
Datin Eryna muncul dari dapur menatang
minuman buatnya. “Eh, Uda dah balik? Macam mana pejabat? Okey?”
“Apa ni, Mummy?” tanya Uda lagi.
“Ini semua barang-barang yang Mummy baru
beli. Untuk hantaran perkahwinan Uda nanti,”
“Mummy, bukan ke Uda cakap yang Uda belum
sedia nak kahwin lagi? Kenapa Mummy masih nak beli semua barang ni?”
“Uda sayang, apa salahnya kalau Mummy beli
benda ni siap-siap? Lagipun, hari tu Mummy beli semua barang macam ni,
alih-alih hilang. Mesti orang gaji tu yang curi ni,”
“Sebab tu Mummy pecat dia?” tanya Uda
kesal. “Mummy ni tak serik kan? Barang dah kena curi pun masih nak beli
awal-awal. Bukannya Uda nak kahwin bulan depan pun,”
“Habis bila lagi Uda nak kahwin? Dah nak
setahun Uda dan Laila tangguhkan perkahwinan ni. Bila lagi korang nak bersatu
ni? Nak tunggu Laila kena rampas ke baru nak menyesal?”
“Mummy takut apa? Kalau ada jodoh tak ke
mana la,” Uda membalas. “Mummy takut Laila dirampas macam mana Mummy rampas dia
dari Taufiq dulu ke?”
“Uda! Berani kamu cakap macam tu dengan
Mummy!”
“Hakikat Mummy. Hakikat,” suara Uda
mendatar. Namun kedengaran kesal.
“Kamu….!”
“Apa lagi ni? Sejak Uda bertunang, kamu
berdua asyik bertekak je. Tak reti nak berhenti ke?” sampuk Dato’ Hazmi yang
muncul tiba-tiba.
“Anak abang ni! Saya suruh kahwin cepat dia
tak mahu,”
“Kalau dia belum bersedia lagi, awak nak
buat apa? Kesian Laila nanti kalau apa-apa jadi,” balas Dato’ Hazmi selamba.
Lalu dia berjalan perlahan menuju ke biliknya.
“Abang ni kenapa? Bela sangat keputusan Uda
nak tangguhkan perkahwinan dia,”
“Buat apa kahwin kalau tak ada rasa cinta,”
“Cinta boleh dipupuk lepas kahwin kan?”
“Tapi cinta tak boleh dipaksa,” Dato’ Hazmi
mencapai tualanya. “Dah la. Abang nak mandi,”
Datin Eryna menggerutu. Geram dia dengan
sikap suaminya yang ambil ringan dengan semua perkara.
*****
Kereta yang dipandu Uda berhenti
betul-betul di hadapan sebuah pusat membeli belah tidak jauh dari rumahnya.
Bukan niat Uda untuk membeli belah tetapi ingin melarikan diri seketika dari
Datin Eryna. Bukannya apa, setiap kali bertemu pasti bertekak. Dan pastinya,
topik perkahwinan yang menjadi isu pertengkaran mereka.
Mengenangkan isu itu, Uda mengeluh. Laila
pada pandangannya memang cantik. Tapi, hatinya tiada pada wanita itu. Hatinya
hanya pada Dara.
“Dara, apa yang dia buat sekarang? Mesti
dah berkahwin dengan Taufiq. Mesti mereka tengah menunggu kelahiran anak sulung
mereka. Mesti comel anak mereka nanti,” gumam Uda perlahan. Dia tersenyum
apabila mengingatkan wajah wanita yang masih bertakhta di hatinya itu.
Tok! Tok! Lamunannya terhenti. Pantas dia
enoleh untuk melihat siapa yang mengetuk pintu keretanya. Segera dia menurunkan
cermin tingkap keretanya. Dan……
“Uda?”
“Dara…,”
Suasana sepi
beberapa jeda. Masing-masing tidak tahu ingin berkata apa.
“Dah kahwin?”
serentak mereka bertanya. Kemudian mereka ketawa sendiri. Lucu pula pada
pandangan mereka, reaksi spontan mereka itu.
“Dara belum
kahwin. Dara baru balik dari Singapura,”
“Jauhnya
merantau. Bawa diri ke apa?”
Dara hanya
tersenyum.
“Uda belum
kahwin. Uda belum bersedia,”
“Kenapa belum
bersedia? Duit kan dah cukup untuk Uda kahwin?”
“Uda tak cintakan
Laila. Uda cintakan Dara,”
Dara terdiam. Dia
terkedu mendengar pengakuan Uda terhadapnya.
“Dara!”
“Ya Ibu!” Dara
cepat menyahut panggilan Ibu Midah. “Erm, Dara pergi dulu. Ibu dah panggil.
Nanti kalau ada jodoh…,”
“Kita kahwin,”
potong Uda. Dia memandang wajah Dara yang terkejut mendengar kata-katanya.
“Erm, kalau ada
jodoh kita jumpa lagi ye,” Dara mengulangi kata-katanya tadi. Tergagap-gagap.
“Pergi dulu. Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
jawab Uda.
‘Kau masih tidak
berubah, Dara,’ bisik hati Uda.
*****
“Laila,” panggil
Datin June sebaik sahaja dia Laila menjejakkan kaki di rumah itu. Laila yang
keletihan, tidak mempedulikan panggilan itu. Terlalu penat untuk melayani
kerenah di pejabat. Melihatkan itu, Datin June jadi geram. Lalu dia bangun dan
mengejar Laila. Lengan gadis itu direntap kasar.
“Apa dia, Mama?
Boleh tak bagi Laila berehat dulu sebelum Mama nak serang Laila? Laila penat
sangat. Nak mandi dulu,” luah Laila.
“Sebelum tu, Mama
nak tanya, kenapa kena pecat Papa Mukhriz dari syarikat? Apa rasionalnya?”
“Boleh tak kalau
Laila mandi dulu baru Laila jawab semua persoalan Mama tu?”
“Mama nak tahu
sekarang juga!” Datin june mendesak.
“Baik. Mama nak
tahu sangat kan? Sekarang Laila nak Tanya, apa rasionalnya suami Mama tu
bekerja dengan syarikat kita? Bukan ke dia ada syarikat sendiri yang perlu
diuruskan? Kenapa dia nak sibuk-sibuk dengan syarikat kita?”
“Laila cakap apa
ni? Papa Mukhriz nak tolong kita, Laila!”
“Tolong apanya,
Mama? Kita kehilangan projek kerjasama dengan Tan Sri Kamaruzzaman tu sebab
dia! Mama tahu kan nilai projek tu berapa? Lima puluh juta!”
“Papa Mukhriz
cuma nak tolong kita, Laila!”
“Laila takkan
benarkan sesiapa pun hancurkan amanah arwah Papa!” Laila terus ke bilik tanpa
mempedulikan Datin June. Dia benar-benar penat.
“Dia cakap apa,
sayang?” Tanya Datuk Mukhriz sebaik sahaja kelibat Laila menghilang. Datin June
menggeleng.
“Degil! Macam
mana nak cakap lagi pun saya tak tahu la,” Datin June membebel. Datuk Mukhriz
hanya diam. Namun hatinya membuku.
*****
Laila memutar
stereng. Kereta yang dipandu membelok memasuki jalan kecil yang menempatkan
bangunan-bangunan kecil. Laila tersenyum. Destinasinya, Tutti Frutti!
Selesai memarkir
kereta, cepat-cepat Laila keluar. Dia sudah tidak sabar-sabar menikmati yogurt
kegemarannya. Namun sebaik pemegang pintu dalam genggaman…..
“Sayang, awak nak
Tutti Frutti?”
Laila tersentak.
Itu suara Dato’ Hazmi! Apa yang dia buat kat sini?
“Tak nak la,
abang. Jom la kita balik. Saya penat la,”
Suara itu seakan
dikenalinya! Tapi suara siapa?
Laila segera
menoleh. Tapi hampa. Dato’ Hazmi dan wanita itu sudah berjalan membelakanginya.
Tidak berpuas hati, Laila mengambil keputusan untuk mengekori mereka. Niat untuk
menikmati Tutti Frutti terluput begitu sahaja. Dia lebih bersemangat untuk
mengetahui siapa yang bersama Dato’ Hazmi itu.
“Betul sayang tak
nak apa-apa ni? Sebab kalau kita balik, tak boleh keluar lagi sampai esok,”
“Ala abang ni,
mengusik je kerjanya,”
“La, betullah
sayang. Abang nak habiskan masa berkualiti dengan sayang,”
Geli pula Laila
mendengarnya. Namun dia betul-betul ingin tahu. Siapakah wanita itu sehingga
lelaki sebaik Dato’ Hazmi boleh curang terhadap isterinya? Dia terus mengekori
mereka berdua sehingga dia tidak menyedari……
Bahaya ada di
hadapannya.
Dato’ Hazmi dan
wanita simpanannya itu terus berjalan sehingga sampai di sebuah kondominium
mewah tidak jauh dari situ. Dan Laila terus melangkah. Namun sebaik masuk ke
pintu pagar kondominium itu, kelibat mereka terus hilang bagaikan angin.
Laila terus ke
pondok pengawal.
“Pakcik, saya nak
tanya. Tadi sepasang kekasih ada lalu sini kan? Dia tinggal di mana ya?”
“Awak ni siapa?”
“Saya… saya….,”
“Saya tak boleh
bagi sebarang maklumat pada orang luar. Saya minta maaf,”
“Tapi pakcik….,”
“Maafkan saya,
cik,”
“Pakcik,
tolonglah saya, pakcik. Saya….,”
“Pergi dari sini
sebelum saya panggil polis,” pengawal keselamatan kondominium itu mula
bertegas. Laila hampa. Namun dia tidak berputus asa. Sekurang-kurangnya dia
sudah tahu di mana mereka tinggal.
Laila berpatah
balik ke keretanya. Niat untuk menikmati Tutti Frutti terus terpadam. Dia mahu
terus pulang.
Namun dia tidak
menyedari, ada bahaya yang sedang menantinya. Sebaik dia ingin melintas jalan,
sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. Dan apabila dia menyedarinya, ia sudah
terlambat…….
“Argh!”
Segalanya berlaku
begitu pantas. Sekelip mata, dia sudah terguling ke tepi jalan. Dan berada ada
orang telah menyelamatkannya! Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Dan….
Taufiq yang telah
menyelamatkannya!
“Awak, awak taka
apa-apa?”
"Kalau nak mengintip bakal bapa
mertua sekalipun, jaga keselamatan diri sendiri boleh tak?"
Laila pandang
Taufiq dalam-dalam.
"Awak intip
saya ye?"
Gulp! Taufiq telan
liur.
"Jawab soalan
saya, Taufiq!"
"Awak tu
siapa, saya nak intip? Bukan ke awak benci saya? Aku suka bila kau benci
aku," Taufiq terus berlalu meninggalkan Laila yang terpinga-pinga di situ.