Datin June meneliti butiran dalam fail yang diberikan oleh
Suraya, setiausahanya. Setiap data yang dicatat dalam laporan itu meragukannya.
“Siapa yang sediakan laporan ni, Suraya?”
“Datuk Mukhriz, Datin,”
“Mana dia?”
“Dia….. tadi lagi dah keluar,”
“Dia pergi mana?”
“Saya tak tahu, Datin,”
“Mana Syakilla, setiausaha Datuk?”
“Dia MC hari ni, Datin,”
Datin June mengeluh. Laporan di tangannya kini amat
menyesakkannya. Dia tunduk seketika.
Tok! Tok! Kepala Datin June terdongak.
“Masuk!”
Laila masuk ke dalam pejabat Datin June dengan penuh
bergaya. Namun senyuman tidak lekang dari bibirnya. Dihadiahkan senyuman paling
manis buat setiausaha Mamanya itu.
“Ada apa Mama panggil Laila?” tanya Laila sopan. Datin June
memandangnya sambil tersenyum.
“Sampai bila Mama nak ke uruskan syarikat ni? Mama rindukan
butik Mama,” Datin June bersuara separuh merayu.
Laila senyum nipis. Sudah agak lama dia dirayu oleh Datin
June supaya ambil alih syarikat itu namun jawapannya ketika itu, ‘belum
bersedia’.
“Mama rindukan sangat butik Mama tu?” tanya Laila kembali.
“Mama rindukan sangat butik tu,” jawab Datin June laju.
Matanya bersinar-sinar.
“Laila bagi dua syarat,”
“Syarat? Apa syaratnya?”
“Pertama, jangan pecat Norita. Dia seorang pereka yang baik.
Ramai pelanggan sukakan dia,” kata Laila.
“Yang itu, Mama tak ada masalah. Norita boleh terus bekerja
di situ asalkan prestasinya memuaskan,” ujar Datin June. Laila gembira
mendengarnya.
“Syarat yang kedua?”
Laila menarik nafas. “Jangan paksa Laila kahwin dengan Uda
dalam masa terdekat ni,”
*****
Tersedak Datuk Muhkriz mendengar berita yang baru
disampaikan oleh Datin June. “Apa?”
“Apa abang ni, sampai tersedak segala,” Datin June
menghulurkan segelas air kosong kepada suaminya. “Laila akan ambil alih
syarikat tu minggu depan,”
“Habis, projek yang abang tengah jalankan sekarang ni?”
“Nanti abang akan berurusan dengan dia je la. Saya dah malas
nak masuk campur. Sekaran ni, tumpuan saya hanya pada butik saya tu je. Dah
bertambah maju sejak Laila uruskan setahun lalu,”
“Sayang, bukan awak tak tahu yang anak awak tu tak sukakan
saya,”
“Abang, dia seorang yang sangat profesional. Jangan risau,”
‘profesional itu yang aku takut’ kata hati Datuk Mukhriz.
“Hah, itu pun dia dah balik. Laila sayang, mari makan
sekali,” Datin June menggamit Laila yang baru pulang. Laila melangkah lemah
menuju ke meja makan.
“Laila lapar tak? Mari makan sekali,” ajak Datin June sekali
lagi. Laila menggeleng perlahan.
“Tak nak la Mama. Masakan ni tak sedap. Tak macam masakan
Ibu,” selamba Laila menolak ajakan Datin June. Merah muka wanita itu dibuatnya.
“Mama makanlah dengan suami Mama. Laila nak masuk dulu,” Laila melangkah
meninggalkan mereka suami isteri di meja makan.
“Esok Mama pecat dia,”
Langkah Laila terhenti. Dia memusingkan badannya menghadap
Datin June.
“Tak payah Mama susah-susah nak pecat dia. Biarkan dia terus
bekerja di sini. Sama macam Mama buat dengan Ibu Midah dulu,”
“Laila!” spontan Datin June bangun. “Kenapa cakap macam tu?”
“Siang tadi Mama sebut pasal rindu kan? Jujur Laila cakap,
Laila rindukan Ibu Midah dan Dara,” air mata Laila bergenang. Dia terus masuk
ke bilik. Dia tidak mahu, air mata itu tumpah di hadapan Mama dan suaminya itu.
Di dalam bilik, Laila menangis sepuas-puasnya. Gambar Dara
dan Ibu Midah yang berada dalam simpanannya, ditatap kembali. Gambar itu sudah
lusuh kerana setiap kali dia menatapnya, air matanya pasti mengalir.
“Ibu, Laila rindukan Ibu. Dara, aku rindukan kau….,”
“Dara, bulu mata kau jatuh,” tegur Salsabila, rakan serumah
Dara di Singapura.
“Eh, ye ke? Belah mana?” tanya Dara kembali.
“Belah kanan. Ada yang rindu tu,” balas Salsabila sambil
tersengih. Dara menarik muka masam. Mengejek la tu!
“Takkan Ibu rindu kot? Baru petang tadi kau hantar dia ke
JB. Mesti tunang tersayang yang rindu tu,” Salsabila mengejek lagi. Dara hanya
diam. Rindu? Tiada istilah rindu pada Taufiq, tunangnya.
“Diam tu tandanya betul la tu,” Salsabila tersengih lagi.
Dara hanya tersenyum melihat telatah rakannya itu. Dia bangun, menuju ke
balkoni.
“Kira bintang di langit, sebanyak itu juga rinduku padamu,”
usik Salsabila lagi. Dara menjeling tajam.
“Kau ni belajar dengan A Samad Said ke apa?” perli Dara.
Salsabila ketawa besar. Dara kembali memandang langit. Dia tiba-tiba
teringatkan Laila. Kenangan lalu kembali lagi….
“Dara, nanti bila bulu mata kau gugur, pandang la ke
langit,” kata Laila.
“Apa kena mengena bulu mata dengan langit pulak ni?”
“Kalau kau pandang langit, kau mesti tersenyum. Sebab langit
akan beritahu yang aku rindukan kau,”
“Kau patut cakap macam ni dengan Taufiq la,” usik Dara.
Berjiwang pula Laila malam-malam ni.
“Dengan Taufiq aku bagi ayat lain,” Laila tersengih. “Dara,
janji ya? Bila aku rindu, aku akan tatap gambar kita. Bila kau rindu, kau tatap
la langit tu,”
“Oh, ini tidak adil! Kenapa aku tak boleh tatap gambar
pulak?”
“Sebab aku tahu, kau tak suka simpan gambar,”
Dara tertawa kecil. Hatinya terasa pilu. Aku rindukan kau,
Laila………!
*****
“Cik, faks dari Tan Sri Kamaruzzaman,” Suraya menghulurkan
sepucuk surat kepada Laila yang sedang menyiapkan kertas kerjanya. Tumpuan
Laila terganggu. Namun dia mempamerkan senyuman manis buat Suraya.
“Tan Sri Kamaruzzaman? Dari Zaman Corporation?”
“Iya ,”
Laila membaca faks itu sekilas lalu dan….
“Kerjasama antara kita dengan mereka dibatalkan? Kenapa?”
suara Laila sedikit tinggi. “Siapa yang kendalikan projek ni?”
“Datuk Mukhriz, cik,” Suraya menjawab takut-takut.
Dahi Laila berkerut. Datuk Mukhriz? Lelaki tu?
“Suraya, saya nak semua fail yang berkaitan dengan projek ni
atas meja saya dalam masa setengah jam. Ambil dari Datuk Mukhriz kalau ada yang
dia masih pegang. Saya nak semua sekali tanpa kompromi. Faham?”
“Faham, cik. Saya keluar dulu,”
Laila tersandar di kerusi. Pening dia memikirkan hal ini.
Pantas dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Datin June.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam. Mama, apa yang suami Mama buat di pejabat
ni? Dia tak ada pejabat sendiri ke?”
“Sayang, Papa Mukhriz nak tolong kita. Apa salahnya?”
“Laila tak perlukan pertolongan dia, Mama,”
“Dia tengah kendalikan satu projek besar, Laila,”
“Laila akan ambil alih daripada dia. Dan keputusan itu
muktamad!”
“Laila!”
“Mama ingkar wasiat arwah Papa!” Laila terus meletakkan
telefonnya. Dia mengeluh kasar. Kepalanya dipicit perlahan.
Suraya masuk membawa fail-fail yang diminta oleh Laila.
“Letak atas meja kopi tu,” arah Laila. Suraya menurut
perintah.
“Suraya, minta maaf la sebab marah-marah awak tadi. Saya
melepaskan marah pada orang yang salah pulak. Maaf sangat,”
“Tak apalah, cik. Saya tahu, cik tertekan. Erm, cik nak saya
buatkan kopi ke? Sambil-sambil tengok fail ni semua,”
Laila tersenyum. “Boleh juga. Oh, buatkan dua cawan ya. Satu
untuk awak. Kita teliti fail ni sama-sama,”
“Baik, cik,” Suraya keluar. Sebentar kemudian dia kembali
menatang dua cawan minuman. Dia membantu Laila menyusun dan meneliti fail-fail
yang bertaburan di meja kopi.
“Suraya, awak mengingatkan saya dengan sorang kawan saya. Perangai
dia macam awak. Lembut pun macam awak juga,”
“Sekarang ni dia kat mana, cik?”
Laila mengeluh kecil. “Yang saya tahu, dia di Singapura. Tak
tahu pulak di bahagdian mana atau kerja apa,”
“Mesti dia sangat baik kan, sampaikan cik boleh bercerita
dengan saya pasal dia,”
“Sangat baik,” mata Laila berkaca. Suraya nampak itu. Dia tidak
bertanya lagi. Mereka terus tenggelam dengan segala fail yang ada di hadapan
mereka.
“Suraya awak taip surat ni. Kemudian bagi pada saya untuk
saya tandatangan,” Laila menulis sesuatu di atas kertas kosong. Kemudian dia
hulurkan kepada Suraya. Suraya membaca sekilas dengan dahi yang berkerut.
“Cik nak pecat Datuk Mukhriz?”
Laila angguk.
*****
“Cik Laila, saya dah aturkan pertemuan empat mata dengan Tan
Sri Kamaruzzaman, seperti yang cik minta semalam. Ini butirannya,” Suraya
menghulurkan sekumal kertas kepada Laila. “Er, maaf ronyok sikit,”
“Tak apa. Janji boleh baca,” Laila membaca sekilas. “Hari ni
ke?”
Suraya mengangguk. Laila mengemas mejanya.
“Saya keluar awal. Kalau ada sesiapa yang telefon, ambil
saja mesej,” pesan Laila. Dia terus keluar dari pejabat tanpa dia menyedari ada
sepasang mata yang memandangnya tajam.
Sampai di tempat yang dijanjikan….
“Eh, tu macam Daddy Uda. Tapi tu bukan Mummy Uda. Siapa pula
tu?” berkerut dahi Laila melihat kelibat dato’ Hazmi dengan seorang wanita
muda. Yang pasti bukannya Datin Eryna.
Telefon bimbit yang berdering membantutkan keinginan Laila
untuk terus mengekori Dato’ Hazmi. Segera dia menjawab panggilan tersebut.
“Cik Laila?”
“Ya?”
“Saya minta maaf, Tan Sri Kamaruzzaman masuk hospital. Dia tak
dapat jumpa dengan cik petang ni,”
“Oh ye ke? Kirim salam dengan keluarga Tan Sri. Nanti bila
dia dah sembuh baru saya jumpa dia balik,”
“Cik Laila, boleh ke kalau kami aturkan pertemuan dengan
anak tan Sri? Tapi bukan hari ini la, cik,”
“Tak apa, tak kisah pun, terima kasih sebab tolong,” laila
segera menamatkan panggilan. Apabila dia memandang ke hadapan, bayang Dato’
Hazmi sudah tidak kelihatan. Laila mengeluh.