Home Novel Alternatif Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
F.Ain.K
2/7/2019 23:35:07
145,741
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
10.4✓
Tajuk : Dunia Dewasa, Lautan Manusia, dan Lolipop (Bhgn 4)



OGOS 2013



“Do you want to stay at my house tonight?”


“Why?”


“Just to hang out. It’s become lonely at night. Specially tonight.”


Kesan hujan yang turun renyai tadi, masih kelihatan di cermin tingkap. Hujan, angin, dan malam yang sunyi menjadi kombo yang menenangkan bagi aku. 


Aku menyambung diamku. Fikiran aku berfungsi memikirkan sebab dan akibat. Aku tak pernah menjejak ke rumah Layla. Agak ralat bagi aku kerana sukar untuk aku tidur di tempat baru. Mungkin perubahan memang membuatkan aku resah. Pasti esoknya aku akan bangun keletihan. Walaupun esoknya adalah hari Sabtu, aku masih ada perbincangan dengan profesor pada 11 pagi. 


Oh iya. Aktiviti sukarelawan aku tunda malam ini kerana janji aku menemani Layla ke Bangi.


Suasana di Britz (nama sebenar adalah rahsia) tenang. Sesekali terdengar bunyi sudu dan pinggan berlaga. Aku masih duduk di meja setelah habis makan, menanti Layla yang pergi ke tandas. Aku hirup air sejuk sedikit demi sedikit, hanya bermain dengan masa.


Hidungku tiba-tiba terbau minyak wangi yang agak kuat baunya. Seolah-olah tuan punya badan berada berdekatan dengan aku. Aku menoleh ke kiri dan kanan mencari punca bau.


“Are you a friend of Layla?”


Suara yang datang dari belakang memeranjatkan aku.


Aku pantas berdiri dan memandang ke arah suara tersebut. Seorang lelaki yang aku anggarkan ketinggiannya lebih dari 180 cm sedang memandang aku. Terlihat jelas wajah Scandinavian-nya, sama seperti Layla. Ada senyuman yang terukir di wajahnya. Tiba-tiba aku tersedar, kenapa aku berdiri? Aku mula jadi malu. Aku ingin duduk semula tapi ragu-ragu.


Seolah dapat membaca aksi janggal aku, lelaki menarik kerusi yang tadinya dihuni Layla lalu duduk.


“Is it okay if I sit here?”


Aku hanya diam dan duduk semula. 


“Are you looking for Layla? She’s at ladies.”


“I know. I saw her. I just want to talk to you. Alone.”


“Why? I don’t think I know you.”


“Yes you don’t. But you will soon.”


Aku sambung diam lagi. Terlalu banyak sebenarnya yang ingin aku katakan, tapi semuanya berlegar di dalam otak aku. 


“You will accompany her until tomorrow right?”


Aku memandang lelaki itu pelik, meminta penerangan lebih jelas atas apa yang diperkatakan tadi.


“Please accompany her until tomorrow and never leave her side. I really appreciated your help. Thank you.”


Lelaki itu bingkas bangun sesudah menghabiskan apa yang ingin dikatakan dan berlalu dengan pantas. Aku yang terpinga tanpa ada peluang untuk bertanya kini ditinggalkan bersendirian. Aku yang sibuk dengan telahanku tanpa sedar tiba-tiba di sapa lembut oleh Layla yang baru datang dari tandas.


“Did you see that guy?” soalku teruja sambil memegang bahu Layla.


“Which guy? I don’t see anyone other than you here,” balas Layla dengan pandangan yang aneh. 


Perjalanan dari Britz (nama sebenar adalah rahsia) ke rumah aku mengambil masa 40 minit tanpa kesesakan malam-malam begini. Jam menunjukkan ke angka 10:35 malam. 


“You know, maybe I should really accompany you tonight. But first I need to take my clothes and some stuff from home.”


Kata aku sambil bermain dengan angin malam. Terasa tenang bila angin menyapa wajah aku. Tingkap kereta yang terbuka separuh menjadikan bunyi di dalam kereta agak bising dengan deruan angin. Radio yang berlagu perlahan seolah mengiringi angin malam. 


Walaupun aku masih memikirkan siapa lelaki tadi, mustahil untuk aku mengesan lelaki itu semula. Semuanya berlaku dengan pantas. Aku tak sempat memerhati ciri fizikal lelaki tersebut. Dan aku yakin kami tak pernah berjumpa. Lebih lagi lelaki itu sebenarnya kenal dengan Layla. Apa hubungannya dengan Layla? Adakah Layla mengalami masalah yang membuatkan salah seorang dari kawan Layla terpaksa meminta aku untuk menemani Layla hingga esok? Terlalu banyak yang difikirkan. Terasa migrain aku akan kembali menyerang jika aku tidak tenangkan diri. 


Bunyi mesej yang masuk ke dalam telefon Layla yang sedang di caj, mematikan lamunan aku. Ini mengingat kan aku pada sesuatu. Aku capai telefon dari dalam beg dan mula menulis mesej.


* Salam Prof. Maaf esok saya ada hal urgent, boleh ke kita tunda discussion Rabu depan? Saya akan bawa assignment yang dah siap.*


Butang sent ditekan. 


Previous: 10.3✓
Next: 10.5✓

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.