Home Novel Alternatif Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
F.Ain.K
2/7/2019 23:35:07
145,966
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
10.5✓
Tajuk : Dunia Dewasa, Lautan Manusia, dan Lolipop (Bhgn 5)



OGOS 2013



Rumah Layla agak besar pada pandangan aku. Rumah teres dua tingkat di Ampang ini agak besar untuk didiami Layla seorang diri. Dari luar sahaja aku anggarkan mungkin terdapat 4 buah bilik di dalamnya. Masuk ke dalam ruang tamu, aku lihat di dinding tergantung gambar perkahwinan yang agak besar saiznya. Di sebelah gambar perkahwinan itu pula tergantung sekeping gambar seorang wanita yang duduk memangku seorang bayi sambil dipeluk oleh seorang lelaki. 


Aku agak terpana kerana aku tak pasti jika Layla tinggal bersama keluarganya. Ya, sebenarnya aku tak tahu apa-apa hal peribadi mengenai Layla. Segala topik perbualan kami berkisar tentang orang sekeliling, kerja, dan isu semasa. Antara sebab aku selesa berkawan dengan Layla adalah kerana kami berdua tak pernah menyentuh hal peribadi masing-masing. Dan kami tak pernah rasa perlu untuk menceritakannya. Jadi persamaan antara aku dan Layla, sepertimana aku ingin merahsiakan sesuatu tentang aku, Layla juga rasakan yang sama. 


"Is this.. Your photo?" tersedar dengan soalan yang keluar dari mulut tanpa sengaja, aku segera menukar soalan. Pasti aneh bagi Layla jika memang benar gambar di dinding itu adalah gambar dirinya, tapi aku tak mampu mengenalinya. Sedangkan Layla kini berdiri di hadapan aku. 


“Are you sure it’s okay for me to stay here tonight? How about your family?” tanya aku meminta kepastian. 


“Oh.. It's Okay.. My family.. They don't live here. At least not at this moment,” balas Layla sambil tersenyum memandang aku. 


Aku ingin bertanya ‘kenapa’, tapi suara aku tersekat di kerongkong. Dan aku rasakan agak melampau untuk aku ambil tahu hal peribadi orang lain. 


Layla membawa aku naik ke tingkat dua dan menunjukkan bilik yang akan aku guna malam ini. Katanya bilik tetamu. Bilik tersebut agak ringkas namun kemas. Sesuai dengan selera aku yang tak sukakan bilik yang terlampau banyak barang. Ternyata bilik tersebut lengkap dengan bilik air. 


“You might want to shower first. I will get ready too and later do come downstairs. Maybe we can watch some horror movie,” kata Layla sambil ketawa kecil. 


Iya, kami mempunyai minat yang sama. Cerita seram. 


Layla memilih cerita dari Thailand bertajuk ‘Long Weekend’. Aku turutkan sahaja. Walaupun sebenarnya aku sudah tengok ceritanya beberapa kali, di wayang dan di rumah. Agak menakutkan bagi aku dan jalan cerita yang menarik. 


Tak sedar entah bila aku tertidur. Aku hanya tersedar bila sejuk aircond mencengkam tulang. Aku tidak boleh terlampau sejuk. Badan aku tidak tahan sejuk, lagi pula resdung aku menjadi teruk bila keadaan semakin sejuk. Aku yang dalam keadaan mamai memerhati sekeliling. Aku masih di ruang tamu. Televisyen sudah dipadam. Segera aku capai cermin mata di atas meja. Ternyata aku tertidur ketika cerita masih berbaki separuh. 


Telinga aku tiba-tiba terdengar suara wanita menangis. Aku lihat ke tangga, seorang wanita sedang duduk disitu. Memeluk kaki, menundukkan kepala. Susuk tubuhnya seperti Layla, namun aku tak pasti jika benar itu Layla. 


“Layla?” perlahan aku panggil namanya untuk kepastian. 


Tiada respon. Lalu aku pergi ke arah wanita itu lalu duduk di sebelahnya dengan memberikan sedikit jarak. Ternyata benar Layla-lah yang sedang menangis. Sungguh aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan bila dalam keadaan begini. Aku tak tahu dah berapa banyak kali orang menangis di hadapan aku, tapi ternyata aku masih juga kaku. Pantas aku pegang muka aku untuk memastikan bahawa aku tidak tersenyum atau ketawa. Aku masih mamai, dan aku keliru. Aku cubit pipi kiriku sedikit untuk memastikan bahawa aku tidak bermimpi. 


Dengan tarikan nafas yang dalam dan keberanian, perlahan aku usap belakang Layla. Dalam fikiranku, sentuhan lagi. Ini agak janggal. Setelah beberapa kali aku usap, aku merasakan aku perlu berhenti menyentuh Layla. Lagi pula hati aku berdebar semacam kerana aku masih takutkan sentuhan. 


Namun tanpa aku duga tiba-tiba Layla memeluk aku erat. Aku jadi kaku. Peluh dingin menitik di dahi aku. Aku mula rasa degupan jantung aku seperti pelari pecut negara. Tak sampai hati aku untuk menolak Layla ke tepi, tapi aku juga tak mampu membalas pelukan Layla. Aku biarkan sahaja tanganku jatuh ke sisi. Aku biarkan Layla menangis hingga puas di dada aku. Aku rasakan itulah pelukan paling lama bagi aku. 


20 minit kemudian Layla kembali tenang. Bagaimana aku tahu 20 minit berlalu? Setiap saat aku melihat jam di dinding ruang tamu. Setiap detik terasa menyesakkan dengan sentuhan.


Aku bancuh Milo panas untuk Layla dan diriku. Kami kini duduk di atas sofa di ruang tamu. Aku memilih untuk duduk jauh sedikit dari Layla bagi mengelakkan terjadinya sentuhan lagi. Aku lihat wajah Layla. Tak sampai hati aku untuk bertanya kenapa dia menangis. Jadi aku memilih untuk diam sahaja. Memberikan ruang untuk Layla berkata bila dia bersedia. 5 minit berlalu. Senyap terasa menjerut leher. Aku sisip Milo panas perlahan-lahan.


“Aren’t you going to ask me anything?” perlahan Layla bertanya sambil merenung cawan di tangannya.


“I don’t need to know, if you don’t want me to.”


Layla tersenyum memandang aku. Kali ini senyumannya kembali ikhlas.


“You are a good girl, aren’t you?”


Aku hanya diam tak membalas. Bukan itu yang perlu Layla katakan, dan bukan itu yang perlu aku dengar.


“I met Felix when we were 17. It was love at first sight. It was our 10th year anniversary when he proposed to me. We had a simple wedding and a happy life. That’s what I thought. We had a baby. Sarah was 3 years old when.. When i killed her.”


Aku tak rasa aku tersalah dengar. Aku sedikit terkejut dengan apa yang diperkatakan Layla. 

Aku memandang Layla dengan pandangan supaya dia meneruskan apa yang ingin diperkatakannya. 


“2 years ago, because of my selfishness, Sarah died. I.. I didn’t mean it to be this way. She was sick that day. I knew she was sick. But I kept on working and working, because I has due date to catch. When I realised it, she was too weak to even breath. I rushed to the hospital, but it was too late. The doctor said that if I were 10 minutes earlier, Sarah might be able to be saved. It was my fault.” 


Layla menghembus nafas perlahan. Mungkin mencari ketenangan sebelum meneruskan kata-kata. 


“Felix wasn’t there with me at that time. He goes back to Sweden to visit his family. When he reached here 2 days later, I can’t see him in the eyes like I did before. I felt so guilty. I felt that I betrayed his trust. So I asked him to give me time to overcome this. I know he will never blame me, but still… I blamed myself. And this past 2 years, we have been living separately.”


Perlahan aku teguk lagi Milo panas. Aku memerlukan masa untuk menganalisa maklumat yang baru aku dengar. 


“Today it’s actually Sarah's birthdate. That’s why yesterday I bought that little cute dress for her. I bought dresses for her twice a year, during her birthdate and my wedding anniversary. It was supposed to be presents for her, but why does it feel like punishment to me?”


Suara Layla yang sebak mencecah pendengaran aku. Aku tak tahu apa yang perlu aku perkatakan sekarang sebenarnya untuk menenangkan Layla. Aku tak pandai berkata-kata. Aku risau jika apa yang aku katakan akan membuatkan keadaan bertambah teruk. 


“So… Your husband never blame you?”


Layla mengangguk.


“Is he still waiting for you?”


Layla angguk lagi.


“Even after two years you neglected him?”


Layla terkaku. Ekspresi wajahnya seakan terasa dengan apa yang aku perkatakan. Perlahan Layla mengangguk. 


Aku tahu lidah aku memang melampau kadang-kadang bertanya soalan yang terlampau jujur. Tapi aku perlukan jawapan yang jujur supaya aku dapat membantu.


“He seems to be quite a great man. Then, will you divorce him?”


Sekali lagi Layla terkaku. Wajahnya kali ini agak takut. 


“I never think of divorce. I just.. Need time.”


“How much longer do you need?”


Layla hanya diam memandang ke kanan. Ternyata dia tak mahu memandang ke arah aku. 


“You know, I’m really bad with words. So, listen to what I said, if you feel that it’s good then take it as advice. If it feels garbage, forget it.”


Aku teguk lagi Milo panas. Mencari kekuatan untuk berkata-kata. Ah.. aku memang tak pandai berkata-kata, apatah lagi tentang masalah orang lain. Hidup aku juga tunggang langgang, lagi mahu menasihatkan orang lain. 


Aku bangun dan duduk di meja yang agak jauh dari Layla. Supaya dapat aku sorok wajah aku. Aku pasti suaraku masih mampu sampai ke pendengaran Layla kerana suasana yang sunyi, membuatkan suara kami bergema memenuhi ruang tamu. 


“In my religion, we believed that people that are meant to leave will leave. Everything happens for a reason. Same goes to death. I believe that when it’s time for us to die, we will. Without a second to waste. And I.. We can't change what has been done.  In my opinion, your daughter died because it’s time for her. And there are thousands of things that can cause it. It’s just that you put yourself as the cause of it.”


Aku berhenti berkata-kata untuk memberikan ruang kepada Layla jika dia ingin membangkang apa yang aku perkatakan. Tapi keadaan masih sunyi. 


“And you actually knew it, that no one can help you overcome that. Unless you are the one willingly to overcome it. But you are not alone. So I don't understand why you want to carry the burden on your own? I don’t understand why you need to hurt yourself more, hurt people that love you, so that you can kill this pain that you created for yourself?”


Aku menantikan jika ada alasan yang akan diberikan kepada aku, tapi keadaan masih sunyi. Yang kedengaran hanya esakan kecil Layla yang seakan mendengar dengan teliti apa yang aku katakan.


“Isn’t it painful when you lost your daughter? Isn’t it painful to lose her because you love her? Then why did you let your husband lose his daughter and even his wife? Isn’t it mean that he felt double the pain that you feel now? For me, 2 years are long enough to wait for someone. In 2 years everything can happen. Do you know how hurtful it is to wait for someone that said she loves you, but never be able to make you her priority over her selfish pain? Because the way I see it now, you really are selfish. You are trying to heal your wound by making someone else bleed more.”


Aku bangun dari duduk dan meletakkan cawan bekas Milo panas tadi di dapur. Perlahan aku berjalan ke arah tangga, lalu aku berkata dengan jelas membelakangkan Layla.


“I’m sleepy and we are both tired. You should sleep now and clear your mind. Tomorrow we will talk more,” dan aku berlalu naik ke bilik untuk tidur. Otak aku tepu memikirkan masalah orang, dan lebih elok untuk aku berhenti berkata-kata malam ini sebelum aku menyesal dengan apa yang aku katakan. 


Previous: 10.4✓
Next: 10.6✓

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.