Home Novel Alternatif Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
F.Ain.K
2/7/2019 23:35:07
148,359
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
13.3✓
Tajuk : Don't Judge My Blindness (Bhgn 3)



OKTOBER 2013



Cuti tahunan aku sudah diluluskan 2 minggu yang lepas. Aku mengambil cuti hari Isnin dan Selasa kerana program bermula dari hari Sabtu hingga Isnin. Selasa lebih pada waktu untuk aku berehat. Manakala hari ini aku memilih untuk mengadakan mesyuarat kumpulan untuk membincangkan tugas masing-masing. Lagi pula kelas malam Khamis hari ini dibatalkan. 


Barang-barang yang perlu aku bawa telah siap aku susun dari semalam. Buku nota, alat tulis, set DSLR, caj telefon, barang mandi, pakaian. Tentatif program untuk hari pertama tidak terlalu berat, lebih kepada sesi pengenalan dan bermesra. Manakala untuk hari kedua dan ketiga lebih pada penekanan kekuatan mental dan membina kepercayaan. 


Jam menunjukkan angka 2:43 petang. Kenderaan aku bawa 40 km/j kerana tempat yang aku tuju sudah hampir. Tidak perlu bagi aku bawa kenderaan laju-laju di kawasan ramai orang. Kami janji untuk berjumpa pada pukul 3:00 petang di Takiazaki Japanese Cuisine (Nama sebenar adalah rahsia). Siap sahaja aku parkir di dalam kotak parkir, aku segera mengunci pintu kereta dan menuju ke restoran tersebut. 


Sudah beberapa kali aku datang ke restoran ini. Ia menghidangkan makanan Jepun secara buffet. Satu kepala dikira RM45.00. Bagi aku kualiti makanan dan layanan di sini memuaskan, lagi pula pelanggan boleh makan sehingga kenyang. Paling aku suka adalah set sushi yang tersedia dan daging kambing segar yang diberikan kepada pelanggan untuk di panggang sendiri. 


Sampai di hadapan kedai aku menjenguk ke dalam. Tiada tanda rakan-rakan sekelas aku sudah sampai. Jam di telefon aku lihat, sudah 3:05 petang. Ternyata mereka semua lagi lambat dari aku. Butang di telefon segera aku tekan mencari nama yang dikehendaki. Panggilan dibuat. 


“Kat mana ye? Oh.. Saya ada depan kedai. Belum. Diorang tak sampai lagi. Okay-okay.”


Segera aku masuk ke dalam kedai dan meminta tempat duduk untuk 5 orang. Sementara menunggu aku memilih jenis air yang aku ingin minum. 

“Do you need green tea?” tanya lelaki Jepun yang sedang mengambil pesanan makananku.


Terasa kembang tekak aku mendengarkan soalan itu. Aku sememangnya tidak serasi dengan teh hijau. Baunya saja memualkan tekak aku. 


“No. Can I have roasted tea please? My friends might want green tea but let’s wait for them later to ask,” terang aku kepada lelaki Jepun itu kerana di restoran ini teh hijau disediakan di dalam teko khas untuk dikongsi satu meja. 


Selepas 15 minit barulah penuh meja yang aku duduki. Aku masih belum mengingati nama mereka kerana kumpulan ini baru ditubuhkan pada Selasa lepas. Pensyarah aku menyatakan bahawa ia lebih mudah untuk berkongsi maklumat jika bekerja dalam kumpulan. Dari 4 orang yang berada di sekeliling aku kini, hanya Lutfi Ikram yang aku kenal. Itu pun pada awal tadi aku mengalami masalah untuk menjejak dia, kerana hari ini dia menukar gaya rambut. Cuma cermin mata Harry Potter nya sahaja yang masih melekap di wajah. Mujurlah dia menegur aku dahulu tadi, jika tidak pasti aku sangkakan orang asing. 


Lutfi Ikram memilih untuk duduk di hadapan aku. Manakala di sebelah kiri Lutfi Ikram ada seorang wanita berambut kerinting pendek paras bahu sedang memilih menu minuman. Di sebelah kanan aku pula duduk seorang wanita memakai tudung berwarna merah jambu. Manakala di hujung meja duduk seorang lelaki berambut pacak di depan dan memakai subang lekap di telinga kanannya di cuping atas. Aku jangkakan telinganya tidak bertindik kerana itu dia hanya memakai subang lekap, mudah dibuka. 


Aku memandang Lutfi Ikram, ingin menyampaikan sesuatu. Tapi ternyata dia tak memahami apa yang cuba aku sampaikan melalui pandangan mata. Aku capai telefon dan menekan mesej di whatsapp. Aku sebenarnya berasa janggal yang sangat kerana aku tak mengenali mereka,  walaupun telah 4 bulan lebih kami satu kelas, aku tidak tahu nama mereka dan aku tak mampu mengecam mereka. Jika mereka tahu aku seperti ini, pasti mereka akan terasa dengan aku. 


Lutfi Ikram yang selesai membaca mesej di whatsapp, aku lihat tersenyum sedikit. Bait mesej "Boleh tak awak start introduction? Saya tak ingat sangat nama diorang," nyata membuatkan Lutfi Ikram teringat betapa tak endahnya aku tentang orang sekeliling. 


Lalu Lutfi Ikram pun mula membuka sesi pengenalan dengan memperkenalkan nama setiap orang kepada diri masing-masing. Mereka juga mula memperkenalkan pekerjaan masing-masing. Ternyata dua orang dari mereka adalah pelajar sepenuh masa, manakala seorang lagi adalah pelajar separuh masa seperti aku dan Lutfi Ikram. Kerana kelas komunikasi ini merupakan kelas asas jadi sesiapa sahaja dari mana-mana jurusan dibolehkan untuk mengambilnya. 


Perbincangan kami teruskan sambil makan kerana tidak banyak perkara formal yang perlu dibincangkan. Sesi hari ini lebih kepada untuk mengenali satu sama lain dan mencari keserasian dalam bekerja bersama. 


“Jadi kita setuju ye? Final tasks as given. Hidayah sebagai photographer dan dokumenter, Elana sebagai note taker, saya dan Maria sebagai researcher dan resolver, Brian sebagai jurucakap,” kata akhir yang keluar dari mulut Lutfi Ikram dipersetujui oleh semua di meja.


“Tapi kan, kamu semua pernah ke join program macam ni?” soal wanita bertudung di sebelah aku ini. Tadinya dia memperkenalkan diri sebagai Elana. 


“Pernah. Actually at my previous church we do have this kind of program yearly. Kebanyakan sebenarnya pihak hospital yang minta kami tolong uruskan. You know, yearly lots of traumatic cases happened. Rogol, bunuh, ragut, langgar lari, culik, dan banyak lagi. Mental traumatic cases bukan something yang kita boleh pandang rendah. It’s severe actually.”


Penjelasan dari Maria yang duduk di sebelah Lutfi Ikram membuatkan aku menarik nafas dalam. 


“Then do you have the experience in handling those participants yourself?” soalan dari Brian yang tertuju buat Maria. 


“Yes, I had. The most that I can remember is that the case of a little boy. Budak lelaki ni masa saya jumpa tu dalam umur 8 atau 9 tahun. He is a very cute boy indeed. Kes nya, if I’m not mistaken, dia dirogol oleh ayahnya dari umur 5 tahun. Kemudian his father trying to sell him to some guy over internet as a sex slave. Tau tak apa saya fikir masa mula-mula saya dengar cerita ni? Its weird actually. Saya tak sangka lelaki pun boleh dirogol or dijual sebagai sex slave. But after a while I got to understand that mental traumatic cases doesn’t applied only to gender or age.”


“I wonder. This program… do they just share their stories to everyone? Or do we need to help them to resolve it? Or how? Sebab jujurnya saya tak rasa… jika saya sebagai one of the traumatic cases… that I want to tell everyone, I mean everyone there, what actually happened to me… ” tanya aku meminta penjelasan.


Maria dilihat berfikir sejenak dan cuba mencari perkataan yang sesuai untuk menjelaskan kepada kami.


“Most of this cases, kita tak boleh tolong pun. Kita tak mampu nak tolong apa-apa atau ubah apa-apa. Tapi, kita membantu mangsa mengubah cara mereka berfikir. Kita perlu berikan mereka harapan yang what happened yesterday won’t stop the sun to keep showing. Time will still ticking. But atleast, the time that ticking with hopes and someone to trust is better than to be alone stuck in negative thinking. Dan kita pun encourage mereka untuk teruskan usaha membantu orang lain pula selepas ini, supaya mereka merasakan bahawa mereka ada nilai membantu dalam masyarakat.” 


Aku mula merasa lega atas penjelasan Maria. Mungkin program seperti ini tidaklah seteruk yang aku sangkakan. Aku harap aku akan menjumpai sesuatu yang mampu mengubah pandangan aku semasa program nanti. 


Merasa seperti sedang direnung, aku menoleh ke arah Lutfi Ikram. Ternyata dia sebenarnya sedang merenung aku tak berkelip. Dah kenapa pula lelaki seorang ni? 


“Lutfi. Kenapa?” 


Suara aku yang perlahan membuatkan dia tersedar. Dia tersenyum kepada aku. Dah gila ke dia ni?


“1st time tengok awak tak pakai cermin mata. Comel.”


Sungguh aku rasa Lutfi sudah gila. Segera aku capai dan pakai semula cermin mata yang tadinya aku buka kerana mata aku berasa letih.  


“Ehem. Nanti kahwin jangan lupa jemput ya. Saya nak makan free,” usik Maria yang ternyata mendengar perbualan antara aku dan Lutfi Ikram sebentar tadi. 


Batuk kecil dari Lutfi Ikram yang tersedak ketika minum membuatkan Maria ketawa lebih kuat. Aku yang geram diusik hanya mampu teruskan tumpuan pada makanan seolah-olah aku tak mendengar apa yang terjadi. 


Previous: 13.2✓
Next: 13.4✓

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.