Home Novel Alternatif Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
Perspektif (Diari Seorang Prosopagnosia)
F.Ain.K
2/7/2019 23:35:07
148,356
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
10.6✓
Tajuk : Dunia Dewasa, Lautan Manusia, dan Lolipop (Bhgn 6)



OGOS 2013



Aku tak dapat tidur lena malam tadi. Bermacam-macam perkara yang berlegar di fikiran aku. Aku ingin membantu Layla, tapi aku hanya orang luar. Apa yang boleh aku bantu selain hanya mendengar dan memberi pendapat?


Sebenarnya sejak berumur 18 tahun aku telah berjanji dengan diri untuk berhenti mendengar masalah peribadi orang lain atau masuk campur. Sifat aku yang tak boleh lihat orang lain susah, membebankan bagi aku. Kerana terlampau banyak yang aku ambil dan simpan di hati, satu masa nanti aku akan jatuh. Jadi aku memilih untuk fokus pada diri sendiri. Memilih untuk menjarakkan diri, mendengar bila mereka bercerita, tapi melupakan apa yang aku dengar. 


Selesai mandi dan bersiap, aku turun membawa beg ke tingkat bawah. Suasana sunyi. Aku tak mendengar suara Layla. Mungkin Layla masih tidur. Aku ke dapur, melihat sekeliling dapur. Aku tak tahu sama ada aku patut masak sarapan atau beli sahaja di luar. Bagi aku ini rumah orang lain, tak mungkin aku menyentuh barang-barang tanpa minta izin. 


Bunyi batuk kecil dari belakang menyedarkan aku. Layla sedang turun tangga dari tingkat dua. Melihat aku, dia tersenyum. Jelas matanya yang bengkak kerana menangis. 


“It’s still early. Are you going somewhere?” tanya Layla melihat aku yang dah bersiap.


“I’m hungry,” balas aku pendek.


Layla ketawa kecil.


“If you can wait, I’m going to cook for us. But I need to take shower first.”


“I can help. You just need to tell me what you want to eat, and where things are.”


Sarapan aku siapkan seringkas yang boleh. Sandwich tuna, sup sayur ayam, bihun goreng.


“Hmm.. I didn’t know that people eat soup for breakfast?” soal Layla mungkin merasa agak pelik melihat kombinasi sarapan yang tersedia.


“Yeah.. some people.. Hahaha.. It’s just me I guess. I feel like eating soup now. Something warm and healthy.”


Meja sarapan hari ini agak senyap. Tak banyak yang hendak dibualkan. Mungkin Layla masih teragak-agak untuk berkata kerana semalam.


“So.. hmm.. You are going somewhere after this?” tanya Layla meminta kepastian.


“Hmm.. I’m going to Uni. I have discussion at 11am,” bohongku. Sedangkan aku sudah membatalkan janji aku dengan profesor hari ini.


Bukan aku ingin lari dari Layla. Cuma aku rasakan bukan aku yang patut duduk bersama Layla sekarang. 


Aku tilik jam di dinding. 8:25 pagi. Masih sempat untuk aku bantu.


“Layla. Where is your husband now?”


Layla yang agak terkejut dengan soalan yang keluar, menggaru-garu lehernya.


“In his house… probably. I don’t think he is working today… not that I know his schedule. But.. sometimes we do text each other… why?”


“I mean, where does he stay?”


“Just.. 15 minutes from here.. But i forgot the place name.. I’ve never been there. But he told me before.”


“Then can you help me? I need you to call your husband and ask him to come here now. Because he needs to be here with you. At least for today.”


“.... I don’t think that’s a good idea?” protes Layla perlahan.


“Layla. Why did you decide to tell me everything yesterday? Is it just to let me hear? Isn’t it because you need help but you don’t have the courage to do it alone? I’m here now. To help. So, let me help you. And do what i say. Please...”


Keluhan kecil dari Layla dan pandangan matanya yang tepat ke wajah aku seolah meminta kepastian, aku balas kembali dengan pandangan yang yakin. Setelah beberapa detik saling merenung satu sama lain, akhirnya Layla mencapai telefon bimbit di meja lalu berlalu ke tingkat atas. 


Sejam kemudian bunyi loceng rumah kedengaran. Layla bergegas membuka pintu. Seorang lelaki masuk dan memeluk Layla. Aku dapat lihat kejanggalan antara mereka.


Layla memperkenalkan suaminya kepada aku. Kami duduk di ruang tamu sementara Layla ke dapur membancuh kopi untuk suaminya.


“You really accompanied her like I asked. Thank you.”


Jadi terjawab sudah persoalan yang bermain di fikiran aku sebelum ini. Suami Layla adalah lelaki yang aku temui di Britz. 


“I’m going to leave after this. Another 10 minutes. Waiting for my Uber. Today, please accompany her and convince her. Just tell her that you never blame her. And maybe help her to face the truth. I don’t know. You should figure out what to do. I can’t help more than this.”


“Thank you,” senyuman diberikan kepada aku.


Destinasi yang aku tuju seterusnya adalah universiti. Aku tak pasti untuk apa aku datang kerana sudah pasti profesor tidak akan menunggu aku di biliknya. Tapi aku tak ada tujuan. Mungkin aku patut pergi ke perpustakaan dan tidur. Ngantuk aku mengalahkan fikiran sedarku. Terasa seperti aku makan ubat tidur. 


Sampai di hadapan perpustakaan aku memilih untuk duduk di bangku yang agak jauh dari pintu masuk. Tertampal simbol kawasan merokok di situ. Aku tak tahu kenapa di kawasan perpustakaan perlu ada kawasan merokok. Aku buka zip beg dan aku capai lolipop di dalam beg. Perisa oren. Aku hisap lolipop sambil duduk merenung langit. Langit berwarna biru yang mendamaikan. 


Tiba-tiba seorang lelaki duduk di bangku di sebelah kanan aku. Aku abaikan dan sambung merenung ke langit. Otak aku seolah berhenti berfungsi seketika. Aku hanya merenung tanpa ada satu pun perkara yang terlintas di fikiran. 


“Ada lighter tak?”


Suara yang menyapa membuatkan aku menoleh ke kanan. Pandangan aku kosong. 


Tiga saat kemudian aku mula tersedar, kenapa minta pemetik api dari aku? Aku yang masih memandang ke arah lelaki tersebut membuat muka seolah bertanya ‘apa?’. 


“I don’t smoke..” not anymore. Sambung aku di dalam hati.


Lelaki itu membalas aku dengan membuat muka penuh pertanyaan sambil memandang ke arah mulut aku.


Aku yang mula sedar arah pandangan matanya, menyentuh lolipop di mulut. Aku keluarkan dari mulut dan tunjukkan kepada dia. Dia yang terkejut mula tersenyum malu kerana salah faham bahawa aku sedang menghisap rokok. 


Aku capai sebiji lagi lolipop di dalam beg dan aku serahkan pada dia.


“Maybe you should start suck lolipop too,” kataku sambil bangun dan berlalu. Seminit kemudian aku mula sedar, kenapa aku bercakap bahasa Inggeris dengan lelaki tersebut sedangkan sudah terang-terang dia bercakap bahasa melayu. Muka dia juga muka melayu. 


“Hmm.. my sleepiness really make me stupid,” aku berkata kepada diri lalu masuk ke dalam perpustakaan. 



Previous: 10.5✓
Next: 11.1✓

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.