Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
291,353
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 21

BAB 21

Effa masih lagi di meja tugasnya. Masih lagi tekun dengan computer ribanya. Dia bersandar seketika di kerusinya. Memegang tengkuknya yang terasa tegang dan sakit. Barangkali terlalu lama mengadap computer ribanya tanpa sebarang senaman regangan di sekitar leher dan tengkuk serta bahu.

Dalam keadaan yang agak selesa bersandar itu, tiba-tiba Ahmad Rustamam, pembantu tadbir di UMMC itu datang mengetuk pintu bilik Effa. Effa tersentak dan segera dia duduk tegak sambil mempersilakan Ahmad Rustamam masuk.

“Assalammualaikum Dr Effa. Kita ada tetamu ingin berjumpa dengan Dr Effa!” Kata Ahmad Rustamam. Dia menoleh ke belakang, memastikan tetamu yang ingin berjumpa Effa ada di belakangnya.

Seorang lelaki tinggi lampai yang berbadan tegap muncul di belakang Ahmad Rustamam. Demi terpandangkan tetamu itu, Effa terkejut seketika. Begitu juga dengan tetamu itu.

“Perkenalkan, ini Tuan ASP Irfan Azlan dari Bahagian Siasatan Jenayah di Bukit Aman. Tuan Azlan, ini Dr. Effa,pakar psikiatri di Jabatan Psikiatri di sini.” Ahmad Rustamam memperkenalkan Azlan kepada Effa.

Effa dan Azlan berpandangan sambil tersenyum. “What a surprise! Selamat bertemu lagi Cik Effa.. oppss.. Dr Effa!” Kata Azlan ceria.

Gaya dan karektor Azlan masih tidak berubah di mata Effa. Effa hanya tertawa dengan sapaan Azlan begitu.

Ahmad Rustamam tercengang. “Ohh.. Tuan Azlan dah kenal Dr Effa ye? Kalau begitu, saya pergi dululah. Silalah yee.. Tuan Azlan..” Kata Ahmad Rustamam seraya terus keluar dari bilik Effa itu.

Azlan sempat mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Rustamam.

“Silalah duduk Tuan ASP Irfan Azlan..!” Kata Effa sambil tersenyum.

“Amboi.. panggil saya Azlan sudahlah.. Kan kita sebenarnya dah lama kenal!” Kata Azlan sambil duduk di kerusi bertentangan dengan Effa.

Then.. call me Effa saja.. tak payahlah nak berdoktor bagai!” Kata Effa pula.

Serentak itu ketawa mereka berdua berderai di bilik Effa itu.

“Tak sangka jumpa Effa di sini ya. Dah lama jugak kita tak terserempak lagi ye.. Tapi.. funny kan.. kita ni selalu berjumpa dalam keadaan yang terkejut dan segala macam “ter” lagi…” Kata Azlan.

Effa yang mendengar hanya ketawa. Namun dalam hatinya sempat berkata; “Macam tau-tau jer... nama dia disebut-sebut lately ni!”

“Kau tak tau.. aku bagai nak gila cari kau merata tempat.. Berharap dapat terserempak dengan kau lagi.. huhh!” Kata Azlan pula. Namun kata-kata itu hanya terdetik di dalam hatinya sahaja.

“Saya dah setahun lebih di sini, Azlan.. Dalam masa yang sama saya beri kaunseling dan menjadi penasihat di bawah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan dan Wanita. Sibuk juga dengan menjadi penceramah jemputan di IPT di seluruh Malaysia…” Terang Effa.

“Huh.. patutlah saya dah tak nampak awak kat mana-mana lagi kan. Rupanya dah makin sibuk doctor kita ni..” Kata Azlan.

“Biasa aje Azlan.. Dah itu bidang saya.. By the way.. Same goes to you.. Awak pun lama gak menghilang..!” Tanya Effa.

“Err.. mengapa ye.. sampai membawa Azlan ke mari? Kes apa sampai Tuan ASP ke mari ni?” Tanya Effa dalam nada bergurau walau belum sempat Azlan menjawab pertanyaan Effa yang pertama tadi.

Azlan hanya tersenyum lalu menjawab;

“Well… kalau pihak polis datang ke Jabatan Doktor ni.. mestilah ada kes yang melibatkan jabatan masing-masing. Nampaknya dah rezeki saya agaknya nak jumpa Dr.Effa dan kita berdua ditakdirkan untuk bekerjasama…”

“Come on lah Azlan.. be serious, ok..!” Kata Effa namun masih lagi senyum-senyum walau kedengaran tegas nada suaranya.

“Owhh.. nak serious ke? Amboi.. garang sungguh doctor pakar sakit jiwa ni…! Tak berubah-ubah…” Sambut Azlan dalam tawa nakalnya. Effa pula sempat menjeling.

Melihat wajah serious Effa, ketawa Azlan terhenti. Sudah lama dia tidak melihat wajah marah dan serious gadis itu. Hatinya terdetik rindu!

Akhirnya Azlan membetulkan cara duduknya dengan duduk menegak. Dia berdehem beberapa kali. Menarik nafas dalam-dalam dan memandang tepat ke arah Effa.

“Err… sebenarnya, kami dah Berjaya selesaikan satu kes remaja buang bayi di Kolej Antarabangsa. Remaja perempuan itu dan teman lelakinya pun sudah ditahan oleh pihak kami. Remaja itu masih di bawah umur, baru 18 tahun. Manakala teman lelakinya sudah berumur 26 tahun. Kami terpaksa menahan teman lelaki itu di bawah Akta Jenayah Rogol dan Inses – Jevuska dan jugaAkta Kanak-kanak 2001 (Child Act) kerana bersubahat dan melakukan pembuangan bayi.” Terang Azlan dalam nada serious.

Effa mendengar dengan teliti.

“Pihak kami terpaksa menghantar remaja perempuan itu ke pusat perlindungan wanita iaitu AR-RAUDHAH sementara menunggu perbicaraan di mahkamah nanti. Maka, saya ke sini untuk merujukkan kes remaja itu bagi mendapatkan khidmat kaunseling dan mungkin rawatan juga untuk remaja itu dari pihak Bahagian Psikiatri ini.” Sambung Azlan.

Effa yang sedari tadi menekun mendengar penerangan Azlan akhirnya mengangguk setuju sambil tersenyum.

“Boleh.. tak menjadi hal..! Itu sudah menjadi tugas saya di sini. Bagus sebenarnya remaja itu dirujuk ke sini dahulu sebelum terus dibawa ke pusat perlindungan itu.” Jawab Effa.

“Hmm… kalaudi UK, kami gunakan sistem referral. Setiap orang akan diletakkan di bawah seorang General Practitioner atau GP. Kalau tak sihat ke ape ke doktor pertama yang mereka akan jumpa adalah GP masing-masing. Kalau mereka mempunyai sakit mental, GP mereka akan assess dan tentukan samada mereka perlu dirujuk kepada pakar psikiatri atau tidak. Kalau sakit mereka tak teruk dan boleh dirawat tanpa penglibatan pakar psikiatri, maka mereka takkan dirujuk. Dalam kata lain, bukan semua sakit mental akan dirawat oleh pakar psikiatri. Khidmat kaunseling ada disediakan di kebanyakan GP practice/surgery di UK. Khidmat ini dijalankan oleh psychotherapists, bukan pakar psikatri. Kalau GP rasakan perlu, mereka akan dirujuk untuk sesi kaunseling. 'Sakit mental' yang saya dah jumpa so far di GP practice adalah mereka yang ada depression dan anxiety.” Effa menerangkan dengan panjang lebar kepada Azlan.

Azlan yang tidak ubah seperti burung terkukur, terangguk-angguk faham itu tersenyum akhirnya.

“Tak sangka bagus juga apa yang dipraktiskan di UK tu yee.. Kalau ianya dilakukan di Malaysia ni.. rasanya.. tak adalah Malaysia menambahkan lagi bilangan statistic penduduk Malaysia yang berjiwa kacau ni..” Gurau Azlan.

Anyway, hebat betullah awak ni.. Teruja pula saya mendengar tentang sessi ceramah kerjaya seorang psikitari ini.. Hmm.. kalau begitu, sudah jadi senanglah masalah saya ni.. “ Sambung Azlan lagi.

“Okey, selepas ini anggota saya akan datang berjumpa Effa bagi tujuan referral ini ya. Oh ya, remaja perempuan itu bernama Anisah. Just take note her name first. By the way, Effa ada kad nama tak? Senang saya berurusan terus dengan Effa jika ada kes-kes sebegini lagi..” Masih Azlan menyambung lagi.

Selagi ada peluang untuk berlama-lama dengan gadis idaman, apa salahnya! Sempat lagi Azlan ‘bertelagah’ dengan mindanya sendiri.

Effa yang sedari tadi hanya diam mendengar hanya mampu tersenyum lantas menghulurkan kad namanya yang berada di dalam laci mejanya itu. Sebaik kad nama bertukar tangan, Azlan terus tersengih.

“Yesss..! Akhirnya!!” Jerit Azlan di dalam hati namun sempat tersenyum manis di hadapan Effa. Dia memasukkan kad nama itu ke dalam poket baju kemejanya.

“Syukur, Alhamdulillah…!” Kata Azlan sambil menepuk-nepuk kad nama Effa yang berada di poket bajunya.

“Ya.. Azlan? Apa yang syukur sangat tu?” Tanya Effa hairan.

Azlan yang mula menggelabah bila ditegur oleh Effa begitu hanya tersengih.

“Oh.. tak… syukur.. kes berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah.. rupanya doctor psikitari yang dicadangkan oleh pihak Kewaja rupanya Effa..!” Jawab Azlan perlahan.

“No hal Azlan.. Sebenarnya pihak kami banyak bekerjasama dengan pihak polis juga. Ada satu kes tu.. khidmat kami diperlukan oleh pihak polis dalam usaha memujuk seorang remaja lelaki yang ingin membunuh diri di mana dia ingin terjun bangunan dari tingkat 18! Alhamdulillah, kami Berjaya memujuk remaja tu. Hmm… sebenarnya kesedaran dari setiap golongan masyarakat akan kepentingan bekerjasama perlu ada, Azlan.. “ Kata Effa dengan panjang lebar.

Azlan tersenyum. “Minah ni dah betul-betul matang sejak dia bekerja ni. Kalau tidak.. asyik nak cari gaduh dan menyalahkan orang aje!” Itu yang difikirkan oleh Azlan di dalam hati.

“Azlan..!” Tegur Effa bila melihat Azlan seakan termenung seketika.

“Ohh.. ye.. ye.. saya setuju. Bagus kalau semua orang faham tentang konsep bekerjasama ni..Hmm… okeylah Effa. Saya kena pergi dulu. Harap, dapat jumpa lagi dengan awak bila masa terluang” Kata Azlan dengan senyuman penuh makna.

“Insyaallah…!” Jawab Effa pula.

“Err… by the way… saya pun sebenarnya tercari-cari jugak awak. Kot-kot.. kita akan terserempak lagi! Tapi ye lah kan.. sejak dah bekerja ni.. saya memang sibuk. Kadang-kadang tiada masa untuk diri saya juga..” Akui Effa terus-terang.

Pengakuan Effa benar-benar buat Azlan terkejut. Gadis ini amat berterus-terang! Azlan semakin tertarik dengan sikap Effa.

“Err… saya pun begitu juga. Sibuk dengan macam-macam operasi. Kes-kes jenayah semakin berleluasa sekarang ni. Tapi, Alhamdulillah.. pihak kami dah semakin peka dan harap-harap, kami dapat selesaikan kes-kes yang ada dengan jayanya..” Kata Azlan.

“Okeylah… saya balik dulu.. Take care ye..!” Sambung Azlan lagi.

Effa mengangguk sambil tersenyum. Azlan keluar dari bilik Effa dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya. Dah angau lah tu!


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.