BAB 7
“Effa!!!” Jeritan nyaring memanggil nama Effa dari ruang tamu di tingkat bawah memecah keheningan petang di rumah agam itu.
Effa yang ketika itu sedang mengemas baju-bajunya ke dalam almari terkejut mendengar namanya dilaung begitu. Ketika dia menoleh ke pintu masuk biliknya, Emelda sudah berlari menerpa lantas memeluknya. Hampir sahaja Effa rebah ke belakang.
“Ya ampun mak cik ni!!! Kau tak reti bagi salam ke? Boleh sakit jantung aku.. kau tau tak!” Marah Effa.
Emelda sudah terkekeh-kekeh ketawa.
“Alaa… kau ni! Aku rindulah kat kau! Dah lama tak jumpa…! Mmmuahhh!!” Sakat Effa sambil mencium pipi Effa bertubu-tubi.
“Cisshhhh!! Wei… agak-agaklah sikit mak cik! Hisshhh… geli-geleman lah aku!” Marah Effa lagi sambil menolak tubuh Emelda ke tepi.
Emelda hanya ketawa. Effa membetulkan bajunya yang sudah tidak terurus tadi. Emelda pula sudah duduk di birai katil sebelah Effa.
“Alahh..! Macamlah kau tak biasa! Menyampah aku!” Rungut Emelda sambil menjeling. Pura-pura merajuk.
“Hah sudah! Jangan nak buat muka macam tu..! Mana anak-anak kau ni?” Tanya Effa.
“Hehehhe… ada kat rumah semuanya dengan papa diaorang. Kasi chance Mama diaorang ni nak jumpa kawan lama!”
“Mekasih le.. Mel! Baiknya Fadhil jaga anak-anak kau…!” Kata Effa.
Mereka berdua akhirnya berborak sakan petang itu. Dari cerita terkini sehingga mengimbau semula kenangan lama sewaktu di zaman sekolah dahulu. Maklumlah, sudah hampir sepuluh tahun Effa dan Emelda tidak berjumpa. Hanya berhubung melalui email dan telefon sahaja.
Malah ketika Emelda berkahwin dengan Fadhil dahulu, Effa tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka kerana ketika itu Effa baru sahaja memasuki Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.
“Eh beb… camner kau boleh kahwin dengan Fadhil ye? Aku ingat-ingat lupalah.. Bukan ke dulu.. kaulah orangnya yang suka buat koleksi boyfriends? And..aku ingat lagi..Fadhil tu dulu.. memang kau tak suka dia kan” Tanya Effa sekaligus mengimbau memori lama.
Emelda ketawa. Wanita kacukan Cina-Melayu itu sedari tadi tidak habis dengan tawanya. Dia membuka ikatan rambutnya lalu disanggulnya semula.
“Semua tu dah jodoh Effa! Err… pembetulan yee.. setahu aku.. kaulah ‘collector’ paling hebat! Memanglah aku ramai boy friends.. tapi tak macam kau.. peminat ramai tapi jual mahal sangat-sangat! Ha.. sampai sekarang ni.. tak kahwin-kahwin lagi…!” Kata Emelda.
“Aku tak minta diminati pun… Aku pun hairan.. dalam perwatakan aku yang ganas dan macam jantan ni pun.. ramai sangat lah yang terhegeh-hegeh kat aku..Hisshh! Lemaslah!...” Kata Effa.
“Elehh… perasan!” Kata Emelda.
Effa hanya ketawa gelihati. Segera dia berlari ke almari bukunya. Effa mencari-cari sesuatu. Akhirnya dia tersenyum apabila terpandangkan sebuah album besar di atas rak buku itu. Effa menunjukkan album itu kepada Emelda.
“Kau masih simpan lagi gambar-gambar kita dulu..?” Tanya Emelda.
“Ehh… mestilah! Nostalgia tu…!” Jawab Effa.
Mereka berdua membelek satu-persatu gambar-gambar lama itu. Kadangkala mereka tersenyum namun lebih banyak ketawa bila mengenangkan memori-memori lama.
“Manalah geng-geng asrama kita ni semua yee… Ishhh.. aku rindulah..!” Tanya Effa ketika mereka melihat gambar rakan-rakan asrama mereka.
“Haa… tu sebab aku suruh kau datang Reunion kita tu… Dengar khabarnya, ramai yang nak datang… Kau dah reply ke?” Tanya Emelda.
“Errr… lum..!” Jawab Effa sambil tersengih
“Isshhh.. reply ajalah. Bila lagi nak jumpa kawan-kawan lama.. Entah-entah lepas ni.. kita semua takkan jumpa lagi..!” Bebel Emelda.
“Yalah.. yalah mak cik..! Nanti aku reply!” Jawab Effa, tidak mahu Emelda terus-terusan membebel.
“Beb… kau ingat lagi tak macamana kita kantoi dengan warden asrama dulu, Cikgu Bedah? Semuanya gara-gara kita menyeludup keluar pagar asrama waktu tengah malam sebab nak beli nasi lemak!” Tanya Emelda.
Mendengar itu tiba-tiba Effa ketawa gelihati.
“Maunya aku tak ingat..! Seminggu kita kena hukum cuci toilet dan bersihkan kawasan asrama..!” Jawab Effa sambil tersenyum.
“Ni sebab kaulah..! Berlagak hero.. sanggup panjat pagar asrama.. last-last kantoi!” Kata Emelda.
“Ehh.. dah aku lapar sangat masa tuhh..! Asrama kita kan waktu makan malamnya pukul 7 petang. Dah tu.. bahan-bahan untuk dimakan semuanya kehabisan.. Yang korang pun sama ikut aku siapa suruh? Ha.. nak salahkan aku pulak…!” Jawab Effa.
Emelda ketawa lagi.
“Ya lah.. masa tu aku, Haniz, Intan, Icha, Mai dan Ani main suka-suka ikut kau. Ya lah.. kau kan “hero”.. kononnya selamatlah ikut kau..” Kata Emelda pula.
“Haa… ada satu perkara yang aku akan ingat sampai mati…!” Tiba-tiba Effa bersuara.
“Apa dia?” Tanya Emelda.
“Kau ingat lagi tak.. aku kena gantung sekolah dua minggu dan hampir-hampir kena singkir dari asrama?” Tanya Effa mengajak Emelda mengingati semula peristiwa itu.
Emelda terdiam dan tiba-tiba dia terjerit.
“Yaa.. aku ingat! Aku tak boleh lupakan macamana bengisnya muka ayah kau masa dia nak ambil kau kat asrama dulu sebab kena gantung sekolah.. Pas tu.. Abang Long kau buat rayuan supaya kau diterima semula tinggal di asrama..Huh.. kau memang gilalah Effa!” Kata Emelda.
“Huh.. aku tak boleh lupakan ayah dan arwah Mama marahkan aku. Teruk tau.. aku kena pukul. Abang-abang aku pun tak seteruk itu kena belasah!” Kata Effa perlahan.
“Huh.. siapa tak marah.. kalau kau main “spirit of the coin” pada tengah malam dan betul-betul di bawah cahaya bulan yang tengah mengambang! Lepas kau main benda tu.. asrama kita kena serang hysteria..!” Ceita Emelda.
“Huru-hara asrama kita masa tuhh… yang bestnya.. Cuma dua orang je yang kena hysteria tapi.. sampai hampir semua budak-budak aspuri yang terjerit-jerit.. Mengada-ngada betul!” Sambung Emelda lagi.
“Aku ingat lagi.. kau, aku, Achu dan Haniz bertindak sebagai penyelamat keadaan.. Konon-konon bolehlah ubatkan mereka yang terkena hysteria itu. Sudahnya ada sorang hamba Allah dah bocorkan rahsia yang penyebab keadaan kecoh di asrama adalah kau!” Cerita Emelda lagi.
“Mel… aku memang jahat kan masa tu..! Aku ingat lagi.. aku kena kaunseling dengan ustaz, ustazah, cikgu kaunseling masa tu.. cikgu Johari dan pengetua sekali… Semua risau kalau-kalau aku sudah terpesong akidah..!” Kata Effa dalam nada sedih.
“Kau bukan jahat, Effa! Nakal…tapi nakal kau tu.. bukan sampai mempengaruhi kawan-kawan yang lain.. Cuma…sampai sekarang.. kita tak tahu, siapa yang jadi penyebar dan reporterkepada pengetua pasal kau semua kan..” Kata Emelda sambil menepuk-nepuk belakang Effa.
“Hmm… kalau cerita pasal zaman kenakalan kau ni.. agak-agak kau..dah berapa kali kau kena kena denda dan kena gantung sekolah?” Tanya Emelda dalam nada ketawanya.
Effa kelihatan berfikir.
“Isshh… banyak kali beb! Aku sendiri pun tak ingat! Haa… kau ingat lagi tak dengan satu kes ni? Kita kantoi dengan Pengetua masa kat Tapak Pesta PD dulu?” Tanya Effa sekaligus mengajak Emelda mengingati lagi memori lama.
Kali ini Emelda pula terdiam sambil cuba mengingati insiden itu. Tiba-tiba Emelda terjerit namun diakhiri dengan ledakan tawanya.
“Aku ingat! Aku ingat!... Malam tu.. kita dan err… adalah dua tiga orang budak Aspuri panjat pagar asrama kat belakang tu. Pas tu.. kita senyap-senyap pergi ke Tapak Pesta PD. Kat sana.. kita dok layan muzik kat DJ corner sambil menari-nari…” Imbas Emelda tentang insiden itu.
“Hehehe… mana tak tergoda beb..! Dah tapak pesta tu Cuma sebatu je dari asrama kita. Bunyi dan kemeriahannya memang betul-betul menggoda.. Apalagi.. layannn lah..!” Sambung Effa pula.
“Yang syoknya.. tengah dok asyik menari-nari kat DJ Corner tu.. tiba-tiba, Pengetua dok tegur..’boleh saya join sekali?...” Cerita Emelda.
Mereka berdua ketawa terkekeh-kekeh.
“Balasannya.. seminggu kena cuci toilet..! hahhaaha….” Sambung Effa sambil ketawa.
“Anyway.. senakal-nakal kau.. kau pelajar terbaik sekolah kita! Wakil sekolah yang selalu menang dalam semua pertandingan yang kau sertai.. Macammana pengetua tak concerndengan kau..! Kau banyak mengharumkan nama sekolah…” Sambung Emelda.
Effa terdiam. Mengenangkan kenakalannya di zaman persekolahan dahulu, dia tersenyum sendiri. Memang dia nakal. Tidak pernah walau seminit pun dia duduk diam. Ada sahaja idea dan perkara-perkara yang mengujakannya dilakukan. Guru-guru malah pengetua juga sudah mati akal untuk menegur dan memarahinya.
Sebut sahaja nama Effa, pasti satu sekolah kenal dengannya. Bukan sahaja Effa terkenal di sekolahnya malah dia juga dikenali di sekolah-sekolah lain di daerahnya.
“Huh… aku mesti pergi Reunion kita tu.. Kalau boleh, aku nak minta maaf pada kawan-kawan yang lain yang telah aku sakiti dulu..! Manalah tahu.. lepas-lepas ni.. kita semua tak dapat jumpa lagi kan…” Kata Effa sayu.
“Haa… bagus tu.. Manalah tahu juga.. kalau-kalau ada di antara peminat-peminat kau dulu yang masih bujang..yang masih menunggu kau.. boleh jumpa balik kan..!” Usik Emelda.
“Kau ni.. tak habis-habis dengan peminatlah Mel.. Aku banyak dah lost contact dengan diaorang.. Entah-entah, semuanya dah jadi suami orang dan bapak orang..” Kata Effa.
“Ya lahh.. aku risaukan kau yang tak kahwin-kahwin lagi ni.. Umur dah makin lanjut.. Kau tak risau ke?” Tanya Emelda.
“Apa yang aku nak risaukan Mel… aku berserah pada Allah.. kalau ada jodoh aku..adalah.. Lagipun, aku baru nak mulakan karier aku ni. Memang lah aku terlewat sikit tapi.. aku redha atas ketentuan yang Allah aturkan.” Jawab Effa.
“Kau tak sunyi ke beb? Kau tak teringin memiliki suami dan anak-anak? Keluarga yang sempurna..” Tanya Emelda lagi.
Effa mengeluh. Dia memandang Emelda.
“Bohonglah kalau aku katakana aku tak sunyi dan tak ada keinginan-keinginan seperti itu.. Tapi.. buat masa sekarang ni.. jujur aku katakan yang aku taklah terdesak nak berkeluarga sangat. Lagipun, aku baru habis semester akhir. Pas ni, dah nak complete tesis aku. Mungkin sebab tu kot.. aku tak fikirkan sangat hal tu semua..” Jawab Effa jujur.
Emelda pula melepaskan keluhan. Dia hormati pandangan kawan baiknya itu. Emelda sedar semua yang berlaku atas kehendak Allah yang Esa. Bagaimana teraturnya perancangan kita, namun jika Allah tidak memperkenankan, semua itu tidak akan berlaku melainkan dengan izinNYA.
Emelda sendiri tidak menyangka bahawa jodohnya begitu cepat dipertemukan dengan Fadhil. Padahal, Fadhil merupakan lelaki yang paling dibencinya suatu ketika dahulu.
Siapa sangka, gadis kacukan Cina-Melayu yang dahulunya gemar berfoya-foya, suka bertukar-tukar pasangan dan agak ‘ligat’ dalam pergaulan kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang berimej wanita muslimah dan menjadi ibu kepada lima orang cahaya mata! Malah kini menjadi isteri kepada seorang pensyarah yang mengajar Perundangan Islam dan menguruskan hal ehwal keagamaan di Universiti Islam Antarabangsa.
Itulah ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan buat Emelda. Namun dia bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Fadhil. Jika tidak, barangkali sehingga kini dia masih lagi ‘ligat’ dan leka dengan hal keduniaan.
Harapan Emelda moga Effa juga bakal bertemu jodoh yang sesuai tidak lama lagi. Mungkin ada hikmahnya Allah melambatkan jodoh kawan baiknya itu. Apa-apa pun, Emelda bersyukur kerana kini Effa telah kembali ke tanahair. Sesungguhnya dia benar-benar rindukan Effa..