BAB 32
“Huh.. Alhamdulillah.. Aminn.. akhirnya terrmakbul juga doa kami semua agar Adik ni.. laku lagi di pasaran!” Usik Irwan Hafizy.
“Angah!!” Jerit Effa sambil membaling bantal kusyen ke arah Irwan Hafizy. Irwan Hafizy sempat mengelak sambil ketawa.
“Alahh… orang gurau je.. tu pun nak sensitive! Haa… saper nama lelaki malang tu? Dengan khabarnya.. mamat tu polis ehh?” Usik Irwan Hafizy lagi.
Effa sudah memuncungkan bibirnya. Abdullah Said hanya ketawa melihat gelagat anak-anaknya itu. Sudah agak lama juga mereka tidak bergurau senda begini. Masing-masing sibuk dengan urusan kerjaya mereka.
Pagi minggu yang indah itu bertambah ceria dengan usikan dan gurauan Irwan Hafizy kepada satu-satunya adik perempuannya itu.Dari malam tadi lagi, Effa sudah mengkhabarkan berita gembira itu kepada Abdullah Said. Gembira sungguh hati Abdullah Said mendengar berita yang disampaikan oleh anak perempuan kesayangannya itu.
Dia amat bersyukur akhirnya anak perempuannya itu telah terbuka hatinya untuk menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya. Sebagai seorang ayah, Abdullah Said tetap mendoakan kebahagiaan untuk anak-anaknya.
Seperti yang telah diberitahu oleh Effa malam tadi, pemuda yang telah mencuri hati anak gadisnya itu akan datang ke rumahnya untuk diperkenalkan kepada Abdullah Said dan Irwan Hafizy pada petang nanti. Effa ingin ayah dan abangnya berkenal-kenalan dahulu dengan pemuda itu. Itulah yang menjadi topic gurauan Irwan Hafizy kepada adiknya itu..
“Fizy..!” Tegur Abdullah Said apabila melihat Effa sudah merah mukanya menahan marah.
“Ya lah..ya lah… ni sejak bila jadik perempuan sensitive ni? Gurau sikit pun tak boleh..! Hmm… mesti mamat ni orangnya hebat kan.. Ya laa… bukan senang adik Angah nak jatuh cintan kat lelaki sebarangan nihh.. Cuma yang terpilih dan yang terhebat di mata Adik saja yang Berjaya bertahta di hati nihh…” Giat Irwan Hafizy.
“Abis.. Angah yang sibuk sangat suruh adik carik suami kan? Dah ada.. ejek-ejek orang lak!” Balas Effa sambil menjeling.
“Ya lah.. Angah musykil gak nihh.. apa yang mamat tu ada.. sampai perempuan berjiwa batu macam adik ni boleh cair jadinya.. Hmm… bawak mamat tu ke sini dulu.. jumpa ngan Angah.. lepas lulus sessi temuduga dengan Angah.. dia mesti lulus gak sessi temuduga dengan Along.. Ohh.. mana aci go straightjumpa Ayah je.. Ini tidak adil!!” Kata Irwan Hafizy.
“Ehh.. jumpa Ayah terus lah..! Buat apa kena ada sessi interview dengan Angah dan Along lak ni..!” Bantah Effa tidak puas hati.
“Hello… Adik Cuma ada Ayah dan dua orang abang aje kat dunia ni tau.. Banyak cantik nak fikir diri sendiri aje.. Tak kira.. bawak mamat tu jumpa Angah dulu.. Nak tengok.. bagus sangat ke bakal adik ipar Angah tu..!” Kata Irwan Hafizy.
“Baiklah tuan peguam!.. Petang nanti.. tanyalah sebanyak mana soalan kat dia tu..! Habis,,, sessi interview dengan Along macam mana? Along kan kat Lubnan?..” Tanya Effa.
“Adik.. nama je pakar psikologi.. bab-bab IT dan multimedia ni.. takkan tak lulus lagi? Skype kan ada.. apa daa…!” Ejek Irwan Hafizy.
“Ya lahh.. ya lahh… nanti Adik arrangekan…!” Jawab Effa sambil memuncungkan mulutnya.
Irwan Hafizy hanya ketawa dengan jawapan adiknya itu. Dia memandang ayahnya sambil mengangkat ibu jarinya ke arah ayahnya. Abdullah Said hanya tersenyum. Di dalam hati Irwan Hafizy berbunga riang dan bersyukur kepada Allah kerana akhirnya satu-satunya adik kesayangnnya itu telah menemui cintanya.
Sebagai abang, Irwan Hafizy mendoakan agar pemuda yang telah membuka pintu hati adiknya itu merupakan seorang yang bertanggung-jawab dan dapat menjaga dan menyintai adiknya sepenuh hati sehingga ke akhir hayat.
“Hmm… Angah masih musykil ni.. bila masa pulak adik Angah ni bercinta ekk?.. Setahu Angah.. bukan ke.. Cik Doktor kita ni.. 24 jam asyik sibuk jer..?” Tanya Irwan Hafizy, masih tidak puas hati menyakat adiknya itu.
“Abis… Angah ingat.. adik Angah ni.. tak ada perasaan ke? Adik pun manusia gak.. ada hati dan perasaan..!” Jawab si adik.
Mendengar jawapan dari adiknya itu, Irwan Hafizy hanya ketawa. Puas hatinya melihat wajah Effa yang kemerah-merahan menahan marah dan geram.
Namun, dalam waktu yang sama hatinya terasa sedih.. sedih kerana selepas ini, jika ada jodoh Effa dengan pemuda itu, Effa sudah tentu menjadi hak suaminya. Sudah tentu keadaan akan jauh berbeza selepas Effa berkahwin nanti. Dalam diam, Irwan Hafizy mengeluh sedikit kecewa..
Petang itu seperti dijanjikan, Azlan sampai di rumah Effa tepat pukul 4.30 petang. Menurut Azlan, dia masih ingat di mana rumah Effa kerana pernah menghantar Effa pulang ke rumah dahulu. Yang pastinya, Azlan ingat rumah Effa hanya bersebalahan dengan kelas-kelas agama yang lebih dikenali dengan nama “Baiti Ilmi” di Ulu Yam itu.
Pertama kali Azlan menjejakkan kakinya di rumah Effa, hatinya berdetik; “Alangkah tenang dan nyamannya kawasan rumah ini..!”Sebaik dia terdetik dengan kata-kata itu, Effa pula muncul sambil tersenyum memandang Azlan yang sudah berada di halaman rumah. Effa nampak manis dengan baju kurung berbunga kecil berwarna ungu itu.
Hati Azlan bergetar melihat senyuman gadis pujaannya. Azlan membalas senyuman. Dalam waktu yang sama masih lagi terasa debaran untuk bertemu dengan keluarga Effa.”Isshhh.. macam nak pegi nikah pulak!” Desis hati Azlan. Tersenyum sendiri dengan gelagatnya yang agak gelabah itu!
Tidak berapa lama kemudian, muncul keluar seorang lelaki berumur yang berkopiah putih dan memakai baju melayu.
“Ha.. dah sampai pun tetamu kita ni.. Jemputlah masuk…!” Lelaki berumur itu ramah mempersilakan Azlan masuk ke rumah.
Azlan dapat mengagak yang lelaki berumur itu pasti ayah Effa. Azlan bersalaman dengan Abdullah Said sambil bertanya khabar.
Sebaik Azlan melangkah masuk, tiba-tiba muncul pula seorang pemuda yang pada pandangan Azlan agak sebaya dengannya. “Ini mesti Abang Ngah Effa ni!” Azlan meneka di dalam hati. Namun di waktu yang sama, dia juga turut bersalaman dengan abang Effa itu.
“Irwan Hafizy..” Kata pemuda itu memperkenalkan diri dengan wajah yang serius.
“Irfan Azlan..” Balas Azlan pula sambil tersenyum.
“Be prepared bila kena interview dengan Angah Effa nanti! Dia tu.. lawyer yang sengal.. suka bersoal-jawab macam semua orang yang dia jumpa tu.. saksi dalam kes kat court aje! Pandai-pandailah Lan handle..” Azlan teringat kata-kata amaran dari Effa sewaktu dia menelefon Effa pagi tadi.
Nak ketawa pun ada bila mendengar Effa memberi amaran begitu.Effa sempat menceritakan bahawa Abang Ngahnya itulah teman rapat dan ‘teman sparing’nya. Azlan yang sedia maklum bahawa perwatakan Effa yang agak kasar dan lasak itu hanya ketawa sahaja mendengar cerita Effa.
Namun dari apa yang Azlan perhatikan kini, Effa merupakan “jantung hati” dalam keluarga itu. Walau nampak tegas dan kasar, Effa sebenarnya seorang yang manja dan penyayang. Perwatakan Effa yang sebenar ini memang sukar diperlihatkan di mata umum. Dalam diam, sayangnya kepada gadis ini semakin mekar.
“Ehh.. dah masuk waktu solat Asar ni.. Apa kata, kita solat berjemaah bersama…” Pelawa Abdullah Said sambil memandang Azlan. Azlan hanya angguk dan akur dengan pelawaan Abdullah Said selaku tuan rumah.
Azlan dipersilakan oleh Abdullah Said ke sebuah bilik di tingkat bawah yang memang dikhaskan sebagai bilik bacaan yang mempunyai ruang solat. Ruang solat itu agak luas yang boleh memuatkan seramai 8 hingga 10 orang jemaah.
Usai ketiga-tiga lelaki itu mengambil wudhuk, Effa muncul dengan lengkap bertelekung untuk menyertai solat berjemaah dengan mereka.
“Fizy.. ke depan lah.. Imamkan solat..!” Arah Abdullah Said.
“Err.. apa kata.. Encik Azlan kita jadi imam kita untuk solat kali ini?” Jawab Irwan Hafizy selamba sambil memandang Azlan dengan pandangan yang serius. Sementara itu, Abdullah Said memandang ke arah Azlan meminta persetujuan.
“Poyo ajer.. Angah ni!!” Getus hati Effa di belakang saf.
“Boleh… Insyaallah!” Jawab Azlan sambil menapak ke hadapan untuk mengimamkan solat mereka itu.
Akhirnya, petang itu, solat Asar mereka telah diimamkan oleh Azlan dengan teratur dan jayanya. Di pengakhiran doa, Effa mengucapkan syukur ke hadrat Allah di atas apa yang berlaku di hadapannya sebentar tadi. Dalam diam,dia berdoa jika sudah ditakdirkan Azlan jodonya, Effa mengharapakan agar hubungan ini direstui oleh keluarganya.
Di waktu yang sama juga, Abdullah Said mengucapkan syukur kerana pandangan pertamanya kepada Azlan, Azlan mempunyai cirri-ciri menantu yang memang menjadi pilihannya. Sempat lagi Abdullah Said berdoa agar jika Azlanlah jodoh untuk anak gadisnya, dia berharap agar Azlan akan menjadi pembimbing dan penjaga anaknya sehingga ke akhir hayat.
Bagi Irwan Hafizy pula, Azlan telah menunjukkan ciri-ciri yang bakal membimbing dan menyayangi adiknya seikhlas hati. Dia sempat bersyukur untuk “pusingan pertama” itu! Dalam senyuman meleretnya itu, pandangannya bertembung dengan renungan tajam si adik di belakangnya.
Sempat pula si adik mengetap bibir dan menunjukkan isyarat tangan agar si abang tidak meneruskan rancangan nakal yang “macam-macam” yang berlegar di kepala si abang!
Macamlah aku tak kenal dia! Getus hati kecil Effa. Risau hatinya dengan pandangan nakal abangnya yang ternyata mempunyai agenda tertentu. Si abang pula hanya berlagak selamba sambil tersenyum nakal ke arah si adik.. Apalagi.. naik geramlah si adik menahan marah..!
“Sejuk dan nyaman petang-petang gini berehat di bawah pokok ni ye, Pak Cik!” Azlan memulakan bualan ketika dirinya, Abdullah Said dan Irwan Hafizy duduk berehat di bawah pokok rambutan di halaman rumah Effa. Effa di dapur sedang menyiapkan juadah petang untuk mereka sekaligus memberi peluang kepada ayah dan abangnya untuk mengenali Azlan dengan lebih dekat lagi.
“Di sinilah tempat rehat Pak Cik sekeluarga di waktu petang..” Jawab Abdullah Said. Azlan hanya tersenyum dengan jawapan Abdullah Said.
“You dah berapa lama kenal Effa?” Tanya Irwan Hafizy serius.
“Hmm… dah nak masuk dua tahun dah..” Jawab Azlan, pun serius juga. Sementara Abdullah Said hanya menjadi pemerhati.
“Satu sekolah ke? Atau.. berkenalan sewaktu sama-sama bekerja?” Tanya Irwan Hafizy lagi.
Mendengar soalan itu, akhirnya Azlan menceritakan serba-sedikit bagaimana dia mengenali Effa. Terbahak-bahak Abdullah Said dan Irwan Hafizy mendengar cerita Azlan. Effa yang sudah muncul dengan membawa sedulang juadah tertanya-tanya sendiri.
“Amboi…! Apa yang lucu sangat lelaki bertiga tu bercerita agaknya? Mengumpat aku ke?” Tanya Effa sendirian.
“Haa… ngumpat Adik ehhh?” Sergah Effa selamba kepada abangnya.
“Ehhh.. perasan lah pulak pompuan ni! Haa… dah letak benda-benda tu semua.. pergi main jauh-jauh! Ini orang lelaki punya citer. Pompuan tak leh masuk campur!” Irwan Hafizy mula menyakat lagi.
“Elehh..! Suka hati Adik lah! Adik pun nak joint jugak!” Jawab Effa selamba sambil duduk rapat di sebelah ayahnya. Tidak dihiraukan Azlan yang sedang memerhatikan gelagatnya itu.
“Hah..Azlan! Kalau pompuan macam ni.. kau nak ke buat isteri? Dahlah kasar.. suka carik gaduh.. kuat melawan pulak tuhh..! Sanggup ke??” Tanya Irwan Hafizy kepada Azlan. Sengaja menduga apakah jawapan yang akan diberi oleh Azlan.
Belum sempat Azlan bersuara, Effa sudah merengek;
“Ayah.. tengoklah Angah ni!! Teruklah dapat abang macam ni..! Tak sporting langsung!” Kata Effa.
“Aduhhh… gedik pulak telinga Angah mendengarnya.. Manja tak bertempat! Sedorlah sikit.. berapa dah umur awak tuhh… Awak tu bukannya kanak-kanak Ribena lagi..!” Giat Irwan Hafizy menaikkan kemarahan Effa.
Muka Effa sudah kemerah-merahan diperli begitu. Spontan Effa terus bangun untuk mengejar Irwan Hafizy. Sejak dari tadi lagi, geramnya dikumpul. Dan sekarang ini sudah tidak tertanggung lagi. Irwan Hafizy tidak tunggu lama, lantas dia terus berlari masuk ke rumah. Sudah pasti kalau Effa dapat mengejarnya, dia pasti ‘dibelasah’ oleh Effa cukup-cukup!
Abdullah Said dan Azlan yang dari tadi menjadi pemerhati hanya ketawa melihat aksi dua beradik itu. Azlan sebenarnya terkejut melihat kali pertama aksi manja Effa! Effa yang dikenalinya seorang yang peramah tetapi tegas.
“Sorrylah Azlan..! Effa memang macam tu. Perwatakannya memang kasar. Mana taknya, mentor kuatnya tak lain tak bukan.. abangnya yang berdua tu lah.. Mereka bertiga tu.. memang suka bergurau kasar macam tu.. Harap Azlan tak terasa kecil hati atau terasa tertipu…” Terang Abdullah Said, mengharapkan pengertian Azlan.
“Ehh.. tak adalah Pak Cik..! Terus-terang, saya suka… dan jatuh hati pada Effa kerana Effa tidak pernah menjadi orang lain selain dari dirinya sendiri. Bagi saya, tidak perlu untuk menjadi orang lain untuk mendapatkan cinta. Cinta saya pada Effa adalah kerana ketelusan hatinya. Saya percaya, Effa adalah calon isteri yang saya impikan selama ini.Saya mengharapkan restu dari Pak Cik dan abang-abang Effa yang lain dalam perhubungan kami ini…” Panjang lebar Azlan berterus-terang.
“Alhamdulillah… Pak Cik Cuma mengharapkan keikhlasan hati Azlan untuk menyayangi Effa seadanya dan dapat menjadi suami yang terbaik buat Effa. Sudah semestinya sebagai seorang ayah, Pak Cik mengharapkan kebahagiaan Effa berkekalan sehingga ke akhir hayat kerana.. Pak Cik sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada Effa dengan sebaik mungkin. Makanya, besar harapan Pak Cik, jika ada jodoh di antara kamu berdua, Azlan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai pembimbing dan pelindung Effa dengan sebaiknya….” Luah hati Abdullah Said.
Terharu Azlan mendengar pengakuan dari mulut ayah Effa. Lantas dengan lembut tetapi kejap, Azlan meraih tangan Abdullah Said lalu diciumnya kedua tangan orang tua itu.
“Pak Cik, Insyaallah.. jika benar Effa jodoh saya.. saya berjanji akan memikul amanah dan tanggungjawab sebagai suami yang terbaik buat Effa. Terima kasih kerana merestui perhubungan kami ini…” Ikrar Azlan dengan penuh pengharapan.
Mereka berdua akhirnya berpelukan. Di waktu yang sama, drama sebabak yang berlaku di bawah pohon nan rendang itu turut disaksikan juga oleh dua pasang mata kepunyaan dua orang adik-beradik itu dengan perasaan ingin tahu.
“Apa sudah jadi ni??” Tanya Irwan Hafizy.
“Entah… tak tau..!” Selamba Effa pula menjawab. Namun dalam hatinya terbit pelbagai perasaan yang mengharukan dirinya apabila menyaksikan drama sebabak itu..