BAB 5
Azlan merenung gadis di sebelahnya. Dari tadi dia memerhatikan tingkah laku gadis bertudung di sebelahnya itu. Bukan dari tadi malah sejak dari kisah perlanggarannya dengan gadis itu di airport lagi.
Entah apa takdirnya, Azlan berjumpa semula gadis itu di dalam pesawat Air Asia ini. Dan kini gadis itu duduk di sebelahnya! Yang peliknya gadis itu seperti tidak suka dia duduk di sebelahnya.
“Nak buat macammana.. dah ini aje tempat yang ada! Aku pun bayar gak tiket flight ni!” Getus hati Azlan.
“Eleh… patutnya aku yang marah dia sebab dia yang langgar aku! Ini.. dia nak eksyenngan aku plak! Huh.. perempuan kalau dah bershopping.. sampai tak hingat..! Kalau boleh.. dengan kedai-kedai sekali dia nak beli! Perempuan…perempuan!” Rungut Azlan di dalam hati.
“Dah lah penuh troli dengan barang-barang..sibuk lagi nak berwindow shopping bagai..sampai dengan aku sekali dia langgarnya! Nasib baik tak ada apa-apa!” Azlan masih merungut-rungut lagi di dalam hatinya.
Namun begitu, dia sempat memikirkan tentang gadis di sebelahnya itu. Memang pelik gadis ini, fikir Azlan. Entah apa yang difikirkannya sehingga pandangan gadis itu ke luar tingkap benar-benar seperti ingin menembusi tingkap berkaca itu.
Leka pula Azlan memerhatikan expresi wajah gadis itu. Ada berbagai-bagai mimic muka yang dilahirkan di wajah gadis itu. Sekejap seperti orang bersedih, sekejap dia tersenyum-senyum.
Pasti ada sesuatu kenangan yang masih berlegar di dalam fikiran gadis itu yang membuatkan dia tidak mempedulikan orang sekeliling hatta kepada Azlan yang duduk di sebelahnya.
“Huh.. orang perempuan kalau dah berangan… letak bom pun tak sedar!” Getus hati Azlan.
Dia memandang lagi gadis itu. Orangnya memang manis dan cute! Putih melepak dan berkulit bersih. Wajahnya lembut dan mendamaikan. Bibirnya memang comel! Yang paling tak tahan, bila gadis itu tersenyum. Terserlah kedua-dua lesung pipitnya di pipinya. Aduhhh…! Boleh bergegar jantung dibuatnya!
“Masyaallah… apa yang aku sedang fikirkan ni?”
Azlan beristigfar di dalam hati. Dia mengurut dada sambil menggelengkan kepalanya. Menyedari keterlanjuran fikiran nakalnya sebagai seorang lelaki. Dia lantas mengambil buku catatannya lalu menulis sesuatu.
Namun konsentrasinya terganggu lagi bila dia mendengar gadis di sebelahnya itu tiba-tiba ketawa. Azlan menoleh ke sebelah.
“Sewel ke apa minah ni? Ketawa sorang-sorang…!” Azlan tertanya sendiri di dalam hati.
“Sayang… muka lawa tapi.. otak mereng!”
Tanpa sedar, Azlan menuturkan kata-kata itu dengan agak kuat sedikit. Dia meneruskan catatannya tanpa menghiraukan jelingan gadis di sebelahnya. Tiba-tiba, Azlan pula ketawa gelihati. Daripada tersengih-sengih kini ia bertukar kepada ledakan tawa yang agak kuat.
Effa yang sebenarnya adalah gadis yang duduk di sebelah Azlan merenungnya dengan pandangan yang tajam. Entah apa yang menggelikan hati Azlan, dia ketawa tidak berhenti.
“Ini dah melampau ni!” Rungut Effa di sebelahnya.
Effa mencuit bahu Azlan.
“Hello… assalammualaikum…!” Tegur Effa keras.
Ketawa Azlan terhenti. Dia memandang Effa di sebelah.
“Eh… waras rupanya!” Kata Azlan selamba. Dia masih tersengih-sengih memandang Effa yang menahan geram.
“What? Awak kata saya gila??” Tanya Effa berang.
Azlan memandang Effa lagi.
“Gila..! Minah ni memang cun giler!” Getus hati Azlan sambil tersenyum.
Namun senyuman Azlan membuatkan hati Effa bertambah sakit.
“Hello sedara! Tu yang tersengih-sengih tu.. apa? Nak kutuk sayalah tu! Cakap elok-elok sikit yee… Jangan suka-suka hati mengata orang gila…Dia yang gila.. tak sedar!” Tegur Effa dengan nada yang tertahan namun agak keras.
Effa masih sedar bahawa mereka berada di dalam kapal terbang. Effa sempat memandang sekeliling. Semua penumpang sedang nyenyak tidur. Suasana yang hening dan sunyi yang hanya kedengaran sayup-sayup deruan enjin kapal terpang, membuatkan Effa memperlahankan suaranya.
“Nasib baiklah dalam flight.. kalau kat luar.. dah lama aku belasah mamat sewel ni!” Gerutu hati Effa sambil menjeling tajam ke arah Azlan.
“Hello sedari… ada ke saya kata awak gila? Awak tu yang senyum dan ketawa sorang-sorang.. lagi mau marah orang. Lain kali kalau nak berangan ke.. mimpi ke.. kat rumah lah!...” Tiba-tiba Azlan bersuara.
“Ehh.. suka hati sayalah..! Awak ada masalah ke kalau saya nak berangan sekalipun..?” Tanya gadis itu dengan berani.
“Memanglah ada masalah. Dibuatnya.. awak dah over acting.. silap-silap awak peluk saya.. haa… sapa yang malu? Saya tak malu… bersyukur adalah…!” Jawab Azlan sambil tersenyum.
“Ek.. eleh… lebih-lebih pulak mamat ni!!” Rungut Effa perlahan sambil menjeling tajam.
“Tak baik jelling-jeling macam tu kat saya… nanti awak jatuh hati nanti…!” Azlan pula menyampuk menambahkan lagi sakit hati Effa.
Namun Effa tidak berbuat apa-apa. Dia hanya terdiam menahan geram. Dek kerana wajahnya yang putih melepak itu, kedua-dua pipinya merona dengan warna merah jambu.
Terasa bersalah pula Azlan mengusik gadis itu. Sudahlah tidak kenal, disakatnya gadis itu sampai merah-merah pipi gadis itu menahan geram.
“Tapi.. aku lagi geram dengan perangai garangnya tuhh.. Huh..! Bengkeng tak pasal-pasal…! Ambik kau.. eksyen lagi dengan aku!” Azlan bermonolog sendiri.
Sudahnya Azlan dan Effa masing-masing memalingkan muka mereka ke arah lain. Namun, Azlan merasa tidak sampai hati pula berterusan membiarkan gadis di sebelahnya menyimpan marah kepadanya. Itu bukan sikap Azlan.
“Errr…. Saudari…!” Tegur Azlan.
Tiada respon dari orang di sebelah. Azlan menoleh.
“Laaa…. Telinga tersumbat rupanya!” Kata Azlan sendirian bila melihat Effa sedang memakai earphone MP3 dan Azlan sendiri dapat mendengar dengan jelas lagu yang dipasangkan.
“Mak datukk…! Boleh pekak macam ni!” Kata Azlan lagi.
Lantas, Azlan segera mencuit sedikit bahu Effa. Effa terkejut bila menyedari Azlan mencuit bahunya. Azlan segera memberi isyarat kepada Effa agar membuka earphonenya itu.
Dengan perlahan, Effa menutup radio MP3 yang didengarinya lalu membuka earphone di telinganya.
“Apa pulak mamat ni nak agaknya? Tak boleh nak layan lagu langsung!” Getus hati Effa.
“Err.. sorry…! Saya minta maaf… sebab berkasar dengan awak tadi…!” Kata Azlan dengan nada lembut memulakan bicara.
Effa terdiam. Marahnya sudah lama berlalu. Memang Effa begitu. Paling cepat naik darah namun cepat pula redanya. Melihat tiada reaksi dari Effa, Azlan segera menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Saya… Irfan Azlan Abdul Rahim. Panggil saja saya Azlan..” Azlan memperkenalkan dirinya.
Dalam teragak-agak, Effa menyambut salam Azlan.
“Saya.. Effa..! Saya pun.. nak minta maaf sebab berkasar jugak dengan awak tadi…” Kata Effa sambil tersenyum.
Azlan tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Errr…. Effa saja ke? Nama penuh tak ada?” Tanya Azlan dalam nada gurau.
“Nak tau jugak ke? No IC nak jugak?” Balas Effa pula sambil tersenyum.
“Boleh tahan loyar buruk minah ni!” Kata Azlan di dalam hati namun lain pula yang dikatakan kepada Effa.
“Kalau sudi.. nak bagi tau.. no hal! Alamat rumah pun boleh sekali!”
Serentak itu, Effa dan Azlan ketawa.
“Ehh… mamat ni.. ada gak perasaan.. aku ingat tadi.. hati batu!” Itu pula yang dikatakan Effa di dalam hati.
“Okaylah… nama saya… Iffah Huriyyah. Boleh panggil Effa sahaja dan saya berasal dari Kuala Lumpur..” Ringkas Effa menyebut.
“Ehhh… nama panjang-panjang.. sedap plak tuhh..lagipun nama tu.. macam jarang dengar.. panggil Effa je?” Tanya Azlan.
“Dah biasa dipanggil begitu…!” Jawab Effa sambil tersenyum.
“Awak kerja lagi atau masih belajar?” Tanya Azlan lagi.
“Hmmm… buat masa ini.. saya sedang habiskan PhD saya. Now in final semester. Sedang buat tesis..” Jawab Effa ikhlas.
“Wow… rajinnya awak yee… Gadis muda macam awak ni,, memang jarang saya tengok further study sampai level PhD!” Puji Azlan.
“Saya.. taklah muda sangat macam yang awak sangkakan!” Jawab Effa sambil tersenyum.
Azlan memandang Effa hairan.
“Hmmm… let me guess… your age is between 25 to 28, right?” Tanya Azlan.
“Wow… that’s a great honour to me! Anyway.. no.. I’m not in that category!” Jawab Effa sambil ketawa.
Namun, sebelum Azlan bertanya dengan lebih lanjut lagi, Effa segera memintas.
“Let me guess your occupation… You are policeman..right?” Tanya Effa sambil tersenyum.
Azlan terkejut. Effa hanya ketawa gelihati melihat reaksi terkejut Azlan.
“How do you know?” Tanya Azlan.
“Awak Tanya soalan kat saya.. tak ubah macam polis Tanya penjenayah…! Hehhehhe… by the way.. saya ambik Ijazah doctor falsafah dalam bidang psikologi kaunseling, mr policeman..!” Jawab Effa.
“Ohhh.. okay.! Patutlah…! Anyway… saya Cuma pegawai polis berpangkat rendah saja, cik doctor…!” Balas Azlan sambil berlawak.
“Pangkat rendah atau tinggi tak jadi hal Mr Policeman… Yang penting.. itu bidang kerjaya yang kita pilih dan sebagai satu amanah yang wajib kita laksanakan.. Tak begitu?” Tanya Effa sambil ketawa dengan gurauan Azlan itu.
Begitulah selanjutnya sehingga perjalanan ke Kuala Lumpur yang mengambil masa 1 jam 45 minit itu berlalu dengan pantasnya.
Setibanya mereka di KL LCCT, masing-masing meneruskan ke destinasi yang berasingan. Seperti berjanji, masing-masing seperti terkejar-kejar ingin berjumpa keluarga masing-masing.
“Err.. kalau umur panjang, kita jumpa lagi ya.. Cik Doktor!” Gurau Azlan sebelum masing-masing melepasi pintu masuk bangunan LCCT.
“Insyaallah…Mr Policeman!” Jawab Effa sambil tersenyum sambil menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.
“Cantik!” Puji Azlan di dalam hati sambil memandang Effa berlalu pergi darinya.
Ketika Azlan sedang memandu pulang, tiba-tiba dia menghentikan keretanya secara mengejut di bahu jalan.
“Masyaallah.. apasallah aku ni bengap sangat! Kenapa aku tak mintak nombor telefon dia? Haduhhh… Lan… Lan… Memang wajib kau kena sumpah dengan ibu.. tak ketemu jodoh sampai bila-bila!” Rungut Azlan sendirian di situ…