Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
291,353
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 25

BAB 25

Effa menarik nafas panjang. Dia mengurut-ngurut tengkuknya yang terasa tegang dan lenguh itu. Effa membuat senaman ringan yang ringkas bagi mengelakkan kekejangan otot akibat terlalu lama duduk menekun di hadapan computer ribanya itu.

Effa melihat jam di dinding.

“Masyallah..! Dah tiga jam aku dok menaip kat laptop ni rupanya! Patutlah rasa sengal semacam jer..!” Kata Effa sendirian.

Namun dalam masa yang sama, Effa lega dapat menyudahkan laporan lengkap tentang kes pesakitnya, Anisah.

Masalah Anisah lebih kurang sama dengan masalah-masalah remaja yang lain. Kebelakangan ini semakin kerap Effa mendengar mengenai para remaja yang mengalami tekanan dan kemurungan jiwa.

Pada Effa, golongan remaja sentiasa diuji dengan pelbagaian cabaran dan akhirnya turut mendorong kepada tekanan perasaan. Yang penting terpulang kepada remaja itu sendiri bagaimana mereka menangani tekanan yang mereka hadapi.

Effa percaya semua permasalahan remaja zaman kini ada kaitan rapat dengan jiwa dan minda yang celaru serta tiada kepastian dalam tindak tanduk disebabkan tiada ruang untuk meluahkan emosi yang menghambat diri.

Sehubungan itu, Effa berpendapat jiwa dan minda yang celaru akan mendatangkan banyak keburukan kepada manusia seperti gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Remaja lari dari rumah, sumbang mahram, kecelaruan identiti, buang bayi dan pelacuran tidak dinafikan berpunca daripada jiwa yang tidak teguh.

Sebagai salah seorang medium yang bertanggungjawab dalam memberi rawatan dan kaunseling khususnya para remaja, Effa memang merasa sedihmelihat scenario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan ianya perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak.

Effa berpendapat, pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu bekerjasama dalam menangani isu pembuangan bayi yang merupakan isu besar dan perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi.

Di dalam laporannya, Effa menyatakan gejala buang bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kini sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan bahawa masyarakat kini sedang sakit. Sekaligus menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang.

Terdapat sesuatu yang tidak kena pada program pembangunan sosial negara. Begitu juga dengan sistem pendidikan yang telah gagal membendung pelbagai gejala dan kegiatan tidak sihat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Seterusnya Effa melaporkan, selain itu kurangnya didikan agama juga menjadi punca utama mengapa mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat seperti ini. Di antara kesan-kesan mengamalkan seks bebas ialah kehamilan.

Namun bagi kes Anisah, ianya agak berlainan sedikit. Didikan agama sudah melebihi dari sepatutnya yang Anisah terima dalam usia remajanya. Mungkin juga factor asuhan yang agak terlalu ketat dan terlalu serius.

Pada pengamatan Effa, Anisah sebenarnya memerlukan ruang dan cara didikan berlandaskan kasih sayang namun terkawal tanpa ada rasa kongkongan dan terlalu terikat dengan segala peraturan. Jika terlepas dari kengkangan itulah maka akibatnya Anisah tidak dapat berfikir yang mana baik dan yang mana buruk untuk dirinya sendiri. Akibatnya juga, Anisah akan melakukan sesuatu perkara itu tanpa diduga oleh sesiapapun malah dirinya sendiri juga tidak mempercayai bahawa dia boleh sejauh itu melakukannya.

Effa mengeluh. Cukuplah untuk hari ini. Badannya terlalu letih. Matanya juga sudah memberat hampir ingin melelapkan matanya. Effa terus merebahkan dirinya di atas katil. Namun fikirannya tidak lepas dari memikirkan peristiwa petang tadi. Walau badan terasa letih tetapi otaknya masih lagi aktif terbayangkan kisah tadi.

Ketika itu Effa baru sahaja memakirkan keretanya di halaman rumahnya. Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Effa tergesa-gesa masuk ke dalam rumah.

“Hah.. adik ni kenapa? Tergesa-gesa dan kalut semacam ni?” Tegur ayahnya.

“Err… nak cepat ayah..! Waktu maghrib dah nak habis ni. Nanti tak sempat pulak..!” Jawab Effa.

“Hah.. eloklah gitu. Hmm… Adik.. ayah ada majlis khatam quran kat Baitil Ilmi pukul 8.30 malam kejap lagi. Malam ni ayah lewat sikitlah ye..” Beritahu si ayah.

“Hmm.. okay Ayah..!” Jawab Effa.

Effa sudah meletakkan beg sandangnya di atas katil sambil membuka tudung kepalanya. Ketika dia ingin melangkah kaki masuk ke bilik air, telefon bimbitnya berbunyi.

Effa mengundur setapak. Mencari-cari telefon bimbitnya yang berdering itu di dalam beg sandangnya.

“Assalammualaikum….” Sapa Effa.

“Waalaikummussalam… err… Effa… ini.. Surya…!” Jawab sipemanggil di hujung sana.

Effa terkejut. Apahal si Surya call aku ni? Biar betul? Effa tertanya-tanya sendiri.

“Err.. Surya, sorry.. boleh tak Surya call Effa balik kejap lagi? Effa nak mengejar waktu Maghrib ni..” Kata Effa.

“Ohh.. ok.. nanti Surya call lagi..” Jawab Surya lalu terus mematikan talian.

Sebaik meletakkan telefon bimbitnya itu, Effa segera masuk ke bilik air, mandi dan terus solat Maghrib selagi ada waktunya itu. Usai bersolat dan berdoa, telefon bimbitnya berdering semula. Effa segera teringatkan Surya yang menelefon tadi.

Puas dia memikirkan apakah tujuan Surya menelefonnya kerana perkara ini adalah di luar kebiasaan yang terjadi. Mana dia dapat nombor telefon aku ekk? Fikir Effa sendirian namun tangannya pantas mencapai telefon bimbitnya itu.

“Ya Surya… “ Jawab Effa membuka perbualan.

“Err… Surya nak Tanya Effa lah…” Kata Surya teragak-agak.

“Nak Tanya apa tu yee?” Tanya Effa kembali.

“Hmmm… Effa… ada nombor telefon Azlan tak?” Tanya Surya.

Effa terdiam. Dipandangnya telefon bimbitnya itu seolah-olah wajah Surya ada di atas telefon bimbitnya. Minah ni betul ke tak betul? Kenapa dia Tanya aku pulak? Bukankah dia girl-friend si Azlan tu..! Rungut Effa di dalam hati.

“Hello…!” Panggil Surya.

“Ya..ya.. Surya.. Err…nape ekk..tanya nombor telefon Azlan? Bukan ke Surya rapat dengan dia?” Tanya Effa pula.

Terdengar sedikit keluhan dari Surya.

“Macam nilah Effa.. lets direct to the point. The main point is… Azlan..!” Kata Surya bernada serius.

Effa tidak terkejut. Dia sudah menjangkakan apa sebenarnya agenda Surya menghubunginya.

“Ya Surya. Teruskan.. Whats wrong with Azlan?” Tanya Effa pula.

Well… you pun tau kan yang I rapat dengan Azlan. And I don’t want you to be the third person in our relationship. Please lah Effa, ni bukan zaman sekolah lagi yang kau nak concur semuanya. Can you.. just please get rid out of my life!” Tegas suara Surya memberi amaran.

Effa menarik nafas panjang. Cuba menenangkan dirinya dari tuduhan Surya yang tidak berasas itu.

“Hello Cik Surya… tak ada siapa pun yang sudi nak menganggu hidup awak tu.. If you say so, then why you didn’t take care carefully your beloved boyfriend tu?” Balas Effa dalam nada suara yang terkawal.

Terdengar suara Surya mendengus kuat dan marah.

“Effa.. you better watch out, okay! Jangan I dapat tau yang Azlan contact you..! Taulah nasib you nanti!” Surya memberi amaran seraya terus mematikan talian.

Effa terdiam. Mengeluh lagi. Sedikit terganggu dengan panggilan Surya tadi.

“Berani betul perempuan ni ugut aku ye…! Apa kena-mengena aku dalam kes dia ni? Siap main ugut-ugut pulak.. Apa.. aku rampas boyfriend dia si Azlan tu ke? Bila masa pulak? Dan bila masa pulak aku bercinta dengan si Azlan tu? Huhh… perasan betul!!” Rungut Effa sendirian di situ.

“Yang aku musykil ni, mana dia tahu yee.. yang aku ni dah jumpa Azlan balik?” Effa masih lagi memikirkan hal itu sendirian.

Tanpa menunggu lama, laju sahaja jarinya menekan nombor telefon Emelda, sahabat baiknya itu. Sebaik terdengar suara Effa memberi salam, terdengar suara Emelda terjerit di hujung talian.

“Weii Mak Cik!! Kau ke mana ha?? Amboi.. sejak dah bekerja ni.. langsung tak dengar khabar berita!! Mulalah nak menyombong tuhh!”

Effa menjarakkan sedikit telefon bimbitnya dari telinganya. Sudah diduga, Emelda pasti mengamuk kerana baru sekarang Effa ingin menghubunginya. Effa akui kesilapan dirinya yang telah lama tidak menghubungi kawan baiknya itu.

“Sorrylah Mel..! Aku sibuklah sekarang.. Banyak kes lah lately ni..!” Jawab Effa.

“Hmm.. ye laa.. tu baru jadi doctor.. Esok-esok bila dah jadi professor ke.. Yang Amat Berhormat ke.. entah-entah, aku pun kau dah lupa kan…” Balas Emelda dalam nada rajuknya.

“Alah Mel.. janganlah merajuk.. Aku sentiasa ingatkan kau lah..! Mana boleh aku lupakan kawan baik kesayangan aku nihh…!” Pujuk Effa.

“Sudahlah..! Ha.. ni kau telefon ni mesti ada hal kan! Kalau tak.. jangan haraplah!..” Sergah Emelda.

Effa tersenyum. Dia tahu, rajuk Emelda hanya sementara.

“Hmm… itu yang buat aku saayanggg kat kau ni Mel..! Kau memanglah sahabat sejati yang setia dan paling memahami aku ni…” Kata Effa sambil ketawa.

Effa akhirnya menceritakan segalanya tentang perbualannya dengan Surya sebentar tadi.

“Huh.. perempuan tu memang berlagak dan perasan bagus! Ni.. dah tentu ada lagi saki baki dendam dan tak puas hati dia kat kau yang disimpannya sejak zaman sekolah dulu lagi ni..!” Komen Emelda.

“Aku tak kisah lah beb tentang dendam kesumat dia tu.. Tapi yang aku bengang kenapa dia tuduh aku kacau boyfriend dia? Sedangkan, aku dah lama tak jumpa Azlan. Itupun, secara kebetulan, aku bekerjasama dengan dia dalam menyelesaikan kes-kes jenayah remaja ni. Kami berjumpa pun atas urusan kerja sahaja..!” Kata Effa dalam nada risau.

“Alah… pedulikan kanlah pompuan gila tu..! Agaknya jiwa dia memang tengah kacaulah tu.. Huh,, sepatutnya, kau offer dia.. samada dia setuju tak kalau kau kaunseling dia pulak.. Manalah tau.. kalau-kalau dia memang ada potensi jadi pesakit gila kau!.. hehhehe…” Kata Emelda sempat bergurau.

“Isshh.. kau ni Emelda! Ke situ pulak…! Aku rasa.. dia tertekan kot.. mungkin… Azlan mempermainkan hati dia…!” Kata Effa perlahan.

Terdengar Emelda ketawa terkekeh-kekeh.

Hello.. what’s so funny? Aku serius lah Mak Cik! Tak baik buruk sangka kat orang macam tu tau!” Tegur Effa.

“Doktor Effa.. pompuan tu.. memang ada problem bukan dengan kaum lelaki tetapi dengan semua yang bergelar manusia kat muka bumi ni.. Bukan kau tak kenal perangai pelik dia masa sekolah dulu.. Dengan semua orang dia tak puas hati.. Dahlah.. jangan layan sangat.. Anyway.. kau.. memang serius ke dengan.. Azlan?” Tanya Emelda pula.

“Gila kau! Kan aku cakap, kami berkawan pun atas urusan kerja. Tak ada masa lah untuk semua ni..!” Sanggah Effa.

“Tak kisahlah tu beb.. Si Azlan tu pun.. not bad jugak orangnya.. Dari gayanya.. aku rasa.. dia memang suka kat kau!” Kata Emelda sambil ketawa.

“Mana kau tau? Kau tu pun, baru sekali jumpa dia masa kat re-union dulu. Jangan pandai-pandai nak memadankan orang!” Kata Effa.

“Mak Cik Oii… aku tau lah.. aku kan dah kahwin lama.. Dari cara dia memandang kau tu pun, aku dah boleh tau..! Kau jer yang buta hati!” Jawab Emelda.

“Isshhh.. sudahlah..! Malas aku nak layan kau.. Okeylah.. nanti senang, kita borak lagi.. Assalammualaikum…” Effa menamatkan perbualan.

Effa termenung. Memikirkan kata-kata Emelda sebentar tadi. Mengingatkan semula detik-detik pertemuannya dengan Azlan yang tidak pernah dirancang namun bertemu dalam suasana yang tidak disangka-sangka.

Effa akui, sejak dia “bertemu” semula dengan Azlan, Azlan memang rajin menghubunginya. Namun perbualannya banyak berkisarkan tentang kerja dan bukannya hal-hal peribadi. “Ahh.. malaslah nak fikir!” Keluh hatinya sambil cuba melupakan apa yang telah berlaku tadi..

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.