BAB 10
“PD… we are coming now..!!” Jerit Emelda. Effa yang sedang memandu di sebelah hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
“Mak Cik! Agaknya kalau anak-anak kau tengok perangai kau sekarang ni.. confirm diaorang tak nak mengaku yang kau ni Mama dia..!” Selamba Effa menegur Emelda.
“Alah.. diaorang semua dah lali dengan perangai aku macam ni.. Setidak-tidaknya, Mama diaorang tak hipokrit and they are loves me just the way I am…! And same also to my dearest husband..!” Jawab Emelda sambil tersenyum.
Effa mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Yes… true! Beruntung kau dapat suami dan anak-anak yang memahami dan menyayangi kau seadanya. Tapi.. aku betul-betul respect kat Fadhil sebab dia sanggup benarkan kau bermalam di PD ni semata-mata nak bagi kau chanceberjumpa dengan kawan-kawan lama kita.. Sesetengah husband.. memang tak kasi chance punya!” Kata Effa.
“Effa… dia izinkan aku pergi sebab dia tahu.. kau akan tidur sebilik dengan aku.. Kalau orang lain.. dia takkan izinkan. Lagipun.. dia faham.. aku rindukan kau dan kawan-kawan kita semua sampai sanggup dia tak ikut serta sekali Reunion kita ni… padahal dia juga dari sekolah yang sama..!” Terang Emelda.
Effa terdiam namun akhirnya tersenyum. Fadhil memang baik orangnya…! Detik hati Effa.
Fadhil yang Effa kenal memang seorang yang sangat sederhana, pendiam dan juga pemalu. Namun begitu Fadhil memang terkenal di sekolah kerana sering menjadi juara sekolah-sekolah di peringkat negeri dalam pertandingan perbahasan mahupun pidato. Tidak hairanlah kini Fadhil berkerjaya sebagai seorang pensyarah universiti.
Berlainan pula dengan sifat isterinya ini, si Emelda! Seorang yang terlalu peramah, berperwatakan periang, aktif dan suka bergaya. Effa menjeling sekilas Emelda di sebelahnya. Dia tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
“Ooi Mak Cik..! Ni apa yang tersenyum sorang-sorang pandang kat muka aku ni? Nak kutuk aku lah tu..!” Sergah Emelda sambil menjeling tajam ke arah Effa.
Emelda membetulkan tudungnya yang senget sebelah ditiup angin. Effa ketawa gelihati melihat jelingan tajam Emelda itu.
“Tak… aku kagum dengan jodoh yang Allah aturkan untuk kau. Kau dan Fadhil memang terlalu banyak dan jauh berbeza. Siapa sangka, kau orang berdua memang serasi. Haa.. sekarang dah berbahagia dengan lima orang cahaya mata.. Aku tumpang gembira tengok keluarga happy kau orang..!” Luah Effa dengan hati yang ikhlas.
Emelda memandang Effa sambil tersenyum. Senyuman manis terukir di bibirnya. Memang dia bahagia hidup di samping suami yang dicintainya, Fadhil. Apatah lagi hidupnya bertambah berseri dan meriah dikurniakan Allah dengan lima orang permata hatinya. Itulah kurniaan Allah yang tidak ternilai olehnya.
“Itulah jodoh namanya Effa.. Aku bersyukur sangat-sangat kerana dipertemukan jodoh dengan Fadhil. Kerana dialah, aku berubah sehingga ke tahap ini. Kau pun tahu kan.. perangai aku ni macam mana.. Degil dan suka ikut kepala sendiri aje!” Balas Emelda.
“Aku pun sama..!” Kata Effa pula. Emelda tersengih.
“Tapi.. aku benar-benar respectkat Fadhil sebab dia betul-betul sabar melayan kerenah aku. Membimbing serta mendidik aku dengan caranya yang tersendiri sehingga aku ingin mengubah diriku dengan sendirinya tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.. walaupun dari dia sendiri sebagai seorang suami..!” Sambung Emelda.
“Fuhh… aku bangga dengan kau lah Mel..! Hmmm… kau doa-doakanlah supaya aku dapat jodoh dengan lelaki yang macam Fadhil tu..! Boleh..?” Kata Effa pula.
“Boleh beb…! Dengan syarat, kau tu jangan terlampau memilih sangat..!” Jawab Emelda sambil menepuk lembut lengan Effa.
“Ehh.. bila pulak aku memilih ni..? Dah memang aku tak berjumpa lagi dengan lelaki yang boleh buat jantung aku bergetar.. hati aku tak keruan.. boleh buat hati kaldu aku ni tangkap jealous.. Tu pasal aku tak kahwin-kahwin sampai la nihh..!” Balas Effa dalam nada selamba.
“Eleh… dah memang hati kau tu keras kejung tak berperasaan.. tu pasal susah sangat nak jumpa. Cuba kau bukakan hati kau tu luas-luas, cairkan sikit perasaan tu biar mesra.. Haa… confirm punya.. lepas ni jantung kau bukan setakat bergetar, silap-silap berhenti berdenyut..” Kata Emelda.
“Ehh.. apasal plak?” Tanya Effa.
“Huh.. jantung kau dah tak larat nak pam sebab sesak nafas hendak membuat pilihan jodoh yang terlampau ramai..!”
Mendengar jawapan dari Emelda itu, Effa dan Emelda bagai hendak pecah perut ketawa gelihati.
“Banyaklah kau!” Kata Effa dalam sisa tawanya.
Effa membelok kereta Suzuki Swift merah pemberian dari ayahnya yang dipandunya itu masuk ke kawasan Sekolah Menengah Dato’ Abdul Samad Said atau ringkasnya SDASA. Mereka sengaja ingin melihat kawasan sekitar sekolah lama mereka sebelum membuat pendaftaran masuk ke Glory Beach Resort.
Oleh kerana majlis bermula pada pukul 7.30 malam, mereka mengambil peluang yang ada untuk pergi ke tempat-tempat kenangan mereka sewaktu zaman persekolahan dulu.
“Effa..! Kau ingat lagi tak pagar asrama ni?” Tanya Emelda yang teruja bila mereka melalui kawasan asrama puteri di belakang sekolah mereka itu. Effa memandang pagar yang dimaksudkan oleh Emelda.
“Mestilah ingat… pagar tu lah kita tunjuk skillmemanjat dan menyusup keluar pada waktu malam semata-mata nak beli nasi lemak Mak Mah kat Batu Satu kan!” Jawab Effa sambil tergelak.
“Eh.. kau ingat lagi tak.. waktu malam kita ramai-ramai.. aku agak adalah sepuluh orang.. keluar senyap-senyap, panjat pagar dan lepak-lepak kat tepi pantai.?” Tanya Emelda lagi.
“Mau nya tak ingat.. habis, dah pantai betul-betul seberang jalan masuk ke kawasan sekolah kita.. Mana boleh tahan beb.. Yang pastinya.. kita lepak kat pantai bukan nak mandi pun.. saje nak release tension dan jalan-jalan sambil mengukur pantai..!” Jawab Effa.
Serentak itu, mereka ketawa terkekeh-kekeh. Gelihati mengingatkan kembali peristiwa itu.
“Yang bestnya.. masa kita lepak-lepak kat pantai.. bolehkan kita terserempak dengan pengetua..Kaulah yang ditegurnya sebab antara ramai-ramai.. kaulah orangnya yang selalu buat dajal kan?...” Cerita Emelda dalam tawanya. Effa tidak terkata, tawanya masih tidak putus-putus.
“Huh.. memang aku tak puas hati masa tu.. Korang kena denda bersihkan kawasan asrama 3 hari aje tapi aku.. sampai seminggu.. Tak aci betul!” Keluh Effa.
“Ya lah.. dah kau yang popular and wanted sangat masa tu..!” Jawab Emelda.
“Hmm… cuba kau tengok kawasan sekolah dan kawasan asrama kita sekarang ni.. Banyak yang dah berubah.. Kawasan masuk sekolah kita dah ada pondok untuk pengawal keselamatanlah kau!.. Landskap sekolah pun cantik! Wahh… terasa banggalah pulak tengok sekolah kita dah macam ala-ala kolej, kan…” Kata Emelda lagi penuh dengan rasa kagum.
Emelda sudah keluar sambil bersandar di pintu kereta. Effa juga berbuat demikian.
“Kawasan asrama kita pun apa kurangnya.. Wahh… cantik betul susun atur dan landskapnya kann…!” Kata Effa pula.
Agak lama juga mereka berdua berdiri memerhatikan kawasan sekitar sekolah dan asrama. Masing-masing melahirkan rasa kagum melihatkan perubahan kawasan sekitar sekolah dan asrama mereka.
“Ehh… jom kita pergi kat pantai yang selalu kita lepak tu nak?” Ajak Emelda.
“Okay jugak!” Jawab Effa.
Mereka keluar dari kawasan sekolah lalu menuju ke kawasan pantai yang dimaksudkan. Namun nasib mereka kurang baik kerana pantai yang dimaksudkan itu kini telah ‘ditutupi’ oleh bangunan hotel dan resort yang didirikan di situ.
“Alamak… bila masa pulak ada hotel kat sini ya?” Keluh Effa.
“Ya lah… bila masa pulak ni? Hmmm… nampaknya kita memang betul-betul dah lama tak datang ke PD ni.. Banyaknya yang dah berubah…!” Keluh Emelda pula.
“Hmmm… banyak kenangan kita dulu dah terkubur Mel.. Rindunya saat-saat itu kan…! Kau ingat lagi tak.. asal kita rasa tension je.. kita mesti pergi kat batu-batu besar kat situ.. lepas tu.. kita jerit kuat-kuat.. Aku rasa… itulah saat kepuasan aku dapat rasakan bila puas menjerit di situ…!” Cerita Effa.
“Hmm… aku pun sama.. hehehehe… satu perkara yang aku tak boleh lupa.. tempat tu lah selalunya jadi port aku untuk berdating..!” Kata Emelda dengan selamba sambil ketawa gelihati.
“Hah..! Hantu kau!.. Memang aku tak boleh lupakan hal tu sebab.. akulah selalunya yang jadi mangsa.. jadi bodyguard tak rasmi kau.. sebab kau takut.. boyfriend-boyfriend kau tu apa-apakan kau..kan?” Marah Effa.
Emelda ketawa lagi.
“Siapa yang berani dengan kau Effa! Kau kan ahli Silat Seni Gayung sekolah kita!.. Dah tu.. perangai kau yang kasar dan garang tu.. siapa yang berani lawan.. Mestilah aku jadikan kau tempat berlindung..!” Jawab Emelda dan disambut dengan jelingan dari Effa.
“Setakat jadi pelindung tu.. ok lagi.. tapi sampai nak suruh karang surat cinta.. aku jugak jadi mangsanya! Memang kau melampau masa tu, Mel!” Marah Effa lagi namun masih dalam nada bergurau.
“Yalah.. kau kan pemantun terbaik Negeri Sembilan..! Juga pemenang karangan terbaik sekolah di peringkat negeri.. Ha.. hebat kan..! Apa guna ada kawan sehebat kau kalau tak ambil peluang sebegini baikk punya!” Sakat Emelda sambil menunjukkan isyarat ibu jarinya tanda bagus.
“Hah.. last-last kantoi jugak dengan mamat sastera. Ambik kau.. menggelupur nak balas surat cinta dia.. Ehh.. masa kau gabra gila nak balas surat cinta mamat sastera tuu.. aku kat mana ekk?” Tanya Effa cuba mengingati kisah itu.
“Kau lupa?... Kan masa tu kau kena gantung sekolah dua minggu pasal kes “spirit of the coin” tu? Gabra gila aku nak membalas. Sudahnya.. aku surrender, terus-terang kat dia.. yang aku bukan penulis surat-surat cinta tu kat dia..” Cerita Emelda.
“Huh.. pasal kau berterus-terang tu lah.. mamat sastera tu.. syok kat aku pulak..! Jenuh aku nak mengelak. Tapi mamat ni memang degil betul. Tak faham bahasa! Sudahnya.. aku layan je lah.. Kesian pulak.. exam dah dekat.. Nanti tak pasal-pasal belum sempat ambik SPM, dah bunuh diri pulak sebab frust..!” Sambung Effa pula.
“Eiii… perasan betul perempuan ni!! Kau tu memang macam tu.. Suka bagi harapan kat orang. Bila dah semakin mesra, saja melarikan diri pulak!..” Sela Emelda.
Effa tersengih. Emelda pula hanya senyum sambil menggelengkan kepala. Terlalu banyak nostalgia lama terungkai petang itu. Mereka sebenarnya terlalu rindu akan kenangan lama.
Effa melihat jam di tangan.
“Alamak.. dah nak pukul 2 petang ni.. Jom kita check-in. Nanti lambat pulak..!” Kata Effa.
“Ha’ah lah…. jomlah..!” Jawab Emelda.
Mereka berdua berlalu dari situ. Tidak sampai 20 minit, mereka sudah tiba di perkarangan Glory Beach Resort. Mereka bergegas mendaftar masuk lalu terus mengambil kunci bilik.
Pada mulanya mereka bercadang ingin singgah ke dewan majlis untuk melihat persiapan terakhir yang dilakukan oleh rakan-rakan yang bertugas dan sekaligus mahu berjumpa kawan-kawan lama. Namun oleh kerana mereka masih belum menunaikan solat serta mahu berehat sebelum bersiap-siap untuk ke majlis, maka cadangan itu terpaksa dibatalkan.
“Tak apalah.. kasi lagi surprise.. dan harap-harap pertemuan kita semua malam ini akan lebih bermakna…!” Kata Effa.
Emelda mengangguk sambil tersenyum penuh makna.