BAB 38
Azlan masih tenang memandu menuju ke destinasi yang ingin dituju walau di dalam hatinya berkecamuk dengan pelbagai perasaan. Dia ingin segera menyelesaikan masalah ini sebelum ianya menganggu tugas-tugasnya yang dari sehari ke sehari menjadikan tumpuannya semakin berkurangan.
Azlan tidak mahu perkara ini berlarutan. Dia takut jika dibiarkan lama-lama akan terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Malah tidak mustahil akan berlaku kes-kes seperti pembunuhan dan sebagainya!
Azlan mengeluh lagi. Ditolehnya gadis kesayangannya yang berada di kerusi sebelah. Effa kelihatan begitu serius dengan meneliti laporan sulit yang baru diambilnya dari Doktor Parim tengahari tadi. Dia perlu menunjukkan laporan itu kepada Meor. Biar Meor tahu tentang perkara sebenarnya. Biar Meor tahu perlakuan sebenar adiknya itu.
Setelah mengambil laporan itu dari Doktor Parim, Azlan bergegas menjemput Effa di rumahnya di Ulu Yam. Dalam hal ini, Azlan berterima kasih kepada Effa kerana tidak mencampur adukkan masalah peribadi mereka dengan tugas-tugas rasmi mereka itu.
“Apa yang penting sangat sampai kita perlu berjumpa ni” Tanya Effa bernada serius.
“Err,, kenapa? Kalau tak penting, kita tak boleh berjumpa lagi ke?” Tanya Azlan selamba.
Lama dia tidak menatap wajah gadis itu. Rindunya tidak tertanggung. Namun Effa buat endah tidak endah sahaja terhadapnya. Hatinya benar-benar rasa tersinggung.
Effa mendiamkan diri. Malas dia ingin membuka semula permasalahan yang sedang mereka hadapi. Jika tidak Azlan mengatakan ini kerana urusan kerja, sumpah dia tidak mahu bertemu dengan Azlan lagi.
Hatinya masih belum kuat lagi untuk berhadapan dengan Azlan.
Melihatkan Effa berdiam diri dan kelihatan serius sahaja, Azlan akhirnya bersuara;
“Err.. sorry Sayang! Okeylah.. Sebelum Lan beritahu satu perkara ni.. Lan nak Tanya beberapa soalan tentang… penyakit Skizorfenia..!” Kata Azlan.
Effa menoleh ke arah Azlan dengan pandangan kehairanan. Namun, masih menunggu kata-kata Azlan selanjutnya.
“Secara ringkasnya, apa cirri-ciri orang yang berpenyakit ini?” Tanya Azlan dalam nada serius.
Effa yang diam dari tadi, membetulkan cara duduknya di tempat kerusi penumpang di sebelah Azlan. Dia menarik nafas dan memandang Azlan.
“Hmm.. biasanya mereka ni mempunyai tingkah laku yang pelik dan luar biasa.” Kata Effa.
“Contohnya?” Tanya Azlan.
“Ya.. contohnya… suka bercakap dan ketawa bersendirian. Tidak mengambil berat tentang rupa paras dan kesihatan diri. Tidak kisah pandangan orang lain terhadap tingkah lakunya.” Effa memberi contoh.
Azlan kelihatan memikirkan sesuatu.
“Lagi? Apa lagi yang berbeza dari kita yang biasa ni?” Tanya Azlan lagi.
“Biasanya mereka ni sentiasa mempunyai anggapan palsu bahawa wujudnya orang lain yang mengekori, ingin mencedera, mengawal ataupun membunuh mereka..” Terang Effa.
“Ohh ye? Hmm.. lagi?” Tanya Azlan. Matanya masih lagi memandang hadapan, focus kepada pemanduannya. Namun sempat menoleh ke arah Effa sekali-sekala.
“Well.. mereka ini juga sentiasa melakukan kesalahan, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan hilang keyakinan diri..” Jawab Effa.
“Err... biasanya, apakah factor-faktor yang dikatakan meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap skizofrenia ni ya?” Tanya Azlan.
Pertanyaan Azlan itu menarik perhatian Effa. Siapa pulak yang menghidap penyakit ini agaknya? Beria-ia pula dia nak tahu..! Fikir Effa di dalam hati. Namun persoalan itu tidak diluahkan sebaliknya Effa cuba memberi penjelasan seringkasnya.
“Antara factor-fator itu biasanya adalah pengaruh genetik, trauma atau kecederaan pada otak sewaktu atau ketika dilahirkan selainnya dari kesan pengasingan sosial ataupun tekanan.”
“Hmm.. begitu ya..! Boleh ke pengidap penyakit ni sembuh macam sediakala?” Tanya Azlan.
“Sembuh atau tidaknya belum dapat diketahui. Satu-satunya jalan untuk mengendalikannya adalah dengan pemberian antipsikotik yang dikombinasikan dengan terapi pendukung iaitu tanpa ubat-ubatan” Jawab Effa.
“Maksudnya?”
“Maksudnya, selain ubat-ubatan pesakit harus menerima kasih sayang dan sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Pesakit juga harus sentiasa meluahkan perasaan hati dengan mereka yang mesra dan sudi mendengar. Terapi ini sebenarnya mengambil masa yang agak lama dan orang di sekelilingnya harus sabar melayaninya..” Terang Effa dengan panjang lebar.
Terdengar keluhan berat dari mulut Azlan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.
“Actually, siapa yang Lan maksudkan ini?” Tanya Effa akhirnya.
Azlan memandang Effa sekilas. Lantas dia mengambil fail yang berada di belakang di atas kerusi penumpang. Dihulurkan kepada Effa.
Effa mengambil fail itu lalu dibuka fail yang mengandungi sebuah laporan. Effa membaca sekilas tajuk laporan itu. Tiba-tiba Effa memandang Azlan dengan rasa terkejut sekaligus menagih jawapan dari Azlan.
“Ya.. apa yang Sayang baca laporan itu, memang itulah kebenarannya.” Kata Azlan.
“Apa komen Sayang dalam hal ini?” Tanya Azlan memecahkan kesunyian antara mereka sejak dari tadi.
Effa yang selesai membaca laporan tadi memandang Azlan serius.
“Ohh.. saya tersilap. Maafkan saya Doktor! Hmm.. apa pendapat Doktor berkenaan kes Surya ni ye..!” Kata Azlan membetulkan ayatnya sambil tersengih.
Effa menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengeluh lagi. Di waktu begini, dia tiada hati ingin bergurau atau melayan usikan Azlan.
Sudah banyak kali dia mengeluh. Sudah banyak kali dia beristigfar, cuba memujuk hati menerima kenyataan dari laporan yang baru dibacanya itu.
Seperti tidak percaya dan sebolehnya Effa cuba mengakurkan kebenaran ini. Memikirkan tentang logiknya segala apa yang telah dilakukan oleh Surya selama ini. Membandingkan antara Surya yang dahulu dikenalinya dengan Surya yang sekarang ini. Memang banyak bezanya.
“Tak percaya?” Tanya Azlan perlahan. Memandang Effa di sebelah untuk melihat reaksinya.
“Entahlah… susah nak percaya…!” Jawab Effa pula.
Azlan menarik nafas panjang. Masih terngiang-ngiang lagi penerangan dari Doktor Parim mengenai hasil laporan pemeriksaan doctor itu terhadap Surya.
“Tuan Azlan, berdasarkan dari pemeriksaan saya terhadap luka-luka yang dialami oleh Cik Surya, ianya bukan dilakukan oleh orang lain sebaliknya ia adalah kecederaan yang dilakukannya sendiri..” Terang Doktor Parim yang fasih berbahasa melayu.
“Kecederaan yang dilakukan sendiri? Saya tak faham tu.. dan kenapa dia perlu buat begitu?” Tanya Azlan terkejut.
“Ada banyak sebab mengapa dia perlu berbuat begitu.. Saya fikir, pakar psikologi lebih memahami dan dapat menerangkan lebih lanjut kepada Tuan Azlan” Jawab Doktor Parim.
Itulah sebabnya dia memanggil Effa untuk membantunya dalam kes ini. Azlan merasakan Effa adalah orang yang paling layak malah Effa juga bukan orang lain kepada Surya. Teman satu sekolah walaupun bermusuhan sesama mereka.
Azlan percaya, bagi pihak Effa tiada masalah. Yang merumitkan keadaan dan punca masalah adalah dari diri Surya sendiri!
“So..menurut pendapat Sayang, mengapa mesti Surya mencederakan dirinya?” Tanya Azlan.
Effa terdiam sambil memikirkan sesuatu.
“Banyak sebab. Antara sebab-sebabnya termasuklah perasaan lega dari kesakitan emosi, ingin bebas dari perasaan kekosongan dan kaku, mengalih perhatian daripada perasaan negative, untuk mendapatkan perhatian orang lain, supaya orang lain rasa bersalah dan juga sebagai ugutan” Terang Effa.
“Bunyinya macam orang sakit jiwa jer Doktor!” Kata Azlan.
“Yap.. ianya lebih kepada tekanan perasaan atau jiwa kacau. Dan Effa dapat agak, Surya ni sudah lama mengalami tekanan perasaan. Mungkin dari pengalaman lampau yang amat memeritkan sehingga membuatkan fikiran dan jiwanya terlampau tertekan dan hancur..” Terang Effa lagi.
“Habis.. apa yang perlu kita buat?” Tanya Azlan melahirkan rasa risaunya dengan menggunakan perkataan “kita”; sekaligus mengharapkan pengertian Effa untuk membantunya menangani masalah yang sedang membelenggu.
“Macam yang Effa terangkan tadi.. Sebaiknya segeralah dapatkan bantuan dan sokongan dari keluarga yang boleh dipercayai, kaunselor atau guru agama atau sebaiknya dia perlukan rawatan psikologi sebelum terlambat.” Jawab Effa sambil memandang Azlan.
“Apa maksud Sayang dengan sebelum terlambat tu?” Tanya Azlan.
“Biasanya orang yang sebegini adalah seorang yang pemurung dan mudah rasa tertekan. Perlakuannya memang sejak dari sekolah lagi memang begini. Jika dia sanggup mencederakan tubuh badannya, adalah tidak mustahil jika jiwanya sakit dan kacau, dia boleh membuat sesuatu perkara yang lebih berbahaya dari itu yang tidak dapat kita jangkakan. Errr… misalnya….” Effa terhenti di situ.
“Misalnya apa? Tanya Azlan kembali.
“Mmembunuh!”” Jawab Effa ringkas.
Penerangan dari Effa itu membuatkan Azlan terkejut dan tidak terkata apa. Teruk sangatkah gila si Surya ini? Tapi.. boleh jadi jugak! Yang inipun, dia sanggup mencederakan tubuh badannya apatah lagi kalau setakat nak membunuh. Nauzubillahiminzalik…! Azlan terus beristighfar di dalam hati.
“Surya pasti mempunyai agendanya tersendiri sehingga sanggup mencederakan dirinya sendiri. Mungkin dia ingin memerangkap seseorang..” Effa memberitahu dari kaca mata penilaiannya itu.
Azlan terkejut. Ingin memerangkap akukah? Tapi kenapa? Apa motif dia lakukan semua itu? Azlan tertanya-tanya sendiri. Buntu dia memikirkan semua ini.
“By the way, please expedite to arrange Miss Surya for an appointment with the pyscythary before it is too late...”
Terngiang-ngiang pesanan dari Doktor Parim tadi. Sedikit sama dengan penerangan yang Effa berikan tadi.
Azlan hanya mengangguk. Di dalam hatinya bertekad akan memujuk Meor supaya membawa Surya berjumpa Effa. Azlan berdoa moga-moga Meor akan mempercayai kebenaran yang akan ditunjukkan kepada Meor sebentar lagi. Semoga Meor juga dapat menerima kenyataan ini.
“Apa agaknya masalah kau sebenarnya, Surya?” Keluh Azlan di dalam hatinya.
“Mengapa kau berdendam dengan aku? Apa kena mengena aku dengan masalah kau tu.. atau…..”
Tiba-tiba Azlan memetik jarinya. Effa sedikit terkejut dengan kelakuan Azlan itu. Namun tidak memberi apa-apa respons kepada Azlan. Effa sedang memikirkan sesuatu.
Azlan kini dapat menangkap mengapa Surya begitu. Ini sudah pasti kerana Effa! Detik hati Azlan. Surya memang cemburukan Effa. Azlan pasti tentang itu apabila terkenangkan reaksi kurang senang Surya apabila Azlan banyak membicarakan tentang Effa.
Azlan tidak pasti mengapa Surya begitu membenci diri Effa. Mungkin Surya mempunyai dendam lama terhadap Effa yang masih tersemat lagi di dalam hatinya. Surya ingin membalas dendam.
Dan mungkin juga Surya sudah perasan akan perasaan Azlan terhadap Effa berdasarkan sibuknya dirinya bertanyakan Surya itu ini tentang Effa. Dan mungkin juga Surya memang menyukai aku dan merasakan dirinya tercabar bilamana aku banyak memberi tumpuan perhatianku pada Effa! Fikir Azlan sendirian.
Azlan segera menambahkan kelajuan keretanya menuju ke rumah Meor. Dia perlu menerangkan semuanya kepada Meor. Ya, dia perlu mempertahankan haknya juga. Meor tidak berhak dan sewenang-wenangnya menentukan jodohnya dengan Surya. Tidak..! Aku ada maruah! Tegas Azlan di dalam hati.
Jika dahulu, Azlan hanya berdiam diri kerana tidak mahu imejnya tercalar dan juga reputasinya sebagai seorang pegawai polis tingkatan atas jatuh, apatah lagi memikirkan Meor sebagai seorang akauntan yang Berjaya dan disegani.
Kini, dia tidak mempedulikan lagi tentang itu. Dia perlu tegas dalam mempertahankan hak dan maruahnya sendiri. Keyakinannya semakin teguh dengan adanya laporan doctor mengenai tahap kesihatan dan mentality Surya.
“Kita dah sampai..” Beritahu Azlan kepada Effa.
Efa hanya diam sahaja. Di dalam hatinya ternyata berdebar-debar. Di dalam fikirannya pula begitu banyak persoalan yang tidak terungkai dan dia sememangnya tercari-cari jawapan itu.
Setibanya Azlan di perkarangan rumah Meor, dia segera memakirkan keretanya di hadapan pintu pagar. Mungkin penghuninya menyedari kedatangan Azlan, pintu pagar automatic rumah Meor terbuka sendiri sebelum Azlan memberi salam. Azlan melangkah masuk ke dalam rumah Meor dikuti oleh Effa di belakangnya dengan pelbagai perasaan. Sempat lagi dia melirik jam di tangannya. Sudah masuk waktu magrib rupanya. Detik hati kecil Azlan.
Isteri Meor menyambut kedatangan Azlan. Namun sedikit terperanjat apabila menyedari Azlan membawa seorang gadis di sebelahnya. Selang beberapa saat kemudian, Meor pula muncul di ruang tamu itu.
Namun, kebiasaan menyambut Azlan dengan pelukan dan sapaan mesra tidak lagi diterima oleh Azlan dari Meor semenjak dari peristiwa itu. Azlan mengerti tentang perang perasaan yang dialami oleh Meor. Justeru itu, Azlan hanya duduk di sofa selepas dipelawa duduk oleh isteri Meor.
“Apa tujuan kau datang ke mari? Bukankah semua borang-borang berkenaan pernikahan sudah diisi. Atau.. ada lagi yang tak puas hati?” Tanya Meor serius sambil memandang gadis yang duduk di sebelah Azlan itu.
“Hmm… berani betul kau bawak perempuan lain bersama kau di rumah bakal abang ipar kau ni ya!” Sergah Meor selamba.
Berubah air muka Effa. Pipinya bertukar merah menahan geram. Azlan menyedari ketidakselesaan Effa dengan kata-kata abang Surya itu.
“Kan ke aku dah kata.. Effa ni.. kawan sekolah Surya. Dia datang ke mari hanya untuk bertanyakan khabar setelah 20 tahun tak berjumpa…” Terang Azlan sedikit keras.
Azlan tanpa menunggu sesaatpun terus menghulurkan laporan kesihatan Surya yang dimasukkan ke dalam sebuah fail ke tangan Meor. Meor memandang Azlan.
Azlan menganggukkan kepalanya sambil memberi isyarat agar Meor mengambil fail laporan itu. Dengan wajah yang tercengang-cengang, Meor mengambil laporan yang dihulurkan itu. Belum pun lagi, laporan itu dikeluarkan dari fail, tiba-tiba terdengar jeritan suara isteri Meor dari bilik atas…
Azlan dan Meor terkejut sambil berpandangan. Mereka berdua segera bangun lantas terus berlari menaiki tangga menuju ke bilik tingkat atas. Di ruang ‘dewan keluarga’ yang sederhana besar itu kelihatan isteri Meor, Siti sedang menangis dan menggigil ketakutan.
“Apa kena ni Siti? Apasal menjerit ni?” Tanya Meor cemas.
“Abang… anak… anak… Bang..! Su… Surya..! Anak Bang.. anak…” Jawab Siti sambil menangis semahu-mahunya. Wajahnya pucat lesi seperti orang dalam ketakutan. Tidak menentu ayat yang dituturkannya namun jarinya lurus menunjuk ke arah bilik Surya.
Tanpa berlengah lagi, Meor dan Azlan berlari ke atas menuju ke bilik Surya. Manakala Effa dan isteri Meor menyusul dari belakang…