BAB 2
Azlan menghempaskan dirinya ke atas katil. Terasa letih benar dengan jadual program seminar yang disertainya siang tadi. Terlalu padat dengan aktiviti-aktivii yang dianjurkan.
Badannya terasa melekit. Penghawa dingin yang dipasang sebentar tadi masih belum cukup untuk menyejukkan badannya yang terasa panas dan bahang. Dia lantas bangun dari baringannya. Menyedari dirinya masih belum menunaikan solat Isyak, dia lantas bergegas ke bilik air.
Usai solat Isyak, dia melipat kain sejadah lalu diletakkannya di birai katil. Azlan keluar ke balkoni bilik hotel yang ditumpanginya sejak tiga hari yang lalu. Dia menginap di Baiyoke Sky Hotel iaituhotel tertinggi di Bangkok di dalam kawasan Pratunam, masih di tengah-tengah kota Bangkok.
Azlan menikmati pemandangan malam yang indah di tengah kota Bangkok itu. Dari situ, dia dapat memerhatikan lampu-lampu indah yang bergemerlapan di kompleks membeli-belah MBK, gedung membeli-belah yang terkenal di Bangkok.
“Huh.. bukan setakat nak window shopping kat MBK, kat pasar minggu Chatuchak, pasar Pratunam dan mana-mana tempat menarik pun aku tak sempat nak pergi!” Keluh Azlan seorang diri.
Terasa sedikit kesal di hatinya. Esok hari Isnin dia perlu “check-out”.Mana sempat dia nak pergi menyinggah ke mana-mana tempat. Teringat pesanan ibunya supaya membelikannya ole-ole dari Bangkok. Namun Azlan sempat menjawab;
“Insyaallah Ibu… kalau Lan sempat... Lan ke sana bukan nak pergi vacation. Lan ada seminar, Bu!”
Azlan berharap ibunya akan faham tentang kedudukannya.
“Ahh… susah-susah sangat.. aku beli aja kat Free Duty kat airport nanti. Habis cerita!” Keluh Azlan di tengah-tengah malam yang dingin itu.
Azlan termenung lagi. Matanya tidak lagi rasa mengantuk selepas dia mandi sebentar tadi walaupun badannya terasa benar-benar keletihan. Dia mengeluh. Memikirkan jadual kerjanya yang padat sehingga tidak ada masa langsung untuk dirinya sendiri.
“Apa nak jadi dengan kau ni Lan?.. Umur dah makin meningkat… dah nak dekat 40 tahun dah.. Patutnya masa ni.. Ibu dah timang cucu dah..!” Rungut Halijah setiap kali Azlan pulang ke kampung menjenguknya.
Bukan apa, Halijah risau memikirkan nasib anak bujangnya yang seorang ini. Azlan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Kakaknya yang sulung, Azilah sudahpun berkahwin dan mempunyai lima orang anak. Kakaknya yang kedua, Amirah juga sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
“Lan belum masuk 40 lagi Ibu.. Baru 37 tahun! Muda lagi tuu… Hmmm.. Siapa kata Ibu tak timang cucu… tuhh… anak-anak Kak Long dan Kak Ngah..bukan ke cucu-cucu Ibu gak..!” Jawab Azlan sambil tersenyum.
Inilah persoalan yang membuatkan Azlan dalam dilemma bila pulang ke kampungnya di Ipoh menjenguk ibunya. Memang dia kasihan melihat ibunya yang tinggal seorang diri di rumah besar itu. Ayahnya sudah lama meninggal dunia ketika Azlan di tingkatan tiga lagi.
Walaupun Kak Long dan Kak Ngahnya tinggal berdekatan tetapi mereka terikat dengan tanggung-jawab kepada suami dan rumahtangga masing-masing. Bukan mereka tidak pernah mengajak ibu mereka tinggal bersama tetapi Halijah lebih suka tinggal di rumah pusaka peninggalan ayah mereka itu.
Halijah khuatir jika dia tidak tinggal di rumah besar itu, nanti anak menantu serta cucu-cucunya tidak akan pernah mengingati arwah suaminya lagi. Bagi Halijah, di rumah itulah bermula segala kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama arwah suami tersayang. Kalau boleh, Halijah ingin mati di rumah itu juga.
“Kau ni Lan.. Ibu nak timang cucu dari anak-anak kau.. Hmm… tu lah.. bila Ibu cakap sikit.. ada aje helahnya!” Rungut Halijah.
“Umur 37 tahun tu… dah masuk katagori matanglah tu Lan..Dah elok sangat dah tu kalau berkahwin…” Sambung Halijah lagi.
Azlan ketawa. Dia datang memeluk ibunya dari belakang sambil mencium kedua-dua belah pipinya. Sudah lama dia tidak berbuat begitu.
“Siapalah yang sudi berkahwin dengan anak Ibu yang dah tua.. lagi manja ni..? Cuba Ibu cakap sikit..! Dengan kerja Lan macam ni.. ada ke perempuan yang faham, Ibu? Sedangkan Ibu sendiri masih susah nak memahami kerja Lan macam ni.. inikan pula anak orang yang Lan nak kena jaga seumur hidup..!” Kata Azlan.
Azlan sudah berbaring di pangkuan ibunya. Begitulah selalunya. Pada ibunyalah tempat dia bermanja, mencurah rasa dan kadang-kala “mangsa” sakatnya!
Halijah melebarkan pangkuannya bagi memberi laluan kepala anak bujangnya itu berbaring. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Dah tua-tua beginipun.. nak manja-manja ngan Ibu!” Perli Halijah namun tangannya terus sahaja mengelus-ngelus rambut pendek Azlan.
Azlan sememangnya anak yang manja tetapi bukan yang mengada-ngada. Halijah bersyukur, sesibuk mana sekalipun Azlan bekerja walau di mana-mana pun, Azlan pasti akan menelefonnya bertanya khabar. Itu perkara wajib yang dilakukan Azlan sejak Azlan memulakan pekerjaannya lagi.
“Bukan tak ada.. kau yang tak nak..! Suruh bercinta tak mahu.. Ibu rekomenkan pun kau tak mahu.. habis.. perempuan yang macamana yang kau nak ni Lan..?” Rungut Halijah.
“Ibu.. agak-agak.. ada tak anak raja yang sudi nak kahwin dengan Lan? Kalau ada... bagus jugak kan Ibu..!” Kata Azlan.
“Tok sah kau nak berangan nak kahwin dengan anak raja Lan.. Anak Raja Gopal pun.. belum tentu kau sanggup kahwin lagi..!” Gurau Halijah sambil ketawa.
“Hehehhee…. Biar Lan kahwin dengan kerjaya Lan aje.. Ibu..! Lagi senang.. tak payah nak jaga hati orang.. tak ada orang nak sakit hati kalau Lan sibuk dengan kerja..” Jawab Azlan selamba.
“Huh.. orang lain pun kerja polis gak.. tapi masih boleh berkahwin, beranak-pinak..ada keluarga sendiri.. Ha.. Perdana Menteri tu pun lagi sibuk Ibu tengok.. tapi dia tetap bahagia dengan anak isteri dia… Apa yang sibuk sangat kerja kau tu Lan sampai sekarang ni.. tak jumpa-jumpa lagi teman hidup…!” Tanya Halijah.
“Ibu… kalau Ibu nak tau.. Perdana Menteri tu.. memang Nampak sibuk tapi.. yang buat kerja semuanya orang-orang dia macam Lan ni..! Ha…. Ibu janganlah nak bandingkan Lan dengan Perdana Menteri tu Bu…! “ Sakat Azlan.
Halijah menjeling. Beginilah selalunya bila dia membuka cerita kahwin pada Azlan. Sudahnya kata-katanya itu dipermainkan oleh Azlan.
“Anak bertuah!” Kata Halijah. Dia mencubit bahu Azlan. Azlan mengaduh kesakitan.
“Aduh.. Ibu ni! Tak sporting langsung…! Ibu.. kalau Ibu suruh gak Lan kahwin, lepas ni.. Ibu tak bolehlah nak manja-manja dengan Lan lagi.. Ibu gak..yang sunyi tinggal sorang-sorang..” Kata Azlan
“Ibu dah tua..Lan! Esok-esok.. mati pun sorang jugak! Tapi.. hati Ibu takkan senang kalau hanya tinggal sorang aje anak ibu yang tak berkahwin. Janji ibu pada ayah.. nak tengok anak-anak ibu semuanya bahagia.. dengan keluarga masing-masing. Itu jugak doa ibu tiap-tiap hari…!” Kata Halijah dengan nada sayu.
Azlan bangun dari ribaan ibunya. Dia mengurut-ngurut belakang ibunya dengan penuh kasih. Tentang bab ini, Azlan menjadi lemah. Dia memang tidak boleh melihat ibunya bersedih. Selama ini, ibunya memang telah banyak berkorban demi membesar dan mendidik Azlan dan kakak-kakaknya.
Berapa sangatlah untuk mereka sekeluarga mengharapkan wang pencen ayahnya yang juga merupakan anggota polis berpangkat Sarjan. Justeru itu, ibunya telah melakukan berbagai-bagai jenis pekerjaan semata-mata untuk memastikan kesemua anak-anaknya menamatkan persekolahan sehingga Berjaya.
Kakak Azlan yang sulung kini menjadi pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kakak kedua Azlan pula seorang ketua jururawat di Hospital Besar Ipoh. Manakala Azlan sendiri merupakan pegawai polis di bahagian siasatan jenayah di Bukit Aman.
“Sabarlah Ibu… Insyaallah.. berkat doa Ibu.. Allah akan makbulkan juga suatu hari nanti.. Lan janji.. lepas ni.. kalau dalam masa setahun ni.. Lan tak jumpa juga teman hidup Lan.., Lan akan serahkan jodoh Lan tu pada Ibu.. Terpulanglah pada Ibu.. nak mencari pasangan untuk Lan.. Lan akan ikut aje pilihan Ibu…” Kata Azlan.
Halijah memandang Azlan dengan pandangan yang bersinar. Dia tersenyum.
“Insyaallah.. Ibu akan sentiasa doakan kebahagiaan Lan..di dunia dan di akhirat…!” Doa Halijah pada anak lelaki kesayangannya itu.
Bunyi deringan dari computer riba Azlan menandakan mesej masuk mengejutkan Azlan yang masih lagi termenung di balkoni hotel itu. Serentak itu, baru dia menyedari yang dia tidak berbaju dan hanya berseluar pendek sahaja. Angin malam yang bertiup membuatkan Azlan terasa kesejukan. Dia berpeluk tubuh menahan kesejukan.
Segera dia mendapatkan computer ribanya. Diamati mesej email pada “inbox” . Diamatinya untuk melihat siapakah sipengirim email itu. Dato’ Amirol!
“Please report duty upon your departure!”
Azlan mengeluh membaca nota ringkas itu.
“Aku baru balik seminar…! “ Rungutnya sendirian.
“Kerja..! Kerja! Kerja!..” Keluhnya lagi.
Teringat Azlan dengan lagu nyanyian ‘Lan the typewriter’..
Lalalalallalalallaaa….
Hari hari Kerja…
Lallalallalallaa…
Kerja..kerja…kerja….
Azlan tersenyum sendirian.
“Agaknya orang yang nama Azlan nie.. memang gila kerja agaknya!” Kata Azlan disambung dengan tawanya sendiri.
Azlan lantas menutup computer ribanya. Sempat dijelingnya jam tangan yang berada di sebelah computer ribanya. Dah pukul 2.00 pagi rupanya! Seraya itu juga, Azlan menguap dan baru kini terasa mengantuk.
Memikirkan masih banyak agenda yang harus ditempuh keesokkan harinya, Azlan lantas merebahkan diri dan tidak sampai beberapa saat, dia akhirnya terlelap..