Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
291,350
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 34

BAB 34

“Azlan..!!!”

Meor sudah terjerit di muka pintu sambil bercekak pinggang. Di belakangnya, Siti isterinya dan Azley anaknya yang baru berusia lima tahun itu turut terperanjat menyaksikan “drama” yang berlaku di hadapan mereka kini.

Sempat juga Siti, isteri kepada Meor menutup mata si kecil, Azley dari melihat babak drama yang tidak patut dilihat bagi seorang kanak-kanak seperti Azley.

Manakan tidak, Azlan sedang tidur di atas katil di dalam bilik itu tanpa memakai baju dan di sebelahnya, Surya sedang tidur juga tanpa mengenakan sebarang pakaian pun!

“Masyaallah… Apa yang korang dah buat ni??!!”

Meor bagai sudah kerasukan bertempik di situ. Mendengar tempikan yang kuat dari suara garau Meor, Azlan yang tertidur lena itu terjaga dan terpisat-pisat bangun.

Meor sudah berlari ke dapur untuk mengambil sesuatu. Isterinya Siti cuba mengejarnya.

Sementara itu, Azlan memandang di sebelahnya. Seperti dirinya, Surya juga kelihatan terpisat-pisat bangun sambil memakai baju tidurnya semula. Kepalanya masih lagi berbalut. Lengannya juga turut berbalut. Azlan memandang sekeliling. Terperanjat dia bila menyedari dirinya berada di dalam sebuah bilik dan dia kini sedang berbaring di atas katil!

Azlan lantas memandang sekeliling sambil mencari sesuatu. Dia terus mencapai bajunya yang memang terletak kemas di atas meja solek. Azlan sedar yang ketika itu, dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata milik si kecil, Azley anak Meor dari celah pintu bilik.

Perasaan malunya mula menebal. Kewarasan akalnya mula terfikir, bagaimana dia boleh berada di dalam bilik itu dan tidur bersama Surya! Dia melihat jam di tangan, sudah pukul 8.00 pagi! Apa yang telah terjadi tadi?

Sekonyong-konyong itu juga, Meor sudah muncul bersama parang panjang di tangannya. Siti sudah menangis, cuba memujuk suaminya agar bertenang.

“Sudahlah Bang.. Jangan jadi gila. Kita baru sahaja selesaikan urusan arwah mak. Sabarlah…. Mati pulak si Azlan ni nanti.. Tak pasal-pasal Abang kena masuk penjara.. Ingat Tuhan Bang..!” Pujuk Siti dalam sendunya.

“Kau nak aku sabar macam mana lagi, Siti?? Aku nak biarkan si jantan jahanam ni merosakkan hidup adik aku? Aku nak biarkan saje ke??” Sergah Meor pula. Dia sudah melibas-libaskan parangnya itu ke arah kepala Azlan.

Siti sudah kehilangan akal untuk memujuk hati marah suamnya. Sudahnya, dia terus mendapatkan anaknya yang berada tidak jauh darinya itu. Dipeluknya anaknya erat-erat agar sesuatu yang tidak baik tidak menimpa anak tunggalnya itu.

Sedikit sedar dengan keterlanjurannya bertindak marah dengan melampau itu, Meor cuba bertenang. Dia menarik nafas panjang. Dia memandang sayu anaknya, Azley. Serta-merta, Meor terus mencampakkan parang yang dipegangnya itu ke sudut bilik.

Kalut Azlan memikirkannya. Dia masih dalam kebingungan lagi. Meor dilihatnya sudah menendang-nendang kerusi dan meja di ruang tamu. Pastinya Meor sedang mengamuk melepaskan kemarahannya itu. Sementara itu, Surya sudah menangis teresak-esak di atas katil itu. Azlan memangku kepalanya sambil memikirkan apa yang telah berlaku padanya sejak pukul 5 pagi tadi.

Terasa dirinya telah tertidur dengan amat nyenyak sekali. Tidak pernah dia merasakan tidur senyenyak itu.

“Surya..! Apa yang telah terjadi ni? Kenapa saya berada dalam bilik ini bersama awak? Apa yang saya telah lakukan?” Tanya Azlan seperti orang kebingungan.

Surya masih lagi dalam esak tangisnya. Dia hanya memandang Azlan tanpa perasaan.

“Cakaplah Surya..! Apa yang telah terjadi ni?” Desak Azlan.

“Tadi..tadi.. masa Surya kejutkan Abang Lan yang tertidur di sofa tadi, tiba-tiba Abang Lan terjaga dan terus merentap tangan Surya.. Abang Lan… Abang Lan … paksa Surya… Abang Lan.. tarik Surya masuk ke bilik ni..” Cerita Surya sambil menangis.

“Apa?? Kenapa saya buat macam tu? A.. Apa yang telah saya buat kat Surya..?” Tanya Azlan. Dia masih dalam kebingungan.

“Abang Lan… Abang Lan… cuba merayu Surya.. Surya….” Surya sudah meraung pula.

“Surya.. Saya tak faham.. Kenapa.,…” Kata-kata Azlan terhenti di situ apabila Meor yang mendengar perbualan mereka itu mencelah.

“Sudahlah Lan!! Jangan kau buat-buat lupa ingatan pulak! Aku… Aku memang tak sangka kau sanggup buat macam ni kat family aku, Lan! Sungguh aku tak sangka!....” Keluh Meor sambil tersandar tubuhnya ke dinding.

“Meor… apa-apa pun.. dengar dulu keterangan aku.. Bagi aku peluang untuk menjelaskan perkara sebenar.. Aku..”

“Sudahlah Lan!! Aku tau.. polis macam kau ni banyak dolak-dalihnya! Bukti dah ada di depan mata.. Untuk apa aku perlu dengar lagi keterangan kau!” Jerit Meor.

“Tapi Meor…”

Enough Lan! That’s it! Aku harapkan kau mengawasi dan melindungi adik aku sementara aku menguruskan hal mak mentua aku. Tapi… apa yang telah korang buat ni? Ya Allah.. mana aku nak letakkan muka aku ni??’ Meor masih dalam mood marah dan sedih.

“Meor…!”

“Cukup Lan! Aku tak boleh terima apa alasan kau lagi..… Kau sebenarnya suka mengambil kesempatan dalam situasi yang serabut ni!!”

“Meor… tolonglah..! Bagi aku peluang menjelaskan kedudukan perkara sebenar. Aku.. Aku sendiri pun keliru kenapa aku berada dalam bilik ini… Aku.. aku kurang percaya dengan kata-kata Surya tadi..” Rayu Azlan.

“Jadi.. kau nak putar belitkan cerita.. yang adik aku pulak yang menganiaya kau? Begitu? Eh Azlan.. buta ke mata kau dengan keadaan adik aku ni sekarang? Dengan kes dia ni yang tak selesai.. entah siapa pulak yang menyerang dia malam tadi.. dan sekarang.. kau pulak buat hal…!” Jerkah Meor berang.

Azlan terdiam. Kepalanya masih berpusing dan pandangannya berpinar-pinar. Dia sendiri benar-benar kebingungan dan keliru, dengan apa yang telah berlaku sebenarnya.

Azlan memandang Surya yang masih tidak henti-henti menangis di bahu kakak iparnya. Azlan memandang Surya untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan cerita yang disampaikan oleh Surya itu. Namun Surya bagai tidak mahu berdepan melihat wajah apatah lagi matanya.

Surya seperti menghindarkan matanya dari bertatapan dengan mata Azlan!

Entah mengapa, Azlan merasakan Surya telah merancang sesuatu yang tidak elok untuk dirinya. Sebagai seorang pegawai polis yang berpengalaman dalam soal siasatan jenayah, nalurinya begitu kuat mengatakan yang dia sudah terperangkap dalam jerat Surya. Namun, dia tidak pasti bagaimana mahu merungkai persoalan itu kerana situasinya kini benar-benar menjerat lehernya.

Tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam dari halaman rumah Meor. Meor terhenti. Dia meninjau ke ruang tamu. Rupanya dua orang pegawai polis sedang berdirii di halaman rumahnya.

“Aku tak habis lagi, Azlan! Keputusan aku.. muktamad... Akhir bulan ni.. kau harus bernikah dengan adik aku!” Kata Meor tegas sambil menarik kolar baju Azlan dan melepaskannya dengan kasar. Azlan yang berbadan tegap itu hampir jatuh ditolak kasar oleh Meor.

“Tapi Meor…!”

“Sudahlah Lan..! Aku tak buat report pun.. dah cukup bagus untuk kau jaga reputasi kau tu..! Whatever it is.. the mess has been done.. You have to take the responsible!.. “ Keras kata-kata Meor pada pendengaran Azlan.

Meor terus ke ruang tamu melayani soal jawab dua orang pegawai polis itu. Sewaktu Surya berlalu di hadapan Azlan, dia sempat memandang wajah Azlan dengan pandangan yang amat sukar dimengertikan.

Namun dari mata Azlan, dia dapat melihat ada senyuman sinis dan mengejek di bibir Surya. Azlan terpempan di situ. Azlan mula terdetik rasa sangsi dengan “drama” yang dipersembahkan oleh Surya tadi.

Benarkah apa yang telah diceritakan oleh Surya tadi? Bagaimana dengan keadaan Surya pula? Benarkah ada orang telah menyerangnya? Melihat gelagat Surya tadi, dia seperti orang yang tidak mengalami apa-apa kecederaan pun! Tiba-tiba Azlan merasakan bagai ada sesuatu yang tidak beres di situ.

Di ketika itu, ingatannya kuat kepada seraut wajah manis yang dicintainya, Effa! Rasa bahagia masih lagi dirasai apabila Effa memberi jawapan bahawa cintanya disambut dengan seikhlas hati. Bertambah berseri lagi apabila keluarga Effa juga turut merestui hubungan cinta mereka.

Azlan baru sahaja pulang dari kampungnya, menziarahi ibu dan seterusnya berbincang dengan ibu dan kakak-kakaknya mengenai perancangannya untuk merisik sekaligus bertunang dengan gadis pujaannya itu. Syukurnya kepada Tuhan kerana ibu dan kakak-kakaknya semuanya tidak kisah dengan pilihannya malah turut merestui juga hubungan mereka berdua.

Kenangan manis mereka berdua sewaktu memilih cincin tanda dan cincin tunang masih jelas terbayang. Hatinya benar-benar tidak sabar untuk menjadi teman dan suami kepada Effa.

Kata sepakat telah dibuat. Azlan dan Effa bakal ditunangkan akhir bulan ini. Namun.. bila Azlan mengingatkan semula ugutan Meor tadi yang dia bakal dinikahkan dengan Surya akhir bulan ini juga, Azlan menjadi semakin buntu.

Mengapa di saat dia ingin merasai nikmati bahagianya hidup bersama orang yang dicintai, dugaan datang kepadanya tanpa belas kasihan? Dosa apakah yang telah dilakukannya sehingga dia kini ‘dihukum’ tanpa perasaan dan keadilan?

Adakah ini “sumpahan” yang terkena pada dirinya atas segala yang telah dilakukannya atas nama kerjaya ataupun tugasnya sebagai pegawai polis yang bertugas mengikut undang-undang?

Azlan meraup wajahnya. Hatinya meraung pilu. Memikirkan dapatkah Effa menerima kenyataan ini? Dan yang penting… adakah Effa menyintainya lagi setelah apa yang telah berlaku padanya itu….? Apa alasan yang ingin dia berikan kepada keluarga Effa? Kepada ibunya? Kepada kakak-kakaknya?.. Bagaimana dengan janji-janjinya kepada ayah Effa?…

Azlan kini benar-benar buntu… Dia sudah menangis teresak-esak di dalam bilik itu. Memohon petunjuk di saat fikirannya buntu dan kehilangan punca.

“Ya Allah… dugaan apakah yang menimpa aku ini, ya Allah..! Ampunilah dosa-dosaku dan selamatkanlah hambaMU ini, ya Allah… Keluarkanlah aku dari kesukaran ini, ya Allah..” Doa Azlan di dalam hatinya tidak putus-putus.

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.