BAB 16
Azlan masih lagi meneliti laporan yang disediakan oleh Inspektor Halim. Sudah seminggu dia berkampung dengan tiga lagi anggota unitnya di Kluang itu. Azlan dan anggotanya ditempatkan di sebuah rumah rehat terpencil yang dijadikannya sebagai markas tempat kumpulannya menjalani siasatan. Kali ini dia dan kumpulannya diminta menyelesaikan satu kes penculikan anak seorang tokeh balak di kawasan itu.
Anak tokeh itu dipercayai telah diculik sewaktu dia pulang dari sekolah. Sehari selepas itu, seorang lelaki telah menelefon tokeh balak itu dan meminta wang sebanyak RM500,000.00 sebagai harga tebusan untuk melepaskan anaknya. Lelaki itu sempat berpesan jika didapati tokeh balak itu menghubungi polis, maka anaknya akan dipulangkan dalam keadaan mayatnya dikerat-kerat.
Demi keselamatan anak tunggalnya, tokeh balak itu telah bersetuju untuk membayar wang yang diminta. Bagaimanapun, tokeh itu tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Aduan penculikan anaknya kepada pihak polis itu pun dibuat oleh adik tokeh balak itu sendiri.
Menurut adik tokeh balak itu, abangnya tidak mempercayai keupayaan pihak polis menyelesaikan masalah anaknya itu. Tokeh balak itu menuduh pihak polis ‘lembab’ dalam menyelesaikan kes-kes jenayah di Malaysia ini.Tokeh balak itu rela membayar apa sahaja yang diminta oleh si penculik asalkan anaknya terlepas dan selamat.
“Huh.. inilah susahnya orang Malaysia ni..! Tingkat pemikiran kelas bawahan! Tak pernah nak support polis di Negara sendiri.. Tu lah padahnya.. terlampau terpengaruh dengan cerita-cerita barat macam CSI, S.W.A.T., CHIPS dan apa ke jadahnya lagilah! Macam bagus sangat diaorang tuhh” Bebel Azlan di depan anggotanya itu.
Inspektor Halim yang sedang membetulkan semula laporan yang disediakan untuk semakan terakhir oleh Azlan tersengih-sengih mendengar bebelan ketuanya itu. Azlan kalau sudah naik angin, semuanya nak dibebelkan. Mengalahkan isterinya yang berada di rumah itu pula lagaknya.
“Haah.. yang awak tersegih-sengih tu nape Halim? Report dah siap?” Sergah Azlan.
“Jap lagi Tuan.! Hehhehe.. tuan ni kalau bab membebel, kalah orang rumah saya, Tuan!” Jawab Inspektor Halim dengan selamba.
Serentak itu Inspektor Azam dan Sarjan Kamil ketawa mengiyakan kata-kata Inspektor Halim.
“Ha.. ya lah.. gelakkan saya..! Cepat siapkan laporan tu. Dato’ tengah tunggu laporan kita kat Bukit Aman tu!” Kata Azlan serius sambil berlalu masuk ke bilik.
“Baik Tuan!” Jawab Inspektor Halim serius juga. Inspektor Azam dan Sarjan Kamil hanya sekadar tersenyum.
Tiba-tiba, telefon bimbit Inspektor Azam berbunyi. Dia segera menjawab panggilan. Terangguk-angguk dan wajahnya kelihatan serius sepanjang perbualan itu. Selesai berbicara, dia segera mendapatkan Azlan di dalam bilik.
“Tuan.. Mr Andy, adik tokeh balak tu telefon tadi. Anaknya dah pulang ke rumah!” Inspektor Azam memberitahu.
“Hmm.. confirmlah tokeh tu dah bayar kat si penculik tuhh!!” Gumam Azlan dengan geram.
“Hmm.. nak buat macamana Tuan.. dia tak percaya kan polis boleh selesaikan masalah dia ni. Sejak awal lagi kan dia tak nak bagi kerjasama kat kita..” Kata Inspektor Azam dalam nada keluhannya itu.
“Itulah silapnya orang Malaysia ni. Disebabkan ada segelintir polis yang tidak menjalankan tugas dengan cekap dan effektif, seluruh jabatan polis dikaitkan sama.” Rungut Azlan.
“Macamana mereka nak percaya keupayaan polis Malaysia buat kerja kalau asyik nak menghentam dan mengkritik ajer kerja mereka! Sekurang-kurangnya berilah peluang polis Malaysia buktikan kemampuan mereka dulu..!” Keluh Azlan lagi.
Terbakar betul hatinya saat ini.
“Kerja dengan jujur pun orang pertikaikan.. Kerja tak ikhlas.. lagilah orang mengata.. Hai.. susah betul hidup dikelilingi manusia hipokrit ni!” Azlan masih lagi dengan rasa kesalnya.
Namun akhirnya Azlan tersedar sendiri yang dia sedari tadi asyik meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Astagfirullah hal’azim… ya Allah.. ampunkan dosaku ya Allah.. Apa yang aku dah melalut ni..!” Azlan beristigfar di dalam hati, menyesali di atas keterlanjurannya berkata-kata sebentar tadi. Takut benar jika niat ikhlasnya dalam melaksanakan amanah tugasnya itu terpesong dari niat asal.
“ Hmm.. sudahlah,… Awak buat penambahan laporan dan hantar kepada Dato’. Pas ni.. kita bersedia tunggu arahan dari Bukit Aman selanjutnya.” Arah Azlan kepada Inspektor Azam.
Inspektor Azam menabik hormat dan terus keluar bilik untuk tindakan selanjutnya. Azlan di bilik mengeluh. Kecewa di hatinya masih belum reda lagi. Segala perancangan telah diatur untuk menjerat sipenculik itu walaupun tidak mendapat kerjasama dari tokeh balak itu sendiri.
Memang dia kesal dengan sikap tokeh balak itu dan segelintir masyarakat yang lain yang memandang rendah keupayaan pihak polis menyelesaikan kes-kes jenayah di Malaysia.
Bukan dia tidak biasa dengan kata-kata pedas dari segelintir masyarakat yang mengejek-ngejek perkhidmatan polis itu. Kata-kata seperti; “Polis Malaysia suka makan rasuah” “Polis Malaysia macam anjing!” “Polis Malaysia lembab..!” dan pelbagai lagi tuduhan yang dilemparkan. Semuanya itu dianggap sebagai satu cabaran untuk semua kakitangan polis bagi membuktikan tuduhan-tuduhan itu adalah tidak benar.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak polis bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang tugas-tugas polis dan kecekapan mereka bertindak dalam menyelesaikan sesuatu kes. Usaha-usaha ini sentiasa berterusan sehingga orang ramai benar-benar yakin dengan keupayaan pihak polis.
Azlan bersetuju sangat dengan kewujudan Laman Web Rasmi Polis Diraja Malaysia itu. Di mana, di situ orang ramai akan mendapat segala informasi terkini mengenai kejayaan pihak polis Malaysia menangani kes-kes, aduan dan panduan yang diberi oleh pihak polis dan sebagainya.
Semuanya itu adalah salah satu usaha pihak polis untuk lebih mendekati dan mesra kepada masyarakat. Semoga tidak akan ada satu jurang yang membezakan antara polis dan orang ramai yang menghalang dari sesama pihak untuk bekerjasama.
Tiba-tiba Azlan tersentak. Telefon bimbitnya berbunyi nyaring minta diangkat.
“Hello…!” Serius sahaja nada suara Azlan menjawab telefon.
“Abang Lannn…!” Gedik sahaja suara yang didengarnya di hujung sana.
Azlan terdiam. Dia melihat nama yang terpapar di skrin telefon bimbitnya itu. Sebuah keluhan terkeluar dari mulutnya.
“Ya.. nak apa Surya?” Tanya Azlan dalam nada bosan.
“Alaaa.. Abang Lan niihh..! Serius jer! Ceria lah sikit… hehhehe.. Abang Lan buat apa tu?” Tanya Surya dalam nada yang manja dan gedik.
“Apalah soalan bodoh yang kau tanya nihh!!” Gerutu hati Azlan sendiri. Namun lain pula yang keluar dari mulutnya..
“Tengah kerjalah Surya! Takkan tengah berkelah pulak!.. Awak kat mana ni?” Tanya Azlan.
“Tengah kerja jugak ni. Jap lagi nak masuk dewan kuliah. Ada kelas.. Tiba-tiba teringatkan Abang Lan.. tu yang Surya call ni.. Abang Lan… Surya rindulahhh… Lama dah tak jumpa…Abang Lan ni.. asyik-asyik out-station jer… bla..bla..bla….”
“Mak Oii..! Panjangnya borak dia..! Ini.. lagi dahsyat kalau bab membebel nihh.. Aduhhh…!” Rungut Azlan perlahan sambil menjarakkan telefon bimbitnya dari telinganya.
“Hmm… saper suruh aku bagus sangat tolong dia kat PD hari tuhh.. Minah ni.. dah tentu rasa termakan budi..Padan muka kau Lan…!!” Hatinya sempat berkata-kata.
Di waktu yang sama, Inspektor Halim masuk ke bilik. Terkejut dia melihat perlakuan Azlan begitu.
“Siapa tu Tuan?” Tanya Inspektor Halim perlahan.
Azlan menjawab dengan memberi isyarat yang telinganya sudah ‘berasap’ dengan bebelan Surya di talian. Dia merujuk Surya sebagai orang gila yang tidak reti mahu berhenti bercakap. Inspektor Halim yang faham penjelasan isyarat Azlan itu ketawa berdekah-dekah. Dia keluar sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Ada-ada aja Tuan Azlan ni..!” Kata Inspektor Halim sambil tersenyum.
“Errr… Surya.. saya terpaksa stop ni.. Ada panggilan kecemasan di sini. Okay ye.. nanti ada masa.. kita borak lagi.. Okay, Bye!!”
Tanpa menunggu walau sesaat pun, Azlan terus mematikan talian. Kelegaan jelas terluah di wajahnya.
“Memang gila perempuan nih.. Bercakap sampai tak ada full stop langsung. Nak break ‘Guiness Book of Record’ pun.. janganlah dengan aku.. Tak berbaloi langsung!” Komen Azlan sendirian.
Dia mengeluh lagi. Bosan melayan perempuan seperti itu. Azlan memang tidak tahan berbual lama dengan mana-mana perempuan yang dirasakan mengada-ngada dan terlebih manja. Apatah lagi dengan gaya-gaya yang gedik dan terlampau seksi.
“Lemas!” Komennya apabila Inspektor Halim memperkenalkan Zarina, sepupu Inspektor Halim sendiri kepada Azlan. Inspektor Halim yang memang telah mengenali sikap Azlan sejak sepuluh tahun lalu hanya diam dengan komen yang diberi oleh Azlan.
“Awak jangan ambil hati pulak Halim. Lebih baik saya berterus-terang dari saya menyimpan kelemahan yang saya nampak pada Zarina tu. Bukan saya terlampau ‘perfect’ dan Zarina itu serba kekurangan tapi… memang hati saya tidak berkenan. Saya tak boleh nak paksa hati saya menerima cinta orang.. Nanti niaya anak orang dibuatnya!” Kata Azlan berterus-terang.
“Ya lah.. kalau Tuan dah cakap macam tu, takkan saya nak arguepulak. Saya okay jer.. Tuan. Mana yang elok pada Tuan.. eloklah juga pada saya..!” Jawab Inspektor Halim sambil tersenyum. Azlan ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Inspektor Halim.
Azlan mengeluh lagi. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi lagi. Azlan sudah naik angin namun segera diambilnya juga telefon bimbit itu. Kali ini dia melihat dahulu skrin di telefon bimbit untuk melihat siapakah yang menelefonnya.
“Ya.. Joe! What’s up?” Tanya Azlan kepada kawannya Joe itu.
“Lan.. kau kat mana? I need your help, Bro!” Tanya Joe dalam suara yang cemas.
“Aku kat Kluang ni.. Kenapa Joe? Apa yang boleh aku bantu?” Tanya Azlan.
“Lan… tunang aku dah tiga hari tak balik rumah mak dia! Kali terakhir aku jumpa dia sewaktu aku hantar dia pergi shopping kat The Mall, Kuantan untuk persiapan perkahwinan kami. Pas tu.. aku balik office sebab ada kerja. Sampai ke malam, mak dia bagitau.. dia tak balik-balik. Kami dah buat report polis kat Balai Polis Kuantan. Aku risau ni.. Lan..!” Adu Joe dalam nada yang resah.
“Hmm… okay… nanti aku contact orang aku kat Balai Polis Kuantan sana. Apa-apa hal, aku contactkau ye..” Kata Azlan tenang.
“Thank you Lan..! Mintak tolong yee Lan.. Aku risau sangat ni.. Bulan depan jer, kami dah nak kahwin. Aku takut sesuatu yang buruk terjadi kat dia..Boleh yee Lan?” Kata Joe cemas.
“Insyaallah.. Joe. Aku ikhtiarkan seboleh mungkin. Okey Bro.. I’ll keep you updated, later okay!” Balas Azlan.
“Okay… thank you.. Assalammualaikum..!” Jawab Joe.
Talian dimatikan. Azlan termenung seketika. Sebuah keluhan keluar lagi dari mulutnya. Demi tugas dan amanah yang dipikul, dia membuang jauh-jauh perasaan itu.
Perasaan normal bagi seorang lelaki yang sering kesunyian dan keseorangan tanpa teman sejiwa yang boleh berkongsi rasa suka dan duka.
“Mungkin belum tiba masanya lagi…!” Hanya itu sahaja kata-kata yang mampu diucapkannya bagi memujuk hati yang kian tandus dengan kasih dan sayang itu.
Dia menarik nafas panjang dan cuba bertenang. Memejamkan mata untuk seketika. Cuba melupakan segala masalah yang membelit diri. Serentak itu, Azlan bangun dan bersedia untuk merangka strategi selanjutnya.