Masri dan Daud melangkah
ke kaunter pertanyaan
dengan wajah bingung.
Takkanlah baru beberapa
jam, semuanya dah
lesap. Hilang tanpa
dapat di kesan.
Memang pelik!“Cik misi
yang cantik manis.
Den nak tumpang
tanyo. Mano poienyo
posakit kek dalam
bilik ICU pagi
tadi?” soal Masri.
“Ada ramai
pesakit yang di
tempatkan dalam bilik
tu, pakcik. Siapa
nama pesakit tu?”
Masri dah
pamer muncung cemberut.
“Den ni mudo
laie. Ado ko
patut di panggilnyo
den ni pakcik?
Panggilah abang ko.
Sodap sikit tolingo
den ni dongar
hah!”
Daud mencebik.
Lengan Masri di
tampar kuat. “Ekau
jangan nak mengado-ngado
haih! Jangan nak
jual minyak pulak
kek sini. Kito
ado urusan ponting
ni.”
“Yolah! Yolah!
Den main-main ajo.
Cik misi, kami
pun sobonar aie
tak tahu namo
posakit. Cumo kalau
tak silap namo
anak dio…”
Ayat Masri
mati tatkala kelibat
Arish bersama-sama dengan
dua orang jururawat
sedang berlari-lari anak
menerpa di hadapan
matanya. “Apo kono
pulak si Arish
tu borlari-lari camtu?
Ado acaro larian
ko dalam hospital
ni?”
“Ado apo-apo
dah berlaku ko?
Jomlah kito kojar
dio!” gesa Daud
seraya menghayun langkahnya.
Masri juga tidak
ketinggalan. Berdedai-dedai mereka
membontoti Arish hingga
ke bilik ruangan
menunggu. Kelibat Mel
yang sudah terjelepuk
di atas bangku
menyentak jiwa mereka.
Terus sahaja mereka
meluru ke arah
Arish.
“Apo yang
ekau dah buat
kek anak daro
orang ni, hah?
Kalau dah suko
sangat, masuklah mominang.
Apo susahnyo?” tempik
Masri. Kuat. Bergema
ke segenap ruang.
Arish terpaku.
Terperanjat, terkesima menjalar
di kalbu. Tak
ada angin, tak
ada ribut, tiba-tiba
kena herdik. Apa
kes? “Tenang, bang. Tenang. Saya
tak buat apa-apa
pun kat Mel.
Saya cuma lamar
dia aje tadi.
Pastu boleh pula
dia pengsan.”
Masri dan
Daud saling berpandangan.
Bibir masing-masing dah
senyum lebar. “Botul
ko ni? Alhamdullilah! Suko
hati den Allah
ajo yang tahu.
Tapi ekau ni
gelojoh sangat! Nak
lamar anak daro
orang, mano boleh
main terjah ajo.
Kena ikut adat
rosam. Budayo orang
kito,” sempat lagi
Masri membebel. Nanar
seketika Arish mendengarnya.
“Encik, isteri
encik ni tak
ada apa-apa. Cuma
mungkin dia terlalu
penat agaknya. Tu
yang sampai dia
boleh pengsan tu.
Saya dah bagi
suntikan, kejap lagi
sedarlah dia,” ujar
jururawat sambil tersenyum.
Masri dan
Daud dah menyeringai macam
kerang busuk. Merah
padam muka Arish.
“Err…dia bukan isteri
sayalah.”
“Samo ajolah
tu. Kan tadi
ekau cakap ekau
nak kahwin dengan
dio,” sampuk Masri.
“Maaflah encik,
saya tak tahu.
Takpelah kalau macam
tu saya minta diri
dulu.” Arish sekadar
menganggukkan kepala. Kedua-dua
jururawat itu pun
terus berlalu ke
muka pintu dan
menghilang.
“Eh, Mel
torimo ko tidak
lamaran ekau tadi?”
tebak Daud pula.
Arish mengeluh.
“Entah. Saya pun
tak tahu. Belum
sempat apa-apa lagi
dia dah pengsan
dulu.”
Masri dah
garu kepala. “Iyo
tak iyo jugak.
Afsal lah ekau
ni lombab sangat?
Kalau den, sokojap
ajo den dah
koba kek dio.”
Suara Masri
yang kuat terus
sahaja menjunam tepat
ke gegendang telinga
Mel. Matanya mula
terbuka sedikit demi
sedikit.
“Eh, Mel
dah sodarlah!” teriak
Daud.
“Hah, den
tahu macam mano
kito nak tahu
isi hati dio.
Tahulah den nak buek
apo. Ekau tengok
ajo. Mel, Arish
dah hilang! Ponyangak
itu hari dah
culik dio!”
Mel bingkas
bangkit. “Hah! Betul
ke? Jomlah, kita
cari dia sekarang!”
Masri dan
Daud dah ketawa
mengekek-ngekek. Kehairanan terjentik
di lubuk hati
Mel. Dah kenapa
dengan mereka berdua
ni? Kemudian baru
dia perasan kelibat
Arish yang berdiri
betul-betul bersebelahan dengan
Daud. Saat wajah
Arish yang sedang
menyengih lebar menerpa
ke matanya, barulah
dia sedar yang
Masri sekadar mempermain-mainkannya. Tebal
pula muka di
buatnya. Lebih tebal
dari dinding hospital
rasanya!
Arish dah
kerling nakal. Terjongket-jongket keningnya.
“Sayang juga awak
kat saya, kan?”
Mel di
serkam malu tak
terperi. Dalam keadaan
terhuyung-hayang, dia menyeret
tubuhnya. Dengan lemah
kakinya di tala
ke bilik ibunya
semula. Hatinya sakit.
Jiwanya perit. Arish
betul-betul melampau! Sudahlah
tadi dia ‘bermain’
soal kahwin di
hadapan Mak Cik
Sara, kini Masri
dan Daud pun boleh terbabit
sekali. Geramnya!
Sebaik sahaja
pintu bilik Mak
Cik Sara terkuak
luas, kelibat sesusuk
tubuh lampai segera
mampir ke pandangan.
Mel tersentak. Apa
yang dia buat
kat sini?
“There
you are! Lama
dah I tunggu.
Hei, you sorang
aje ke? Mana
buah hati I?”
Mel dah
kerut dahi. “Buah
hati? Oh, hati
ya? Mestilah hati
Cik Qisya ada
dalam badan Cik
Qisya sendiri. Buat
apa tanya kat
saya pulak?”
Qisya tepuk
dahi. “Hai, kenapalah
you ni bendul
sangat, kan? Macam
manalah si Arish
tu boleh tahan
kerja dengan perempuan
yang bendul tahap
cipan macam you
ni. Maksud I,
mana pergi Tuan
Arish Aqlan you
tu? Itu pun
susah nak faham
ke?”
“Ni apahal
cari saya sampai
ke sini ni?”
sahut Arish yang
muncul tiba-tiba dari
belakang.
“Mestilah ada
hal penting. Kalau
tidak takkanlah I
cari you sampai
ke sini,” balas
Qisya dengan nada
suara terlebih manja.
Naik meluat
pula Masri dan Daud melihatnya.
“Siapo pulak porompuan
ni, Arish? Torgodik-godik ajo
den tengok. Dah
macam ulat beluncas
ajo ruponyo,” selamba
Masri menukas.
Berubah air
muka Qisya. “You
diamlah, orang tua!
Sibuk aje nak
menyampuk hal orang.
Jagalah tepi kain
sendiri!”
Tergeleng-geleng kepala
Daud. “Rupo ajo
cantik, tapi bahaso
tak berapo nak
cantik. Sayang botul!”
“Memang I
cantik! So what?
Tak puas hati?”
balas Qisya bongkak.
Kebiadapan Qisya kian menghakis
kesabaran di hati
Arish. “Bukan ini
caranya bercakap dengan
orang yang lebih
tua dari kita,
Qisya. Rasanya saya
takde apa-apa urusan
dengan awak. Jadi
rasanya lebih baik
awak pergi dari
sini dengan cara
baik. Ke awak nak saya
guna cara kasar?”
Qisya merengus.
Geram. Bencinya kian
membukit pada Arish.
Kalaulah bukan ayahnya
yang menyuruhnya ke
mari, tidak ingin
dia bersemuka dengan
lelaki ini. Buat
menyakitkan hati aje.
“Err...maaflah, Arish.
I bukannya sengaja
nak berkasar dengan
diorang. Tapi diorang
yang sakitkan hati
I dulu. Oklah
semua, I minta
maaf. I takde
maksud nak sakitkan
hati you all .”
Kali ini
nada suaranya di
lenturkan selembut mungkin. Bibir dah
ukir senyum kelat.
Mel nak tergelak
melihat lakonan sendu
Qisya. Plastik sungguh!
“Awak dah
minta maaf, kan?
So sekarang di
persilakan...”
Pantas Qisya
memangkas. “Nantilah dulu,
Arish. You dengarlah
apa yang I
nak cakap dulu.
Sebenarnya papa yang
suruh I ke
mari. Dia suruh
I datang jemput
you. Ada hal
penting katanya. Benda
ni berkaitan dengan
kerjaya you.”
Umpan yang
di hulur tampak
mengena. Qisya senyum
sumbing tatkala melihat
bebola mata Arish
yang bersinar-sinar.
“Betul ke
ni, Qisya? Tuan
Kommisioner nak jumpa
saya?”
“Betullah! Takkanlah
I nak tipu
buah hati I
sendiri. Jomlah ikut
I sekarang. Mesti
you dah tak
sabar nak dengar
berita baik ni,”
pojok Qisya lagi.
“Jomlah.”
Arish dan
Qisya menala kaki
ke muka pintu.
Sempat lagi Qisya
mengerling tajam ke
arah Mel. Sinis.
Entah mengapa robek
hati Mel tatkala
Arish melangkah pergi.
Seakan-akan jiwanya turut
di bawa pergi.
Terpisah jauh dari hati.
“Konapo ekau
biar ajo si
Arish porgi dongan
porompuan godik tu?”
soal Masri geram.
Resah di
hati sedaya-upaya cuba
di sorok Mel.
“Saya takde hak
nak halang dia.
Biarlah dia pergi.”
“Siapo kato? Dio tu
kan bakal suami
ekau!”
Mel terjeda.
PS : DAH TERBIT MAC 2016...BOLEH DAPATKAN DI KARANGKRAF MALL ATAUPUN KEDAI_KEDAI BUKU BERHAMPIRAN