BAB 23Lembaran manuskrip
yang sudah kekuningan
dan lusuh di
beleknya berkali-kali. Kisah
cinta yang meruntun
hati. Tersentuh di
jiwa. Biarpun hampir
lima dekad sudah
berlalu. Namun aura
cintanya masih pekat
membara. Daud mengeluh.
Entah mengapa malam
ini otaknya tepu.
Mindanya celaru. Berbondong-bondong idea
datang menyerbu namun sepatah ayat
pun tidak berjaya
di lakar ke
atas kertas.
Bunyi ketukan
bertalu-talu di pintu
merenjat ketenangannya. Nampaknya
malam ini agendanya
terpaksa di tangguhkan
dahulu. Manuskrip usang yang
tergenggam kemas
dalam pegangan di letak ke
atas meja. Pantas
kakinya melangkah ke
pintu. Tersembul seraut
wajah yang langsung
tidak di jangkanya
sebaik sahaja daun
pintu terkuak.
“Masri! Ya
Allah, tak sangko
eh dapek jumpo ekau kek
sini! Jomputlah masuk,”
sapa Daud mesra.
Sudah bertahun mereka
tidak berjumpa. Kali
terakhir mereka bersua
muka lima tahun
yang lalu. Tangan
berjabat, rindu kian
terubat. Masri tenggelam
seketika dalam dakapan
erat Daud. Sudah
sekian lama tidak
ketemu, hiba datang
bertamu. Namun terjejaknya
kaki Masri ke
sini bersebab. Bukan
calang-calang bingkisannya.
Punggung di
labuhkan. Nafas kasar
di hela. Apa,
bagaimana dan bila,
Masri sendiri tidak
tahu caranya perkhabaran
ini harus di
sampaikan. Bimbang Daud
tersilap tafsir pula.
Kerutan terlukis
di dahi Masri.
Kian pekat dan
likat. Hairan Daud
melihatnya. “Kenapo ni,
Masri? Rungsing ajo
nampaknyo? Ado apo-apo
yang den buleh
bantu ko?”
Masri mengeluh.
“Den pun tak
tahu nak cerito
macam mano. Tapi ekau pongkaji
riwayat dan al
kisah nenek moyang
kito yang terdahulu,
bukan? Memang botul
ko porcintaan di
antaro Panglimo Awang
dongan Miriam pornah
torjalin dan torkubur
suatu ketiko dulu?”
Musykil timbul
di benak Daud.
“Yolah, dah bortahun-tahun pun
den mongkaji. Sebelum
ni ekau asyik bonar dongan
lakaran-lakaran kek kanvas
tu. Apa sobab
eh tibo-tibo ekau
tanyo bogini?”
Imbasan pemuda
tinggi lampai, kacak
dan berkulit gelap
siang tadi terus
sahaja bermain-main di
layar fikiran Masri.
“Siang tadi rasonyo
den torsorompak dongan
Panglimo Awang kek
Kualo Lumpur. Masih
hidup, sihat dan
segak orangnya. Saling
tak tumpah macam
gambor kek dalam
ni.”
Daud tersentak.
Tergeleng-geleng kepalanya. “Ekau
ni bior bonar,
Masri. Dah lebih
400 tahun borlalu.
Mano mungkin wujud
manusio sotua tu kek dalam
dunio ni.”
“Botul jugo
kato ekau tu.
Hmm...mungkin den yang
torbawo-bawo sangat. Hah,
macam mana dengan
perkembangan manuskrip ekau tontang Panglimo
Awang, Pelayar Melayu
Terulung tu? Ado
apo-apo porkombangan ko?”
Daud mengeluh.
“Entahlah. Malam ni
buntu pulak otak den ni hah. Sobaris
ayat pun langsung
tak muncul-muncul dalam minda den
ni. Sobab tuloh den mentelaah
manuskrip lamo ni.
Kot-kot boleh bagi
ilham kat den ko.”
Mata Masri
terus tertancap pada
manuskrip usang yang
terjelepuk di atas
meja. Sifat ingin
tahu berlari-lari datang
ke hati. Pantas
tangannya menyambar manuskrip
tersebut. Helaian demi
helaian mula di
selak satu-persatu. Jiwanya
mula larut dalam
kisah cinta yang
tidak bertepian itu...
1516. Lisbon,
Portugal.
Ladang epal
yang merah meranum
santun menyapa pandangan
si jelita bermata
biru. Rambut hitam
ikal mayangnya turut
sama berpupuk lembut
dek deruan sang
bayu. Bibir merah
mungil yang di
ketap berkali-kali tampak
sungguh mengiurkan sehingga
sang suria juga
malu untuk menonjolkan
diri. Bimbang tidak
mampu menyaingi kecantikan
asli milik si
jelita ini, barangkali.
Enrique menghembus
nafas berat. Kasar
dan kesat. Terselit
seribu satu perasaan
yang tercakna di
sebalik keluhan itu.
Cintanya memang menggunung
pada wanita berketurunan
Portugis itu. Namun
cinta semata tidak
cukup untuk menyelindungi
titik-titik perbezaan yang
ketara terlihat di
antara mereka. Benar,
secara lahiriahnya langsung
tiada perbedaan di
antaranya dengan rata-rata
jejaka tempatan di
sini. Pakaian dan
cara pertuturannya saling
tidak tumpah seperti
mereka. Namanya juga
sudah lama berkubur.
Panglima Awang.
Kali terakhir nama
itu di dengari
adalah sepuluh tahun
yang lepas. Arahan
terakhir Sultan Mahmud
Shah masih terngiang-ngiang di
telinga. Ketika itu
dia bersama-sama teman-teman
seperjuangannya sedang bermati-matian mempertahankan bumi
Melaka tercinta daripada
Alfonso de Albuquerque,
Wizurai Perang Portugis.
Akhirnya dia kecundang.
Bumi Melaka jatuh
ke tangan Potugis
manakala dia dan
ratusan pemuda telah
di jadikan tawanan.
Dalam keterpaksaan
mereka menjejakkan kaki
ke sini. Bumi
Lisbon menjadi saksi
betapa rendahnya maruah
dan harga diri.
Agama nenek moyang
yang tersanjung tinggi
terpaksa di selindungi.
Agama sang penjajah
meniti di bibir
tanpa sekelumit pun
keikhlasan di hati.
Semua ini terpaksa
di lakukan demi
meneruskan kelangsungan hidup
di sini.
Kafirkah aku,
getus Enrique saban
waktu dalam hati.
Namun pilihan yang
ada seakan-akan menutup
peluang baginya. Sementalah
Tuan Ferdinand, pelayar
tersohor Portugis sudah
mula mengiktiraf kedudukannya
selaku jurubahasa dan
pembantu khas. Jadi
ruang lingkup untuk
menjelmakan diri semula
sebagai Panglima Awang
bagaikan sudah terkatup
rapi.
“Enrique sayang,
haruskah kamu pergi
di saat-saat bahagia
yang sedang kita
lewati? Kamu jangan
khuatir, akan ku
pohon pada kandaku
Ferdinand agar melepaskanmu
dari pelayaran kali
ini,” ungkap Miriam.
Tidaklah menghairankan apabila
dia yang berasal
dari sini bisa
sahaja menuturkan bahasa
melayu dengan fasih.
Kemahsyuran dan keagungan
empayar Melaka tentu
sahaja berjaya menobatkan
bahasa melayu sebagai
lingua franca
di kalangan pedagang-pedagang Eropah
yang datang berdagang
di situ. Secara
tidak langsung pedagang-pedagang tersebut
juga berperanan menyebarkan
keunikan dan keistimewaan
bahasa melayu itu
sendiri ke negara
asal mereka.
“Tidak sesekali
aku akan mengingkari
perintah kekandamu, Miriam.
Kamu harus sedar
akan kedudukan aku
di sisinya. Aku
hanyalah hamba sahayanya.”
“Tapi kamu
harus ingat juga
kedudukan kamu sebagai
hamba cintaku. Sebetulnya
berat rasa hatiku
untuk melepaskan kepergianmu
kali ini. Cintaku
tidak mampu mekar
tanpamu di sisi,”
rintih Miriam sayu.
“Sematkanlah puing-puing
cintaku ke dalam
hatimu, sayang. Namun
jangan sesekali cinta
itu melebihi cintamu
pada Tuhan. Kerana
bila kamu mula
mengagungkan cinta sesama
manusia, Tuhan akan
mula hilang jejakmu
nanti. Kamu juga
yang sering bicara,
serahkan segalanya pada
lantai takdir. Tuhan
kan ada.”
Miriam berjeda.
Ya, setiap bait
kata-kata tersebut masih
subur indah di
minda. Memang acapkali
ayat-ayat tersebut di
ungkapkan pada Enrique
setiap kali gundah
melanda di jiwa
jejaka itu.
“Baiklah, Enrique
sayang. Kalau itu
mahumu. Aku tidak
bisa menukar pendirianmu.
Cuma janji pada
aku, perginya kamu
kali ini hanya
untuk sementara. Walau
apa pun yang
terjadi aku tetap
menantimu di kaki
langit pabila ufuk
timur mula melabuhkan
tirainya.”
Enrique menyeluk
koceknya. Dua keping
syiling emas berbentuk
heksagon tergenggam kemas
dalam tangannya. Sekeping
dari syiling itu
di unjurkan pada
Miriam.
“Apa ini,
Enrique?” soal Miriam
sambil membelek-belek syiling
tersebut.
“Ini lambang
cinta kita. Tanda
hati kita. Andai
kita terpisah jiwa
dan minda, syiling
inilah yang akan
mengembalikan semula ingatan
cinta kita. Walau
ke mana sahaja
kamu pergi, simpan
dan bawalah syiling
ini mengikut langkah
kaki. Bila mana
jejakku menghilang di
sapu awan, carilah
aku di tempat
asal-usul syiling ini.
Mungkin aku sudah
sampai ke Melaka,
tanah tumpah darahku.”
Berubah air
muka Miriam. “Kamu
mahu pulang ke
tempat asalmu? Jangan
Enrique. Jangan! Jangan
sesekali kamu hilangkan
jejakmu dari tatapan
hatiku. Ke mana
sahaja kamu pergi,
bawalah daku sekali.
Jangan pernah kamu
tinggalkan aku sendirian
di sini.”
“Jangan risau,
Miriam. Pemergian ku
kali ini hanya
sekadar meneman kekandamu
ke Sepanyol buat
seketika. Jangan risau,
suatu hari nanti
akan ku bawamu
ke bumi Melaka,
tempat asal usulku.”
Namun sama
sekali Miriam tidak
menyangka itulah kata-kata
terakhir yang di dengarinya
sebelum Enrique pergi
jauh dari sisi.
Hasad dengki dan
iri hati menyebabkan
Ferdinand dan Enrique
mengambil keputusan untuk
melarikan diri ke
Sepanyol. Hancur dan
luluhnya hati Miriam
tidak terperi. Hanya
janji yang terpatri
menjadi pengubat dukanya.