Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
Julia Basri hassan basri
15/5/2015 23:43:43
234,324
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 25
BAB 25

Masri dan Daud saling berpandangan. Wajah bengis Robo di tebak berkali-kali. “Ekau ni siapo? Tibo-tibo main torjah macam tu ajo. Kito ni orang molayu, boradap…”

“Eh, Daud. Den raso dio ni bukan orang melayulah. Macam mat saleh ajo den tengok,” pintas Masri.

Kerut di dahi Daud kian tebal. “Yoko? Memanglah rupo dio macam mat salleh tapi takkan ekau tak dongar tadi dio cakap bahaso molayu. Mestilah dio ni orang molayu kito. Mungkin dio ni molayu kacukan dongan mat salleh agaknyo.”

Robo mendengus. “Hei, tak payah nak bertekak pasal keturunan akulah! Well, I’m Spanish. Proud to be. Also well-versed in 30 languages in this world. So no harm for me to speak in your language, write? Now cut the crap! Serahkan pada aku cakra alam sekarang!”

Daud terpana. Bagaimana kewujudan cakra alam di sini dapat di hidu jejaka Sepanyol ini? Memang, sudah dua minggu cakra alam ada dengannya. Namun dia hanya meminjam untuk seketika. Demi manuskrip Panglima Awang, Pelayar Melayu Terulung. Tiada sesiapa pun yang tahu mengenai hal ini kecuali Zainal Al-Johan, teman baik merangkap pemilik cakra alam a.k.a pengumpul barangan melayu purba yang tersohor.

Sengaja Daud berdalih. “Cakra alam? Apo kobondo tu eh? Ekau ni mabuk ko apo? Dahlah tu, porgilah balik. Dah malam buto dah ni ha.”

Merah padam sudah menepek di wajah Robo. “Nampaknya kau sengaja menduga kesabaran aku. Baik! Kau sendiri yang pilih jalan ni. Terimalah akibatnya sekarang!”

Robo bergegas keluar. Cuak Masri dan Daud melihatnya. “Apo dio nak buek, yo? Karang kalau botul-botul dio bunuh orang, nayo kito. Jom kito tengok!”

Berlumba-lumba Masri dan Daud berlari ke muka pintu. Robo sudah melangkah ke arah kereta. Lengan Arish di cekak kasar. Terkial-kial Arish keluar dari kereta. Muncung pistol sudah di tala ke kepala Arish.

“Aku tanya sekali lagi ni. Mana dia cakra alam tu? Baik kamu cakap. Kalau tidak, pecah kepala budak ni aku kerjakan. Dan kamulah bertanggungjawab atas pembunuhannya!”

Masri dan Daud melopong. Wajah itu…oh, tidak mungkin!

“Tolong jangan apo-apokan Panglimo Awang kami! Daud, ekau bagi ajolah bondo tu. Karang tak pasal-pasal molotup kepalo Panglimo Awang tu hah!” gesa Masri ketakutan.

Robo tersentak. “Apa korang cakap? Panglima Awang? Maksudnya...inspektor tongong ni Panglima Awang? Wah, ini memang menakjubkan!”

“Bagus ni, bos. Bertambah mudahlah kerja kita macam ni,” sampuk Togo. Dia dah tercegat di sebelah Robo. Sengeh dah meleret di bibir.

Daud menyiku Masri. Namun Masri hanya mampu pamer muka cuak. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya. Dan padah itu tampak kian mendekat.

“Err...ekau borduo salah faham ni. Maksud den, budak ni anak saudaro Pak Awang yang duduk kek hujung kampung ni hah,” dalih Daud.

Robo senyum sinis. “Ingatkan inspektor nilah manusia paling bebal yang pernah aku jumpa, rupa-rupanya ada dua orang lagi yang sebebal dan seangkatan dengan dia. Hei orang tua! Kau ingat aku ni bodoh macam kau ke?”

“Terpulang kat ekaulah nak percayo ke tidak. Den koba yang betul ajo. Lagipun cubo ekau fikir, kalau botul budak ni Panglimo Awang, takkanlah dio masih mudo dan sihat laie macam ni? Kan dah lamo cerito tontang dio tu. Dah beratus tahun,” sampuk Masri pula.

Logik. Masuk akal. Sedikit sebanyak kata-kata Masri tunak ke benak Robo. “Dahlah! Jangan banyak cakap! Pergi ambil cakra alam tu sekarang!”

“Yolah! Yolah! Den bagi. Den bagi. Lopaskan Panglimo Awang...eh den sasul laie. Maksud den lopaskan anak saudaro Pak Awang tu dulu. Ni hah den poie ambil kojap,” ujar Masri. Pantas kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Cakra alam yang tersimpan dalam laci segera di sambar. Kemudian bagaikan tak cukup tanah dia melangkah keluar dari rumah. Dengan hati yang berat cakra alam itu di serahkan pada Robo.

“Den dah bagi bondo tu. Sokarang ni ekau lopaskan budak tu pastu ekau boleh borambuih dari rumah den ni hah!” selar Daud geram.

Terbahak-bahak Robo ketawa. “Hei, kau ingat semudah tu aje ke aku nak lepaskan korang semua, hah? Sekarang ni aku nak kau berdua ikut aku. Kalau tidak pistol ni tembus kat kepala korang berdua!”

Masri dan Daud melongo.


Mak Cik Sara terduduk. Kedatangan Mak Cik Senah sekeluarga memang sudah di jangka namun tidak di sangka begini pula pengakhirannya. Pedih mula merenyam di jiwa. Luka tambah perit di hati.

“Teman minta maaf banyak-banyak dengan mike, Sara. Teman pun tak sangka jadi lagu ni. Lagipun soal hati dan perasaan ni mana boleh di paksa-paksa, tak gitu?”

Mak Cik Sara menghembus nafas kasar. “Cakap memang senang, Senah. Tapi yang menanggungnya aku. Yang malu besarnya anak aku. Sampai hati korang buat macam ni pada aku sekeluarga. Aritu kau juga yang beria-ria nak kenenkan anak kau dengan anak aku. Sekarang ni apa sudah jadi?”

Mak Cik Senah mengeluh. “Habis tu takkan mike nak paksa juga anak teman nikah dengan anak mike? Buatnya lepas nikah, tak sampai berapa bulan dah bercerai-berai, siapa yang malu? Kita juga yang malu.”

“Mana kamu tahu lepas dah kahwin diorang berdua akan bercerai-berai? Itu semua kuasa Allah, Senah. Sebagai seorang ibu sepatutnya kamu doakan yang baik-baik untuk anak kita, bukannya cakap bukan-bukan pula,” bidas Mak Cik Sara.

Merah padam wajah Mak Cik Senah. “Bukanlah teman maksud gitu. Tapi soal perasaan ni mana boleh di paksa Sara ooi! Kalau dah tak berkenan, buat macam mana pun tetap tak berkenan juga di hati.”

“Hmm…tak berkenan, ya? Kalau tak berkenan dari mula, kenapa pula tempohari beria-ria sangat datang meminang? Bertunang pun tak mahu pasal dah tak sempat-sempat nak menikah. Sekarang ni lain cerita pula,” bidas Mak Cik Sara. Geram bertamu di jiwa. Meskipun dia sekeluarga miskin harta namun itu bukan bermakna maruah dan perasaan mereka boleh di injak-injak sesuka rasa.

“Entahlah. Teman pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Teman sekeluarga minta maaf. Teman sendiri tak sangka akan jadi macam ni. Anggap ajelah dah tak ada jodoh. Siapalah teman ni nak menidakkan takdir yang Allah s.w.t dah tentukan. Teman harap mike berlapang dada ajelah. Teman harap jelaslah perkara ini, ya. Kalau dah tak ada apa-apa, teman minta diri dululah, ya. Assalamualaikum.”

Mak Cik Senah dan rombongannya melangkah keluar. Namun kepulangan itu tidak di iringi dan tidak di temani. Kaki Mak Cik Sara seakan-akan terpasung ke lantai. Lidahnya kelu, jiwanya beku. Hancur hatinya hanya Allah yang tahu.

“Ya Allah! Kau limpahkanlah kesabaran dan ketenangan padaku dan anakku. Teguhkanlah pendirian kami dan jauhilah kami dari sifat-sifat kemungkaran. Aku redha dan berserah sepenuhnya padaMu, Ya Allah.”

Airmata di pipi mengiringi doa kudus di hati Mak Cik Sara.

Previous: BAB 24
Next: BAB 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.