Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
Julia Basri hassan basri
15/5/2015 23:43:43
232,534
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 18
BAB 18
Togo menggaru-garu kepalanya. Muka masam Robo di kerling sekilas. Dah macam buah kedondong tak cukup masak rupanya! Terus hati di geletek kelucuan. Memang dasar tak penyabar langsung mat saleh ni, kutuknya dalam hati.

“Sabar, bos. Sabar. Tak lari gunung di kejar. Saya tengah usahakanlah ni,” ujar Togo. Secarik senyuman kelat terlukis di bibir. Resah di kulum rapat dalam hati.

Robo mendengus kasar. Bebal sungguh. Tak boleh di harap langsung. Berbakul-bakul sumpah seranahnya pada Togo dalam hati. Hal kecil macam itu pun tak boleh di selesaikan. Memang dasar penyangak pendek akal!

“Bila masanya kau usahakan ni? Aku tengok kau tak keluar-keluar langsung dari sarang kita ni sejak semalam. Kau jangan nak torak akulah!” herdik Robo.

Togo menyengih bagaikan kerang busuk. “Janganlah marah, bos. Relakslah. Saya dah survey . Confirm benda tu ada kat situ punya. Don’t worry. Lagipun sekarang ni kan zaman teknologi. Semua maklumat di hujung jari. Sekali saya taip, berebut-rebut Pakcik Google dan Pakcik Yahoo bagi maklumat kat saya,” balas Togo yakin.

Menyirap darah Robo mendengarnya. “Hah?! Kau setakat cari maklumat tu dalam internet aje? Hai, apa punya bebal lah kau ni! Ikutkan hati, nak aje aku sumbat segala mak nenek internet tu dalam mulut kau!”

Togo kecut perut. Di manakah salah, apakah silapnya langsung dia tidak dapat mentafsirkan. “Kenapa pula bos marah-marah ni? Salahkah saya cari maklumat pasal harta peninggalan Sultan Melaka terakhir dalam internet? Cuba bos tengok ni hah, berapa ramai yang komen status saya dalam facebook.”

Laptop di atas meja di sua ke arah Robo. Berpinar seketika biji matanya membaca status Togo.

- Sesiapa yang ada info pasal harta peninggalan Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka terakhir? Cer kongsi sikit J J

+ ada. pakcik aku namanya Mahmud. ada 2 reban ayam dan seekor lembu. tapi dia bukan orang Melaka, bini dia huhuhu :P

+ harta tu bukan milik kau, harta tu Ahmad Albab yang punya ;)

+ duit duit, di mana kau duit?

+ bukan harta semua dah di sauk oleh Alfonso de Albuquerque ke? hehe kebetulan tengah study subjek sejarah ni J

Boleh tahan juga respon yang di terima. Hampir 60 komen tertera di situ. Tapi bukan komen-komen sarkastik yang tidak masuk akal begini yang di dambanya!

“Memanglah ramai yang komen. Tapi kalau setakat komen menyakitkan hati macam ni buat apa? Eei...geramnya aku!” Robo ketap bibir. Marah bertalu-talu singgah ke hati. Kepala Togo di lukunya sekuat hati.

“Adoi! Sakitlah, bos!”

“Padan dengan muka kau! Aku suruh kau survey tu maksudnya pergi cari maklumat kat luar. Bukannya duduk melepak kat sini, layan Facebook sambil buat status bodoh dan dapat pun komen bodoh macam ni!” kutuk Robo bertubi-tubi. Memang Togo satu-satunya pengikut yang paling setia dan boleh di harap. Tapi kadang-kadang terserlah juga perangai sengalnya.

Togo menggosok-gosok kepalanya yang bengal. Nasib baik tangan Robo yang meluku. Kalau tadi Robo sempat mencapai pistol semi automatik FN Five-Seven keluaran Belgium yang terletak atas meja tadi mahu juga berkecai kepalanya. Serta-merta Togo kecut perut. Dia tahu Robo mampu dan tidak teragak-agak untuk berbuat demikian.

“Sorilah, bos. Saya dah tanya kat geng selatan tapi sepatah haram pun diorang tak tahu. Geng utara pula langsung senyap sunyi. Cuma geng sentral ajelah yang bagi sikit info. Diorang cakap, Cakra Alam tu ada kat Rembau.”

“Sahih ke tidak maklumat tu?” soal Robo kurang percaya.

“Itulah yang kita kena siasat tu, bos. Masalahnya sekarang ni kita dalam buruan polis, tak boleh sewenang-wenangnya keluar. Tu yang saya cuba masukkan dalam facebook. Mana tau boleh jadi viral ke, senang sikit kerja kita.”

Robo terjeda. Iya tak iya juga! Lupa pula status terkini dirinya. Dendamnya mula membuak-buak pada Inspektor Arish. Satu-satunya inspektor dalam dunia yang berjaya memberkas dirinya walaupun cuma untuk tempoh tidak sampai dua puluh empat jam. Namun itu sudah cukup untuk mencalarkan rekod bersihnya selaku satu-satunya penjahat yang tidak pernah tertangkap setakat ini. Misi di Brazil cemerlang terlaksana, projek di Turki mudah sahaja di hadapnya. Namun belum sempat terlaksana visinya di Malaysia, sesedap rasa sahaja Inspektor Arish menggagalkannya. Kalau ketahuan dek pihak FBI, CIA dan KGB mahu seumur hidup dia menanggung malu. Arghh! Buntu Robo di buatnya.

“Ish! Ni semua inspektor bodoh tu punya pasal. Sekarang ni sangkut semua program kita. Kusut otak aku ni. Kusut!”

“Sabar, bos. Sabar! Jangan risau, saya dah minta tolong budak-budak kita aturkan. Malam ni kita gerak gi Rembau.”

“Cantik! Macam nilah orang kanan aku. Cepat, cekap, efisyen. Tapi ingat! Kalau benda ni berhasil, habuan lumayan menanti kau. Tapi kalau gagal, kau sedia maklum nasib kau!”

Togo meneguk air lirnya berkali-kali. Kata-kata keras yang lebih berbentuk amaran itu menyentak pundaknya. Apa yang terjadi, cakra alam harus di jejaki sebelum dirinya pula menjadi sasaran Robo!

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.