Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
Julia Basri hassan basri
15/5/2015 23:43:43
232,540
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 12
BAB 12
Tuan Komisioner mengeluh. Dia sendiri masih berharap yang Arish tidak melakukan kesilapan besar sebegitu. Selama ini memang dia sudah memasang angan-angan agar Arish menjadi bakal menantunya. Namun situasi sekarang tampak tidak mengizinkan. Impian tinggal impian semata-mata. Punah harapannya.

“Papa pun tak tahu nak cakap apa, Qisya. Papa sendiri pun kecewa dengan Arish. Tak sangka dia akan jadi secuai itu.”

“Habis ni sekarang apa yang akan jadi dengan dia, papa?”

“Entahlah. Tapi siasatan sedang di jalankan oleh Bahagian Siasatan Dalaman. Kalau terbukti dia bersalah, kemungkinan besar dia akan di pecat.”

Bam!!! Di pecat?! Dada Qisya bagaikan hendak meledak. Sia-sialah selama beberapa bulan ini dia berusaha memenangi hati Arish kalau begini pengakhirannya. Kalaulah dia tahu kesudahannya begini, tidak ingin dia mendekati jejaka berhati batu itu. Menghabiskan boreh aje!

Bunyi loceng yang bertalu-talu di pintu mematikan terus perbualan mereka. Terkocoh-kocoh Mak Yam berlari-lari ke muka pintu.

“Cik Qisya! Tuan Arish ada kat depan tu. Nak Mak Yam bukakan pintu pagar ke?”

Pantas Qisya memintas. “Eh, tak payah Mak Yam. Biar aje dia kat situ. Tak kuasa saya nak layan dia.”

“Tak baik kamu buat macam tu, Qisya. Kesian Arish. Kalau iya pun kamu tak suka, pergilah jumpa dia kejap, cakap elok-elok dengan dia,” sampuk Puan Dora yang diam sejak dari tadi.

“Qisya tak naklah, mama. Apa kelas gadis popular macam Qisya ni nak berkawan dengan loser macam dia tu!” cebik Qisya. Perasaan sayangnya pada Arish sudah bertukar benci.

“Betul cakap mama tu, Qisya. Pergilah jumpa dia kejap. Kamu cakaplah sendiri dengan dia, jangan cari kamu lagi lepas ni. Kalau kamu tak hiraukan dia macam ni, papa takut dia balas dendam kat kamu pula nanti.”

Qisya menghela nafas kasar. Kata-kata papa tunak juga ke jiwanya. Dengan berat kakinya di tala keluar. Kelibat Arish di balik pintu pagar sangat menjengkelkan baginya. Walhal sebelum ini susuk tubuh itulah yang di gilai dan di rindui setengah mati.

“Nak apa ni?” tebak Qisya kasar sebaik sahaja dia menghampiri Arish.

Arish tersentak. Tidak terduga sama sekali. Lembut gemalai sudah berganti jelek. Memang dasar perempuan gila kuasa!

Mujur emosi Arish masih terkawal. Selembut habis Arish mengatur kata-kata. “Amboi! Marah benar bunyinya tu. Kenapa melenting tak tentu pasal ni? Saya ada buat salah ke?”

“Hei! Dengar sini baik-baik, ya! Saya ni takde masa nak layan orang takde masa depan macam awak ni. Buang masa aje. Sekarang ni baik awak berambus sekarang dari rumah saya. Berambus!”

Sentap. Tercalar ego Arish sebagai seorang lelaki. Sangkanya hembusan semangat yang akan di kecapi namun kata-kata cercaan semata yang terhambur padanya.

“Tak boleh cakap baik-baik sikit ke? Ini tak tentu hujung pangkal awak nak herdik-herdik saya macam ni,” luah Arish kesal.

Qisya mencebik. “Benda kecil awak cakap? Hello Tuan Inspektor Arish! Mungkin kecil bagi awak tapi ianya besar bagi saya. Awak ingat selama ni saya hadap sangat ke dengan perangai cengcong awak tu? Tak hadaplah! Saya rapat-rapat dengan awak pun sebab saya ingat boleh menumpang teduh dengan nama dan kemahsyuran awak. Tapi sekarang ni awak dah tak ada apa-apa, kan? Jadi apa faedahnya saya rapat dengan awak lagi?”

Arish terkedu. Satu perkataan menari-nari dalam kepalanya. Cengcong? “Oops! Nanti dulu. Awak panggil saya cengcong? Cengcong tu apa?”

“Entah! Tapi PA awak yang panggil awak macam tu,” acuh tak acuh Qisya menjawab. Masih terngiang-ngiang di telinganya tempohari sewaktu Mel menelefonnya. Kerapkali perkataan itu bermain-main di bibir Mel.

Arish digigit kegeraman. “Nak kena si Mel ni. Suka-suka aje bagi gelaran cencong kat aku. Bertuah punya PA!” sungutnya dalam hati.

“Eh! Dahlah! Cengcong ke, apa ke, yang penting sekarang ni saya tak nak jumpa awak lagi, faham? Mulai dari saat ini, kita dah tak ada sebarang hubungan. Jangan sesekali awak berani cari saya lagi, faham?”

Qisya terus berpaling. Baru sahaja kakinya mahu di hayun apabila teriakan Arish menerpa gegendang telinganya.

“Tunggu dulu, Qisya!”

Langkah Qisya terhenti. Serentak itu dia berpaling semula ke arah Arish. Rona kebencian jelas terpancar di wajahnya. “Apa lagi?”

“Qisya Farhana. Seindah nama secantik orangnya. Santun tutur bicaranya. Lambang wanita Melayu sejati lagi tulen. Sesiapa yang memandang pasti tertawan.”

Sedikit sebanyak tersentuh sekeping hati milik Qisya. Senyuman yang terukir di bibir cuba di sembunyikan agar tidak ternampak dek pandangan sepasang mata tajam Arish.

“Tapi itu dululah. Sebelum belang sebenar tersingkap. Kini nama memang kekal indah menawan. Tapi tingkah laku berubah 360 darjah. Santun tutur kata sudah berubah kasar. Wanita melayu sejati kini saling tidak tumpah macam wanita barat yang mengejar populariti duniawi. Memang sesiapa yang memandang akan tertawan, tapi hanya pada luaran. Bila mereka mula mengenal dalaman, yang terserlah hanyalah sekeping hati yang kotor dan bersalut dengan noda.”

Berubah air muka Qisya. “Apa yang kau merepek ni, hah? Memang dasar jantan loser! Sebenarnya cakap ajelah kau marah pasal aku dah buang kau jauh-jauh dari hidup aku, kan? Hello Tuan Inspektor Arish...oppss...lupa pulak lepas ni mana boleh panggil kau tuan inspektor lagi, kan? Takpelah, anggap ini kali terakhir kau dengar panggilan tu dari aku. Pasang cuping telinga kau besar-besar sikit, ya? Kalau kau nak meroyan macam mana pun, jangan haraplah aku akan terima kau dalam hidup aku, faham? Status kita sekarang jauh berbeza. Sedar diri tu sikit!”

Sentap. Namun Arish tahankan hati. Senyum sinis terukir di bibirnya. “Sebetulnya awak pun bukannya istimewa sangat dalam hati saya. Sekadar calon akhir bakal teman wanita aje pun. Jadi sikit pun saya tak terasa. Cuma baguslah awal-awal lagi awak dah tunjuk sikap sebenar awak. Bolehlah saya reject siap-siap dari senarai calon bakal teman wanita saya!”

Qisya melopong. Aduh, tak pasal-pasal dia pula yang terkena!

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.