Epilog

Hitam putih warna kehidupan

Bunga di taman wanginya

Dalam Kehidupan tiada pengakhiran

Pasti ada kisah selanjutnya



Sementara itu, di sebuah pulau terpencil yang tidak tahu keberadaannya di mana. Sekumpulan pelajar yang mengikuti lawatan kelas terkandas di tempat tersebut. Mereka dipaksa untuk bermain suatu permainan di pulau tersebut untuk mendapatkan kebebasan.

“Cis, tak guna! Macam mana mereka boleh tahu rancangan kita. Ini mesti ada pengkhianat dalam kumpulan kita.”

“Itulah, aku dah kata tadi kau tak nak dengar juga. Sekarang tengoklah padahnya. Satu kumpulan kena tanggung akibatnya.”

“Sudahlah, aku nak keluar daripada kumpulan ni.”

Suatu pengumuman mula kedengaran. ‘MAAF TIDAK BOLEH TINGGALKAN KUMPULAN YANG TELAH DITETAPKAN.’

“Tch, baiklah. Aku tak nak organ badan aku kena jual. Jadi apa rancangan kau sekarang.”

“Sebenarnya, aku dah rancang benda ni sejak awal lagi.” 

“Apa dia tu?”

“Dia macam ini…” Mendengarkan perkara tersebut. Satu kumpulan kami semasa itu memandang ku dengan wajah sinis.

Apakah yang akan terjadi kepada mereka siapa yang tahu? Mungkin selamat mungkin tidak, ataupun kandas buat selamanya-lamanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh