Bab 35
Han


Keluarga bukannya berdasarkan darah daging

Tetapi orang yang mengingati.


“Kau!” Aku terkejut melihat orang yang takku sangka-sangka muncul di hadapan ku sejak sekian lama. Dia meninggalkan ku masa aku berumur 7 tahun. Aku sangkakan dia sudah meninggal dunia tetapi dia berada di sini.

“Kamu ni siapa?” Ini pak cik ku. Namanya Rahman.

“Saya anak saudara pak ciklah, Farhan. Apa pak cik buat di sini?”

“Oh, Farhan! Pak cik ingatkan kamu sudah mati. Tapi pak cik ada dengar suatu khabar pasal ada seorang budak yang boleh keluar daripada sini itu ialah kamu.” Dia ketawa. “Pak cik tak percaya dengan berita itu. Jadi kamu tinggal di kampung mana sekarang.”

“Pak cik, saya rasa yang berita tu betullah. Pasal budak keluar daripada dunia ni. Sayalah tu.” Dia terkejut. 

“Apa maksud kamu ni anak muda?” Dia tak nak terima hakikatlah.

“Saya datang balik ke alam dengan kawan-kawan saya yang lain. Sekarang tak ada cara lain lagi. Pak cik boleh tak saya duduk di kerusi itu. Saya kena buat tugasan saya ni.”

“Jikalau betullah itu kau, apasal kau tak beritahu aku.” Dapat mendengar nadanya yang meninggi. Dia mesti marah. “Kau tahu tak yang aku dah lama cari kau. Rupa-rupanya kau sudah keluar.”

“Bukannya saya sedarpun yang saya jumpa jalan keluar. Dan satu lagi manalah saya tahu yang pak cik ikut sekali.”

“Kau ingat pak cik tak tahu rancangan kamu dahulu.” Jadi seorang dewasa yang Sandra ceritakan itu ialah pak ciklah. Apasal aku tak ingat yang dia menghilang. Aku tak rasa yang aku ingat tentang dia di kampung sebab aku sedarpun 1 tahun lebih selepas daripada aku masuk hutan tersebut.

“Apa yang saya rancang? Masa tu saya masih lagi kanak-kanak ribena lagilah pak cik. Saya nak seronok-seronok saja masa tu.”

“Jadi kamu memang tak ada rancang apa-apa lah masatu.” Aku angguk. “Oh, sorrylah!”

“Pak cik tahu tak tentang ahli sihir di sini.”

“Kamu nak buat apa? Pak cik nak nasihat kamu. Jangan cari pasal dengan ahli sihir yang namanya Wiz. Dialah ahli sihir yang paling bahaya di sini. Harap-harap kamu tak cari pasallah dengannya.”

“Pak cik, sebenarnya pak cik lambat pesan pada saya satu hari yang lepas saja. Saya dah buat apa yang pak cik pesan tadi tu. Tapi jangan risau yang tu hanya fake aja.”

“Apa yang kamu dah buat?”

“Dia cari pasal dengan saya jadi saya balaslah balik perbuatannya.”   

“Apa-apapun sumpahan dia sangat merbahaya. Kamu tahu tak tentang kampung di sini yang jiwa mereka tiada di tubuh badan mereka.” Aku mengangguk. “Ha. Bahaya tau.”

“Saya dah uruskan kampung tu sudah. Sekarang mereka tak payah risau dengan masalah sumpahan sudah.”

“Kalau kamu sudah kata begitu. Di mana buktinya.” Tak salah ku ada buat swafoto haritu. Aku mengeluarkan telefon ku lalu menunjukkan gambar swafoto tersebut kepadanya. Kelihatannya dia lagi terkejut. “Telefon ni mahal ni. Sejak bila kamu ni kaya.”

“Sekarang negara kita sedang mengalami pertumbuhan teknologi. Telefon seperti ini murah saja sekarang.”

“Pak cik tak nak tolong sebab pak cik dulu hampir kena sumpah dengannya. Pak cik takut dan tak nak buat. Kamu buatlah sendiri kalau kamu nak.”

“Sebenarnya saya sudah jumpa cara bagaimana nak bawa semua orang di sini untuk keluar daripada alam ini.”

“Apa maksud kamu kali ini?”

“Maksud saya ialah saya ada rancangan yang boleh mengubah hidup penduduk di sini.” Aku berkata dengan penuh semangat. “Satu lagi saya tak ada masa lagi nak bersembang dengan pak cik. Sebab kawan saya yang ajak saya datang sini mereka kena tangkap dengan ahli sihir tersebut. 

“Maksud kamu dua orang kawan yang kamu tinggal dululah. Tentang mereka pak cik letakkan mereka di Kampung Bunian sebab di situ lebih selamat daripada Kampung Mimpi di sini.” Jadi pak ciklah yang selamatkan mereka berdua.

“Saya tahu pasal mereka. Ini bukan pasal dua orang tu tetapi ini dua orang yang lain. Saya kena cepat sebelum racun tersebut sampai ke seluruh badan mereka.”

“Racun?”

“Ya. Tapi saya tak tahu racun apa. Mungkin ada kena mengena dengan racun di kampung ini kot. Pak cik rasa ahli sihir tersebut ada penawarnya.”

“Macam mana pak cik boleh tahu ni?”

“Selalunya macam itulah yang sering berlaku.” Betul juga kata pak cik tu. Mujurlah aku bawa beg Luna. Aku harap dia tahu yang perkara macam ini akan terjadi sebagai senior explorer.

“Pak cik boleh tak berikan saya duduk di situ sebentar.” 

“Kerusi banyak lagi di sana. Pergilah ambil.”

Akupun ambil kerusi tersebut dan duduk di sebelah pak cik sebabnya di hadapannya ada control panel untuk menara ini. Aku meminta izin kepadanya terlebih dahulu untuk menggunakan control panel tersebut. Aku cuba untuk buka tetapi gagal untuk berfungsi.

“Pak cik pandai repair tak alat ni.”

“Ada alat pak cik bolehlah buat. Nak buat apa ni.” Aku memberikan alatan membaiki yang ada dalam begku.

“Inilah fungsi sebenar menara ini.” Dia kemudiannya membaiki alat tersebut. Ambil masa hampir sejam jugalah untuk membaiki sepenuhya alat tersebut.”

Akhirnya, selesai juga membaiki alat tersebut. Sekarang giliran aku pula untuk menggunakan skill aku untuk mereka kod untuk menara ini. coding mengambil masa hampir sepuluh minit. Setelahku copy codingnya dalam PDA. PDA tersebut terus memberikan suatu mesej kepadaku. Sepertinya ada orang yang mengantar pesanan ini. Terdapat satu emel yang ternyata pada situ.

‘Tahniah kerana sudah berjaya mengumpul hampir semua maklumat menara tesla ini ke dalam PDA ini. Ada suatu kunci di dalam laci yang ketiga. Ambil kunci tersebut dan bukalah suatu pintu yang terkunci di dalam bilik tersebut. Semoga berjaya dengan usaha anda.

P/S: Pemuat menara tesla


Jadi ini daripada pencipta menara inilah. Mungkin dia tahu yang aku sudah kumpulkan hampir kesemua maklumat menara. Ataupun ini ialah auto mesej. Mesej yang akan disampaikan sekiranya kriterianya cukup. Pak cik mengambil kunci yang ada di dalam laci kemudiannya terus menuju ke sebuah pintu. Buka sahaja pintu tersebut macam tak disangka-sangka. Ianya adalah sebuah helikopter. Kami tergamam melihat pengangkutan ini.

“Pak cik boleh kendalikan heli ni kan?”

“Sudah tentulah boleh. Hampir satu dekad lebih dah pak cik tak naik ni.” Pak cik ku ini ialah salah seorang daripada angkatan tentera udara. Jadi, dia mempunyai skill dalam mengendalikan pengangkutan ini. “Tapikan macam mana nak keluarkan heli ini?”

Aku berfikir seketika. Kalau difikirkan balik dalam ruang seperti garaj yang luas ini yang berada di dalam menara ini. Bagaimana mereka boleh memasukkan helikopter ini ke dalam ruang ini. Aku tak rasa yang mereka akan menyambung bahagiannya di dalam ruang ini ataupun ada suatu suis yang boleh buka bumbung di sini. 

Aku melihat sebelah suis lampu yang berada di sebelah pintu masuk bilik ini. Kemudian suis tersebut ditekan. Suatu gegaran mula berlaku. Kami cemas ketika itu. Nasib baiklah, bumbung menara ini dibuka juga akhirnya.

“Cepatlah naik, cangak apa lagi di situ.” Aku tak sedar pula yang pak cik sudah naik helikopter tersebut.

“Baiklah.”

Kondisi helikopter sudah diperiksa dan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Dengan itu, kami berlepas juga ke destinasi yang hendak dituju.

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh