Bab 28
Han


Akhirnya kami sampai juga di Kampung Pemburu dengan berjalan kaki. Aku sungguh letih berjalan tanpa henti selama 5 jam tak berehat. Sekarang baru jam 4 pagi dan kami berada di hadapan pagar kayu. Nampaknya aku kena buat bising dahulu untuk masuk ke dalam kampung ini. Entah kenapa aku dapat rasakan yang kampung ini ada sesuatu yang berbahaya. Rasanya seperti ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin itu cuma firasat aku sahaja kot.

Tiba-tiba, Luna menarikku dan Rachel ke arah semak berdekatan. Aku tak tahu kenapa, mungkin ada sebab.

“Sebab apa kau tarik aku secara terkejut tadi.” Dia menunjukkan sign senyap dan menyuruhku untuk melihat di hadapan.

Aku dapat lihat ada seorang lelaki berpakaian separuh bogel. Hanya memakai kain pendek dan memakai suatu topeng berbentuk suatu haiwan. Aku cuba untuk memerhati lebih dekat lagi topeng haiwan tersebut. Alangkah terkejutnya aku apabila ternampak topeng haiwan tersebut iaitu topeng kambing. Dasar kambing betul dia ni.

“Aku minta kau buat backup plan kalau aku dah terlanjur nanti ni.” Entah kenapa aku rasa nak buat idea gila aku lagi ni.

“Haah… Apa maksud kau.” Luna bertanya kembali kepadaku.

“Kau akan tahu nanti.” Rachel memandangku aneh mungkinkah dia sudah tahu.

Apabila pintu pagar kayu tersebut terbuka, seorang lelaki yang bertopengkan kambing itupun baru nak masuk. Waktu inilah idea aku mula berlaku.

“Wei, kambing! Aku ada di mana sekarang. Kau tahu tak di mana aku ni.” Aku sengaja mendekati lelaki kambing tersebut. 

“Lebih baik kau berhenti di situ,” lelaki kambing ini menyuruhku berhenti mendekatinya. Jadi, akupun berhentilah.

“Ada apa ini?” Dia mengikat tanganku dari belakang dan kemudian dia membawa masuk aku ke dalam kampung tersebut.

“Engkau orang luar. Kena ikut aku. Aku hantar ke tempat orang luar.” Dia macam ada masalah saja dalam pertuturannya. 

Tak ku sangka yang dalam kampung ini dipenuhi dengan manusia yang aktif dan cergas-cergas belaka. Bukan taknya, pukul 4 pagi macam ni mereka sudahpun bangun dan lakukan kerja mereka. Penduduk di sini sangat sihat aku rasa.

Dalam kes itu, aku tak kisah sangat sebab yang lagi aku kisah sekarang adalah mengapa orang-orang di sini memakai topeng haiwan dan hidup macam manusia primitif. Mereka ini orang asli di sini ataupun orang yang sesat di sini. Tengok mereka ni ingatkan aku kepada orang di kampung satu masa mereka kena sumpah. Itu tak nak jadi haiwan yang ni nak jadi pula.

“Encik boleh bagi tahu aku pasal kampung ini?” Dia memandangku.

“Orang luar nak tahu.” Aku angguk. “Aku ceritakan orang luar.” Alamak flashback lagikah. “Kami orang di sini percaya kepada animisme. Itulah sebab kami mengagungkan alam di sini. Itu tandanya kami bersyukur dengan alam ini.” Nampaknya nasib baiklah bukan flashback. Tapi mereka ni buat perkara syirik perlukah aku dorong mereka ke jalan yang benar. Entahlah aku tak pasti. “Disebabkan itulah kami makan daging orang yang bukan daripada orang di sini.”

Tak guna lagi teruk daripada yang aku harapkan. Mereka ni adalah cannibal. Ini bukan lagi sumpahan aku rasa. Aku harap daging aku mereka delay dulu nak masak. 

“Kalau makan daging orang luar. Selalunya dapatkan orang daripada mana?”

“Kampung sebelah. Itulah sumber makanan kami.” Kampung ketiga ada dua kampung nampaknya. “Sudah sampai.” Aku dimasukkan ke dalam penjara di dalam kampung ini.

Jadi inilah idea aku. Sekarang apa yang patut aku buat. Aku perasan ada seorang penjaga di hadapanku yang memakai topeng berbentuk singa berwarna hitam. Try kaedah maju jayalah nampaknya.

“Woi! Singa. Apa yang kau buat di sini. Jadi pengawal penjara ka?” Aku ketawa. Mujurlah kaedah ini sepertinya berkesan apabila pengawal singa tersebut datang mendekati penjaraku.

“Hei bocah! Apa yang kau nak ha?” Suaranya agak garang.

“Aku nak cakap dengan kau boleh.”

“Apa yang kau nak cakap.”

“Siapa ketua kau?”

“Bos buat kerja dia kot.”

“Engkau pasti ataupun dia tengah bersuka-ria sahaja. Engkau mana tahu apa-apa tentang bos kau.”

“Bos aku adalah yang terkuat di sini.”

“Itu sahaja. Apa kata dengan kau. Takkanlah kau tak kuat daripada dia. Mengapa kau tak lawan saja dia, tengok siapa yang paling kuat.”

“Betul juga kata kau. Selama aku kerja di sini, aku tak pernah lagi tengok sesiapa ajak bos berlawan. Kecuali dia kalah dengan perempuan ganas hari itu.”

“Apa kata dengan penjara ini.” Dia menggeleng.

Setelah menunggu lebih kurang dua ke tiga jam, ada seorang lagi tahanan selain daripada aku masuk. Aku sangkakan Luna ataupun Rachel tetapi ini adalah luar daripada tekaanku. Dia ialah perempuan yang takkan ku lupa sebab trauma dengan pukulan mautnya. Mesti semua sudah tahukan, dia ialah Mimi. Jadi dia baru kena tangkap di sini. Nampaknya dia masih belum nampak aku lagi. Dia kemudiannya ditempatkan ke dalam penjara di sebelah penjaraku.

Aku rasa lebih baik aku memberikan khabarku kepadanya. “Hai awak.” Dia mula mengalih kepalanya ke arahku. Dinding antara satu penjara dengan satu lagi penjara diperbuat daripada buluh jadi senanglah nak nampak orang yang berada di sebelah.

Pada mulanya reaksinya agak kosong melihatku. Kemudian setelah berkali-kali aku lambai kepadanya, dia cuba menggosok matanya dan cuba melihat. Dia seakan-akan tidak percaya yang aku boleh ada di sini.

“Han? Kau ke tu? Macam mana kau boleh ada di sini.” Baru tak jumpa sampai seminggu lagi dah tak kenal aku dah ka budak ni.

“Ya. Akulah tu. Selamat datang ke penjara ini.”

“Ya. Terima kasih sebab ucap macam tu kat aku. Lagipun ini kali kedua aku berada di sini. Penjarapun sama. Tak guna betul Jessica.”

“Macam mana kau boleh terlepas daripada sini sebelum ini.”

Dia menceritakan segalanya kepadaku daripada awal sehingga macam mana dia boleh berada di sini. “Macam itulah kisahnya.” Aku mengangguk tanda faham. Cerita dia lagi dipenuhi dengan pengkhianatan daripada cerita Luna.

“Kau tahu tak yang hari limit kita ada di sini adalah sampai esok lusa sahaja.” Dia terkejut.

“Macam mana kau tahu.”

“Aku kira yang hari esok lusa cukup seminggu itu saja.” Dia menunjukkan reaksi faham.

“Aku dah cerita macam mana aku boleh ada di sini. Kau?”

“Nak aku cerita ka?” Dia mengangguk. “Panjang ceritanya tapi aku ringkaskan sajalah ceritaku…”

“Jadi kau sudah jumpa Lunalah.”

“Haah.” 

“Sekarang macam mana kita nak keluar.”

“Aku dah rancang benda ni. Kau tunggu sajalah beberapa masa lagi.”

Tiba-tiba, aku mendengar daripada lubang luar katanya dalam bahasa inggeris, “BANG!!!” Suatan letupan yang kuat mula kedengaran.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh