Bab 31
Sandra


10 tahun yang lalu, ada seorang budak lelaki ini. Lebih senang katakan dia budak A. Dia bersama dua orang rakannya. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Rakan budak A yang lelaki kita katakan budak B manakala yang perempuan kita panggil budak C. Mereka berumur 7 tahun dan masih gagap lagi dalam bacaan. 

Suatu hari, mereka bertiga ini ingin tahu. Jadi, mereka bertiga ini ingin tahu yang apa penyebab orang-orang kampung yang masuk hutan di kampung mereka tetiba menghilang.

Budak A pun memberikan cadangan kepada budak B dan budak C untuk memasuki ke dalam hutan tersebut bagi melihat penyebabnya. Namun budak bertiga ini tidak tahu yang mereka diekori oleh seorang lelaki dewasa daripada belakang.

Merekapun masuk ke dalam hutan tersebut bermula daripada pagi. Berjalan-jalan untuk mencari petunjuk orang-orang yang menghilang tetapi tidak menjumpai. Disebabkan tidak jumpa, mereka teroka hutan tersebut lebih dalam lagi. Sehinggalah sampai waktu petang. Letih akibat berjalan terlalu lama. Mereka berehat seketika di bawah sepohon pokok sambil memakan bekalan makanan yang mereka bawa bersama.

Seronok sangat makan sambil menghirup udara yang nyaman dalam hutan, mereka bercadang untuk berehat satu ke dua jam lagi. Seorang dewasa itu hanya mengawasi mereka sehinggalah diapun tertidur apabila sampai satu jam mengawasi budak-budak tersebut masih lagi tidur di bawah pohon pokok.

Malangnya 15 minit selepas itu, budak A bangun lalu mengejut kedua-dua kawannya itu. Budak A mengajak mereka meneroka hutan itu dengan lebih dalam lagi. Sehinggalah mereka menemui suatu kem perkhemahan yang ditinggalkan.

Merekapun menyiasatlah tempat tersebut. Malanglah bagi mereka kerana waktu tersebut sudah masuk senja. Tahukan kalau budak-budak tak balik rumah sebelum senja kena tangkap hantu. Itulah yang budak-budak dahulu pelajari. 

Tetapi bukan untuk mereka ini, mereka tak kisah dengan kenyataan tersebut sebab alasan mereka tak pernah ada. ‘The reason is simple like a boss’. Jadi, walaupun sudah masuk maghrib budak-budak ini masih lagi berkeliaran di dalam hutan ini. Anak siapalah mereka ni?

Disebabkan sekarang sudah senja, lelaki dewasa tadi yang tadi tidur terjaga. Dia cemas melihat budak-budak bertiga tersebut menghilang. Tanpa membuang masa dia pun bergegas untuk mencari budak-budak tersebut.

Kita berbalik kepada budak-budak tersebut pula. Jadi, disebabkan sekarang sudah malam. Mereka menggunakan lampu suluh untuk melihat keadaan sekeliling. Budak A terlalu teruja sebab baru menjumpai salah satu petunjuk. Jadi dia mahu mencari apa yang ada di kawasan tersebut. 

Setakat mereka cari, apa yang jumpa adalah sebuah buku nota kosong yang buruk penemuan budak C. Namun itu, penemuan itu tidaklah semenarik apapun. Penemuan yang paling menarik sekarang adalah daripada budak B iaitu dia menemui suatu ruang bawah tanah di tengah-tengah kem perkhemahan tersebut. Mendengar sahaja penemuan tersebut budak A dan C terus mendekati budak B. Reaksi mereka ketika itu, kalau zaman itu bila seronok mereka buat shuffle. Cerita ini jadi pelik pula kan. Tak apalahkan budak-budak apa boleh buat. 

Apabila buka sahaja papan ruang bawah tanah itu. Tiba-tiba, budak C memberitahu kedua-dua budak tersebut yang ada sesuatu memandang mereka di sebalik semak-samun. Budak A dan B tak percaya. Kemudian budak C menyuluh ke arah tersebut. Mereka terperanjat apabila ternampak suatu lembaga memerhati mereka. Kemudian tanpa memikirkan apa-apa langsung, mereka bertiga terus masuk ke dalam lubang tersebut. Mujurlah lubang tersebut tak begitu dalam. Alang-alang sudah masuk lubang tersebut, mereka berhasrat lagi untuk melihat apa yang ada di dalam. Dengan tubuh mereka yang kecil mereka cuma menunduk kepala sedikit untuk masuk ke dalam lagi. Sehinggalah mereka sampai ke suatu jalan tamat dan di hadapan mereka ada sebuah pintu besi. Apa lagi, pintu tersebut dibuka oleh budak A. 

Alangkah kagumnya mereka apabila melihat dalam tempat tersebut. Terasa seperti di masa hadapan. Sebenarnya mereka berada di sebuah makmal bawah tanah. Budak A menjadi sangat teruja dan menyentuh semua benda di dalam makmal tersebut. Sehinggalah dia tertekan suatu suis yang menghidupkan tenaga dalam bilik tersebut. 

Kemudian seorang perempuan mula muncul di hadapan mereka tetapi perempuan tersebut berada di dalam sebuah kapsul. Mereka anggap itu sama macam cerita kartun. Jadi budak A buat-buat pandai dengan menekan butang yang ada pada suatu mesin yang menghubungkannya kepada kapsul tersebut. 

Kemudian suatu cincin mula terkeluar daripada mesin tersebut. Budak A memakai cincin tersebut dan menayangkannya kepada dua orang kawannya. Budak B dan C memuji budak A sebab pandai. Budak A pun makan puji jadi dia tekanlah butang pada mesen tersebut lagi sehinggalah kapsul di hadapan mereka airnya disedut keluar dan pintu kapsul tersebut terbuka. 

Dalam masa yang sama juga pintu besi makmal tersebut juga dibuka oleh seorang lelaki dewasa yang mengincar mereka. Mereka sekarang berada dalam masalah yang besar. Lelaki tersebut terkejut melihat kapsul seorang gadis kecil yang tidak berbaju terbuka di hadapan matanya. Dia terus ke arah kapsul tersebut.

Budak-budak tersebut juga pandai untuk mencari peluang. Waktu itu jugalah mereka keluar daripada makmal tersebut dan memanjat tangga yang ada untuk naik ke permukaan. Apabila mereka berada di permukaan mereka terus berpecah. Budak A berlari seorang dirinya manakala budak B dan C berlari bersama.

Budak A sampai di sebatang sungai. Di situ dia mengalami pelbagai perkara yang dia tidak tahu sewaktu umurnya yang masih lagi kecil. Dia menemui bangkai manusia yang bergelimpangan di situ. Dia cuba membasuh mukanya dengan air sungai yang berdekatan tetapi dia menghidu air tersebut tak seperti air tetapi seperti suatu bau busuk yang tidak diuruskan selama banyak hari.

Disebabkan ini pertama kalinya dia mengalami situasi seperti ini, dia menjadi takut. Impak ini memberikan suatu trauma kepadanya yang dia tidak tahu. Di mana apabila trauma ini dapat dikawal maka dia akan mendapat suatu kesan sampingan yang dipanggil syndrome. Kemudian, dia terdengar suara jeritan budak B dan C berada tidak jauh daripada kawasan sungai ini. Budak tersebut terus berlari ke arah suara mereka. Ketika dia sampai dia ternampak suatu kayu berdekatan sebatang pokok terbakar. Disebabkan lampu suluhnya rosak dia hanya dapat melihat tempias cahaya daripada api tersebut.

Dia tidak percaya yang kawan-kawannya telah mati. Sebab apa dia melihat dua orang budak berada di bawah sepohon pokok dengan badan mereka dirobek-robek dan muka mereka dicalar-calarkan sehinggakan tidak dapat nampak muka mereka yang asli. 

Dia sedih dan duduk di bawah sepohon pokok menghadap dua mayat budak tersebut. Peristiwa kali ini memberikan impak yang besar kepada budak A. Budak A tidak sedarkan diri sewaktu itu. Apabila budak tersebut tidak sedarkan diri, dia telah meneroka ke tiga-tiga kampung dengan memasuki ke dalam setiap menara tesla yang ada dengan mudah. Sepertinya budak tersebut memasukkan sesuatu program ke dalam setiap menara tesla tersebut. Setelah seminggu, barulah budak tersebut ditemui. Orang kampung menemuinya berdekatan hutan tersebut. 

Budak tersebut kemudiannya tidak ingat apa yang berlaku semasa dia berada di dalam hutan tersebut. Apa yang dia katakan meskipun ianya merasakan perkara tersebut pernah dialaminya orang kampung sepertinya tidak percaya. Keluarga budak A didiskriminasi oleh penduduk kampung tersebut. Bukan begitu sahaja, hidupnya menjadi bahan cacian oleh penduduk kampung yang lain. Keluarga budak A memutuskan untuk menetap di bandar kerana tidak sanggup menahan kecaman masyarakat sekeliling.



“Jadi macam itulah kisahnya.” Apasal budak A tu macam aku kenal saja. Biar betul aku tak ingat kisah ni. Walaupun aku ada sewaktu itu, hanya sedikit memori sahaja yang masih dalam ingatanku daripada peristiwa tersebut. “Sebab itulah aku percayakan kau. Kau kena sedarkan syndrome kau tu.”

Aku kena sedar? Kalau macam tu, aku terus meletakkan telapak tangan ku pada permukaan dinding bukit yang aku rasakan besi tersebut. Aku harap menjadilah. Aku memejam mataku dan cuba untuk menyedarkan syndrome aku. Aku dapat rasakan suatu aura yang kuat mula keluar daripada tubuhku. Lagi-lagi aku nak lagi. Yah, aku yakin sekarang yang aku boleh lakukan apa yang aku buat sepuluh tahun yang lalu. Aku membuka mata dan menolak dinding tersebut. Namun tiada apa-apa yang berlaku. Hanya debu-debu daripada tanah tersebut saja terbang ke arahku.

“Ha?” Tiada apa yang terjadi.

“Ha?” Begitu juga Sandra. “Apasal tak jadi ni. Aku yakin yang kau boleh buat.” Dia masih lagi tidak percaya. Dia mencekikku. “Apa yang kau dah buat sampai tak boleh jadi apa-apa ini.” Dia menjerit kepadaku. “Macam mana aku nak keluar daripada alam ini.”

“Aku tak boleh nak bernafas. Lepaskan ku” Aku menyuruhnya untuk melepaskan cekikan tersebut

Dalam masa yang sama juga datang pula seorang lelaki dan perempuan bertopeng arnab dan singa di belakang kami. Kemungkinan disebabkan suara Sandra yang bising kot. Kemudian mereka menjerit memanggil kumpulan mereka untuk datang ke tempat kami berada sekarang ini. Aku sangkakan yang Sandra dah buat aku jadi ghaib tadi.

“Wei ini mungkin sebab debu yang kena dekat kau tadi.” Tak guna betul. Mujurlah aku masih ada senjata. Aku menembak mereka berdua dengan pistol yang ada. Tak ku sangka apabila terkena sahaja pada kepala mereka terus mereka pengsan. Ingatkan orang yang ada di hutan ni kepala keras. Tak boleh buang masa lagi, aku kena menyamar juga.

Aku mengambil topeng singa yang lelaki tersebut pakai lalu menyorokkan tubuh badannya supaya orang yang datang tidak nampak. Sementara itu aku menyuruh Sandra juga untuk menyamar tetapi dia menolaknya. Dia kata dia akan lakukan sesuatu dengan orang perempuan yang pengsan tersebut. Dia mula membisik ke arah telinga perempuan tersebut sesuatu dan terus memetik jarinya.

Kemudian perempuan tersebut terus bangkit dalam keadaan yang tidak sedar. Perempuan tersebut seolah-olah terkena hipnosis. “Pakaikan topeng kepada lelaki tu balik.” Aku menurut perintah. Kemudian dia lakukan perkara yang sama kepada lelaki tersebut.

Seperti yang sama kepada perempuan tersebut lelaki tersebut juga bangun dan berada dalam keadaan yang tidak sedar. Melihatnya melakukan ini memberikan aku suatu inspirasi. Kemudian beberapa orang manusia daripada kawanan singa dan arnab datang. Aku tak tahu nak panggil mereka apa. 

“Ke mana mereka berlari.” Salah seorang lelaki topeng singa bertanyakan kepada dua orang tersebut. Mereka berdua yang dibawah kawalan Sandra menunjukkan arah ke kiri. Mereka yang ramai tersebut terus menuju ke arah yang ditunjukkan oleh dua orang tersebut. Sementara itu, kami menyorok di belakang pokok yang berada pada titik buta mereka.

Setelah mereka semua tiada lagi di tempat tersebut. Kami keluar daripada tempat persembunyian dan Sandra terus menyuruh mereka berdua untuk mengikut kumpulan mereka. Sandra memalingkan ke arahku degan muka yang bengis.

“Sudahlah, kau bukannya boleh buat apa-apapun di sini. Aku ingatkan kau datang sini lagi boleh mengubah segalanya tetapi hambar sahaja aku tengok.” Aku memandangnya mungkin aku patut lakukan ideaku yang aku rasa bodoh ni.

“Sekejap! Aku rasa aku tahu sesuatu yang mungkin dapat membuka menara ini.”

“Tahu apanya setelah kau lakukan tadi. Sudahlah kau memang tak ada syndrome.”

“Belum cuba belum tahu.” Aku mengambil satu batu kapur yang melekat di dinding bukit tersebut.

“Apa yang kau nak buat dengan batu tu. Makan?”

“Aku rasa lebih baik daripada apa yang kau cakap kot.” Aku dapat rasakan yang batu yang dipegangku ini adalah suatu kunci.

 Akupun mengetuk batu tersebut ke dinding tersebut sehinggalah suatu lubang mula nampak di sebalik rekahan. Bukan itu sahaja, aku baru perasan batu kapur yang aku ketuk pada dinding tersebut berubah kepada suatu bentuk kunci yang halus. Apa lagi kunci tersebut ku masukkan ke dalam lubang tersebut. 

Kemudian aku memusing kunci tersebut sehinggalah bunyi ‘pak’. Lubang tersebut membuatkan kerakan batu kapur yang melekat pada dinding menara tersebut pecah dan kemudian pintu menara dibuka. Bunyi pintu yang terbuka itu membuatkan suatu bunyi yang sangat kuat. Mungkin ini akan menarik ramai orang untuk datang.

Sandra memandangku dengan kagum. “Adakah ini syndrome kau. Macam mana kau boleh buat. Nak kena mengata dulu baru nak jadi ke apa.” Aku hanya tersenyum sedikit. 

“Akupun tak tahu sangat. Tiba-tiba sahaja badanku macam tergerak sendiri.”

“Itulah yang dipanggil syndrome. Syndrome hanya boleh diaktifkan ketika ingatan seseorang itu sedar dan melakukan ketika tidak sedar. Itulah kenapa syndrome dipanggil sumpahan kepada orang yang terkena. Mereka tak boleh melakukan itu dengan bebas.” Baru aku faham, sebab itulah Mimi tak dapat kawal sewaktu Imi ambil-alih.

Aku menarik tangan Sandra, “Cepat kita kena masuk sebelum mereka ikut kita.” Sampai sahaja di dalam menara tersebut. Aku dapati yang Sandra tidak masuk bersamaku ke dalam menara ini. “Apasal kau tak masuk sekali.” Dia memandangku sambil tersenyum kegembiraan. Jangan kata yang dia juga tak boleh masuk ke dalam menara ini. Apasal dia tak beritahu kepadaku awal-awal.

“Pergilah, di sini saja aku boleh hantar kau. Selebihnya kau boleh buat sendiri.” Selepas mendengar kata-kata tersebut pintu menara ini terus tertutup. Aku sempat melihat air matanya mengalir sedikit. Aku terdengar suara orang daripada luar berkata kepada seseorang. Jangan kata mereka menangkap Sandra.

Aku takkan sia-siakan pengorbanan kau, Sandra. Aku harap kau tak apa-apa di luar. Sekarang bukannya masa lagi untuk membuang masa. Aku hanya tinggal beberapa jam lagi sebelum racun tersebut tersebar ke seluruh badan mereka. Menara ini agak berbeza daripada menara yang lain. Tangga yang ada hanya membawaku ke tingkat bawah sahaja. Kemungkinan ruang bawah tanah. Aku sampai di tingkat bawah sekali, aku tak boleh membuka pintu ini selagi menjawab soalan yang ada di sebelah pintu tersebut. Soalannya berbunyi begini.


‘Nyatakan apa yang ada dalam huruf D.E.O.?’


Rasanya macamku tahu sahaja jawapan kepada ini. Aku tulis nama bapaku menggunakan peluru kapur yang masih tersisa dalam pistol. Aku rasa aku pernah dengar kawan-kawannya panggil dia dengan gelaran DEO. Lebih baik mencuba daripada tidak. Malang sekali pintu tersebut terkunci lagi. Apasal aku teringatkan Dio Brando pula.

Kemudian datang pula satu ideaku untuk tulis ini. ‘Doom. Ending. Over’. Bunyi ‘clack’ mula kedengaran. Pintu terbuka dan sekarang bukannya masaku lagi untuk merendang. 

“Datang juga kau akhirnya…” Aku tak sangka untuk menjumpai orang ini di sini.

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh