Bab 30
Han


Kesedaran adalah suatu kelebihan

Yang ada pada setiap manusia.


“Aku ada di mana ni?” Apabila aku sedar sahaja kepalaku berasa sangat pening dan Mimi berada di sampingku. 

Apa yang dah jadi ni. Bila aku ingat balik, kali terakhir aku sedar masa dengar suatu letupan yang besar dan Mimi datang terus ke arahku. Aku ternampak suatu balutan pada kedua-dua belah tangannya. Tunggu sekejap, apa yang dah jadi pada tangannya. 

Aku bangun dan terus keluar daripada kamar ini meninggalkan Mimi keseorangan. Keluar sahaja daripada kamar tersebut terus aku berjumpa dengan Rachel. Dia mengajakku ke ruang tamu untuk berbicara mengenai sesuatu.

Aku duduk bersila di ruang tamu rumah papan tersebut. Rumah di sini kelihatan seperti rumah kampung. Sementara menunggu seseorang, Rachel mula menembak aku dengan soalannya.

“Apa hubungan kau dengan budak perempuan Mimi tu.” Soalan ini kawan-kawan aku asyik tanya juga. 

“Kami kawan baik saja. Dia juga jiran aku. Jadi rapat jugalah.” Aku harap aku kata benda yang betullah.

“Jadi itu sahajalah, tak bercinta?” Aku hairan mendengar kata-katanya. Sementara itu, aku perasan Luna yang tengah mencuci pistolnya tersenyum.

“Aku hormat dia sebagai kawan yang bertimbang-rasa dan hebat. Ada lagi ka. Aku cintalah dia sebagai kawan. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Jadi bila dah kenal cintalah namanya tapi sebagai kawanlah.”

“Sebagai kawanlah.” Aku mengangguk. Mukanya menjadi merah.

“Kau malu kah?” Dia menggeleng.

“Aku rasa sakitlah. Tak tahu sebab apa.” Dia terjatuh tak sedarkan diri. Aku memaling ke arah Luna untuk memberitahunya sesuatu. Malang sekali, aku melihatnya juga baring tak sedarkan diri. Apa yang sudah terjadi kepada mereka ini. Aku memanggil Mimi. Apabila aku membuka pintu bilik tadi, Mimi sudah tidak kelihatan. Ke mana dia menghilang.

Aku pergi semula ke ruang tamu untuk melihat kondisi Rachel dan Luna. Malang sekali, mereka berdua juga menghilang. Apa yang patut aku buat. Aku cuba mencubit tanganku untuk memastikan sama ada sekarang ini mimpi ataupun tidak. Aku dapat rasakan kesakitannya. Nampaknya ini bukannya mimpi.

Sekarang di mana aku perlu mencari mereka. Kemudian aku ternampak sepucuk surat yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. Aku membalikkan surat tersebut dan mendapati terdapat nama penuhku pada surat tersebut. Bagaimana mereka boleh tahu nama aku, lagi-lagi penuh pula tu. Oh, baru aku ingat! Ini mesti sebab aku bagi tahu Cik Speaker nama penuh aku. Apabila aku membuka sampul tersebut aku mendapati yang surat tersebut menyatakan,


Kepada bocah,

Kalau kau nak kawan-kawan kau selamat kau kena datang kepadaku. Dalam beberapa jam lagi akan masuk waktu malam. Apabila bulan gerhana mula muncul kawan-kawan kau akan mati. Lebih baik kau cepat sebelum racun yang ada dalam badan mereka merebak sepenuhnya. Aku beri masa kepada kau untuk berfikir tetapi kau kena ingat ketiga-tiga mereka mungkin akan mati dalam beberapa jam sahaja lagi. Engkau boleh berlari daripada sini tapi kau tak boleh sembunyi…


Ahli sihir hebat.


Cis, tak guna betul Cik Speaker! Eh yang tu palsu katanya. Entahlah itu sahaja yang aku kenal. Aku memandang daripada jendela rumah ini melihat keadaan sekeliling. Aku tak bernasib baik kali ini sebab di luar rumah ini penuh dengan manusia bertopeng haiwan. Apa yang mereka nak daripada aku ni.

Apa yang patut aku buat, mereka akan menempa maut dalam beberapa jam lagi. Jika aku menghentikan mereka daripada datang ke sini aku rasa perkara sebegini takkan berlaku. Sekarang aku sudah dikepung dan apa aku patut menyerah diri. Aku tak pasti aku ada pilihan lain. Aku tak tahu kenapa tetapi air mataku mula mengalir keluar. Adakah ini penamat bagiku. Cahaya harapanpun aku tak nampak lagi.

Aku merenung keadaan di luar walaupun aku nampak mereka berada di luar sedang menyorok. Mungkin apabila aku keluar daripada sini mereka akan menerkam aku. Aku tertanya-tanya mengapa mereka tak masuk dan menyerang aku sahaja. Bukannya aku mampu melawan mereka yang ramai. Bahkan tidak mampu menahan serangan fizikal manusia. 

Tiba-tiba, aku terdengar seorang perempuan tetapi tak nampak rupanya. Suara tersebut bermain-main dalam kepalaku. Aku cuba untuk bertenang dan mula berzikir. Aku harap itu bukan gangguan hantu. 

“Han! Apa kau tahu tentang kisah bagaimana negeri Melaka mendapat namanya.” Suaranya seperti suara Sandra. Aku dah agak yang dia ni adalah hantu. “Jangan risau aku bukannya hantu. Aku adalah cerita rekaan orang di sini dalam kata lain urban legend di sini. Akulah yang memberi arah kepada mereka yang tersesat di sini. Namun aku memilih dalam bab-bab ini. Aku pilih kau untuk aku tolong.” Bolehkah aku minta pertolongan daripada hantu ni.

“Jangan risau aku bukan hantu. Aku adalah manusia yang mempunyai kelebihan psikik yang disumpah. Aku mempunyai syndrome yang boleh mengawal minda orang yang aku jumpa. Kalau kau nak tahu selama ini aku sentiasa berada di samping kau sepanjang kau berada di hutan ini. Aku memanipulasi minda orang di sini untuk tak nampak aku. Sebab itulah mereka tak nampak aku.” Gila dia ni. Dia stalk aku rupa-rupanya.

“Apa yang kau nak daripada aku?”

“Aku nak keluar daripada sini sebab itulah aku kena bantu kau.” Nampaknya aku kena bantu dia. Walaupun aku rasa ada udang di sebalik batu. Itu tidak akan melemahkan harapanku. Mungkin aku boleh gunakan dia. “Kau sahajalah harapanku untuk keluar daripada sini.

Mungkin aku lemah tapi aku masih ada sesuatu yang aku pakar. Aku memandang beg sandang Luna yang masih ada di ruang tamu ini. Walaupun kemungkinannya aku kalah seribu peratus pasti aku boleh buat. Ayat ini aku rasa pernah dengar tapi di mana ya? Rasanya tak kot.

Mujurlah masih ada lagi stok senjata dia. Aku nampak di situ peluru kapur dan beberapa bom asap. Apa yang dia buat dengan peluru kapur ni. Dia ingat chalkzone ka apa. Aku membaca basmalah terlebih dahulu sebelum melakukan kerja ini. Nafas ditarik perlahan-lahan dan aku mula menjenguk keadaan di luar dahulu.

Peluru ada tetapi pistol tak ada. “Ini pistolnya.” Sandra memberikan kepadaku pistol yang dia jumpa. 

“Baiklah, ayuh mulakan eksperimen.” Ish, apasal ayat yang aku cakap ni banyak kaitan dengan kamen rider ni. Tak guna betul pengaruh kamen rider. Sandra melihatku sambil tertawa. Memang perempuan sifat mereka suka ketawakan orang ka?

“Sudahlah tu bermonolog. Masa tengah berlalu ni.” Tanpa membuang masa aku terus menggunakan bom asap yang ada padaku ini. Ada 3 bom asap yang ada padaku ini. Bom yang pertama aku guna di dalam rumah ini. Apabila asap berkepul dengan banyak, aku melihat di jendela. Kelihatannya mereka yang mengepung rumah ini berasa hairan. 

Aku gunakan bom yang kedua di hadapan rumah. Mereka berserebu di hadapan rumah kemudian aku menembak mereka menggunakan peluru kapur ini. Selepas itu aku baling bom asap ke dalam hutan di tempat orang memanah.

“Asap ini beracun, jadi kalian akan mati semua dalam beberapa minit lagi. Cara nak selamat adalah keluar daripada asap ini.” Aku bohong mereka. Tak pastilah mereka ini percaya ataupun tidak.

Akhirnya, aku berjaya juga untuk keluar daripada kawasan kampung ini. Dalam perjalananku keluar aku menemui salah seorang pemanah di hadapanku. Aku cemas semasa itu, namun tiada apa reaksi yang diberikan oleh pemanah tersebut.

Akupun berjalan buat selamba sahajalah. Apa yang terjadi sebenarnya. Bukan itu sahaja, mereka yang mencariku ada yang berlari di tepiku dan tidak menghairankan aku langsung. Sandra menunjuk signal senyap kepadaku. Adakah ini gara-gara dia.

Akhirnya berjaya juga keluar daripada orang-orang tersebut. “Apa yang kau buat tadi ha?” Dia tersenyum padaku. Apa masalah dia pula ni.

“Sebenarnya aku bagi kau hilang daripada awal lagi. Masa kau tengah bersedih di dalam rumah tu lagi.”

“Kiranya usahaku adalah sia-sia sahajalah.” Dia menggeleng.

“Taklah, tidak ada yang sia-sianya selagi kau ada semangat. Itulah yang paling hebat. Kau ada bakat jadi gunakanlah bakat yang kau ada tu. Walaupun tadi tu aku agak terhibur.” Wah, kata-kata semangat yang hebat daripada seorang perempuan kepadaku!

“Hebatnya kata-kata kau tu. Dapat dari mana kata-kata tu.” Dia senyum lagi.

“Haha… Aku dapat ayat tu dari novel entah mana tau. Cuba saja kat kau. Power tak ayat tu.” Aku tunjuk ibu jariku padanya.

“Sekarang di mana kita ni?” Aku masih tak dapat nampak apa-apa. Sebabnya di hadapanku adalah suatu bukit tinggi yang curam. Kalau nak daki bukit ni kena guna alatan mendaki baru boleh.

“Depan menara. Mesti kau terkejutkan sebab tak nampak menara walaupun menara itu tinggikan.” Aku angguk. “Inilah menaranya, cuba kau tengok PDA yang ada di dalam beg kau.” Aku mengambil PDA yang ada dalam beg aku. Kemudiannya PDA tersebut menunjukkan lokasi menara tersebut memang tepat di kawasan kami berada sekarang.

Aku cuba menekan dinding bukit tersebut memang betul. Aku dapat merasakan besi pada dinding ini. “Bagaimana cara nak masuk.”

“Entahlah kau adalah kunci kepada menara ini. Kau sendiri yang tahu cara untuk buka menara ini. Mungkin kau tak ingat tapi biar aku ceritakan sesuatu cerita ini kepada kau.

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh