Bab 21

Han


Apa guna pasang pelita

JIka tiada dengan sumbunya

Apa guna bermain mata

Jika tiada dengan sungguhnya



Kami sampai di Kampung Mimpi tepat pada awal pagi. Aku menyuruh orang yang menghantar kami untuk pulang manakala kami akan melihat keadaan sekeliling. Aku dan Rachel sekarang berada di gerbang kampung ini.

Keadaan di kampung ini tak seperti yang aku harapkan. Bukannya apa, kondisi di sekitar kampung ini terlalu kosong dan tiada langsung sebarang sampah. Selain itu, tanaman di sini juga layu dan mati. Tak salah aku Sandra ada cakap yang kampung ini adalah kampung jiwa manusia di sini yang kosong. Sebab itulah namanya Kampung Mimpi.

“Engkau tahu apa-apa tak pasal kampung ni.” Dia memandangku dan mengangguk.

“Tak salah aku penduduk kampung ini akan keluar selepas tengah hari. Aku tak tahu kenapa tetapi itulah yang aku dengar daripada orang-orang aku.” Aku mengangguk.

“Kalau macam tu, apa kata kita tengok-tengok dulu kampung ni. Kot-kotlah jumpa apa-apa di sini.”

Kami memulakan penerokaan kami ke plaza kampung ini. Di sini kami hanya menjumpai suatu monumen yang terukir gambar manusia yang jiwanya ditarik oleh seseorang. Aku agak seram sejuk melihat mesej yang diceritakan monumen ini.

Seketika kemudian aku dikejutkan oleh Rachel kerana berada dalam keadaan mannerquin terlalu lama. Aku menyapu mukaku lalu menampar mukaku berkali-kali. Nafas ditarik dan dilepas berkali-kali.

“Kau ni sihat ka?”

“Berapa lama aku kaku tadi.”

“Taklah lama sangat tapi aku takut bila tengok kau tak buat apa-apa tadi.” 

“Oh, macam tu ka. Apa yang kau faham bila tengok monumen ni.”

“Aku rasa ini gara-gara ahli shir di sini. Mungkin ini tugasan mereka untuk uruskan sumpahan manusia di sini.”

“Sumpahan?”

“Ya, sumpahan. Macam kampung pertama sumpahannya adalah manusia akan menjadi haiwan. Jika kampung ini mungkin sumpahannya ada kena mengena dengan jiwa mereka.”

“Oh, jika macam tu kita perlu tahu sumpahan apa yang melanda di kampung ini.”

Kami tiba di perkarangan menara tesla di kampung ini. Keadaan di sini juga begitu sepi. Aku masuk ke dalam menara Tesla ini seorang diri. Rachel tidak dapat masuk ke dalam menara, aku tak tahu kenapa mungkin ini bukan kawasan dia kot.

“Kau tunggu di situ dululah, aku nak lihat ada apa di atas. Jika ada apa-apa panggil aku.” Dia hanya mengangguk.

Aku tak nak membuang masaku lebih lama. Aku terus memecut berlari melalui tangga. Selalunya dalam cerita misteri yang aku ada baca. Kalau buat lambat sesuatu yang buruk akan berlaku. Akhirnya, aku sampai di hadapan pintu dalam menara ini. 

Aku cuba untuk membuka pintu dalam menara tetapi kali ini agak berbeza daripada sebelum ini. Tombol pada pintu ini menghilang dan ada sesuatu puzzle pada sebelah pintu ini. Di situ tertulis.

Ayam putih menjunjung syurga

Ayam hitam menjunjung neraka

Soal ini jangan curiga

Hanya perlu kamu teka

Macam mana nak jawab ni, soalan sudahlah pasal syurga neraka pula. Mungkin aku akan tahu nanti. Buat sekarang aku tak boleh buka lagi pintu ini. Lebih baik aku pergi berjumpa dengan Rachel balik.

Sebaik sahaja aku keluar daripada menara tesla tersebut. Aku ternampak Rachel berada dalam keadaan pengsan. Aku menggoncang bahunya berkali-kali. Namun tiada respons yang diberikan. Adakah aku terlambat dan apa yang telah terjadi padanya. Aku mula menyalahkan diriku.

“Wargh…” Tiba-tiba Rachel bangun dan menggeliat sambil meregangkan tangannya. Aku memukul pada kepalanya. “Apasal dengan kau ni buang tabiat ka?”

“Kaulah, aku ingatkan ada apa-apa yang dah jadi pada kau.” Aku menggaru-garu kepalaku.

“Aku rasa ada. Tadi ada seorang perempuan berhijab datang dan mula memberitahuku sesuatu. Aku tak ingat dia kata apa tapi, sedar-sedar sahaja aku berada di sini terbaring. Mungkin sihirnya tak jadi pada aku kot.”

“Apa maksud kau dengan perempuan berhijab.”

“Ya dia berhijab tak nampak rambut dia. Lepas tu dia pakai baju agak mewah tak macam seperti orang di sini.”

Bila aku ingat balik apa yang Sandra ada cakap mengenai Luna yang ada di Kampung Mimpi. Adakah ini yang menceritakan halnya? Jangan kata Luna mengikut ahli sihir di sini ataupun di sebaliknya. 

Kami meneruskan perjalanan lagi sehinggalah sampai di sebuah rumah ibadat seperti gereja. Rachel tanpa berfikir panjang terus mengetuk pintu gereja itu. Aku menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan perkara sedemikian.

“Selalunya bila jumpa rumah ibadat inilah yang para ahli sihir buat. Apa kau tak tahu ka?”

“Aku bukannya daripada ajaran agama seperti kau. Sudahlah macam mana kalau ada orang menjawab daripada dalam.” Pintu tersebut terus dibuka dan seorang lelaki berambut blond mula muncul pada muka pintu.

“Tu dia, nampak sangat mulut kau masin.” Dia membisik.

“Ini semua salah kaulah.” Aku membalasnya dengan membisik.

“Cuba kau tanya dia apa-apa.” Dia menolakku daripada belakang.

Nak cakap bahasa Inggeris ka. “Hello mister, I can ask you something.” Aku gugup bercakap dengan orang Inggeris sebab tu ayat tunggang terbalik.

“Cakap Bahasa Melayu sudahlah.” Lelaki tersebut mula berkata sambil memegang kedua-dua tangannya.

“Oh, dia boleh cakap Bahasa Melayulah! Jawablah apa yang kau nak tahu.” Rachel menempek di belakangku.

“Nak tanya apa? Silakan sajalah tapi apa kata kita sembang dekat dalam dulu.”

“Tak apalah di sinipun boleh.” Kalau boleh aku tak nak masuk dalam mana-mana gerejapun.

“Mana boleh awak tu tetamu yang istimewa mestilah saya perlu jaga dengan baik. Marilah masuk kita bincang di tempat yang selesa.” Dia kemudiannya masuk ke dalam gereja tersebut.  

Aku teragak-agak untuk masuk tetapi disebabkan Rachel aku terpaksa masuk. “Masuk sajalah dia jemput tu.” Kami mengikut lelaki Inggeris tersebut dari belakang. Kami dibawa ke laman belakang gereja ini.

“Jemputlah duduk di kerusi batu kat situ.” Kamipun duduk di kerusi tersebut. “Kalau begitu, tunggulah sebentar sementara saya nak ambilkan kopi.” Tidak sempat aku berkata apa-apa, dia masuk semula ke dalam gereja.

“Apasal dia jadi pelayan pula ni.”

“Biasalah father, memang perangai dia memnag macam tu jenis baik sebab nak tarik orang masuk agama mereka.” Rachel menyampuk di sebelahku. 

“Kau dekat sangatlah tepi sikit.”

“Akukan maid kau.”

“Yelah, aku faham tapi renjaklah sikit, kerusi ni kan panjang.” Dia menghinjak ke tepi sedikit.

Kemudian lelaki tadi datang balik sambil membawa sedulang teko kopi dan 3 cawan kecil. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja lalu duduk di kerusi batu menghadap kami. Sesudah dia menuang kopi ke dalam cawan, dia terus memandang kami.

“Salam berkenalan, nama saya Vit. John Vit.” Aku tergelak sedikit mendengar namanya. Ingatkan Maggie Vits nama dia. “Atau nak senang lagi panggil saja saya Father. Itulah yang orang selalu panggil kepada saya di sini. Apakah nama kalian berdua?”

“Saya Han dan ini Rachel maid…”

“Kawan dia. Kami ni kawan.” Rachel menarikku ke belakang lalu menceritakan sesuatu. “Kau jangan bagi tahu aku ni maid kau kalau tak dia akan lakukan sesuatu kepada kau.” Aku hanya mengangguk. Kemudian kami duduk kembali di kerusi tersebut.

“Oh, kalau macam tu kalian berdua ni sesatlah kat hutan ni.” Aku mengangguk. “Apa hajat kalian datang ke mari ni.” Dia agak ramah.

“Sebenarnya saya nak tanya soalan mengenai kampung ini. Di mana semua penduduk kampung di sini?”

“Penduduk kampung di sini berada dalam rumah mereka masing-masing. Ada lagi soalan?” Nampaknya dia jawab ikut soalan aku dan dia tak berikan penjelasan langsung mengenainya.

“Boleh kami berjumpa dengan penduduk kampung di sini tak?”

“Saya tak sarankan kamu untuk menjumpai penduduk kampung di sini sebab semenjak dua ni mereka tak nak keluar daripada rumah mereka langsung.”

“Apa maksud Father ni?” Rachel kelihatan resah apabila mendengar perkataan tersebut. 

“Entahlah, kamu akan faham bila kamu cari jawapannya sendiri. Jemputlah minum kopi itu.” Aku acah-acah minum tetapi Rachel sahaja yang minumnya.

“Kalian ada tempat untuk tinggal tak. Jika tidak ada menginaplah dahulu di sini. Ada banyak bilik di sini. Dulunya guna untuk anak-anak yatim tetapi mereka sudah dewasa sekarang, jadi mereka membina rumah mereka sendiri dan hidup dalam keadaan baharu.”

“Sebenarnya kampung di sini sudah berapa tahun sudah?”

“Kalau diikutkan, sekarang kira-kira 50 tahun lebihlah. Sebabnya orang yang terawal sesat di sini adalah pada tahun 1990.” Aku dapat rasakan yang dia ada memalsukan fakta.

Aku hairan bagaimana boleh sampai 50 tahun sedangkan sekarang baru 2019. Mungkin masa di sini lebih pantas daripada masa di alam manusia. Tak sangka di alam kayangan masa bergerak laju. 

Baru aku ingat yang Kashima dan Eddie nampak seperti dewasa dalam lingkungan 30-an. Mungkin mereka sudah mencapai tahap dewasa dengan pantas di sini.

“Kalau macam tu biar kami menginap di sini dahulu boleh tak. Kamipun tak ada tempat untuk menginap lagi di sini.”

“Kalau macam tu selesailah, mari ikut saya ke dalam. Saya nak tunjukkan pada kalian bilik kalian. Tinggalkan sahaja kopi di situ nanti saya angkat.” Kami mengikutnya.

Kami naik ke tingkat atas iaitu kamar untuk kami tinggal buat sementara. Aku dan Rachel berada di dalam bilik yang asing. Rachel berada di dalam bilik sebelahku. Namun, semasa aku merenung keluar tingkap. Rachel masuk ke dalam kamarku lalu memberitahuku sesuatu.

“Aku rasa ada sesuatu yang disembunyikanlah dalam gereja ini. Aku nak periksa tapi agak takut. Boleh tak kau teman aku saja.”

“Baiklah tetapi di mana?”

“Ikutlah aku,” Dia membawaku ke dalam biliknya. 

Paling menghairankan bilik ini tidak berkunci. Bukan itu sahaja, ada suatu beg yang aku rasa aku pernah tengok sebelum ini. Aku mula memeriksa beg tersebut kerana ingin tahu. Apabila aku periksa beg tersebut aku menemui suatu paket ubat gigi berperisa sup cendawan. 

Bila ingat balik Luna ada cerita padaku tentang ubat gigi ini. Maksudnya di sini Luna pernah berada di sini. Mungkin dia ada di mana-mana. Jika begitu aku perlu mencarinya terlebih dahulu baru srlamatkan penduduk kampung di sini.

“Jadi di mana lagi kau nak tunjukkan lagi padaku.”

“Di sini.” Rachel membuka suatu almari dan ternampak suatu simbol padanya. “Ini ialah simbol yang digunakan oleh witchcraft dalam magis mimpi.

“Kiranya penduduk kampung di sini ada kena mengena dengan mimpilah.” Dia mengangguk. 

Tidak lama selepas itu, Father terus masuk ke dalam bilik yang kami duduki sekarang. “Apa yang kalian buat di sini berdua-duaan.” Dia kelihatan agak kalut mujurlah kami sempat tutup almari tersebut dan acah-acah tengah sembang sekarang. 

“Ada apa tengah kalut-kalut ni.” Father mula merenung pada pintu almari tersebut dan kami.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh