Bab 23
Han


Khayalan berbeza dengan kenyataan 

Mereka yang dalam khayalan 

Akan sentiasa berada dalam kepura-puraan

Janganlah takut hadapi kenyataan.



“Wargh… Kat mana aku?” Luna baru sahaja terjaga. DIa menarik dan menghembus nafasnya berkali-kali. Aku memberikan kepadanya segelas air kosong. Dia mengambilnya dan terus minum.

“Kau berada di dalam rumah kau di dunia khayalan penduduk kampung ini.” Aku dan Rachel mengucapkan sesuatu kepadanya secara serentak. “Sekali lagi, selamat datang ke Kampung Mimpi yang menempatkan kesedaran di tempat lain.”

“Oh, baru aku faham! Kepalaku masih berpusing sedikit apabila mengingat kembali tentang perkara sebelum aku datang ke dunia mimpi penduduk kampung ini.”

Kemudian keadaan menjadi sepi buat sementara. Mengapa tetiba senyap ni. Cepatlah sesiapa mulakan perbicaraan. Macam mana cerita nak jalan kalau macam ni. Aku memandang Luna tengah memicit kepalanya manakala Rachel menggosok tangannya. Baru sahaja aku nak cakap Luna terus menyampuk.

“Wei, perempuan tu siapa dia?” Akhirnya, cerita jalan juga.

“Sebenarnya, panjang cerita tapi bila dipendekkan dia ialah maid aku. Namanya ialah…”

“Nama aku Rachel, aku bertugas sebagai maid dia. Aku adalah seorang ahli sihir ataupun lebih senang witch.”

Luna menarikku lalu berbisik pada sebelah telinga kananku, “kau pastikah dengan budak ni? Aku tak rasa kau perlukan dia. Dia macam tak layak jadi maid ja aku tengok. Aku kata sebab aku ada maid di rumahku.”

“Bukannya aku nak tetapi terpaksa ketua kampung di kampuung tu suruh aku ambil dia sebagai hadiah membantu mereka.” Rachel memandang kami yang tengah berbisik. 

“Wei, nak cakap janganlah bisik-bisik. Aku terasa dipinggirkan kat sini. Hilanglah job aku kalau macam ni.”

“Sorry-sorry kami tengah berbincang pasal kau ni. Apa kata kau kata pada kawan aku ni sebab apa kau ikut aku.”

“Baiklah tapi kau kena keluar terlebih dahulu ini adalah perbualan antara perempuan dengan perempuan.” Kemudian Rachel dan Luna menghalau aku keluar. 

Tak guna betul dia, sekarang sudah pukul lima petang pada jamku, sedangkan di sini kelihatan masih pagi lagi. Kira-kira dalam pukul 4 pagi ke 5 pagi begitulah. Aku tak rasa yang waktu di sini sama dengan waktu di dunia nyata sebab walaupun sekarang sudahpun pagi jam tanganku masih menunjukkan waktu sebelum aku datang ke sini.

Semasa aku berjalan-jalan, aku menemui orang kampung yang menolongku mengangkat Luna ke rumahnya. Mereka menanyakan kepadaku mengenai khabarnya. Orang yang memimpin Luna tadi ialah daripada 2 orang perempuan dewasa di sini. Ketika dia terpengsan mereka berdua terus datang dan memimpinnya ke rumahnya. Nampak macam hidupnnya di sini sangat senang.

“Dia baik-baik saja. Baru saja sedar daripada tidur mungkin penat sangat buat kerja di sini kot.” Mereka mengangguk menandakan faham.

“Kalau macam tu jagalah dia baik-baik. Kamu ni nama apa?”

“Kakak-kakak boleh panggil saya Han saja.” Mereka terus beredar menyambung kerja mereka. Kelihatannya kampung ini seperti bakal adakan suatu pesta yang meriah.

Aku berjumpa dengan setiap orang di kampung ini dengan bertanya khabar. Pada mulanya agak kekok tetapi bila ingat balik cara orang tua aku memulakan bicara. Aku menjadi biasa dengan perbualan dengan orang yang baru aku kenali. 

Sudah lama aku berada di luar, mungkin aku boleh tanya apa-apa pada Luna mengenai kampung ini. Aku masuk balik ke rumahnya dan melihat mereka sedang rancak bersembang. Tak tahulah aku sama ada mereka bersembang mengenai fakta ilmiah ataupun membawang.

“Aku rasa dah cukuplah membawang.” Mereka berhenti bersembang dan masih lagi menghentikan ketawa mereka. “Luna, apa yang kau tahu sebelum kau masuk ke dalam dunia ini.” Dia mengangguk.

“Aku rasa aku terjumpa seorang perempuan seperti ahli sihir di belakangku semasa waktu tengah hari di dalam gereja. Lepas tu, sedar-sedar sahaja aku berada di sini dan memori sebelumnya aku tersekat.”

“Oh, jadi macam itulah cara kau datang ke dunia ini.”

“Jangan kata kau jumpa ketua ahli sihir di sini. Mesti dia ada buat apa-apa pada badan kau. Sebabnya aku ada jumpa kau sebelum datang ke sini.” Rachel berkata dengan nada yang saspens.

“Betulkah? Aku harap badan aku tak apa-apalah. Kau berdua macam mana pula?” Dia hairan melihat kami.

“Pasal tu aku psycho Father suruh cerita tentang rahsia di sini. Nasib baiklah dia setuju nak hantar kami ke sini. Tetapi kami perlu mendapatkan sesuatu di sini sebelum sampai waktu tengah hari.”

“Ada apa-apa yang boleh aku tolong?” 

“Kalau kau nak tolong.” Aku mengeluarkan sekeping buku nota yang nenek berikan kepadaku. 

 Kemudian, aku suruh Luna melukis peta di sini. Disebabkan dia sudah biasa dengan kampung di sini, rasanya dia boleh melukis peta dengan mudah. Diakan salah seorang ahli explorer yang terkenal. Rugi kalau tak guna bakat dia tu sekarang.

“Dah siap. Apa yang kau nak buat dengan peta ini.”

“Aku nak tengok menara tesla di sini ada di mana?”

“Menara tesla? Apa tu?” Akupun menerangkan kepadanya dengan ringkas apa itu menara tesla tersebut. “Oh, jadi itulah menara tesla. Tapi sebelum ini aku pernah masuk dalam menara tersebut tetapi pintunya terkunci.”

“Adakah sewaktu itu masih ada lagi tombol pada pintu tersebut?” Dia mengangguk. Mungkin ada sesiapa yang mengambilnya tetapi mengenai teka-teki tu aku rasa aku sudah dapat idea untuk menjawabnya.

Aku memeriksa peta yang dilukis oleh Luna dan aku mendapati beberapa tempat yang dia tidak lukis. Antaranya, gereja dan menara tesla sahaja. Tesla ditukar dengan suatu gua manakala gereja ditukar kepada sebuah rumah anak-anak yatim.

Aku curiga dengan gua dalam peta ini. Bagi lokasi rumah anak-anak yatim mungkin ada kena mengena dengan gereja. Aku nak periksa ke dalam gua itu terlebih dahulu. 

“Apa yang kau tenung pada peta tu lama sangat?” Rachel menepuk bahuku.

“Aku rasa aku dah dapat idea. Luna kau nak ikut aku tak.” Dia menggeleng.

“Aku kena sertai pertandingan tradisi kampung pada pagi ni. Kau pergilah dulu nanti aku menyusul.”

 “Jom Rachel.” Kami kemudiannya pergi ke lokasi gua tersebut. Memang benar gua tersebut seperti nampak maju. Nampak seperti menara tesla ada juga

Kami meneroka ke dalam gua tersebut berbekalkan cahaya flashlight daripada telefon pintarku. Aku tak benarkan Rachel menggunakan magisnya kerana boleh memudaratkan kesihatannya. Semakin dalam kami terokai semakin sedikit oksigen yang dapat ku nafas. Aku tak tahu kenapa tetapi aku merasakan yang ada sesuatu di sini yang curiga. 

“Rachel, tunggu!” Rachel terkejut dan berhenti buat sementara.

“Ah, ada apa ni?” Aku menunjukkan kepadanya sebuah pintu yang berada di hadapanku ini. Aku melihat pintu tersebut dan mendapati di samping pintu tersebut ada suatu tulisan. Pada tulisan tersebut tertulis suatu teka-teki.


Ayam putih menjunjung syurga

Ayam hitam menjunjung neraka

Soal ini jangan curiga

Hanya perlu kamu teka


“Teka-teki ni sama macam di menara tesla kampung ini di dunia nyata.”  

“Betulkah? Tapi apa kena dengan ayam dekat sini.”

“Kau mesti tak boleh jawabkan.” Aku tersenyum padanya.

“Ceritalah cepat.”

“Teka-teki ini bermaksud dengan dua waktu untuk buka pintu ini mestilah sama ada di waktu pagi dan waktu malam. Dalam kata lain di dunia ini kita boleh buka masa waktu pagi manakala di dunia yang nyata kena buka masa waktu malam.”

“Betulkah?” Dia masih lagi tak faham.

“Betullah rasanya. Jawapan ni ja yang aku rasa paling padan. Apa kata kita buka sekarang.” Aku terus memulas tombol pintu tersebut.

 Apabila pintu dibuka, entah kenapa aku merasakan yang ada bahaya daripada belakang ku. Aku dah agak yang orangnya adalah Rachel sendiri yang bahaya. Dia menghunuskan sebilah pisau di belakangku.

“Berada dalam keadaan kaku dan jangan bergerak.” Boleh tak dia tak payah ulang perkataan yang maksudnya sama.

“Aku faham. Apa yang kau nak daripada aku.”

“Aku nak balas dendam. Cepat masuk dalam lekas.” Kamipun masuk ke dalam ruang tersebut. Dalam bilik ini agak luas dengan dipenuhi dengan alat-alat teknologi yang maju. “Apa semua ini, boleh kau jelaskan. Aku nak maklumat yang tepat.”

“Bagaimana kalau aku kata aku tak nak.” Aku tersenyum sedikit. Dia terus mengarah pisau untuk menikamku pada bahu sebelah kanan daripada belakang. Hampir sahaja pisau daripada tangannya tersentuh bahuku, aku terus menembak pisau tersebut daripada depan. Disebabkan peluru tersebut mengenai pisau. Pisau tersebut terus melanting mengenai bahunya. Nampaknya dia tak baca peraturan pada perjanjian yang kami telah janjikanlah ni.

“Argh… Apa dah jadi ni. Apasal aku yang kena ni.” Dia mengerang kesakitan. “Aku cuma nak bunuh kau aja sebab kau telah bunuh orang-orang aku.” Dia kemudiannya menangis.

“Apa kau ingat aku tak tahu ka apa rancangan kau selepas apa yang aku buat apa pada kau. Cuba kau keluar daripada kepompong ataupun keluar daripada tempurung. Tengoklah keindahan dunia ini. Manusia bukannya haiwan. Aku merawat lukanya. Walaupun kita di dunia ini kalau kau mati kau takkan kembali ke dunia yang nyata. Jadi dengarlah cakap aku. Ada aku apa-apakan kawan kau ke?” Dia menggeleng kepalanya. “Ada aku bunuh mereka ka?” Dia menggeleng. “Dia Cuma pengsan sahaja. Nanti dia akan sedar juga.” Dia mula menangis.

“Macam mana kau tahu tentang aku ini.” Aku datang ke arahnya dan mula merawat lukanya menggunakan emergency kit yang ada dalam beg sandangku.

“Entahlah, aku rasa instinct aku ja. Janganlah ikutkan hati kau. Ikutkan hati badan binasa. Lebih baik kau jadi orang yang baik. Atau kau nak jadi macam masa zaman witch hunt dulu. Di mana semua witch kena bakar hidup-hidup dengan teruk.” Dia menggeleng.

“Tapi mengapa kau rawat luka aku.” Dia menanyaku dalam nada yang sayu.

“Sebab kaukan maid aku. Aku tak pernah ada maid. Jadi bila ada ni aku kenalah jaga maid aku baik-baik.” Mukanya menjadi merah. “Kau demam ka?” Aku agak risau.

“Ta…TAKLAH.” Dia mula menjadi gelabah.

“Jangan kata kau blushing.”

“Mana adalah.” Dia menguatkan suaranya dengan keadaan sedikit malu.

“Nampaknya kau dah baik.” Aku menariknya untuk bangun. Kemudian aku terus duduk di hadapan sebuah meja yang mempunyai mikrokomputer. Aku tak pernah guna komputer macam ni lagi. Mujurlah aku ada ingat kat sekolah tentang sains komputer. Nampaknya tak rugi aku belajar subjek tu teruk-teruk.

Aku terus menggodam perisian di dalam dunia ini dengan mengubah kod yang ada di dalam komputer. Aku membuat coding pengeluaran paksa kepada semua penduduk kampung di sini. Dalam beberapa saat saja, gua ini mula mengalami keruntuhan. Mujurlah aku sempat masukan maklumat daripada komputer ini ke dalam PDA. Sementara itu, Rachel tidak dapat untuk menguatkan lariannya dan terjatuh. 

“Kau pergilah lari, tinggalkan aku di sini. Ini mungkin salah aku. Aku patut terima hukumanku di sini.” Aku taknak berdrama di sini jadi aku terus mengendongnya lalu berlari keluar daripada gua ini. Boleh sahaja kami keluar, aku dapat rasakan yang aku sudah keluar daripada dunia tersebut.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh