Bab 39

Kami keluar daripada menara itu dengan pantas dan bergerak ke kampung seterusnya. Sebelum ini aku pernah ke kampung tersebut tetapi kali ini agak berbeda dengan sebelumnya. Keadaannya nampak sangat berbeza semasa aku berada di kampung ini pada waktu malam yang menampakkan kemewahan di kampung ini ketika itu. Sekarang ini waktu siang dan keadaannya kelihatan seperti di kawasan betul-betul kampung dan tiada nampak langsung kemewahan. Mungkin aku akan tahu apabila bertanya.

“Ini ialah tempat yang terakhir.” Sandra memberitahu kepada kami semua.

“Sebelum tu, siapa dia ni?” Mimi menudingkan jarinya pada Sandra.

“Oh, maaf sebab tak perkenalkan diri saya. Nama saya Sandra. Nama panjang tak ingat, jadi panggil saja Sandra.”

“Apasal kau sopan pula ni cakap dengan mereka?” Aku berbisik pada Sandra.

“Inikan salam pertemuan kena sopanlah. Anggap saja aku tak kenal mereka semua ni.” Dia menjawab kembali.  

“Apa yang korang berdua bisikan tu?” Alamak Mimi nampak pula.

“Tak ada apa-apalah.” Aku hanya mampu tersenyum. Mimi menghampiriku lalu memberikan suatu tumbukan ke arahku. Tumbukan tersebut terasa tidak seperti dirinya yang selalu. Kali ini tumbukannya tidak terasa apa-apa. Aku merenung pada mukanya, kelihatan aneh. Pipinya merah. Wei jangan kata dia cemburu dengan aku pula.

“Mimi, kau tak sihat ka?” Dia menggeleng dan cuba untuk menunjukkan yang dia masih lagi sihat dan larat melakukan banyak benda. “Maaflah Mimi tapi aku kena lakukan perkara ini juga. Luna!” Luna terus menghentakkan tangannya pada belakang Mimi sehinggakan membuatkannya pengsan.

Luna memandangku sambil memapah Mimi “Kau pastikah dengan ni?” Aku mengangguk.

“Dia alami hari yang meletihkan. Lagipun kita lambat sampai kepada dia. Tak tahulah apa yang mereka lakukan padanya.”

“Ayuhlah kita masuk dulu, tunggu di luar ni nak buat apa lagi.” Sandra mengajak kami untuk masuk ke dalam kawasan kampung tersebut.

Pada gerbang ataupun pintu pagar kampung ini terdapat dua orang penjaga yang muka mereka serupa menjaga laluan masuk ke kampung ini. “Siapa kalian dan apa hajat datang ke kampung ini.” Penjaga A dan B berkata perkara yangg sama. Apa mereka ini robot ataupun memang kata-kata mereka serentak dalam masa yang sama. 

“Kami tersesat dan tiada tempat tinggal. Bisakah kami menetap di sini buat sementara.” Sandra memberitahu kepada mereka. 

“Betulkah kalian ini sesat. Kalau macam itu kalian dialu-alukan untuk masuk ke sini.” Sekali lagi kedua-dua penjaga tersebut berkata dengan serentak.

Mujurlah ada Sandra untuk membantu. Sementara itu, Luna dan Rachel memapah Mimi bersama. “Ikut sini.” Sandra menunjukkan arah kepada kami ke suatu rumah kayu yang nampak seperti kabin mini. Kemudian dia mengetuk pintu rumah tersebut. “Assalamualaikum. Ada orang tak dalam rumah ni?”

“Ini rumah siapa Sandra?” Aku tertanya-tanya.

“Ini rumah akulah.”

“Habistu apasal tak buka saja pintu rumah tu.” Rachel memberikan idea yang munasabah

“Kalau tak kunci daripada dalam, aku dah buat benda tu lama dah.” Dia bagi jawapan lagi munasabah daripada Rachel. Itulah jangan memperlekehkan dia.

Kemudian pintu rumah tersebut dibuka daripada dalam. “Waalaikumussalam. Ada apa ni bising-bising pagi buta ni.” Seorang lelaki yang aku kenali mula muncul pada muka pintu tersebut.

“Bangunpun kau. Cepat, gerak anak dara pemalas tu.” Sandra menyuruh lelaki tersebut melakukan apa yang disuruhnya.

“Baiklah. Ini ada apa ramai-ramai di sini. Han, ada apa?”

“Mereka tetamu kita Eddy. Cepat masuk gerak budak tu. Lepas tu buat sarapan.” Eddy masuk dan memanggil seseorang daripada dalam. Sandra kemudiannya mengajak kami masuk ke dalam rumahnya. “Jemputlah duduk di situ dulu.” Dia menunjukkan ruang seperti ruang tamu. Sementara itu, dia menunjukkan arah bilik untuk Luna dan Rachel meletakkan Mimi.

Semasa aku berada di ruang tamu rumah tersebut. Eddy datang kepadaku setelah memanggil seorang perempuan dalam sebuah bilik. “Apasal kau lari haritu? Kau tahu tak yang ketua kampung di sini risau dengan kehilangan kau.” Nadanya agak tinggi tetapi aku dapat rasa yang dia prihatin kepadaku.

“Maaflah. Aku bukannya melarikan diri tetapi pergi cari kawan-kawan aku sepertimana yang kau sudah lihat.”

“Wah, sungguh pantas! Kau cari kawan-kawan kau di hutan ini dalam masa empat hari sahaja. Hebatlah kau.”

“Hahaha… Janganlah puji lebih-lebih. Sekarang umur kau berapa?”

“Apasal kau tanya pula soalan tu. Kita kan umur sama takkanlah nak berbeza pula. Aku umur dua puluh tahun.”

“Oh, aku faham.”

“Apa maksud kau dengan kau faham? Beritahu aku.”

“Senang kata kau tua tiga tahun daripada aku.” Dia kelihatan terkejut.

“Oh, apa punca yang menyebabkan aku tua lebih tiga tahun daripada kau?”

“Dunia ini. Maksudnya di sini. Kau terikat dengan hukum dunia ini. Janganlah risau ianya tak ambil kesan apa-apa pun pada kau.”

“Itulah yang paling aku risau.” Seorang perempuan yang Eddy panggil di sebuah bilik datang kepada kami sambil membawa lima gelas air.

“Siapa dia ni?”

“Kau tak kenal?” Aku menggeleng kepalaku. “Aku perkenalkan dia inilah Kashima. Kawan kau dulu. Sekarang dah jadi isteri aku.”

“Aku dah agak yang kau tak ajak aku datang ke majlis kahwin kau.”

“Janganlah bersedih, akukan tak boleh nak berkomunikasi dengan orang luar. Lagipun haritu aku komunikasi kaupun dengan menggunakan pertolongan daripada Nek Sandra.”

“Apa kau panggil aku nek ha?” Sandra yang mendengarkan Eddy memanggilnya nenek terus menarik kedua-dua belah telinga Eddy. “Aku nampak macam nenek kah bagi kau?” Dia terus memulas telinga Eddy.

“Aduh sakit-sakit Cik Sandra.”

“Berapa umur kau sebenarnya Sandra?”

“Aku sama saja dengan kau. Aku membesar jika kau membesar dan aku mati jika kau mati.” Ayat tersebut macam terkesan saja padaku. Lagipun aku agak terkejut mendengar kata-katanya. “Kau ingatkan aku cerita pada kau temtang bagaimana budak A buka suatu kapsul yang ada seorang perempuan di dalamnya. Itulah aku. Dan satu lagi kau telah melakukan kontrak denganku melalui pemakaian cincin pada waktu tersebut.” Pada waktu tersebut Luna dan Rachel juga mendengar kata-kata daripada Sandra.

Sekarang baru aku ingat tentang cincin tersebut. Lagipun peristiwa itu sangat lama, tak tahulah cincin tu hilang ke mana.

“Jemputlah makan sarapan dulu. Nanti sejuk pula makanan tu.” Eddy berkata.

“Makan-makanlah dulu aku tau ramai yang tengah lapar ni. Sekejap lagi kena umumkan kepada ketua kampung pula.” Sandra mengambil sepiring makanan tersebut lalu makan.

“Ini hidangan apa ni?” Luna bertanya.

“Apasal? Kau takut kena racun lagi ka?” Rachel ketawa pada Luna.

“Agaklah.”

“Ini sup rempah dan gandum. Kalau rasa nak letak lauk ini ada ulat roti.” Kashima mula berkata. Luna melepaskan nafas lega.

Habis sahaja kami sarapan di rumah ini. Luna dan Rachel menggunakan bilik air untuk mandi. Sementara itu, aku dan Sandra pergi ke rumah ketua kampung di sini. 

“Assalamualaikum. Ada orang tak.” Aku mengetuk pintu.

“Jangan bagi salam.” Sandra berkata kepadaku.

“Siapa yang bagi salam kat rumah aku ni. Oh, kamu yang menghilang haritu. Ada apa ni? Jemputlah masuk kita berbincang. Kamu seorang sahaja ka?” Aku melihat Sandra yang di sebelahku tadi tetiba menghilang.

“Ya. Saya seorang sahaja.” Harap-harap dia tak buat apa-apalah padaku.

“Jemputlah duduk di situ.” Aku bersila di atas lantai rumahnya. Sementara itu, isterinya membawakan dua gelas yang berisi air kopi. “Apa hajat kamu datang ke mari ni?”

“Sebelum itu, biarkan saya minta maaf dahulu atas apa yang telah saya lakukan sebelum ini. Nama saya Farhan dan saya ada hubungan dengan lelaki yang membina menara tesla di hutan ini. Dia dipanggil dengan gelaran kutukan.” Ketua kampung ini agak terkejut. “Hasrat saya datang ke sini adalah untuk memberitahu yang kampung ini berada dalam keadaan bahaya. Ada sesuatu yang jahat akan datang ke kampung ini.” Kemudian aku menjelaskan perkara tersebut dengan lebih lanjut dengan bantuan Sandra yang berbisik ke telingaku pada waktu itu. Sebenarnya daripada awal aku hanya ikut apa yang Sandra katakan padaku.

“Jadi begitulah kisahnya. Saya faham dengan apa yang kamu katakan itu. Dalam ringkasannya, kamu nak bagi amaran kepada kamilah.” Aku mengangguk. “Terima kasih kerana membantu.” Mujurlah dia tidak melakukan apa-apa.

Tidak lama selepas itu, ada seseorang mengetuk pintu rumah ketua kampung ini dengan keadaan yang tergesa-gesa. “TOK KETUA!!!” Pintu diketuk lagi dan jeritan yang sama berulang sehinggalah aku dan ketua kampung membuka pintu tersebut.

“Ada apa ni Samad?”

Nafasnya dalam keadaan yang tercungap-cungap. “Dia dalam perjalanan.” 

“Siapa?”

“Sang Kelembai.”

“Ha?”

Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh