Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Angle Airiza
16/4/2020 17:20:30
5,048
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

“Dia bakal menantu papa jadi papa ada hak untuk tahu latar belakang dia.Dan sekarang papa dah tahu status dia,keputusan papa tiada siapa yang boleh bantah.Papa takkan izinkan kamu berdua kahwin.”Kata Encik Azman lalu mula mencuci tangannya.Ya Allah,tolong katakan apa yang aku fikir sekarang semuanya dusta.

 

“Imran tak perlukan izin papa.Imran bawa El sebab nak bagitahu kami akan kahwin.With or without your permission,I’ll still continue my plan.”Ujar Imran seraya mencuci tangannya juga.”

 

“Kalau berani buat la.Jangan cabar papa Imran Eiden.”Kata Encik Azman dengan nada yang sedikit meninggi.

 

“Imran,dah la.”Pujukku perlahan apabila melihat situasi anak-beranak ini semakin tegang.

 

“By hook or by crook,lara Elliana forever be mine.”Ujar Imran lalu terus bangun meninggalkan ibu bapanya.

 

“El pergi dulu mak cik.Maaf sangat-sangat,”kataku seraya menyalam tangan ibu Imran.Hanya senyuman dibalas ibu Imran.

 

“Kina rasa abang tak patut cakap macam tu pada Eiden”Kata Puan Sakinah sambal memandag wajah suaminya.

 

“Saya tahu macam mana nak cakap dengan anak saya.Awak tak perlu tegur saya.”Balas Encik Azman lalu pergi meninggalkan isterinya sendirian.

 

Keadaan dalam kereta mnjadi tegang seketika.Pandanganku jatuhkan diluar cermin kereta manakala Imran setia dengan pemanduannya.

 

“Imran awak ok ka?”Soalku pada Imran.Tiba-tiba saja perasaan hiba menyelubungi diri.Aku sepatutnya dah sedar aku memang tak layak untuk Imran.

 

“Ok ja.Kenapa?Saya nampak tak ok ka?”Soal Imran pula.

 

“Imran awak tahukan saya anak yatim piatu.Saya tak dapat rasa kasih sayang seorang ibu dan ayah,saya tak pernah lihat ibu dan ayah saya bahagia disebabkan saya.Sekarang,awak masih ada peluang jadi saya tak nak awak lepaskan peluang yang ada.”Ujarku Panjang lebar berharap Imran faham.

 

“Apapun yang awak cakap,saya takkan lepaskan awak macamtu saja.Saya akan berjuang demi hubungan kita.”Kata Imran tegas.’Macam mana saya nak terima kenyataan tu’.Bisik hati kecilku.

 

Tiba-tiba saja Imran memecut laju ke bahu jalan.

 

“Saya dah hilang ramai orang yang aku sayang.Saya taknak kehilangan awak pula El.Tolongla,kita usaha sama-sama kuatkan hubungan ini.Hubungan takkan berlaku kalua Cuma seorang saja yang berusaha.”Ujar Imran sambil memandang tepat kea rah aku.Dan…aku dapat rasakan kejujuran.

 

“Tapi,hubungan perlu direstui oleh keluarga dahulu.”Kataku perlahan.

 

“El,tolonglah tunaikan permintaan terakhir saya,kekal dengan dengan saya walau apapun jadi.”Pinta Imran padaku.

 

“Saya minta maaf.”Kataku perlahan seraya menundukkan kepala.

 

“Saya laparla.Jom pergi makan,tadi tak sempat nak kenyang.”Kata Imran sambil membuat wajah sedih.Menagadanya!

 

“Boleh pula macamtu.Eyy.”Ujarku seraya menunjukkan penmbukku.Senyumanku terbit di bibir Imran.

 

Gear ditarik untuk masuk semula ke jalan raya.

 

BANG!!

 

Kepalaku ku angkat,darah yang menaglir aku sentuh.Pandanganku alihkan kea rah pemandu.Pintu terbuka,Imran…tiada.

 

“Adik ok ka?”Seorang lelaki berusia kira-kira 40-an menghampiriku.Pandangan mataku kelihatan makin kabur.

 

Orang ramai mula mengeluarkanku daripada kereta.Tiada apa yang aku fikirkan melainkan Imran.Cukup aku dapat lihatnya sekarang walau hanya seketika.

 

“Ada lagi seorang bawah kereta!”Jerit seorang lelaki tapi tidak dapat kulihat wajahnya.

 

Mataku mula serasa berat.Susuk tubuh yang amatku kenali menghentikan mataku daripada tertutup.

 

“Imran.”Suara seakan mahu menjerit kuat namun kondisiku pada saat sekarang mengahalangnya.

 

Kepala toleh ke arahku lalu terbit sebuah senyuman.Walalupun pandanganku gaka kabur,aku tetap gembira melihat senyumannya.Tanganku hulur padanya walaupun jarak kami agak jauh.Imran turut lakukannya jua.

 

“Minyak tumpah!”Jerit salah seorang saksi di situ.Sekejap,kenapa semua orang mula lari!Imran,dia masih ada disitu!

 

“Saya sayang awak”Gerakan mulut Imran benar-benar buat aku mahu menejerit!

 

Imran,saya belum bersedia kehilangan awak!

 

BOOM!

 

Api mula membara menghurumi kereta milik Imran.Air mataku menaglir dengan sangat pantas.

 

“Imran…”Telingaku sempat menangkap bunyi siren ambulan sebelum mataku mula tutup rapat Bersama air mata yang tidak henti mengalir.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Angle Airiza