Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,568
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

"Eriqa awak pergilah dulu,saya nak pergi perpustakaan nak pinjam buku".Ujarky seraya memasukkan buku notaku ke dalam beg.


"Rajinnya kawan baik aku ni.Ha pergilah aku tunggu kau dekat hostel".Pujinya lalu mula melangkah keluar dari dewan kuliah.


"Setibanya aku di perpustakaan,langkahku hayunkan ke arah novel sejarah.Walaupun orang selalu cakap sejarah ni bosan,tapi bagi aku sejarah ni menarik.Bait sejarah Islam,sejarah Malaysia mahupun luar negara.


Sejarah menceritakan perihal masa lampau.Tokoh-tokoh sejarawan yang berusaha mengekalkan keamanan serta kedaulatan negara serta masyarakat.Dengan mempelajari serta mendalami sejarah,aku tahu bahawa kisah lampauku tidaklah begitu teruk.Bagaimana tokoh-tokoh dahulu berjaya buatkan masyarakat sekarang hidup senang,itu juga apa yang aku mahukan dalam hidup ini.Belajar daripada kisah silam agar tidak terjerumus di masa hadapan.


Beg aku letakkan di atas lantai bersandarkan salah satu rak buku di sini.Sedang aku ralit memilih buku,beg aku pantas direntap oleh seorang perempuan.


"Kau mesti Lara Elliana.Mahasiswi yang buatkan Emir Mustaqim dan Imran Eiden gilakan kau.Kau buat apa sampai diorang gilakan kau?Kau main sihir?"Soalnya padaku.Matanya mula memandangku atas bawah.Mahasiswa dan mahsiswi yang lain mula menjauhkan diri mungkin tidak mahu terlibat sama.


"Bagi balik beg saya".Arahku berani.Tanganku angkat ingin mencapai beg teesebut.Entah bagaimana aku boleh tersalah langkah lalu terjatuh dihadapan mereka.


Gelak tawa mereka agak kuat.Pengawas pusat sumber yang aku sangkakan mahu menghentikan perkara ini rupanya hanya jadi pemerhati dari jauh saja.Lutut yang terasa amat pedih membuatkan aku rasa mahu meraung sekuat hati.


"Kau ingat aku nak bagi ka?Boleh tapi dengan 1 syarat"Kata-katanya tadi terhenti apabila satu suara datang mencerlah.


"Jauhkan diri kau daripada dia".Potong seseorang itu.Kepala ditundukkan menghalang orang lain melihat aku menangis.Pedih dilutut tidak dapat kutahan lagi.


"Eiden,awak buat apa dekat sini?"Soal perempuan tadi.Beg aku dijatuhkannya dihadakanku.Terkejut mungkin melihat diri Imran disini.


"Orang lain panggil aku Imran.Dan kau pun kena panggil aku Imran".Terangnya tegas.Nada suaranya tidak begitu tinggi,hanya kedengaran tegas sahaja.


"Tapi,kan nama awak Imran Eiden.Jadi,tak salah la saya panggil awak Eiden."Kata perempuan tersebut lembut.


"Hanya orang tertentu saja yang boleh panggil aku Eiden.Yang paling penting,orang tertentu tu bukan kau."Sindir Imran padanya.Rata-rata mahsiswa mahasiswi di sini mula menghemburkan tawa.Air mata yang mengalir aku seka perlahan.


Tanpa sebarang kata,perempuan-perempuan tersebut mula meninggalkan aku dengan Imran.Para mahasiswa juga telah pergi ke tempat lain.


"Dah la jangan la nangis.Kau tahu tak muka kau buruk bila nangis".Kutuknya padaku.Dan sekarang aku betul-betul rasa nak tumbuk si Imran ni.


"Aku minta maaf sebab aku kau kena buli dengan perempuan tu".Katanya lagi apabika aku hanya menyepi.Aku mengambil beg tersebut lalu mula ingin tinggalkan Imran.


Belum sempat aku bergerak pergi,Imran terlebih dahulu menarik begku.


"Awak nak apa lagi".Kataku geram.Air mata pula tak henti-henti mengalir.Tanpa sebarang kata,Imran memberikan padaku sehelai tisu.


"Kau mesti anak manja ayah kau kan.Kuat menangis betul."Ujarnya sambil memandangku.


"Dulu ya.Tapi sekarang tak."Kataku lalu menundukkan kepalaku.


"Kenapa?Kalau kau tak kisah,kongsila dengan aku."Ujarnya perlahan.


"Mama dengan papa saya dah meninggal.Kemalangan jalan raya."Jawabku lalu berjalan meninggalkan Imran di belakang.


"El,sorry.Aku tak tahu."Katanya bersalah.


"Tak apa,saya memang tak suka orang luar tahu tentang ni."Ujarku padanya seraya mengukirkan senyuman.


"Elliana Eiden!"Laung seseorang dari arah belakang.Serta-merta aku dan Imran berpusing ke belakang.


"Ya"Jawab aku dan Imran serentak.Jelingan ku berikan pada Imran.Sibuk ja nak tiru jawapan orang.Tumbuk kang.


"Alahai romantiknya.El aku nak minta tolong kau sikit boleh?"Soal Eiman Lutfy padaku.


"Tolong apa?"Soalku padanya.


"Birthday Eriqa 3 hari lagi kan?Jom sambut sama-sama"Ajaknya riang.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen