Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,498
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

Pin! Pin! Pin!



Kupusingkan badan ke arah belakang.




“Hai El!”sapa Imran ceria padaku.




“Jom la saya tumpangkan,”ajaknya padaku.Aku merenungnya pelik.




“Awak tahu saya nak pergi mana?”soalku pada Imran.Sempat aku menangkap beberapa lirikan mata 


terhadap diriku.Memang sejak kami rapat,banyak ‘suara yang mula berbunyi.




“Awak nak keluar makan dengan Eriqa dan Eiman kan.Jadi,jomlah pergi sekali.”jawabnya dengan kaca 


mata hitam menutupi matanya.




“Saya ada hal lain,”kataku padanya. ’Jadi,dia tak tahula aku nak pergi mana’fikir akalku.




“Jomla.Lagipun diorang tak tahu lagi yang kita dah rapat.Kesian Eriqa cari restaurant mahal-mahal untuk 


kau tapi kau tak datang.Jomla,”pujuknya lgi.Bukan tak mau pergi,tapi hubunganku dengan Eriqa belum 


baik lagi.Sejak pergaduhan kami tempoh hari,aku langsung tidak berhubung dengannya.Walaupun aku 


sedar,aku bersikap keterlaluan kerana telah meninggikan suara padanya.




“”Inilah peluang untuk awak berbaik semula dengan Eriqa.Awak mesti rasa bersalah tentang kejadian 


haritu.Jomla,”ujarnya padaku.




“Macam mana awak tahu kami gaduh?”soalku pelik dan terkejut.




“Saya tak cakap pun awak bergaduh,saya cakap awak boleh berbaik semula ja,”jawab Imran tak 


bersalah.




“Imran!”jeritku padanya.




“Kalau awak nak tahu macam mana saya boleh tau,awak kena masuk dulu.Baru saya bagitau,”katanya 


padaku seraya membuka kunci pintu buatku.



Aku terus membuka pintu belakang walaupun aku tahu Imran tidak akan memberitahu apa-apa padaku. Mungkin benar katanya, inilah peluang untukku berbaik dengan ya, kawan baikku sendiri. 



"Duduk depanla.Ingat ni grab ka!" bising Imran padaku. Tapi langsung tidak kupedulikan. Lantas telefon pintar ku buka. Kalau cakap dengan mamat ni, esok pagi pun belum tentu kami tiba di restaurant tersebut. 



Ku hantar pesanan suara kepada abang Emir, menyatakan aku ada hal lain yang perlu dilakukan. 



Sepatutnya hari ini aku ingin berjumpa dengannya untuk menanyakan pendapatnya tentang hubungan baik aku dan Imran sekarang. Bukan aku tidak percayakan orang lain,cuma sekarang aku lebih percayakan abang Emir. 



                                 *****


"Awak rasa El datang tak? Macam mana kalau dia tak nak datang? Macam mana kalau dia masih marah kan saya," ujar Eriqa bertubi-tubi pada Eiman disebelahnya.



"Sayang,kita dah kawan dengan El dari zaman universiti lagi.Saya yakin dan percaya El dah maafkan kita. Saya yakin dia akan datang sini. Lagipun saya dah minta Imran pujukkan El," pujuk Eiman lembut. Jarinya isterinya itu dipegang lembut. 



"Ha tu sampai dah. Kan saya kata dia akan datang," ujar Eiman seraya tersenyum ke arah pintu masuk. 



Senyumannya disambut oleh Imran Dan senyuman kelat diberi Elliana. 



                         *****


"Lia!" panggil seseorang dari arah belakangku. Kupandang orangnya itu,ternyata sama seperti yang aku sangkakan. 



"Lia buat apa dekat sini?" soal abang Luqman padaku. 



"Makan" jawabku ringkas. Mata abang Luqman lirikkan ke arah orang sebelahku, Imran. 



"Saya Imran. Kawan Elliana," ujar Imran seraya menyuakan tangannya untuk bersalam.



"Luqman Eyzad, abang El" kata abang Luqman pula bersama senyuman. Aku sendiri tidak pasti itu senyuman ikhlas atau tidak. 



"Makan berdua ja ka?" soal abang Luqman pada kami berdua. 



"Ada Eriqa dengan Eiman sekali," ujarku lalu menunjuk ke arah mereka. Hanya anggukan dibalas olehnya. 



"Abang pergi dulu, ada kerja. Nanti kalau ada masa, datang la rumah" kata abang Luqman pada Imran. 



"Insyaallah, tapi saya tak tahu rumah abang kat mana. El pun tak pernah bagitahu saya rumah kat mana" ujar Imran peramah.'Sejak bila mamat ni jadi peramah,' bisik hati kecilku. 



"Nanti kalau ada masa lapang, telefon abang. Kita keluar minum" kata abang Luqman lagi sebelum mereka berjabat tangan buat kali kedua. 



Setelah susuk dirinya hilang dari pandangan kami, Imran mula bersuara. 



"El,baiklah abang awak tu. Handsome pula tu," ujar Imran… beria. 



"Tengok adik dia la," kataku lalu meninggalkannya. 




                                    *****


"Sofia sihat?" soal ku pada Eriqa dihadapanku. Imran dan Eiman sudah keluar dari restaurant, katanya nak hidup udara tenang. 



"Alhamdulillah sihat, mama Sofia pun sihat" jawabnya padaku. Serta merta senyuman kecil terbit diwajah kami berdua. 



"El, aku.." pantas aku memotong ayat Eriqa. 



"Tak,tak. Saya yang kena minta maaf. Saya tak sepatutnya tinggi kan suara dekat awak macam tu. Saya terlalu ikutkan emosi," ujarku padanya sambil memandang tepat ke wajahnya. 



"Kita… tak gaduh lagi kan?" soalnya padaku. 



"Saya tak sanggup nak gaduh lama-lama dengan awak," jawab ku seraya tersenyum padanya. 



Aku terus bergerak ke sebelahnya lalu memeluknya erat. "Thank you for everything," ujarku lagi padanya. Hanya anggukan dibalas oleh Eriqa. Seketika kami begitu, sebelum melangkah keluar mengambil udara segar.




                        *****


"Lia pergi kerja dulu," ujarku lalu menuju keluar dari rumah. Belum sempat kakiku melangkah keluar, abang Luqman terlebih dahulu memanggilku. 



"Lia,abang ada benda nak cakap. Boleh abang cakap sekarang?" soalnya padaku. Hanya anggukan dibalas olehku.



"Abang tahu abang dah banyak lukakan hati Lia. Jadi, abang akan biarkan Lia tentukan pilihan hidup Lia sendiri. Abang sedar, tak semua penolakan akan membahagiakan.Abang terlalu kongkong Lia, sampai abang tak sedar abang dah sakit kan Lia. Abang tak tahu dah berapa banyak kali abang cakap, tapi abang minta maaf, "ujarnya sambil memandang tepat ke arah wajahku. 



" Terima kasih sebab faham Lia. Lia gak pernah simpan apa-apa perasaan dendam atau benci pada abang. Lia cuma ada seorang ja ahli keluarga, abang Luqman.How can I decide to hate you? "kataku seraya mengukir senyuman padanya. 



" Come here, "panggil ya seraya memelukku erat. Benarla orang kata, pergaduhan adik beradik tak pernah lama.



"Kalau satu hari nanti Lia dengan Imran pilih untuk bercinta semua ataupun kahwin terus. Abang tetap setuju okay!" ujar abang Luqman seraya tersenyum padaku. 



"Kami kawan ja la sekarang," kataku padanya. Jauh betul tiba-tiba jadi kahwin. 



"Ya ka? Hebat betul kawan sampai rumah tepat pada masa ya," ujar abang Luqman seraya memandang ke arah tingkap rumah kami. 



Terkejut juga diriku melihat keberadaan kereta audi Imran dihadapan rumahku. Mana dia tahu alamat rumah? Macam mana dia boleh sampai sini? 



" Assalamualaikum, "sapa Imran dihadapan pagar rumah kami. 



" Waalaikumsalam, "jawabku dan abang Luqman serentak. Aku melangkah keluar dari rumah manakala abang Luqman ke atas untuk menjawab panggilan telefon. 



"Macam mana kau tahu rumah aku?" soalku pada Imran.



"Thanks to your brother," jawabnya seraya tersenyum. 



"Saya ada bawa burger yang awak suka makan tu. Jom makan," ajaknya lalu memberikan plastic berisi burger itu padaku. Burger di pagi hari, lain macam taste mamat ni. 



"Saya masuk dulu," kata Imran lalu menuju masuk ke rumahku. Walaupun agak terpinga-pinga aku menganggukkan saja kepala. 'Aku ada jemput dia masuk ka tadi? ' fikir akalku. Aku turut masuk ke dalam rumah, lalu menghidangkan burger tersebut. 



                           *****


Sedang Imran membelek bingkai gambar di ruangtamu, bingkai gambar yang diletakkan dibahagian belakang menarik minat Imran untuk melihatnya. 



"Glow up teruk budak ni," ujar Imran sendirian saat melihat gambar Elliana ketika di universiti Dan sekarang. 



Bingkai gambar disebelahnya dipandang lama. 



Lamanya berfikir sebelum mengambil bingkai gambar tersebut. Gambar mereka bertiga Eriqa, Eiman dan Elliana. Tapi yang menarik pandangan Imran ialah gelang tangan yang dipakai oleh Elliana. 



"Aku macam penah tengok gelang tu. Tapi kat mana?" soalnya sendirian.Baru saja dia ingat tentang gelang tersebut, kepalanya tiba-tiba serasa sakit. 



Kepalanya dipegang. "El!" panggil Imran sebelum rebah ke lantai. 



"Imran!" jerit Elliana terkejut lalu memanggil abang Luqman. 



                           *****


"Lia, abang kena masuk kerja sekarang. Lia jaga diri tau.Insyaallah tak ada apa-apa jadi," ujar abang Luqman menenangkan diriku. Hanya anggukan dibalas olehku. 


Aku hanya memandang pemergian abang Luqman. Keadaan Imran yang lemah dihadapanku ini ku pandang lama. 



" Imran, please don't leave me again"ujarku sendirian. Air mata yang mengalir kulap lembut. 



Tiba-tiba jari Imran bergerak perlahan. Aku yakin jari Imran bergerak tadi! 



" Imran. Imran"panggilku lembut. Mata Imran dibuka perlahan. Button kecemasan ditekan sebelum 2 orang jururawat masuk ke ward Imran. 



Aku diarahkan untuk tunggu di luar seketika. Hampir 5 minit Imran diperiksa oleh Doktor tersebut sebelum keluar berjumpa dengan ku. 



"Keadaan tuan Imran dah kembali normal. Tapi kalau boleh jangan bagi dia banyak sangat berfikir," pesan Doktor tersebut sebelum meninggalkan diriku bersama Imran. 



"Imran, awak okay?Ada rasa sakit dekat mana-mana?" soalku padanya. 



"El, awak ada nak bagitahu saya apa-apa ka?" soal Imran secara tiba-tiba padaku. 



"Bagitahu apa?" soalku semua padanya. 



"Apa-apa saja. Tentang pertemuan kita di universiti…" jawabnya sambil memandang wajahku. Dengan lambat-lambat aku menjawabnya. 



"Tak ada apa," jawabku perlahan. Pandangan Imran dialihkan ke arah lain. Mungkin tidak suka dengan jawapan yang diberi ku tadi. 




"Can you leave me alone?" soalnya padaku. Tanpa sedikit me oleh ke arahku. 



"Sekarang?" soalku pula. 



"Yes."jawabnya ringkas. Tanpa berkata apa, aku terus melangkah keluar. Baru saja hendak keluar, Imran bersuara lagi



" Selagi saya ada dekat hospital ni, awak tak perlu datang. Fokus kerja ja. Jangan jumpa saya. Pintu jangan lupa tutup, "katanya lagi lalu mengalihkan badannya ke arah bertentangan dengan ku. 



Tipu kalau aku tidak terasa dengan sikapnya. Tapi, apa saja yang boleh aku lakukan. Pintu ward ku tutup perlahan sebelum meninggalkan Imran keseorangan. Air mata yang bergenang ku biarkan saja. 



Langkah terus kuhayunkan keluar dari kawasan hospital menuju ke rumah apartmentku. 



                         *****


"El, kau okay?" soal Eriqa dicorong telefonku. 



"Okay. Kenapa?" jawabku seraya bertanya. 



"Kalau kau ada nak kongsi apa-apa, kau bagitahu la aku. Aku sentiasa ada untuk kau," pesannya lembut padaku. 



"Okay. Awak jangan risau sangat tentang saya. Saya okay ja," ujarku cuba menghilangkan perasaan risaunyanya terhadap diriku. Mungkin Eriqa juga tahu apa yang terjadi padaku dan Imran. Usai pertanyaan Imran di hospital semalam, kami langsung tidak berjumpa ataupun menelefon bertanya khabar. 



Aku yakin abang Luqman dan Eiman juga tahu tentang perkara ini. Awal-awal pagi lagi abang Luqman sudah bertanya akan diriku. 



Aku keluar menuju ke kedai berhampiran firmaku. Kereta ku pandu kekedai burger yang menjadi tempat kegemaranku melepaskan tekanan. Mungkin pandangannya yang cantik dan sejuk itu punca utama tekananku hilang. 



Usai tiba, aku memakirkan kereta milikku lalu memesan burger ayam satu. 



Aku mengambil tempat duduk yang menghadapkan pemandangan kawasan perumahan dihadapanku. Kedudukan kedai ini yang berada di atas bukit membuatkan pelanggannya dapat melihat pemandangan hampir keseleuruhan kawasan ini. 



"El," panggil seseorang lalu mengambil tempat disebelahku tanpa disuruh. 



"Imran kau dah sihat ka?" soalku terkejut. Sejak bila pula dia dah keluar hospital ni. 



"Kalau tak sihat lagi takkan aku dah boleh keluar hospital kan. Kenapa kau makan dekat sini seorang diri?" jawabnya seraya bertanyakan soalan padaku.



"Habis,kau nak aku makan dengan siapa? Jiran kau?" soalku pula cuba menghilangkan perasaan gemuruh.Selalunya panggilan aku-kau ini Imran gunakan ketika di serius atau marah. 



"Aku nak tanya kau sesuatu. Tapi dengan syarat, kau kena jawab jujur" ujarnya padaku membiarkan lawakku tadi. 



"Tanyalah,"kataku. Burger yang dipesan ku diletakkan diatas meja. 



" Kenapa kau tak buat laporan polis tentang papa aku? "soalnya tepat padaku. Pandanganku halakan ke arahnya. 



" Apa maksud kau? Aku tak faham, "jawabku perlahan. Jantung yang tadinya berdegup normal, kini serasa mahu tercabut. 


" Kenapa kau tak buat laporan polis tentang papa aku? Papa aku yang cuba ragut nyawa kau? Kenapa kau tak bagitahu aku apa jadi bila kita jumpa balik? "soalnya bertubi-tubi padaku.



"Kau cakap kalau perempuan tu masih sayang aku, dia akan bantu aku ingat siapa Lara Elliana dalam hidup aku. Tapi, apa kau buat? Ka kau memang betul dah tak ada perasaan dekat aku?" pandangannya kini beralih padaku. Pandangan kami terpaut seketika sebelum aku mengalihkan ke arah lain. 



" Kalau betul kau masih sayangkan aku. Nak pulihkan balik hubungan kita, kau ikut aku. Kita pergi buat laporan polis, "ujarnya saat aku memilih untuk berdiam diri. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan sekarang,tapi aku rasa dia dah lupa ahli keluarga dia siapa. 



" Kau sedar tak apa kau cakap ni? Ni papa kau Imran. Kau nak buat laporan polis tentang papa kau sendiri? "soalku padanya. 



" Kenapa wujudkan undang-undang kalau keluarga sendiri salah kita tutup. Kenapa wujudkan undang-undang kalau tak dijatuhkan pada orang yang didakwa. Kau lawyer El, kau sepatutnya lagi tahu tentang ni semua"kata Imran sambil memandang tepat ke arahku. 



" Kalau kau nak pulihkan balik hubungan kita, esok pukul 8 dekat balai polis tempat abang Luqman kerja. Tu pun kalau nak hubungan kita baik semua," ujarnya lalu pergi meninggalkan diriku. 



Gelang pemberian Imran yang kusimpan didalam beg tangan, ku keluarkan. Gelang itu kugenggam erat. 



'Keputusan ni penentu segalanya,El' bisik hati kecilku. 



                            *****


Jam ditangan kupandang sekilas, lagi 10 minit jarum jam menunjukkan pukul 8 pagi.Gelang pemberian Imran itu kupandang. 



"El, just do it" ujarku sendirian. 



                          *****


"Assalamualaikum," sapaku pada Imran dan abang Luqman di balai polis. 



"Lia dah ready nak buat laporan?" soal abang Luqman padaku. Hanya anggukan dibalas olehku. Senyuman diberikan padaku sebelum abang Luqman memanggil salah seorang rakan pekerjanya. 



"Let's start everything again. Without anyone that trying to stop us. Thank you for coming," kata Imran seraya mengukir senyuman padaku. Senyuman juga dibalas olehku. 



Hampir 1 jam kami di balai, akhirnya semua yang perlu aku lakukan sudah selesai. 



"Untuk bahagian lain tu, biar pihak polis yang uruskan.Buat masa sekarang, jaga diri elok-elok" pesan polis lelaki tersebut yang ditugaskan untuk mengetuai kes ini. 



Setelah tamat semuanya, Imran menghantarku pulang dan sekali lagi dia mengucapkan terima kasih padaku. 



Jika sebelum ini, aku berasa takut mahu mulakan apa-apa langkah terhadap papa Imran. Namun, sekarang. Aku berasa lega.Perasaan takut dan risau itu hilang begitu saja. 



Lagi 5 minit jam menunjukkan akan masuk waktu zohor, aku menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. 



                              *****


"Lia okay?" soal abang Luq padaku. Lagi 5 minit, perbicaraan kes antara papa Imran akan bermula. Meskipun aku sudah biasa masuk ke dalam mahkamah, namun hari ini suasananya terasa lain. Mungkin kerana bukan aku berada di tempat peguam tersebut. 



Imran yang berada di sebelahku pandang lama. Aku tidak dapat membaca riak wajahnya, sama ada dia gembira kerana hukuman bakal dikenakan kepada yang salah. Ataupun sedih kerana hukuman tersebut ditanggung oleh papanya sendiri. 



Ibu tiru Imran yang berada disebelahnya setia memegang jari anak tirinya itu. Mungkin gelisah ataupun takut. Pandangan kini kuhalakan pada abang Luqman. Keadaan tenang bersama baju seragam polis diraja Malaysia. 



Pandangan ku alihkan pula pada Eriqa. Senyuman yang terukir diwajahnya sedikit sebanyak menenangkan diriku. Kini, perbicaraan sudah pun dimulakan. 



Hampir 1 jam keterangan serta hujahan diberikan oleh peguam masing-masing. Kini, Keputusan hakim penentu segalanya. 



"Majistret mengeluarkan hukuman akta mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh dua kali berturut-turut. Kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda." 



Aku pandang wajah ibu tiri Imran, seperti yang aku sangkakan air matanya mengalir seusai saja hakim tamat membacakan hukuman. 


Sebelum keluar dari mahkamah, aku terlebih dahulu bergerak menuju ke arah Tengku Azman. 



Senyuman kelat yang terbit diwajahnya, benar-benar buat rasa bersalah ku menebal. 



"Pak cik minta maaf atas semua kesalahan yang pak cik buat pada keluarga Elliana. Pada Elliana sendiri," ujarnya seraya menundukkan kepala.



"Saya dah lama maafkan pak cik. Saya tak pernah simpan dendam pada sesiapa. Pak cik jaga diri. Nanti ada masa, El datang melawat pak cik," kataku padanya. Sempat kuukirkan senyuman padanya sebelum dibawa keluar dari mahkamah. 



"Awak balik dengan abang Luqman dulu. Saya ada hal nak setllekan," kata Imran lalu menuju ke arah bertentangan. Aku pula menuju ke arah Eriqa dan abang Luqman yang sudah berada di parkir kereta. 



Kami menghantar Eriqa pulang ke rumah dahulu memandangkan dia hanya datang sendirian. Eiman berada di rumah untuk menjaga Sofia. 



Tiba saja kami di rumah, aku merebahkan badan ke atas katil. Penat, tapi bersyukur. Itu saja yang mampu aku ungkapkan saat ini. Syukur, semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Aku terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum turun makan malam bersama. 



                             *****


Telefonku berbunyi menandakan ada peti suara masuk. Aku rebahkan badan ke atas katil lalu membuka telefon milikku. Terkejut bukan kepalang saat membaca mesej dari Imran itu. 



El, saya dah ada dekat bawah. Turun la, kita makan dekat luar. Saya tunggu awak:) 



"Masyaallah bila masa pula dia cakap dia nak datang!" ujarku sendirian lalu mula menyiapkan diri. Dah satu kerja nak fikir pakai baju apa! 



Hampir 30 minit aku bersiap, akhirnya aku turun jua. 



"Bersiap mengalahkan anak raja," perli abang Luqman padaku. Hanya senyuman manis diberikan olehku padanya. 



"Imran pergi dulu," pamit Imran lalu menyalam tangan abangku. 



"Kita nak makan dekat mana?" soalku pada Imran seusai masuk ke dalam perut kereta. 




"Rahsia.Dah sampai awak akan tahu," jawab Imran lalu meneruskan pemanduannya. 



Hampir 40 minit kereta Imran me belah jalan, akhirnya kami tiba jua. 



Pandanganku alihkan pada Imran. Penat aku bersiap, rupanya dia nak bawa aku makan dekat kedai burger yang selalu kami makan tu saja. 



" Jom la keluar," ajak Imran tanpa sedikitpun bertanya apa-apa padaku.



Tanpa berkata apa, aku turut saja arahannya. 



Tamat saja kami habiskan burger yang dipesan, Imran meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan. Pandanganku pula diarahkan ke hadapanku. Tempat setia yang menghiasi pandanganku dengan kawasan bandar yang terang. 



Sedang rancak lagu Shimmy Andi Bernadee, lagu itu ditukarkan pula pada lagu Mark Adam.Marry me. 



Entah dari mana, Imran pula muncul disebelahku. 



"El, saya ada sesuatu nak bagitau awak," katanya padaku. 



"Apa?" soalku padanya. 



"I know I have hurt you so many times. Without realise it. I know you have go through a lot in your past life. So, now I'm asking you." 



"Would you like to go through your future with me, as your husband?" ujar Imran seraya mengeluarkan sekotak cincin. 



Aku memandangnya lama, 



"Yes, I would" jawabku seraya memakai cincin yang diberikan padaku itu. Cantik! 



Banyak sorakan dari pelanggan yang hadir. Serta-merta wajah kami berdua bertukar merah akibat perasaan malu yang menggunung. 



Dan saat ini, aku merasakan detik bermulanya kebahagiaan kami. Bersama. 


                                   *****


Aku duduk disebelah Imran, suamiku yang sah. Pantai Maldives yang dijadikan tempat honeymoon kami ini pandang bersama. 



Saat ini, aku yakin. Penantianku selama ini, bukanlah sia-sia. Aku dikahwinkan bersama lelaki yang dicintaiku dulu meskipun ditentang banyak pihak. Banyak dugaan yang kami lalui bersama, mahupun sendirian. 


Aku belajar, hidup perlukan perjuangan dan bukannya penyesalan. 


Eriqa bersama Eiman dan Sofia. 


Abang Emir bakal melanjutkan pengajian ke luar negara untuk menambahkan lagi ilmu pegetahuannya tentang perniagaan. 


Ibu tiri Imran membuka restaurant yang diusahakannya sendiri. 


Abang Luqman? Dah jumpa bakal kakak iparku, rakan sekerjanya. Umur 30 la baru jodoh datang. 


Dan aku, bersama Imran. Lelaki yang dicintaiku dulu, kini dan selamanya. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen