Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,621
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21

"Lia!Lia pergi mana pagi buta baru balik!" ujar Abang Luqman padaku seusai diriku melangkah masuk ke dalam rumah.Mataku pandang ke arah jam dinding rumah,1:45 pagi. 



'Patut aku balik pukul 3 pagi saja tadi' bisik hatikecilku. 



"Lia abang tanya ni jawab la. Tau tak semua orang risau! Abang, Eriqa, Eiman kami semua risaukan Lia!"kata abang Luqman lagi. Fikiranku teringat akan insiden petang tadi… air mataku mula bergenang. 



"Lia" panggil abang Luqman. Kepalaku tunduk ke bawah, tak mampu menahan air mata yang bergenang itu lagi. 



"Lia jumpa Imran…" ujarku setelah sekian lama menyepi.Pandanganku halakan padanya. Langsung… tiada… risk… terkejut. 



"Abang rasa dah tiba masa untuk Lia tahu,Imran masih hidup.Dia cuma koma waktu kemalangan Lia dengan dengan Imran tempoh hari. Tapi, abang buat semua ni bersebab" katanya dengan nada lembut. Mataku memandang tepat ke arahnya, 



"Sampai hati abang buat Lia merana macam ni" nafasku tarik perlahan sebelum teruskan ayatku. 



"Mama dengan papa meninggal abang tak pernah bagitahu Lia punca dia. Lia tahu sebab Lia cari sendiri! SENDIRI! Sekarang, abang reka cerita yang Imran dah MATI. Orang yang Lia sayang yang Lia cinta dah MATI! Itu apa yang abang cakap pada Lia! Semua lakonan semata-mata! PENIPU! "Laungku kuat. 



" Orang nampak kau abang paling baik.Bagi aku, kau abang paling tak berguna! Aku benci kau! "jeritku kuat lalu menuju keluar ke arah keretaku. 



" Lia! "panggilannya sedikit tidak aku hiraukan. 



Aku memberhentikan kereta di baju jalan yang agak lenggang. Stereng keretaku pegang kuat. 



" AAAAAAAAAAAA"Jeritku sekuat hati. 



"Imran dah mati El. Imran dah mati El" 



"Tak dia tak. AAAAAAAAAA" Jeritku lagi sambil menutup telingaku daripada mendengar bisikan itu tadi. 



                            *****


"kenapa kereta tu berhenti depan kedai Ah Chong. Dia tak tahu ka bengkel Ah Chong dah pindah tempat lain," kata Eiman pada Imran disebelahnya. 



"Mana la aku tau. Kau pergi la bagitahu dia" ujar Imran pada Eiman.



"Jom la teman aku.Mana tau ada perempuan cantik," belum sempat Eiman habiskan ayatnya Imran terlebih dahulu memotong. 



"Oi sedar sikit kau tu suami orang. Astaghfirullahalazim. Ni kalau aku bagitahu Eriqa memang kena panggang kau dengan dia" ujar Imran pada Eiman sambil menggelengkan kepalanya. 



"Bukan untuk aku la! Untuk kau la. Kenapa aku pula. Lagipun takkan ada yang boleh lawan kecantikan Eriqa.Dekat mata aku, dia paling sempurna" kata Eiman sambil membayangkan wajah isterinya itu. 



"Kau nak tanya ka tak kat orang tu?" soal Imran pada Eiman yang jauh melalut. 'Menyesal buka topik tentang Eriqa' gerutu hati Imran. 



Cermin kereta diketuk menunggu pemandu tersebut membuka cermin keretanya. 



"Eiman kenapa muka perempuan ni macam familiar" ujar Imran seraya membuatkan Eiman menuju ke arahnya. 



"Kau mengendap kereta dia?" soal Eiman pada Imran. 



"Dah tu ja cara yang aku fikir. Sapa suruh orang ni tinted cermin kereta." jawab Imran tanpa bersalah. 



"Kau ni harap muka ja kacak. Tapi, cara berfikir serupa orang tak ada akhlak" ujar Eiman seraya mengendap Cermin kereta milik perempuan tersebut. 



"Kalau la aku diberi peluang satu hari untuk pijak orang, kau orang pertama Eiman" bisik Imran perlahan. 



"Apa kau cakap?" soal Eiman pada Imran. 



"Aku cakap kau bila mengendap macam ni nampak sexy" jawab Imran seraya tersenyum. Hanya jelingan dibalas oleh Eiman. 



"Ya Allah El!" ujar Eiman terkejut. Keadaan Elliana yang tidak bergerak benar-benar merisaukan Eiman. Cermin kereta diketuk berkali-kali.



"El, kau buka pintu sekarang!" jerit Eiman tatkala Elliana membuka matanya. Pintu kereta dibuka perlahan, mata Elliana yang sebab akibat menangis terlalu lama itu dipandang. 



"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Apa jadi ni El? "soal Eiman bertubi-tubi. 



"Saya penat Eiman. Saya sakit," ujar Elliana pada Eiman. Matanya serasa berat mahu dibuka. Akhirnya matanya tertutup perlahan. 



"Imran tolong aku bawa El dekat tempat duduk belakang," arah Eiman pada Imran. Tanpa banyak kata, Imran terus menolong Eiman. 


"Aku hantar dia balik rumah," kata Eiman lagi. 



"Aku ikut kau," ujar Imran pula. 



"Tak, tak. Aku pergi sendiri. Kau pergi makan dulu. Lagipun abang dia ada dekat rumah aku rasa," kata Eiman. 



Terus saja kereta milik Elliana yang dipandu Eiman itu membelah jalan. 



"Kenapa aku pula yang risaukan dia ni?"soal Imran sendirian. 



" Dia bukan sesiapa dalam hidup kau, "ujarnya lagi sebelum memasuki keretanya menuju ke pejabat. 



                           ******



Mataku buka perlahan-lahan.Kepala yang amat sakit ku pegang. 



" El, kau dah bangun"satu suara lembut menyapa diriku. Mataku tertumpu pada Eriqa yang berada di sebelahku. 



" Kau ada dekat bilik tidur kau sekarang ni.Eiman bawa kau balik rumah, "ujarnya tanpa ditanya olehku. Pintu bilik diketuk, sebelum abang Luqman masuk menghampiri kami bersama bubur yang munkin dimasak olehnya. 



Belum sempat dia berkata apa-apa, aku terus mengalihkan pandangan ke tempat lain. Jujur, perasaan kecewaku padanya belum pulih lagi. Bukan sikit malah tidak terubat lagi. Aku masih tidak dapat menerima 'kelakuannya' selama ini. 



Melihat keadaanku yang tidak mempedulikannya, terus saja dia melangkah keluar. 



"El, aku tak tahu macam mana nak mula. Tapi aku nak minta maaf dekat kau. Aku dengan Eiman terlibat juga dalam insiden ni. Tapi jujur aku cakap dekat kau, aku tak berniat langsung nak tipu kau supaya hati kau lebih sakit," katanya sambil memandangku.Serta-merta air mataku mengalir. 



'Ya Allah, apa lagi yang aku belum tahu. Apa lagi kebenaran yang tidak kau tunjukkan padaku,' bisik hatiku. 



" Percayalah cakap aku. Abang kau buat semua ni demi kesalamatan kau. Dia tak nak bapa Imran apa-apakan kau. Dia sayang kau El.Kau satu-satunya adik dia, keluarga yang dia masih ada. Kau ingat dia sanggup ka biarkan adik dia derita macam ni." Aku terus mencelah Eriqa



" Dia dah lama biar aku hidup derita, "kataku tanpa memandang Eriqa. 



" El, aku rasa tak guna aku terang dekat kau panjang lebar sekarang ni. Perasaan kau, emosi kau penuh kemarahan yang buatkan kau sukar faham keadaan sekarang ni, "ujar Eriqa. Pandangan ku halakan ke arahnya, 



" Aku dah lama jaga perasaan orang, tapi ada orang jaga perasaan aku? "soalku padanya. Entah mana aku dapat keberanian untuk menukarkan panggilan saya kepada aku bersama Eriqa. Tanpak riaknya sedikit terkejut tapi berusaha dikawal. 



" Kalau kau datang sini semata-mata nak cakap yang kau rasa bersalah sebab termasuk dalam plot ni lepastu kau nak cakap tujuan pembinaan plot ni semua. Please, stop it," 



"You just make me hate you more," kataku sambil memandang tepat ke arah wajahnya. 



"Aku minta maaf kalau kedatangan aku ni buat kau menyampah. Aku cuma nak kau tahu, abang kau buat macam ni sebab dia sayang kau. Dia taknak apa-apa jadi dekat kau, El" ujar Eriqa lagi. 



"Just get lost. Now," kataku seraya mengalihkan pandangan ke tempat lain. 



"El, walau apa pun kau fikir fasal aku. Aku akan terus dan tetap jadi orang pertama yang tolong kau kalau ada masalah," pesannya lagi. 



"Keluarlah!" tempikku kuat. Saat ini tidakku kisah tentang hubungan persahabatan kami. Biarlah kami putus kawan sekalipun, dia tidak pernah hargai perasaan aku, kewujudanku sebagai rakannya. 



                          *****



"Eriqa abang minta maaf bagi pihak El" ujar abang Luqman pada Eriqa seusai keluar dari bilik Elliana. 



"Tak apa, Eriqa faham. El masih susah nak terima apa yang jadi sekarang ni. Cuma Eriqa nak minta tolong abang. Kalau apa-apa jadi dekat El, tolong telefon Eriqa cepat-cepat."



"Eriqa tak nak kehilangan El sebab pergaduhan macam ni," ujar Eriqa pada Abang Luqman. Hanya anggukan dibalas oleh Abang Luqman. 



Terus saja kereta milik Eriqa yang dipandu Eiman itu membelah jalan. 



                             *****



"El,tak nak sarapan dulu?" soal abang Luqman padaku yang sudah pun mahu keluar dari rumah. Menuju ke tempat kerja. 



"El dah lambat," jawabku tolak pelawaannya. 



"Abang hantar El pergi kerja," ujarnya lagi. 


"Tak apa, El pergi sendiri," kataku seraya meninggalkannya. Enjin keretaku hidupkan sebelum terus membahagi jalan raya.



"Lia, tak pernah tolak kalau abang nak hantar Lia pergi mana-mana,"ujar abang Luqman sendirian. 



Saat ini, mula teringat akan pesanan dari Emir yang terserempak dengannya minggu lepas. 



" El mungkin susah lagi nak terima semua ni. Bagi dia, semua ni berlalu dengan cepat. Abang bagi dia masa, "ujar Emir pada Luqman. 



" Hampir 4 tahun Emir, abang bagi dia masa lupakan Imran. Tapi, apa yang jadi? "kata Luqman lalu meraup wajahnya. 



" Walaupun kenangan yang diorang bina tak sampai 4 tahun, tapi belum tentu 4 tahun masa yang cukup untuk Elliana lupakan kenangan mereka. Percaya cakap Emir, bagi dia masa"ujar Emir meyakinkan Luqman. 



"Abang cuba, Lia" ujarnya sendiri. 




                           *****



"Assalamualaikum," tegur seseorang dari arah belakangku.



"Waalaikumsalam," jawabku saat memusingkan badanku kearahnya. 



"Awak kerja dekat area sini?" soal Imran padaku. 



"Jumpa client tadi," jawabku biasa. 



"Saya tahu kita tak berapa rapat.But,if you don't mind can we dinner together?" soal Imran padaku. 



"Eiman ada cakap yang saya, awak, Eiman dengan Eriqa rapat dulu. Jadi, boleh kita cakap apa-apa tentang dulu." katanya lagi. 



"Saya ada kerja lain lagi, "jawabku padanya. 



" Kita boleh makan dekat kedai area sink ja. Yang dekat-dekat pun tak apa, "ujarnya lagi. 



'El,nilah peluang kau untuk tahu apa yang jadi' fikir akalku. 



" Nak makan dekat mana? "soalku padanya. 



" Awak tahu kedai burger dekat depan apartment tu? Kita makan dekat sana nak? "soalnya padaku. Hanya anggukan dibalas olehku. 



" Okay, nak pergi sekali ka? "soalnya lagi. 



" Asing,"jawabku ringkas lalu terus memasuki badan kereta. Selesai pastikan Imran juga ke keretanya. Aku melihat cermin dihadapanku. 



" Betulka apa aku buat ni? "soalku sendirian.Tanpa menghiraukan soalan tersebut, aku terus membahagi jalan menuju ke tempat yang dijanji. 



                             *****



" Awak okay makan dekat sini? "soalnya padaku usai memesan burger pilihanku dan dirinya. Hanya anggukan dibalas olehku. Entah mengapa, perasaan gemuruh mula memenuhi diriku. 



" Awak memang jarang cakap? "soalnya lagi. Sama juga balasanku, anggukan.Hanya bunyi busking menghiasi kesunyian kami berdua. 



Usai mendapat keberanian, aku mulakan perbualan terlebih dahulu. 



" Kau memang tak ingat apa-apa tentang kawan-kawan universiti kau? "soalku padanya. Panggilan aku-kau kugunakan. Panggilan saya-awak akan Membuatku ingat akan memori lama. 



'Ingat El, kau makan dengan dia sebab nak tahu apa jadi. Bukan jatuh cinta dengan dia,' bisik hati kecilku. 



" Tak. Yang saya ingat cuma Eiman sebab dia selalu datang rumah saya,lagi pun dia sepupu saya. Saya tahu Eriqa sebab Eiman kahwin dengan dia."jawabnya. Minuman milo ais yang dipesan kami berdua diletakkan di atas meja. 



" Eiman ada cakap juga, saya ada kekasih waktu dekat universiti dulu. Tiba-tiba jadi susah nak percaya, "ujarnya lagi lalu menghirup sedikit air milonya. 



" Kenapa pula? "soalku padanya. 



" Saya susah sayangkan orang. Bagilah banyak mana perhatian pun pada saya, kalau perasaan kata saya tak suka saya takkan sayangkan dia. Tapi, bila saya dapat tahu yang saya pernah bercinta. I guess, I really love the girl"jawabnya pula. 



" Kau tak teringin nak jumpa dia? Maksud aku, kekasih awak," soalku lagi padanya. Entah kenapa hati serasa sebak pula sekarang. 



"Tipu kalau saya kata saya tak nak. Saya ada ingat sikit-sikit kenangan kami bersama, tapi saya tak boleh ingat wajah dia. Tapi, saya yakin dia mesti dah ada pengganti," ujarnya lalu memandang ke arahku. Pandangannya yang tiba-tiba saja dialihkan ke arahku, membuatkanku sedikit gleabah. 



" Apa yang buatkan kau yakin dia dah ada pengganti? "soalku lagi padanya. Banyak pula pertanyaan yang timbul saat ini. 


" Saya koma hampir 3 bulan. Saya yakin yang dia tahu saya alami amnesia. Kemungkinan untuk saya lupakan dia adalah tinggi. Awak rasa, sanggupkah dia habiskan masa dia untuk tunggu saya? "soalnya semula kepadaku. 



'Itu apa yang saya buat sekarang ni, Imran' bisik hati kecilku. Mataku yang mula berkaca, berusaha ku sembunyikan. 



" Mungkin kau tak tahu ni. Perempuan, kalau dia sayang bagi la bertahun sekali pun dia sanggup tunggu. Tempoh 3 bulan koma, masa yang sangat singkat untuk dia jumpa pengganti kau. Dia akan berusaha tolong kau ingat siapa diri dia, dalam hidup kau sebelum ni"terangku padanya. Ataupun lebih tepat lagi, luahan hatiku padanya. 



"Wow, I'm impress. Awak ada pengalaman bercinta macam ni juga ka?" soalnya padaku. 



'Yes, with you' jawab hati kecilku.



"Jomlah makan, aku ada kerja lagi nak siapkan" ajakku. Nasib saja tak ada pertanyaan lagi darinya. 



Mataku kerling ke arahnya, 


I'm never trying to forget you Imran. We've make promised to always love each other till the end of our life. Together. 

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen