Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,534
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9
Tamat saja mesej daripada aku,telingaku terdengar akan satu suara yang amatku kenal.Langkahku hayunkan ke arah suara tersebut.Rasa ingin tahu tiba-tiba saja membuak.


 "Aku dah pesan yang aku tak nak tengok muka kau dekat sini".Ujarnya dalam nada tegas.Dari suara tegasnya itu dapat aku agak siapakah dia.


 Aku maju beberapa langkah lagi untuk melihat wajah tuan empunya suara.Memang jelas lagi nyata suara itu milik Imran Eiden memarahi seorang perempuan lingkungan 40-an.


 "Ibu minta maaf sebab ganggu Imran.Ibu cuma nak bagi Imran bekal ni.Ibu masakkan makanan kegemaran Imran,nasi lemak ayam goreng."Plastik ditangan perempuan itu dihulurkan kepada Imran.Terus direntap kasar oleh Imran. 


 "Aku tak nak tengok muka kau dekat sini.Kau jangan ingat bila bagi makanan kegemaran ni dekat aku,aku akan terima kau.Selamanya kau ibu tiri aku dan tak akan aku anggap kau sebagai ahli keluarga aku".Ujar Imran kasar.Jujur aku katakan,inilah kali pertama aku melihat Imran sebegini.


Meskipun suaranya tidak tinggi tetapi nadanya yang tegas cukup menceritakan bahawa dia amat marah sekarang. 


 "Kau buat apa dekat sini?"Soal Imran padaku.'Termenung lagi,sekarang dah kantoi dengan Imran.'Kutuk hati kecilku. 


"Kenapa awak buat macam tu dekat ibu tiri awak?"Soalku berani.Wanita tadi agaknya sudah pulang. 


 "Suka hati akulah nak buat apapun dekat dia.Dia cuma ibu tiri saja".Kata Imran kepadaku. 


 "Tak kisahla ibu tiri ka ibu kandung ka.Dia tetap ibu awak".Ujarku lagi dan berharap Imran faham akan kesalahannya itu.  


"Kau dengar sini baik-baik.Bila ibu kandung kau dah mati,tak akan ada siapa yang layak gantikan dia.Bagilah gelaran ibu tiri ka,ibu angkat ka tetap tak sama dengan ibu kandung".Ujarnya lalu pergi meninggalkan aku.Jika diingatkan semula,disini jugalah tempat 'kemarahan' seniorku pada ibunya jua. 


 Waktu itu,baru habis orientasi dah jumpa 'drama'.Sekarang dah habis menangis jumpa lagi 'drama' ini.Agaknya memang disini tempat 'drama-drama' ini dihasilkan.


 Aku terus membuka langkah menuju ke dorm aku.Banyak betul kejadian hari ini dan berharap supaya esok tiada apa yang berlaku. 


                        *****

"El,kenapa Prof Nisa nak jumpa kau semalam?"Soalnya lalu mengambil tempat dikatilnya.


"Saya kena buat balik assignment dia.Ada beberapa kesalahan sikit."Ujarku sambil membetulkan tudung.Susah pula tudung ni nak dibentuk.Geramnya!


"El,kau tahu tak sebenarnya Eiman dengan Imran ni sepupu".Kata Eriqa padaku.Kami masih lagi tidak bergerak menuju ke fakulti,maklumlah kelas mula lambat sikit hari ini.Adala masa nak tidur lama sikit.


 "Ya ka?Mana kau tahu?"Soal aku inginkan kepastian. 


 "Betul,semalam Eiman sendiri yang bagitahu aku".Jawab Eriqa sambil membetulkan tudungnya yang agak senget.Semangat betul dia bercerita.


 Hanya anggukan dibalas olehku.Serta-merta kejadian semalam mula bermain di fikiranku. 


 Siapa saja yang akan percaya Imran Eiden memarahi ibu tirinya?Imran terlalu sempurna dimata semua orang.Suaranya yang lembut mampu mencairkan hati gadis-gadis diluar sana,tingkah lakunya yang sopan terhadap pensyarah mahupun rakan-rakannya.Tapi,semuanya lain bila bercakap dengan aku!


 "El!"Jerit Eriqa kuat. 


 "Awak ni kenapa.Sakitlah telinga saya".Kataku pada Eriqa.Habis bengang telinga aku dibuatnya. 


 "Kau la aku panggil banyak kali tak menyahut pun.Termenung fikirkan apa pun tak tahu la".Kata Eriqa lalu menjelingku.


 "Hahaha maaflah tak dengar.Kenapa awak panggil saya?"Soalku padanya.Teruk sangat penyakit termenung aku,silap hari bulan pensyarah panggil pun aku buat tak dengar. 


 "Jom la kita pergi kafeteria dulu.Aku lapar".Jawab Eriqa sambil memegang perutnya.Drama sangat!


 "Jom jom.Awak belanja".Ajakku lalu keluar daripada dorm kami. 

                         *****

"El,kau duduk dulu.Aku nak pergi tandas jap.Tolong bawa nasi goreng aku sekali.Sayang kau."Kata Eriqa lalu pergi meninggalkan aku.Kalau ya pun bagilah aku respon dulu.Cermin mataku betulkan seketika. 


 Duduk sajaku di meja satu suara datang menyapa."Assalamualaikum".Sapa Imran lalu mengambil tempat dihadapanku.


 "Waalaikumsalam"Jawabku padanya. 


"Aku nak minta maaf dekat kau tentang semalam.Aku tahu aku tak patut berkasar macam tu dengan kau".Katanya sambil melihat wajahku.Inilah kali pertama dia berkata denganku dalam intonasi yang lembut. 


 "Awak nak saya maafkan awak ka?"Soalku padanya.


 "Mestilah nak".Jawabnya

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen