Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,530
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3
"Nah,untuk kau."Kata Eriqa seraya memberiku sekotak milo.Macam tahu-tahu saja minuman kegemaran aku.


"Terima kasih.Susah-susah saja awak belikan untuk saya"Ujarku lalu membuka minuman tersebut.


"Sama-sama"Jawabnya lalu mengambil tempat disebelahku.Keadaan di kafeteria pada waktu pagi tidak terlalu riuh dan terlalu ramai.Nak minum pun rasa tenang saja.


"Weyh,El.Jom teman aku"Ajak Eriqa dengan wajah yang mula bertukar merah.


"Eh,awak ni kenapa?Ok tak?"Soalku cemas.


"Jom teman aku".Belum sempat balas apa-apa laju saja tanganku ditarik oleh Eriqa.


Hampir 10 minit aku menghabiskan masa menunggu Eriqa dihadapan tandas.Lari bukan main laju lagi,ingatkan ada binatang buas rupanya sakit perut.


Baru saja hendak membuka langkah ke vanding machine,mataku tertancap pada susuk gadis yang seperti mengendap seseorang.Dan,aku kenal gadis ni walaupun hanya dari belakang.


Tanpa sebarang amaran aku terus menuju ke arahnya.Belakangnya kutampar perlahan.


"El,aaa kau dah lama ka tunggu"Ujarnya gagap.


"Lama juga la.Ada orang tu cakap nak pergi tandas,tapi tiba-tiba ada dekat luar tandas pula."Perliku senada.


"Hehe,lama eh kau tunggu.Maafla aku sakit perut tadi.Eh jom la pergi kelas.Nanti lambat pula".Ajaknya seraya mula menarik tanganku.Silap hari bulan memang patah tangan aku ditariknya.


"Awak tengok apa?"Soalku sambil cuba melihat apa yang dilihatnya tadi.


"Eh tak ada apa".Dalih Eriqa pantas.Cepat saja tanganku ditarik olehnya.


Setelah pastikan keadaan yang betul-betul tepat.Aku mula menanyakan soalan pada Eriqa.


"Iqa,tadi awak tengok kumpulan lelaki dekat tangga tu eh"Ujarku perlahan.Tiba-tiba saja muka Eriqa bertukar kemerahan.Dan aku yakin ini bukan muka sakit perut tapi muka tahan malu.


"Mana ada.Kau jangan nak tuduh aku macam-macam eh"Dalihnya.


"Eh tapi saya nampak tadi diaorang ja yang ada dekat situ"Kataku lagi.Lagi merah muka Eriqa dibuatku.


"Awak malu eh.Comelnya"Kataku seraya mencubit pipinya.


"Eh kau melampau eh"Ujarnya lalu mula mengejarku.Maka,mulalah sesi kejar-mengejar antara kami.


Tiba-tiba badanku mula hilang imbangan dan dalam kiraan 3 2 1...


Eh,tak rasa sakit pun.Mataku buka perlahan-lahan.


"Kau boleh bangun cepat sikit tak?"Soal lelaki itu bengang.Dan baru ku sedar aku sekarang dalam dakapannya.Cepat-cepat aku bangun semula.


"Sini bukan tadika,tolong jangan main lari-lari dekat sini."Pesannya sebelum terus meninggalkanku.


"El,kau ok tak?Ada sakit dekat mana-mana?"Soal Eriqa cemas.


"Saya ok.Cuma terkejut sikit."Kataku perlahan.Wajah lelaki itu tiba-tiba sahaja menyelubungi fikiranku.Mata berwarna hazel,hidup yang tidak terlalu mancung,kulit yang bersawo matang.Sekali pandang memang nampak sempurna la.


"Jom la masuk kelas.Lagi 5 minit kelas nak mula"Ajak Eriqa lalu kami bersama-sama menuju ke dewan kuliah.


Kami mula mengambil tempat.Barisan hadapan kami duduki memandangkan ianya masih kosong lagi.


Seketika dewan kuliah kedengaran senyap apabila seorang wanita lingkungan 30 an mula memasuki dewan kuliah.


"Assalamualaikum semua,saya perkenalkan diri saya dulu.Nama saya Syafnisa binti Aznil awak semua boleh panggil saya prof nisa.Kalau awak ada apa-apa masalah boleh datang jumpa saya."Berhentinya sebelum menyambung lagi.


"Mesra saya ingatkan,universiti ialah tempat awak menuntut ilmu bukan tempat mencari jodoh faham?"Soalnya lantang.


"Faham"Balas kami.


"Baiklah saya akan mula mengajar hari ini"Ujarnya lagi lalu membuka laptop miliknya.


Entah mengapa,tiba-tiba saja diriku teringat akan kejadian tadi.Perasaan ingin tahu tentang lelaki tersebut membuak-buak.


Tanpa membuang masa aku terus membuka buku nota milikku.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen