Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,529
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

 "Awak nak saya maafkan awak ka?"Soalku padanya.


 "Mestilah nak".Jawabnya ringkas.


"Tapi,kalau saya tak nak maafkan awak macam mana?"Soalku lalu menyisip sedikit air milo dihadapanku.


"Maafkanlah orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memafkan kamu".Jawabnya lalu menjungkit sebelah keningnya.Dia ingat dia kacak?


"Ya la.Dah maafkan lama dah".Kataku padanya.Lagi dibiarkan,panjang pula ucapan yang akan diberinya nanti.


"Bagus.Aku nak tanya kau,memang kerja kau makan ja ka?Sebelum kelas makan,habis kelas makan,petang makan.Tak penat ka?"Soalnya sambil memandang aku.


"Rasanya baru saja awak minta maaf ni nak cari gaduh pulak?"Soalku geram.


"Aku pelik ja.Asyik makan ja,badan tak besar-besar pun".Katanya lagi.Ada juga kena baling dengan pinggan ni.


"Food is like an oxygen for me.I can't live it and I  always need it".Ujarku tenang.


"Suka hati kau la,walaupun apa yang kau cakap tadi langsung tak masuk akal tapi tak apa aku terima asalkan kau bahagia."Katanya lalu menguntum sebuah senyuman dihadapanku.


"Aku pergi dulu,ada kerja sikit.Jangan rindu aku pula".Katanya lagi lalu mengenyit matanya dihadapanku.


Wahai hati,mengapakah kamu berdenyut dengan begitu laju!Back to normal please!


"El,maaflah lambat".Kata Eriqa lalu mengambil tempat dihadapanku.


"Tak apa,makanlah"Pelawaku padanya.


"Sekejap,kenapa muka kau merah ni?Nak kata kau malu,malu dengan siapa?"Soalnya bertubi-tubi.


"Tak ada apa.Tadi tergigit cili,pedas".Ujarku seraya menunjukkan gaya orang kepedasan.Nasib baik Eriqa tak tanya banyak.


Tenang Elliana.Tak ada apa jadi pun.


Haihhh,Imran Eiden memang buat aku gila!


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen