Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,566
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2
Sedang aku ralit mencari rumah kediaman milikku,mataku terlihat akan pergaduhan dua beranak antara emak dan anaknya.


Telingaku seakan tertarik untuk mendengar dengan lebih lanjut tentang pergaduhan tersebut.Aku mula membuka langkah cuba mendekatkan jarak aku dengan mereka.


Agak sedikit terkilan apabila ketahui punca pergaduhan tersebut ialah disebabkan kesalahan seorang emak menyediakan bekal makanan kampung buat anaknya.


Dari sudut penglihatanku,anaknya itu cukup sempurna.Pakaian yang tidak terlalu ketat,tudung yang menutupi dada.Memang kalau sekali pandang memang rasa jatuh cinta betul.


Baru saja hendak mengalihkan badan ke hadapan semula,badanku tiba-tiba saja terasa bagaikan terkena panahan petir.Ya,perempuan tadi berada dihadapanku sekarang.


"You curi-curi dengar ka?"Soalnya sambil menatap mukaku dengan renungan yang agak tajam.Entah mengapa mulut ini serasa berat untuk berbicara.


"I tanya you tahu,bukan tanya tong sampah tu."Ujarnya lagi lalu memuncungkan mulutnya ke arah tong sampah bersebelahanku ini.


"Tak,saya tak dengar"Jawabku seraya menundukkan kepala.


"You dengar sini baik-baik,kalau I tahu kejadian tadi tu tersebar.Nahas you I kerjakan.Faham?"Katanya perlahan namun masih kedengaran nada geram.


"Faham"Jawabku perlahan.Tanpa sebarang kata,dia terus saja berjalan meninggalkan diriku.Baru saja hendak menarik nafas lega,satu suara telah membantutkan perlakuanku seketika.


"Ya ada apa?"Soalku pada seorang perempuan.


"Awak dah jumpa bilik?Nak aku tunjukkan?"Soalnya padaku.Alangkah indahnya kalau dia boleh jadi kawanku.Entah kenapa tapi aku dapat rasakan yang dia boleh jadi kawan baikku.


"Naura 3"Jawabku seraya tersenyum.


"Laa,kita satu bilik.Jom aku tunjukkan".Ujarnya lalu membantuku mengangkat barang-barangku.


"Kau ni bawa barang maca nak duduk sini selamanya pula".Katanya seraya menggeleng kepala.


"Mana ada selamanya."Ujarku lalu membetulkan cermin mataku.


"Kau memang suka pakai cermin mata besar eh?"Soalnya hairan.


"Haah.Nampak comel".Kataku seraya mengerlipkan mata dihadapannya.


"Comellah sangat"Balasnya lalu menjelingku.Akhirnya tiba jua kami di tempat penginapanku.


"Terima kasih sebab tolong saya.Jom kita jadi kawan nak?"Soalku peramah.


"Eh,aku ni bukan kawan kau ka?Kalau aku bukan kawan kau,aku takkan tolong kau angkat barang kau yang berat ni tau."Jawabnya seraya menjelingku.


"Nama awak apa?"Soalku riang.


"Eriqa Syazani.Panggil aku Iqa."Katanya sambil membetulkan tudungnya.Walaupun perangainya agak kasar,tapi aku suka berkawan dengannya.


"Nama saya Lara Elliana.Awak boleh panggil saya El"Kataku sambil tersenyum.


"Ha ok.Aku nak rehat jap."Ujarnya lalu meninggalkan diriku.Tak jauh pun,cuma pergi ke katilnya yang berada di sebelahku.


Hari pertama,dah dapat kawan baru.Tak sabar nak tunggu esok.Aku terus membuka beg baju untuk menyusunnya ke dalam locker milikku. 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen