Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,544
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

"Birthday Eriqa 3 hari lagi kan?Jom sambut sama-sama".Ajaknya riang.


"Saya memang ada plan nak sambut,tapi ingat nak makan dekat kedai yang selalu kami makan ja."Kataku pada Eiman.


"Aku ingat kita sambut biasa ja.Kerja kau cuma pujuk Eriqa pergi tempat kita nak surprise dia ja.Yang lain aku buat".Ujarnya riang.Excited sangat mamat ni.


"Saya ok ja.Imran buat apa?"Soalku pula.


"Imran tolong aku la.Takkan aku nak buat semua seorang diri".Jawabnya.Eh tadi dia yang beria nak buat sendiri.


"Jangan lupa tau.Aku pergi dulu".Kata Eiman lalu meninggalkan aku dengan Imran.


"Aku pun nak kena pergi,ada kerja sikit.Jaga diri,jangan bagi orang buli kau."Pesannya lalu turut pergi tinggalkan aku.Sebelum pergi sempat dia senyum padaku.


Dan aku,terpaku melihat senyuman manisnya.Buat pertama kali.



                             *****


Dan harini ialah hari yang dinantikan.Telefon pintar dikeluarkan nombor Imran aku dail.


Me:Imran,semua dah sedia ka


Imran:Dah,tinggal tunggu kau dengan birthday girl datang ja.


Me:Ok,ikut macam yang kita rancang tau.


Imran:Ya cik Lara Elliana.


"El,cepatlah kau kata nak pergi jumpa Prof Nisa cepatlah."Jerit Eriqa yang sudah berada dihadapan pintu.


"Ya jom jom"Ujarku lalu terus ke arah Eriqa.


Sedang kami berjalan menuju ke dewan kuliah,aku terus memulakan rancanganku.


"Eriqa,saya nak kena pergi tandas la.Awak tunggu dekat sini sekejap tau."Arahku lalu terus bergegas ke tandas.


'Bagus El,sekarang buat rancangan seterusnya'


Me:Eriqa tolong saya,ada orang cuba ikut saya.Sekarang saya dalam perjalanan ke taman rekreasi.Saya takut Eriqa.


Dengan pantas aku menyimpan telefon pintarku lalu menuju ke taman rekreasi.Nasib baik Eiman tunjuk dekat aku jalan pintas kalau tidak memang aku ikut jalan yang selalu guna tu.


"El,Eriqa datang dah ka?"Soal Eiman padaku.Tak reti sabar la mamat ni,dah la aku penat ni.


"Kalau dia dah datang mesti dah lama ada dekat depan ni."Jawab Imran bagi pihakku.Nasib baiklah sepupu dia ni jenis memahami.


Tengah aku melihat sekeliling,rupa Eriqa aku nampak sedang menuju ke sini.Dengan cepat aku,Imran dan Eiman menyorok dibelakang dinding.


"El,kau dekat mana.Jangan buat aku risau."Jerit Eriqa kuat.


Dalam kiraan tiga kami bertiga menjerit "Surprise" secara serentak.Usai tamat nyanyian kami,aku segera memeluk Eriqa.


"Selamat hari tua bestie."Ujarku riang.


"Kau tahu tak aku risau dekat kau."Kata Eriqa dengan nada sebak.Ya Allah,rasa bersalah sangat ni.


"Maaf,aku tak ada niat pun nak buat kau risau.Ni idea Imran."Kataku lalu jari tunjuk ke arah Imran.


"Bukan idea aku.Eiman la."Tuju Imran pada Eiman.


"Ni semua salah Eiman."Ujar aku dan Imran serentak.Hanya senyuman kekok dibalas oleh Eiman.


"Kau patut bersyukur sebab harini hari jadi aku.Kalau tidak,memang dah lama aku tumbuk kau."Kata Eriqa geram padaku.


"Tiupla lilin ni.Dah lama aku pegang kek ni."Kata Eiman setelah lama menyepi.


Aku mengambil minuman disebelahku.Eiman dan Eriqa pula pergi mengambil gambar.Punyalah semangat nak sambut hari jadi siap upah jurugambar lagi.


"El,boleh aku duduk sini?"Soal Imran.


"Duduklah."Jawabku.


"Kau dah kenyang ka?"Soal Imran lagi.


"Haah.Saya dah makan banyak."Jawabku pula.


"Makanlah lagi.Penat aku pilih kek tapi kau makan sikit ja."Ujarnya padaku.


"Suruh birthday girl la makan banyak-banyak kenapa suruh saya pula."Kataku lalu melepaskan tawa dihujung ayat.


"El aku nak bagitahu kau sesuatu."Ujarnya lalu memusingkan badannya ke arah aku.


"Apa?"Soalku hairan.Pandangan masih tertala ke hadapan.


"Eriqa dengan Eiman dah bahagia.Kau rasa kita boleh bahagia macam diorang juga ka?"Soalnya padaku.Apa masalah dia ni.Ni soalan bukan pernyataan.


"Aku suka kau."Jawabnya setelah aku menyepi.Dan aku masih terkejut dengan jawapannya tadi.


"Kau tak salah dengar.Aku cakap aku suka kau.Tapi kalau kau tak suka aku balik aku ok ja."Ujarnya lagi.


"Saya nak pergi tandas."Kataku lalu bergegas berdiri.


"El,kalau kau nak tolak aku fikirlah banyak kali dulu tau.Sebab aku rasa aku betul-betul sayangkan kau."Ujarnya lalu dengan pantas aku meninggalkan Imran sendirian.


Telefon pintar aku keluarkan.


                          *****

Elliananerd:Macam mana kalau saya cakap saya suka awak.Sebab saya rasa saya pun sayangkan awak.


"Eiman,dia suka aku juga!"Jerit Imran kuat.


Saat itu,dua hati bercantum menjadi satu.Dan berharap ia kekal selamanya.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen