Home Novel Cinta Andai Benar Milikku
Andai Benar Milikku
Eyleen
16/4/2020 17:20:30
33,607
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16


 “Assalamualaikum.”sapa Elliana kepada seorang anggota polis.

 

“Waalaikumsalam.Ini cik Elliana ka yang telefon saya haritu,”soalnya seusai menjawab salam.

 

“Saya dah cari maklumat yang cik minta,tapi saya ada satu soalan nak tanya,”kata pegawai polis tersebut.

 

“Apa?”soal Elliana pelik.

 

“Kejadian ini berlaku 12 tahun lepas tapi kenapa sekarang baru cik nak tahu tentang kes ni.Cik ni peguam ka?”soal pegawai polis itu sambil memandang tepat ke arah Elliana.

 

“Saya anak kepada mangsa”jawab Elliana.

 

“Kenapa baru sekarang nak cari tentang ni?”soal pegawai itu lagi.’Banyak betul soalan’gumam Elliana perlahan.

 

“Tiba-tiba terdetik nak tahu”jawabnya ringkas.

 

“Boleh saya minta kad pengenalan cik?”soal pegawai itu lagi.Kad pengenalan milik Elliana dikeluarkan.

 

30 minit selepas itu,pegawai tersebut datang pada Elliana sambil membawa sekeping sampul surat..

 

“Terima kasih.Saya pergi dulu ada hal kena selesaikan”ujar Elliana seraya mengambil huluan surat tersebut.Elliana terus bergerak meningalkan pegawai itu.

 

“Hello,dia dah pergi”kata pegawai tersebut seusai mendail nombor seseorang.

                                   

                                                       *****

 

 

“Luqman Eyzad?”sapa seseorang sambil menyentuh bahu kiri luqman.

 

Kepala didongakkan ke atas,pandangan berpaut seketika.Saat itu masa seakan berputar ke masa lampau.Setiap detik tragedi mula diingati.

 

“Boleh kita cakap dekat luar?”soal lelaki tersebut.Hanya anggukan dibalas Luqman.Jari Elliana yang digenggam erat dilepaskan perlahan.


 “Pak cik rasa tak perlu kenalkan diri lagi.Kamu polis jadi kamu mesti tahu siapa pak cik.”Ujar lelaki tersebut memulakan perbualan.

 

“Kenapa baru sekarang pak cik muncul?”soal Luqman sambil memandang wajah lelaki itu.

 

“Pak cik masih ada keluarga.Satu-satunya anak pak cik sekarang masih ada di unit rawatan rapi(ICU).”jawab lelaki tersebut.

 

Luqman agak terkejut dengan jawapan yang diberikan.Anak di ICU? ‘Maksudnya,Tuan Azman ni ada kaitan dengan Imran Eiden?Think Luqman,who is he.Jangan kata Tuan Azman ialah bapa kepada Imran Eiden.’desis hati Luqman.Matanya kemudian memandang tepat ke arah Encik Azman.

 

“Ya,Imran Eiden ialah anak pak cik.”kata Encik Azman kepada Luqman.Saat ini hanya ALLAH saja yang tahu isi hatinya.

 

“Pak cik sedar tak apa yang jadi sekarang ni?”soal Luqman sambil berusaha menahan perasaan amarahnya.


“Ya pak cik sedar.Sebabtu pak cik datang sini jumpa kamu,”jawab Encik Azman ringkas.

 

“Itu saja alasan yang pak cik boleh beri?Pak cik tahu tak betapa seksanya saya dan adik saya hidup selama 12 tahun tanpa ibu ayah kami.Kami kena terima hakikat ibu dan ayah kami mati disebabkan insiden langgar lari oleh orang yang muncul selepas 12 tahun dan pura-pura tiada apa yang terjadi!Pak cik sedar tak pak cik ialah orang yang dah bunuh ibu ayah saya!”kata Luqman geram namun masih tetap mengawal perasaan amarahnya.

 

“Pak cik dah tekad untuk lupakan insiden haritu.Pak cik kesal dengan pembuatan sendiri.Tak pernah terdetik dalam hati pak cik untuk lihat Luqman dan Elliana sengsara”ujarnya kesal.

 

“Tapi kami dah sengsara pun”potong Luqman pantas.Biarlah dirinya dilabel biadap sekalipun,jika ia babitkan keluarga dirinya sanggup digelar apapun.

 

“Pak cik tahu sekarang kamu cuma ada Elliana saja.Pak cik yakin kamu mesti tak mahu Elliana disakiti ,bukan?”soal Encik Azman memandang  tepat ke arah cermin yang menampakkan Elliana di atas katil.

 

“Apa maksud pak cik?”soal Luqman cemas.

 

“Pak cik mahu Elliana dan Imran berpisah.Pak cik tak nak Imran dan Elliana berhubung langsung.Imran tak tahu apa-apa tentang ni dan pak cik tak nak dia tahu.Kamu ada 2 pilihan,halang Elliana sendiri daripada berhubung dengan Imran atau pak cik sendiri yang akan halang Elliana”jawab Encik Azman tegas.

 

“Tapi Imran dan Elliana saling mencintai”kata Luqman risau memikirkan perasaan adiknya kelak.

 

“Cinta boleh hadir tanpa diduga,cinta juga boleh dibuang tanpa dipinta”ujar Encik Azman lalu pergi meninggalkan Luqman keseorangan.


'Apa aku nak buat ni!’jerit hati kecilnya.Mukanya diraup kasar.

 

“Abang Luq minta maaf Lia,abang terpaksa”air mata yang mula menitik diseka perlahan.Memikirkan tentang perasaan adiknya nanti benar-benar buat hatinya luruh.

 

Abang mana yang sanggup tengok adik dia derita.Tiada.

 

Pandangan dialihkan ke arah Elliana di dalam wad.Jujur,hatinya benar-benar lemah sekarang.

 

  

                                                                          *****

 

Kepalaku terasa amat sakit sekarang.Mataku buka perlahan,mataku melilau menghadap sekeliling.Aneh.Ini bukan rumahku,bukan juga tempat kediamanku di universiti.

 

Tanganku dibahagian kiri serasa berat.Pandanganku jatuhkan pula ke arah kiri.

 

‘Dah kenapa Abang Luq ada dekat sini’fikirku sambil merenung wajahnya.

 

Mataku pejam seketika ingin mengimbau apa yang telah terjadi.

 

Imran bawa aku jumpa keluarga dia.Kemudian Imran ada salah faham dengan ayahnya.Imran nak hantar aku balik dan…


Serta merta aku teringat kembali kemalangan yang terjadi diantara aku dan Imran.

 

“Lia dah bangun?”soal abang Luqman seraya menggosok matanya.Mataku tertancap pula pada televisyen yang sedang memaparkan berita tentang kemalangan jalan raya.

 

“Imran mana?”soalku perlahan.Sungguh aku benar-benar berharap tiada apa yang berlaku pada Imran.

 

“Lia memang tak nak fikir tentang diri sendiri ka?Memang kepala otak asyik fikir tentang Imran saja ka?”soal Luqman bertubi-tubi .Nadanya dikawal supaya tidak didengari oleh jururawat diluar.

 

“Lia cuma tanya tentang Imran,kenapa abang Luq nak kena marah pula,”kata Elliana hairan.Air mata yang bergenang diusaha agar tidak jatuh.Tidak pernah dirinya diherdik sebegitu rupa oleh abangnya sendiri.

 

“Sebab Imran dah tak ada!”jawab Luqman sambil memandang tepat ke arah adiknya.


“Tipu.”tegas Elliana kuat.’Tak Imran masih hidup lagi’jerit hati kecilnya.

 

“Inilah sebab abang tak nak bagitahu pada Lia.Abang tak nak Lia kecewa.Abang dah cukup seksa lihat Lia sedih sebab mama dan papa tinggalkan kita.Tolonglah Lia,dengar cakap abang kalini.Lupakan Imran”ujar Luqman Eyzad dengan suaranya yang sedikit bergetar.

 

“Kenapa tiba-tiba saja abang jadi macam ni?Selama ni abang setuju saja hubungan Lia dan Imran”soal Elliana lagi.

 

“Apa yang tiba-tiba?Abang cuma minta Lia lupakan Imran saja.Itu pun susah ka!Lia sendiri dah tahu apa identiti papa Imran tapi kenapa Lia teruskan juga hubungan ni!Kenapa Lara Elliana?Kenapa?”soal Luqman sambil mencerlung wajah adik perempuannya itu.

 

“Sebab Lia cintakan Imran.Dia cinta sejati Lia”jawab Elliana seraya mengangkat wajah adik perempuannya itu.

 

“Apa yang Lia tahu tentang cinta.You know nothing about love!Abang tak nak Lia kecewa dalam hubungan ni!”jerit Luqman geram.Kesabarannya benar-benar tercabar saat ini.Kerusi yang diduduk tadi ditendangnya kuat.Nasib saja Elliana berada di wad VIP ketika ini.Jika tidak,pasti semua mata sedang memandang mereka saat ini.

 

“Lia lagi kecewa dan sedih sebab abang tak pernah bagitahu Lia ttentang pembunuh mama dan papa”jawab Elliana lalu menyeka perlahan air matanya.

 

Kepala Luqman diangkat,matanya kini memandang tepat ke arah Elliana.Hati dan perasaannya benar-benar rasa dirobek saat ini.

 

“Abang cuma tak nak pelajaran Lia terganggu bila tahu tentang ni.Tapi abang tak sangka,abang penyebab Lia rasa sedih selama ni.Abang ingatkan usaha abang untuk gembirakan Lia selama ni terhasil,rupanya tidak.Maafkan abang sebab kongkong Lia selama ni.Mulai daripada sekarang,Lia dengan hidup Lia,abang dengan hidup abang.Maafkan segala salah abang pada Lia,”kata Luqman lalu bergegas menuju ke arah pintu keluar.Suaranya yang sedikit bergetar benar-benar menunjukkan perasaan kecewanya sekarang.

 

“Abang Luq nak pergi mana?”soal Elliana sambil menahan tangisannya daripada terhembur.Lengan abangnya dipegang perlahan.

 

“Mana-mana saja.Sejauh yang mungkin supaya Lia tak rasa kecewa lagi dengan tindakan abang pada Lia,”jawab Luqman seraya menarik tangannya daripada pegangan Elliana lalu  pergi meninggalkan Elliana sendirian.“Abang Luq jangan tinggalkan Lia.Lia dah tak ada sesiapa lagi,”kata Elliana lalu berusaha menuju ke arah abangnya.Baru saja hendak membuka langkah,kakinya terasa lemah lalu jatuh terduduk.Air mata yang mengalir deras dibiarkan tanpa diseka.

 

“Abang Luq!”laung Elliana kuat.Kepalanya yang sakit tidak diendahkan.Saat ini,hatinya lebih sakit.

 

Pintu wad dibuka dari luar.

 

“Ya ALLAH El,”jerit Eriqa seraya menuju ke arah Elliana.Eiman turut mengikuti langkah Eriqa.

 

Badan Elliana dipegang untuk membantunya berdiri.Tanpa sebarang kata,Elliana terus memeluk Eriqa erat.

 

“Aku minta maaf El,aku tak sepatutnya tinggalkan kau hari tu.Aku minta maaf,aku yang salah”ujar Eriqa seraya memelukku dengan lebih erat.Kepalaku letakkan pada bahunya,seraya itu jari jemari Eriqa mengusap lembut kepalaku.

 

Badanku mula serasa lemah lalu terlerai daripada pelukan Eriqa.Nasib saja Eriqa sempat menyambutku.

 

“Panggil jururawat sekarang,”kata Eriqa kepada Eiman.Pantas Eiman menuju ke arah salah seorang jururawat berdekatan.

 

“Pesakit bilik 05 pengsan,”ujar Eiman pada jururawat tersebut.Beberapa orang jururawat mula berlari menuju ke arah wad yang dinyatakan.

 

Baru saja Eiman hendak menuju ke bilik Elliana,dia teringat akan seseorang.Kakinya pantas bergerak dan berharap ‘dia’ masih lagi di situ.


“Abang Luqman!”jerit Eiman kuatapabila nampak susuk tubuhnya dari belakang.

 

“Ya,adik ni siapa?”soal Luqman hairan.Kakinya masih berdiri statik dihadapan pintu keluar hospital itu.

 

“Saya Eiman Lufias.Kawankepada Elliana.Elliana pengsan lepas saja abang keluar tadi”ujar Eiman seraya perkenalkan dirinya.

 

“Abang ada kerja,pergi dulu,”jawab Luqman lalau ingin pergi meninggalkan Eiman namun sempat dihalang.

 

“Abang tak nak tengok El dulu?Sekejap pun jadilah”soal Eiman kepada Luqman.

 

“Tak apa.Eiman tolong abang boleh?Tolong jagakan Elliana bagi abang.Jangan bagi sesiapa sakitkan hati dia.Biarlah abang jadi yang pertama dan terakhir sakitkan perasaan dia,”pesan Luqman seraya pergi meninggalkan Eiman sendirian.

 

 

 

 

 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eyleen