9
“ZUF,
nanti kita pergi bank ya?”
Dr. Zufri sempat tersenyum ke Fida
sebelum mengangguk untuk setuju menyinggah ke bank. Seperti biasa, beginilah
rutin bulan Ramadan Dr. Zufri dan Fida. Selepas pukul empat petang, jikalau Dr.
Zufri tiada kerja di hospital, dia akan menjemput Fida di pejabatnya. Setelah
itu mereka berdua akan ke bazar Ramadan ataupun menempah meja di restoran
kegemaran mereka untuk berbuka.
Jikalau mereka berdua sama-sama
kepenatan, Dr Zufri dan Fida akan masak bersama di rumah mereka. Cumanya hari
ini, Fida dan Dr. Zufri bercadang untuk berbuka di rumah Puan Murni. Puasa
hanya tinggal lima hari sahaja lagi. Bila lagi nak berbuka puasa bersama
keluarga Fidakan? Minggu lepas sudah bersama keluarganya. Tumpang masih hidup
berdua begini, gunakanlah masa sepenuhnya untuk keluarga. Kalau dah ada cahaya
mata, nampaknya Dr Zufri dan Fida terpaksalah berbuka di rumah mereka sahaja.
Dr. Zufri memakirkan kereta Gen-2nya
di hadapan Maybank Taman Tun Dr Ismail. Mereka berjalan beriringan masuk ke
dalam bank.
“I nak cash deposit dekat my mum.
You nak pergi ATM ke?” tanya Dr. Zufri kepada isterinya.
Fida yang sibuk menyelongkar beg
tangannya mendongakkan kepala. “Yes.
Kalau dah selesai, I tunggu you dekat depan ni tau.”
Pasangan suami isteri ini berpisah
untuk menyelesaikan pekerjaan masing-masing. Sedang Fida khusyuk menatap skrin
mesin ATM, seorang lelaki yang berseluar jeans lusuh dan bert-shirt putih
beratur di sebelah mesin ATMnya yang juga bersebelahan dengan mesin deposit suaminya,
Dr Zufri.
“Hello?” Lelaki itu meletakkan
telefon ke telinganya. Mesin ATM tidak disentuh.
Hanya
mereka bertiga sahaja yang berada di dalam kawasan pengeluaran wang tersebut.
Fida mula mengerlingkan matanya ke arah lelaki itu. Macam pernah nampak mamat
ni… tapi kat mana ya?
“Haa
ada pun you! Mana you pergi tadi? Jangan nak main-main dengan I ya! You hutang
dengan I dekat setengah juta lagi tau. I check
kat ATM you tak masukkan duit lagi,” kata lelaki itu dalam nada tinggi.
Terbeliak
mata Fida mendengarkan bicara lelaki itu. Amboi! Setengah juta tu orang
berhutang dengan dia. Kaya gila. Tapi perlu ke cakap kuat-kuat?
“Bila?
Bila you nak bagi ni? I nak fly
cepat-cepatlah. You pun tahu masalah I kan!” Lelaki itu mula naik angin. Wajah
putihnya memerah. Geram agaknya dengan teman yang berada di corong sebelah
sana. Yalah, hutang setengah juta kan?
Dr.
Zufri yang sudah selesai urusannya mendekati Fida. Matanya dikedip-kedipkan
supaya Fida selesaikan urusannya secepat yang mungkin. Dia tidak suka akan
keberadaan lelaki itu di situ.
Fida
mempercepatkan urusan pengeluaran wang. Sebaik sahaja kakinya hendak melangkah
keluar dari bank tersebut, langkahnya terhenti apabila terdengar sambungan
bicara lelaki itu.
“You
jangan nak berdalih-dalih. Jangan ingat I ni bodoh dan tak berani nak beritahu
Adam semuanya. Semua yang you buat dekat Arlisa. You fitnah Arlisa dengan I
supaya Adam benci dia. I beri you tempoh masa satu hari. Kalau you tak bayar
duit I, I akan berjumpa dengan Adam dan beritahu hal yang sebenar tentang
Arlisa dan sikap sebenar you!” kata lelaki itu lantang lagi jelas.
Fida
dan Dr. Zufri saling berpandangan. Arlisa? Adam? Mulut mereka terkumat-kamit
memberi isyarat. Sah! Ini Kamal. Dr Zufri dengan pantas menarik lengan
isterinya masuk ke dalam kereta mereka.
“You,
kita nak buat apa ni?” tanya Fida cemas.
“Call polis. You call Adam. Biar I contact
polis sekarang,” arah Dr Zufri.
***
USAI
panggilan telefon dibuat oleh Dr. Zufri, tak sampai sepuluh minit polis datang
memberkas Kamal yang masih tercongok di mesin ATM Maybank Taman Tun Dr Ismail.
Syukurlah lelaki keparat itu tidak ke mana-mana. Kalau tak, terlepas lagilah
dia dari tangkapan polis.
Adam
yang mendapat panggilan Fida bergegas ke Balai Polis Kota Damansara. Dia datang
bersama Sofea yang kebetulan berada di pejabat dan beriya-iya mahu menemani
Adam ke balai polis. Namun sebaik sahaja tiba di balai, Sofea mengambil
keputusan untuk hanya menunggu di dalam kereta. Tiba-tiba dia terasa cuak pula
jikalau Kamal ternampak akan dirinya dan berkata yang bukan-bukan pada Adam
tentang dia.
Setelah
selesai proses pengecaman wajah Kamal oleh Adam, pihak polis memberitahu yang
Kamal juga terlibat dalam beberapa siri jenayah lain. Kebanyakan jenayah adalah
seperti peras ugut, pukul dan penipuan wang. Syukurlah akhirnya Kamal tumpas
juga ke tangan pihak berkuasa. Yang paling penting, keselamatan keluarga dan
anak-anak Adam terjamin.
Sofea
yang mengintai dari kenderaannya terlihat kelibat Adam, Fida dan Dr. Zufri
keluar dari balai polis. Bergegas dia turun dari keretanya dan mendekati mereka
bertiga. Seperti biasa, dia datang menyendeng ke Adam sambil mencakukkan tangan
lelaki itu ke tangannya.
Fida
dan Dr. Zufri hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Perbuatan Sofea memualkan
tekak mereka. Tak faham bahasa agaknya si Sofea ni? Adamkan dah berkahwin!
Kenapa masih nak ributkan keadaan yang sudah sedia tornado ni?
“Hmm…
Adam, I dengan Zuf nak balik dululah. Kami plan
nak berbuka dengan mama. How about you?”
tanya Fida sambil menjeling tajam ke arah Sofea. Muka tak tahu malu!
“Oh…
I…” Mata Adam melirik pada Sofea. Nak berbuka dengan Sofea lagi ke? Ah
bosannya! Nanti Sofea tak habis-habis bercerita akan perkahwinan impiannya,
perasaan mendalamnya terhadap Adam dan juga fesyen baju apa yang belum
dimilikinya lagi.
“Kalau
you tak decide lagi… I nak ajak you
makan kat rumah ajelah. Lagipun ada perkara penting yang I nak beritahu you. I think… I dengan Zuf dah faham apa
masalah you dengan Arlisa. Dan kami berdua tahu siapa puncanya,” ujar Fida
berterus terang. Nasiblah apa yang Sofea nak fikir. Dia memang kurang suka
dengan perilaku Sofea yang kian menjadi-jadi itu. Kalau dulu lainlah. Dia pada
masa itupun masih lagi berperangai keanak-anakkan.
Jantung
Sofea tersentak apabila Fida bercakap soal permasalahan Adam dan Arlisa. Dia
tahu? Dia dan Dr. Zufri tahu apa puncanya! Alamak… takkanlah Fida tahu yang dia
dalang di sebalik semua perkara yang telah berlaku ini.
“You
tahu puncanya? Maksud you apa ni?” Berkerut dahi Adam mendengar bicara Fida.
Macam mana Fida boleh tahu? Sedangkan dia dan Arlisa langsung tidak buka mulut
mengenai hal ini.
Fida
berkalih ke arah Dr Zufri. Patutkah dia perkatakan soal ini di hadapan Sofea?
“Adam…
you nak tahu sekarang ke… atau you nak tahu nanti balik?” tanya Dr. Zufri pula.
“For surelah I nak tahu sekarang!” tegas
Adam. Tangannya yang berada di rangkulan Sofea ditarik keluar. Kali ini Adam
serius.
Sofea
pula sudah sedia menelan air liurnya untuk mendengar apa yang bakal
diperkatakan Fida. Jikalau namanya tersangkut, nampaknya Sofea terpaksa
cepat-cepat mengundurkan diri. Tetapi jikalau namanya tidak disebut, nampaknya
dia masih ada harapan untuk terus berusaha memiliki Adam.
“Adam,
you dah salah sangka dengan Arlisa. Sebenarnya masa I dengan Zuf kat ATM bank
tu, kita orang terdengar apa yang Kamal bincangkan mengenai you dan Arlisa
dengan seseorang yang tak dikenali dalam telefon.
Kamal
cakap yang dia dibayar untuk fitnah Arlisa supaya you benci isteri you. Tujuan
dia ke bank tu adalah untuk collect
duit bayaran kerja dia. I tak tahu dengan siapa dia berurusan dan cara macam mana
dia cuba fitnah Arlisa but he did it
dan dia mengaku! I harap you dapat pertimbangkan sesuatu dari apa yang cakap
ni, Adam…” jelas Fida.
Sofea
yang berada di sebelah Adam menarik nafas lega. Nasib baik namanya tidak
bersangkutan! Tetapi… Adam percaya ke dengan kata-kata Fida tu? Kalau ya,
susahlah dia!
“You sure ke ni Fida? You sure dengan apa
yang you dengar ni? Siapa yang sanggup buat I dan Lisa macam ni?” soal Adam
semula. Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang dijelaskan Fida. Kalau macam
tu… ini bermakna pertemuan Lisa dan Kamal pada malam tu hanyalah perangkap!
Kamal telah disuruh oleh seseorang untuk memerangkap Arlisa dan mengambil
gambar-gambar fitnah tersebut. Setelah itu, gambar-gambar itu diposkan kepadanya
supaya dia bersangka buruk terhadap Arlisa. Cis! Tak guna betul sikap manusia
dengki seperti ini.
“Adam,
demi ALLAH… I dan Fida dengar benda tu semua dari mulut Kamal. I rasa tindakan
you terhadap Arlisa tu… it’s too harsh.
Dia tak bersalah langsung,” sokong Dr. Zufri.
Sofea
bagaikan cacing kepanasan. Menggelegak hatinya mendengar bicara kedua-dua suami
isteri ini.
“Eh
you guys ni biar betul? Euw… I ni tak
percaya sangatlah dengan Lisa tu,” celah Sofea tiba-tiba.
“Yelah…
you tak percaya sebab you memang suka Adam dan Lisa berpisahkan?” bidas Fida
selamba. Penat kudratnya bercakap dengan orang macam ni!
Adam
menutup matanya rapat. Mengingati semula segala perkara yang telah dilontarkannya
terhadap Arlisa. Segala caci maki dan kata kutukan yang tidak berasas.
Astaghfirullah! Apa yang telah aku lakukan?
“I
kena pergi dulu. Jumpa kat rumah nanti ya,” kata Adam setelah membuka matanya.
Sofea ditinggalkannya tanpa pamitan.
***