1
ADAM
FARHAN merenung ke luar jendela biliknya yang diterangi cahaya matahari. Hari
indah buat dirinya kini yang sudah bergelar ayah buat kali yang kedua.
Dikendongannya, bayi diberi nama Anissa binti Adam Farhan sedang nyenyak tidur.
Alhamdulilah rezeki bulan Ramadan. Nampaknya tahun ini dia dan Arlisa beraya
berempat. Adam, Arlisa, Ameera dan Anissa. Sebuah keluarga yang sempurna!
Sedang dia leka menatap wajah Anissa
yang mulus dan tenang dibuai angin pagi itu, Puan Murni menguis bahu Adam dari
belakang.
“Adam…” tegur Puan Murni lembut.
Wajahnya tersenyum melihat Adam yang khusyuk menidurkan cucunya dikendongan.
“Syy… Ma… Kenapa?” bisik Adam sambil
meletakkan jari telunjuknya di bibir. Semalaman dia tidak boleh tidur kerana Anissa
merengek. Kasihan akan Arlisa yang masih penat setelah menjaga anaknya
seharian, Adam terpaksa menidurkan Anissa seorang di kamar lamanya. Nasib
baiklah pengalaman dia menjaga Ameera dahulu masih lagi kuat terpahat di minda!
“Lisa dah bangun… dia nak susukan
Anissa. Kamu pergilah berehat. Biar mama dengan Lisa pula tengokkan Nisa,” ujar
Puan Murni.
Adam menarik nafas perlahan dan melepaskannya
lemah. Setelah hampir enam ke tujuh tahun dia tidak menjaga anak-anak kecil,
tak sangka pula tugas ini kembali menjengah. Rezeki ALLAH! Anissa yang berada
didukungannya dengan perlahan diserahkan ke Puan Murni.
“Saya nak jenguk Lisa sekejap. Dia
dah sarapan?” tanya Adam prihatin soal isterinya.
Puan Murni yang kini leka mengulit
wajah Anissa hanya mengangguk-angguk mengiyakan kata-kata Adam. Memandang wajah
mulus Anissa yang banyak mewarisi wajah Arlisa itu membuatkan dia terpukau
seketika. Ya ALLAH, tenangnya anak kecil ini tidur. Padanlah begitu… Semalaman
dia asyik merengek aje.
Adam yang memahami bahasa badan dituturkan
ibunya itu berlalu pergi. Dia menuju ke kamarnya dan Arlisa. Sebaik sahaja dia
menguak pintu buka, kelihatan Arlisa dan Ameera saling berpelukan antara satu
sama lain. Rindu agaknya Ameera ni dengan Arlisa! Yalah, hampir seminggu Arlisa
di wad bersalin kerana Anissa ditahan akibat dijangkiti demam kuning. Semalam
barulah si ibu dan anak menjejakkan kaki balik ke rumah.
“Hey anak papa Ameera pun dah
bangun?”
Ameera berlari-lari anak mendekati
Adam seraya memeluk kakinya. Adam mencimpung Ameera dukung dan dia kemudiannya
duduk bersebelahan Arlisa yang sedang bersandar di kepala katil.
“Pa! Kita keluar boleh tak pa? Mama,
papa, adik, Meera… Kita pergi KLCC!” ucap Ameera gembira.
“Tak boleh sayang. Mana boleh… kan
mama dan adik baru aje balik rumah. Sian mama. Mama letih lagi tu.” Adam
mengusap wajah Ameera perlahan. Ameera mula membuat muka cemberutnya tanda
tidak setuju. Bimbang Ameera merengek, Adam mengenyitkan matanya ke Arlisa
tanda memohon isterinya untuk mencari akal memujuk si Ameera. Budak-budak di
umur begini mudah tersentap. Nanti dia cakap papa asyik tumpukan perhatian pada
adik saja. Kan payah tu!
“Ameera sayang… nanti bila mama dah
sihat kita keluar ye? Masa tu adik dah besar sikit. Boleh Meera main dengan
dia,” pujuk Arlisa. Tangan Ameera dielusnya lembut.
“Okay, tapi janji kita pergi KLCC
tau?” Ameera menayangkan jari kelinkingnya pada Arlisa.
Arlisa
pantas mentautkan jari kelinkingnya pada jari kecil Ameera. “Janji!”
Setelah
itu, Ameera dengan girangnya berlari keluar dari kamar meninggalkan mama dan
papanya sendirian. Adam mengambil masa itu dengan mendekati Arlisa. Rambut
hadapan isterinya yang terjuntai ke mata dielus lembut ke belakang. Lisa… dia
dalam apa jua keadaan sekalipun tetap nampak cantik di mata Adam.
“Dah
makan?” bicara Adam romantis.
“Dah
tadi… mama yang buatkan. Bertambah-tambah rajin mama semenjak dapat cucu baru
ni,” balas Arlisa perlahan.
“Excited mama tu… I tahu dia nak sangat
tambah cucu. Bila kita kahwin, dia siap cakap dengan I jangan tunggu lama-lama
nak dapat baby!” kata Adam sambil
ketawa di hujung kata.
Arlisa
tersenyum manja. Adam ni kalau bab mengutuk mama, laju aje dia ya! “Dahlah,
kalau mama dengar merajuk dia tau. Hmm… malam ni Sofea jemput kita pergi majlis
berbuka kat rumah dia kan?”
“Yes… she invited us. Tapi I cakap dengan
dia yang I memanglah tak boleh datang sebab nak tengokkan you. But mama and Fida is going.Dr. Zufri
pun.”
Arlisa
mengeluh kecil. Kalau Adam tak pergi, nampak sangat macam dia pula yang mengongkong
Adam. Tapi kalau Adam pergi… aduhai! Dia pula yang kena uruskan Ameera dan
Anissa seorang. Takkanlah nak harap Mak Jah dan Siti. Mereka pun sibuk nak
uruskan hal rumah.
“Kenapa?”
Adam yang melihat Arlisa berubah wajah jadi sedikit terganggu. Ini mesti ada
yang difikirkannya ni.
“Tak
adalah… you betul ke tak nak pergi?” soal Arlisa untuk mengesahkan keputusan
Adam.
“Yalah…
nanti siapa nak tengok you? Ameera tu buas tau. Tak larat you nak layan dua-dua
sekali.”
Arlisa
mengusap-ngusap dagunya. Nak bagi Adam pergi ke tak? Kalau dia pergi aku pula
yang makan hati. Sofea tu cakap je dah ada boyfriendlah…
tunanglah… tup tup masih menyendeng dekat Adam lagi. Tapi kalau aku tak bagi
dia pergi… Sofea mesti sindir-sindir aku lagi kalau kami bertemu! Hmm…
“Lisa?
Are you okay dear?” Adam mengusap
tangan Arlisa yang sejuk bagaikan ais. Aih! Ni dah kenapa pulak ni?
“Tak…
I tengah fikir ni… I rasa you pergi je lah. Nanti Sofea cakap apa pulak dekat I
halang-halang you dari pergi majlis berbuka dia,” putus Arlisa berat.
Terpaksalah mengalah!
“Eh?
Bila masa pulak Sofea cakap macam tu. Kalau dia nak fikir macam tu sekalipun… I
tak kisahlah. I bukan siapa-siapa dengan dia. Dia pun tahu yang I dah kahwin
dengan you. Kenapa pulak dia nak sibuk-sibuk?” tingkah Adam. Alah si Sofea tu!
Mengada-ngada je lebih. Patutlah sampai sekarang tak ada yang berkenan dengan
dia. Dah tahu aku dah kahwin pun masih nak berkunjung ke pejabat dan sesekali
ajak makan tengahari bila Arlisa tak ada.
“But… I tak naklah dia fikir macam-macam.
You teman mama, Fida dan Doktor Zufri okay?” Arlisa sudah fikir masak-masak.
Apa-apapun Adam suaminya. Apa-apapun Adam cintakan dia. Titik!
“No!”
“Yes!”
Arlisa pantas meningkah. Matanya menjeling merajuk.
“Sayang…”Adam
menggenggam tangan Arlisa erat.
“Pergilah…
tak apa. I’ll be fine! Mak Jah ada.
Siti ada,” kata Arlisa meyakinkan Adam.
‘Degil!’
getus hati Adam. “Okay I pergi. Tapi kejap aje… lepas habis berbuka I terus
balik. Mama balik naik kereta Zufri dan Fida.”
Arlisa
tersenyum. “Okay!” ucapnya lega.
***